CHAPTER 6
OH SEHUN.Tertera saja nama itu di skrin telefon,cepat cepat Irene menjawab panggilan itu.Dia sangat bersyukur kerana Sehun masih selamat.
"Yah Sehun,di mana kau sekarang?Aku gembira sebab kau selamat.Aku fikir kau dah terkorban!"Irene mula sebak.Dia menangis teresak esak.
"Mian....mian...mian sebab aku tak dapat nak selamatkan kawan kawan kita yg lain.Aku memang tak guna.Maafkan aku Irene!" Sehun juga turut menangis.Peristiwa tadi di mana kawan kawannya diserang oleh zombie begitu kuat bermain main di fikirannya.Namjoon cuba menenangkan Sehun.Belakang lelaki itu dilurut.
Mi Joo pula menghubungi isterinya.Dia sangat terkejut apabila terdengar suara pekikkan meminta tolong melalui panggilan tersebut.Seakan akan Shin Hye sedang berada dalam bahaya.
"Kenapa ni?Apa yang dah berlaku?Chagi di mana sekarang?" Dia cuak.Turut juga jelas kedengaran suara zombie zombie dari sana.
"Tolong!Tolong kami!Kami diserang!"
"Kamu berada di gerabak mana sekarang?"
"Tandas.Gerabak 13.Cepat datang selamatkan kami!" jerit Shin Hye di talian.
"Chagi.....!" Suara isterinya serta merta lenyap.Panggilan telah di matikan.Taehyung menghampiri Mi Joo.Melihat wajah lelaki itu yg sudah berkerut kerana risau,dia tahu apa yg sedang berlaku pada Shin Hye dan Jung Kook.
"Apa yang perlu kita buat sekarang?Diorang dalam bahaya!"soal Taehyung.Mi Joo hanya diam.Sebaliknya dia hanya memandang ke hadapan,melihat zombie zombie itu melalui pintu kaca.
"Kau sanggup lawan mereka tu?"
Taehyung membisu.Tidak menjawab apa apa.Mungkin dia sedang memikir sesuatu.
"Kalau kita nak pergi selamatkan diorang,kita mesti lalui mereka.Kau berani utk lakukan semua tu?Kau berani petaruhkan nyawa kau?"
Akhirnya dia menganggukkan kepala.Mereka sekarang berada di gerabak 9.Untuk pergi ke gerabak 13,mereka terpaksa melalui beberapa gerabak yg lain yg sememangnya dipenuhi dengan zombie.Memang agak sukar bagi mereka,tapi demi untuk menyamatkan nyawa nyawa insan yang mereka sayang....mereka sanggup lakukan apa apa saja biar pun nyawa mereka berada di antara hidup atau mati.
"Di gerabak 15,semua penumpang lain yang selamat sedang berkumpul di sana!" Sehun menyampuk.Dia mengambil dan menurunkan sebuah yang berada di atas tempat letak beg.Beg tersebut dibuka.Terdapat banyak kain pengikat di dalamnya.Lantas kain kain itu diambil dan dililit pd tangannya bagi menghalang zombie zombie menggigit kawasan tersebut tersebut ketika bergelut nanti.Mi Joo,Taehyung dan Namjoon hanya memerhati.Begitu bersemangat nampaknya Sehun.
"Jom bersiap sedia!" Kain mafel yg melilit kemas di bahagian leher ditarik.Mi Joo terus menanggalkan kot birunya.Kain pengikat itu diambil kemudian dililit pada tangan kiri dan kanannya.
"Hanya 4 gerabak yang perlu kita lalui.Aku akan berada di hadapan.Sehun dan Namjoon,korang di posisi tengah.Dan kau pulak Taehyung,berjaga jaga di belakang kitorang.Bunuh saja zombie zombie yang datang serang kita.Jangan ada sikit pun belas kasihan pada mereka!" Strategi sudah elok diatur.Mereka sudah bersiap sedia dengan senjata masing masing.
* * * *
Train melalui terowong bawah tanah menjadikan suasana di dalam train gelap gelita.
Kelihatan Mi Joo begitu khusyuk melekatkan salotep pada lengannya.Beberapa batang kayu besball diagihkan oleh Sehun kepada Taehyung dan Namjoon sebagai senjata.
"Aku dengar kau seorang kpop idol.Kau salah seorang ahli BTS kan?" Soalan yg clihse dari Mi Joo.Agak lucu kerana lelaki itu kenal group BTS.Taehyung memandangnya pelik.
"Kau army eh!"sempat lagi Taehyung menyakat Mi Joo.Tak sangka pulak lelaki yang dah nak ada anak tu minat BTS.
"Kau jangan nak merapu.Tak pasal pasal tangan aku ni pergi tumbuk muka kau.Chagi aku tu army bukannya aku!"
"Ceh!"
"Ok,kau jaga baik baik kat belakang nanti." pesan Mi Joo.Mereka mengambil posisi masing masing.Seperti yang dirancang,Mi Joo berada di hadapan sebagai ketua.Di tengah pula Sehun dan Namjoon.Bahagian belakang diawasi oleh Taehyung.
