CHAPTER 7
Mi Joo,Taehyung,Sehun dan Namjoon duduk berehat sebentar di celah celah seat belakang.Hanya tinggal satu gerabak lagi yg perlu mereka laluai.Sememangnya,di setiap gerabak pasti akan ada zombie zombie yg menyambut kehadiran mereka berempat.
"Aku rasa zombie zombie tu tak dapat lihat kita bila berada dalam gelap." kata Mi Joo dengan nafas yg tercunggap cunggap.Dadanya turun naik.Lelaki itu sudah kehabisan tenaga.Tapi dia tetap juga meneruskan perjuangan.Shin Hye memerlukan pertolongannya di sana.Kalau bukan dia,siapa lagi yg baik hati untuk tolong selamatkan isterinya.
"Aku pun fikir macam tu jugak!" sokong Sehun.
"Apa yg perlu kita buat sekarang?" Taehyung menyoal.Bilangan zombie di dalam gerabak 12 dua kali ganda lebih banyak daripada gerabak sebelumnya.
"Jom teruskan.Jangan takut.Lawan jer diorang.Kita boleh lakukannya." Mi Joo bangun.Lelaki itu ingin mencipta langkah untuk mara ke hadapan tetapi dihalang oleh Taehyung.
"Bak sini phone kau." arah Taehyung.Tanpa banyak soal,Mi Joo menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan telefonnya lalu diserahkan kepada Taehyung.Telefon bertukar tangan.Jemari Taehyung menari nari di atas skrin telefon Mi Joo.Nombornya disave di dalam telefon lelaki tersebut.Entah rancangan apa yg sedang dirancang oleh Taehyung.Mi Joo,Sehun dan Namjoon malas nak ambik tahu.
Mereka kesuntukkan masa.
Tanpa berlengah lagi,mereka meneruskan perjalanan.Kebetulan pada ketika itu,train memasuki terowong lagi.Keadaan di dalam gelap gelita.Zombie zombie mula hilang arah.Terkial kial di sekeliling.Inilah peluang keemasan bagi mereka.
Perlahan lahan mereka merangkap rangkap dengan penuh berhati hati tanpa menghasilkan sebarang pun bunyi.Buat sementara waktu, mereka bersembunyi di bawah seat.
Taehyung mengeluarkan telefonnya.Telefon Mi Joo pula dilesir ke arah bahagian belakang gerabak.Nombor telefon Mi Joo didail.Serta merta lagu Run dari telefon Mi Joo bergema.Bunyi itu telah menyebabkan zombie zombie tersebut bergerak ke arah bahagian belakang gerabak.
Strategi Taehyung berjaya.
Mereka keluar dari tempat persembunyian dan menuju ke tandas tanpa disedari oleh zombie zombie tersebut.
* * * *
Tukk!tukk!tukk!
Shin Hye,Jung Kook,Ahjumma Hye Jung dan Ajusshi itu kembali diserang ketakutan.Pintu tandas yg menjadi tempat persembunyian mereka itu diketuk dari luar.Masing masing menayang wajah pucat lesi tidak berdarah.
Pintu ditarik dari luar.Serentak dengan itu,terpancul kepala Mi Joo ke dalam tandas.Lelaki itu tersenyum,tidak lepas memandang isterinya.Syukur Shin Hye masih lagi selamat dan berada dalam keadaan elok.
"Yahhh!"Shin Hye menumbuk dada Mi Joo manja.Gembira tidak terkata dia ketika itu kerana masih diberi peluang untuk menatap wajah suaminya itu.
"Auchh,sakitlah!" Mi Joo menjerit kecil.Tangannya melurut umbu umbu kepala Shin Hye dan turun ke bawah mengusap pipi wanita itu.
Taehyung juga tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Jung Kook.Dia berasa lega apabila melihat ulas bibir Jung Kook meleretkan senyuman,menyambut kemunculannya di situ.
Sehun dan Namjoon berjaga jaga di belakang mereka.Memerhati sekirangnya ada zombie yg menyedari kehadiran mereka di situ.Sehun menguak pintu yg berada bersebelahan dengannya.Tandas itu kosong.
Ketika itu juga,keadaan di dalam train kembali cerah menandakan yg bahawa train telah keluar dari terowong.Lantas Sehun dan Namjoon menarik tubuh Taehyung dan Mi Joo masuk ke dalam tandas itu.
"Tepilah sikit.Asal rapat sangat dengan aku ni.Rimaslah." Mi Joo merungut.Sehun mencebik.Dah la ruang dalam tandas tu sempit.Ditambah pula dengan Mi Joo yg sememangnya gemuk,menyepitkan lagi ruang.
"Kau tak gembira ke dapat jumpa dengan adik kau?"soalnya pada Taehyung.Banyak mulut pulak Si Mi Joo.
"Dia bukan adik akulah.Dia kawan aku je!"selamba Taehyung membalas sambil membelek skrin telefon.
"Asal ringtone kau lagu Run BTS?Baik kau mengaku yg kau minat BTS!"tebak Taehyung pula.Sehun dan Namjoon meletuskan tawa.
"Wife aku yg set lagu merapu tu sebagai ringtone!"
"Asal kau tak tukar je.Nampak sangat kau ni army!" Namjoon menyampuk.Sengaja mencelah perbualan itu.Kali ini,Mi Joo yg menjadi mangsa bahan mereka.Dah jelas kot yg Mi Joo ni army.Cuma dia je susah nak mengaku.
"Diamlah budak!Bukan main lagi kau sakat aku." Telinga Namjoon dan Sehun ditarik serentak oleh Mi Joo.Tidak cukup dengan itu...diluku pulak kepala mereka berdua dengan kayu besball.
Taehyung menayang skrin telefonnya pada mereka bertiga.Tertera satu peta di situ yang menunjukkan perjalanan train.
"Sekejap lagi kita akan sampai di Busan.Nasib baik kita selamat.Buat masa sekarang kita hanya perlu bertahan."
"Yahh,macam mana dengan penampilan aku.Nampak kacak dan gagahkan." Loyar buruk apakah yang dibuat oleh Mi Joo.Tetiba angkat bakul sendiri.Taehyung,Sehun dan Namjoon menahan tawa.Tak sangka pula perangai lelaki gemuk berkumis tebal didagu ni jenis yg kuat perasan.
* * * *
Irene hanya diam.Fikirannya melayang jauh.Kepalanya hanya dipenuhi dengan bayangan Sehun.
Sehun.
Sehun.
Sehun.
Ting!,Satu pesanan ringkas masuk.Daripada Sehun.
Kami selamat.Kami akan menyusul tak lama lagi.
OhSehun.
Irene seakan diberi nafas bangun.Dia melonjak kegembiraan.Bingkas bangun dari seat dan terus mendapatkan pramugara yang berada di hadapan.
"Kawan saya akan datang tak lama lagi.Penumpang yg lain pun ada bersama mereka." kata Irene.
"Siapa yang akan datang ke sini?" Hoseok mencelah.
"Kawan saya!Dia berada di gerabak 9 sekarang!Dia telah berjaya selamatkan penumpang yang lain." Terbit nada teruju di hujung bicaranya.
"Selamatkan penumpang yang lain?Bertarung dengan zombie?Adakah mereka tidak alami sebarang kecenderaan?Kau yakin yang dia tidak dijangkiti!" Hoseok menjerit.Irene terpana dibuatnya.
"Apa maksud kau?"
"Diorang tu dah tak selamat.Diorang telah dijangkiti.Tolonglah,kami dah hilang orang orang yang kami sayang.Takanlah dengan mudah mudah kau nak benarkan zombie zombie masuk ke sini."
Tengkingan Hoseok membuatkan Irene membisu.Dia memandang ke arah penumpang penumpang yang lain.Semuanya menayang wajah takut.
"Ajusshi!" Hanya pramugara itu harapan yang Irene ada.
"Tolong katakan sesuatu!Mereka akan segera datang ke sini." Hampa.Pramugara tersebut tidak memberikan sebarang reaksi.Irene memaut lengah.Merayu rayu!
Ahjumma Hye Joo hanya mampu berdiam.Terbit belas kasihan terhadap Irene.
* * * *
Gelap.Keadaan selamat.Train memasuki terowong.Mi Joo,Taehyung,Namjoon dan Sehun keluar dari tandas itu.Seekor zombie terhuyang hayung berjalan melewati mereka.Nasib baik zombie itu tidak menghidu mereka.
Mereka terus pergi mendapatkan Jung Kook,Shin Hye,Ahjumma Hye Jung dan Ajusshi comot itu.
Sebelum bergerak pergi,Mi Joo dan Taehyung terlebih dahulu memantau keadaan.Taehyung terpandang ruang tempat letak beg.Dia mendapat satu idea bernas.
* * * *
Bersambung....
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro