Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 8

Terpaksa jugak mereka menyusup di celah celah ruang tempat letak beg.Jung Kook berkalih pandangan ke bawah.Berpusu pusu zombie berada zombie di situ.Sesekali dia menelan liur.Terasa perit di hujung anak tekak.

Taehyung berhenti di hadapan sebuah beg.Mujur terdapat beg tersebut yang boleh dijadikan helah.Terus dia dia menolak beg tersebut jatuh ke bawah menghasilkan bunyi dentuman yang kuat.Seperti biasa,zombie zombie tersebut akan menuju ke bunyi itu.

Ketika itu,mereka bergegas turun dari tempat letak beg kecuali ahjusshi comot itu yang masih terkial kial tidak tahu macam mana nak turun ke bawah.

Mi Joo membuka kunci pintu slidding.Pintu itu ditarik.Semua melangkah masuk ke dalam gerabak seterusnya.Ajusshi comot itu pula sedaya upaya untuk turun.Dia memijik kepala seat.Kebetulan kakinya tergelincir dari kepala seat.Bakk,dia jatuh terlentang.Jung Kook meluru beberapa tapak ke arah ajushhi tersebut,tetapi Taehyung menghalang.Terlalu berbahaya.

Taehyung senyap senyap pergi mendapatkan ajushhi itu.Dia membantu ajusshi tersebut bangun.Baru saja mereka ingin melangkah pergi,sekitar train bertukar cerah.Zombie zombie itu mula mengesan akan kehadiran mereka di situ.Lantas,Taehyung menolak tubuh ajusshi itu ke seat.Agak kuat sehingga membuatkannya sedikit terpelanting menghempas dinding.

Bau bau yang hadir dari dua kujur tubuh itu yang bercampur peluh membuatkan zombie zombie tersebut dapat mengesan mereka berdua dengan lebih jelas.

Taehyung yang sedang menyorok di belakang seat menggenggam erat batang kayu besball.Bersiap sedia dengan apa kemungkinan yang akan terjadi.

Ia semakin dekat menghampiri Taehyung.Ia berada di sekitar seat tersebut.Seperti sudah dapat menjangka di mana sasarannya berada.Bau Taehyung dan ajusshi itu semakin jelas.

Muncul kepala Mi Joo dari pintu slidding yang berada di belakang Taehyung.

"Yah,cepatlah sikit." Mi Joo memberi arahan supaya Taehyung dan ajusshi comot itu bergerak dengan pantas memandangkan zombie zombie tersebut mula bergerak menjauhi seat mereka.

"Palli!" Satu mesej melalui pergerakan jari dihantar kepada ajusshi comot itu.Taehyung menggerakkan jarinya beberapa kali ke arah pintu slidding.Lelaki itu seakan akan faham apa yang ingin disampaikan oleh Taehyung.

"Hana"

"Dul"

"Sib"

Dalam kiraan tiga,ajusshi comot itu mula membuka langkah kanan.Malang datang pula menimpa apabila dia terpijak satu tin kosong.Prakk!Bunyi tin dikemek terhasil.Perhatian zombie zombie tersebut mula terarah kepada mereka berdua.

"Run!!!"jerit Taehyung.Selaju yang mampu mereka berlari memandangkan zombie zombie tersebut mula bertindak agresif mengejar mereka dari belakang.

Taehyung dan ajusshi comot itu berjaya meloloskan diri ke dalam gerabak seterusnya.Masuk saja mereka di sana,Mi Joo terus menarik pintu slidding.Namun pintu itu tidak dapat ditutup dengan rapat kerana terdapat seekor zombie yang tersepit kepala di antara celahan pintu.Apa apa pun Mi Joo berusaha melakukan sesuatu.Tenaga yang masih bersisa di dalam tubuh dikerah keluar.Dia menahan pintu itu.Walaupun agak sukar....dia tetap bertahan.Zombie zombie semakin ramai datang berhimpun di pintu tersebut.

"Irene,yah...buka pintu ni.Aku datang ni.Bukalah!" Pintu masuk gerabak 9 tidak boleh dibuka.Seperti ia telah dikunci dari dalam.Mereka mula panik.Taehyung cuba menarik pintu itu.Hasilnya tetap sama.Pintu slidding telah dikunci.

Sehun menghubungi Irene.Gadis itu harapan yang dia ada.Dia tahu Irene berada di dalam.Pasti sesuatu yang tidak kena telah berlaku

* * * *

Penumpang penumpang di dalam gerabak 9 langsung tidak bersuara walaupun jeritan demi jeritan dari luar jelas kedengaran di gegendang masing masing.Pintu masuk telah diikat dengan kain bagi menghalang ia dibuka dari luar.

Irene meronta ronta cuba untuk melepaskan diri.Pramugara train tersebut telah menekup mulutnya dan menghalang dia daripada menuju ke pintu slidding.Telefon gadis tersebut yang berada di atas lantai berdering.Panggilan daripada Sehun.

Hoseok terus memijak telefon milik Irene sehingga tiada lagi bunyi itu kedengaran.Betul betul menyakitkan telinga.

* * * *

"Irene,buka pintu ni.Aku tahu kau ada kat dalam.Bukaklah sekarang."Pintu tersebut masih lagi tidak berjaya dibuka.Mi Joo di sana sudah kelihatan mula lemah.Nyawa kelima lima mereka tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.Mereka hanya bergantung harap pada Mi Joo saja.Jika Mi Joo rebah...musnahlah segala galanya.

Taehyung mati akal.Lelaki itu menuju ke arah Mi Joo dan membantu Mi Joo untuk menghalang zombie zombie tersebut.

"Palli!Buka pintu tu cepat!" Mi Joo menjerit.Tubuhnya mula beransur lemah.Tidak berdaya lagi untuk menahan pintu itu secara berterusan.Beban yang ditanggung semakin memberat,hampir mengalahkan khudratnya yang masih ada.

"Tak boleh bukak.Pintu dah kena kunci!" balas Sehun.

"Pukul saja pintu tu!Palli!"

Tiada idea lain.Betul kata Mi Joo,pukul saja.Sehun berundur beberapa tapak ke belakang.Kayu besball diangkat tinggi ke udara dan pukulan demi pukulan mula menghentak pintu kaca itu.Bertubi tubi tanpa erti mengalah.

Taehyung pula memukul kepala zombie zombie yang berada di celah pintu.Tanpa disedari zombie terbabit telah menggigit tangan Mi Joo.Sungguh mengejutkan.Walau bagaimana pun....gigitan tersebut langsung tidak menghalang Mi Joo untuk mengalah.

* * * *

Penumpang penumpang di dalam gerabak 9 mula panik.Pintu masuk perlahan lahan retak menanti masa untuk pecah.Tiga orang penumpang yang menahan pintu itu mula menjauhkan diri.Takut terkena serpihan kaca nanti.

"Shit!Bodoh!"

Hoseok bergegas menuju ke pintu lagi satu.Kebetulan pintu masuk telah berjaya dipecahkan oleh Sehun.Sehun pun turut menuju ke arah yang sama.Pergerakan Hoseok lebih cepat.Pintu slidding yang kedua itu ditarik....pada masa yang sama Sehun sempat menghalang dengan lengannya.Penumpang penumpang yang lain pula bertindak menahan pintu kedua itu bersama sama dengan Hoseok.Keadaan menjadi kucar kacir.

Ahjumma Hye Joo terus bingkas bangun dari seat apabila melihat kakaknya berada di sebelah sana,dihalang daripada masuk ke dalam.

"Onni!" Lantas dia menuju ke arah pintu yang kedua.Penumpang penumpang yang lain dirempuh saja.Berdiam diri saja tidak cukup.Dia harus selamat Hye Jung yang terperangkap di sana.

Irene pula berjaya melepaskan diri daripada cengkaman pramugara itu.Arah yang sama ditujui oleh Irene dan Ahjumma Hye Joo.Kedua dua mereka menerpa ke arah penumpang penumpang yang sedang menghalang Sehun dan yang lain lain masuk.

"Sehun!" Pergelutan berlaku. Irene dan Ahjumma menarik tubuh penumpang penumpang itu.Ahjumma Hye Jung jatuh terlentang apabila seseorang menolaknya dengan kasar.Wanita tua itu kembali bangkit.

Jung Kook hilang kata kata.Dirinya kaku.Tercegang di situ tanpa melakukan apa apa pun.Sedangkan Taehyung pula sedang berjuang untuk melindunginya.Setiap manusia mahu menjadi pelindung kepada insan yang mereka sayang.Malangnya,dia bukan pelindung.Dia hanya manusia lemah di bawah lindungan Taehyung.Kini,dia betul betul menyesal kerana telah menyakiti hati Taehyung.

"Hyung!Maafkan Jung Kook!"

Bersambung.

Vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #fanfiction