"Tunggu sampai train keluar dari terowong!"
Sebaik saja train melepasi terowong,keadaan di dalam menjadi kembali cerah.Mereka mara ke hadapan.Sudah mula bertindak.
"Mari mulakan!"
Penuh berani Mi Joo mencipta langkah.Zombie datang menyerangnya.Dia mendepakan tangan, memegang kedua dua kepala seat kiri kanan kemudian melompat dan menendang zombie zombie tersebut.Zombie zombie semakin banyak menyerang.Mi Joo menumbuk,mematahkan leher dan menolak 'mereka' ke dinding.
Sehun dan Namjoon pula memukul zombie zombie yang cuba mendekati Mi Joo.Habis berkecai kepala 'mereka'.Darah memercik pada tubuh.Semua itu langsung tidak dihiraukan.Mereka bermandi darah.
Taehyung yang berada di belakang juga turut diserang.Sekuat tenaga dia membelasah zombie zombie tersebut.Sasarannya pada bahagian kepala.Di situlah titik kelemahan bagi 'mereka'.Jika dipukul pd bahagian tubuh,ia langsung tidak berkesan.
Mi Joo sedang bergelut.Semakin ramai zombie datang menyerangnya.Melihat keadaan itu,Taehyung segera datang menolong lelaki tersebut.Sememangnya,Mi Joo sangat kuat.Sekali tolak saja,zombie zombie tersebut sudah terpelanting jauh.Dengan kerjasama yang diberikan itu,mereka berjaya melepasi gerabak 10.
Seterusnya mereka bergerak ke arah gerabak 11.Kali ini Sehun berada di hadapan.Sebaik saja pintu gerabak 11 ditolak,satu kejutan datang menimpa Sehun.Dia berhenti.Kaku di situ.Serta merta seluruh semangatnya hilang bila dia melihat zombie zombie tersebut adalah kawan kawannya.Rasa bersalah dan kasihan mula menyerbu ke seluruh urat saraf membuatkan Sehun lemah dalam sekelip mata.Ya,dia akui dia tak sangggup untuk memukul merekaa semua.
"Tepi!" Mi Joo menepis tubuh Sehun dan terus menyerang zombie zombie tersebut.Diikuti pula dengan Taehyung dan Namjoon.Disebabkan Sehun tidak bersama mereka,mereka menjadi sedikit lemah.
D.O,Kai,Xiumin,dan Suho sedang mengepung Mi Joo.
Sehun hanya mampu memerhatikan saja dari jauh.
Chen,Chanyeol dan Baekhyun bergelut dengan Taehyung dan Namjoon.
Sehun juga hanya mampu memerhatikan saja dari jauh.
"Lawan diorang.Kau boleh Sehun Kau boleh!" Hatinya seakan akan membisikkan semangat.Sehun tarik nafas dalam dalam cuba untuk menenangkan diri.Dia menghampiri zombie zombie tersebut dalam keadaan terketar ketar memegang kayu besball.
Kayu besball diangkat tinggi ke udara.Namun,baru saja dia ingin menghayunkan benda alah tersebut pada kawan kawannya,suasana bertukar gelap.
Train memasukki terowong lagi.
Zombie zombie itu menjadi hilang arah.Berhenti menyerang mereka secara tiba tiba.'Mereka' memusingkan kepala di sekeliling cuba mengesan mangsa tanpa arah tuju.Taehyung,Mi Joo,Sehun dan Namjoon hanya diam.Kaku di posisi masing masing.Zombie zombie itu seperti tidak dapat melihat mereka apabila berada dalam keadaan gelap.
Pakkk!Bola besball yang berada di bahagian tempat letak beg jatuh ke lantai dan menghasilkan satu bunyi.Terus saja zombie zombie tersebut menuju ke arah bunyi itu.
Melihat kejadian tadi,sedikit sebanyak Taehyung mula faham bahawa zombie tidak boleh melihat di dalam gelap dan hanya dapat mengesan mangsa melalui bunyi.Satu penemuan yang cukup bagus dan akan membantu mereka nanti.Sengaja Taehyung mengetuk dinding train dengan kayu besball dan ternyata zombie zombie itu bergegas gegas menuju ke arah bunyi tersebut.
Mereka memandang antara satu sama lain seperti menyampaikan satu mesej.
Bila keadaan menjadi sedikit aman.Perlahan lahan mereka menyusup melepasi zombie zombie tersebut dan menuju ke gerabak 12.
Mi Joo menolak pintu slidding,memberi laluan terlebih dahulu kepada Taehyung,Namjoon dan Sehun.Belum sempat mereka masuk,suasan kembali cerah.Zombie zombie itu dapat mengesan mereka dengan jelas dan mula menyerang.
Cepat cepat mereka masuk ke gerabak 12.Kebetulan Mi Joo tarik pintu slidding tepat pada masanya.Mereka terselamat.
* * * *
Bersambung....
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro