CHAPTER 2
"Aargghhh!!!"Wanita itu masih mencangkung di atas belakang Suga,menggigit leher lelaki itu sehingga berlubang. Serta merta sejenis virus disebarkan dengan begitu pantas ke dalam tubuh Suga. Suga hilang kawalan,tidak mampu menapung beban berat di atas belakangnya itu. Perubahan demi perubahan mula berlaku pada dirinya.
Bukkk! Suga rebah menghempas lantai. Dadanya turun naik dengan ritma yang sangat laju. Nafasnya tersekat-sekat seperti tak cukup oksigen. Suga memuntahkan darah dengan banyak keluar dari mulutnya. Dia menggelepar di atas lantai sambil mendesah kasar.
"Kenapa dengan diorang tu?"Semua penumpang memandang ke arah Suga dan wanita tersebut dengan pandangan mencurigakan. Mereka masih dalam keadaan bingun dan tidak tahu apakah yang sedang berlaku sebenarnya.
Namjoon,Hoseok,Jin dan Jimin terkejut apabila melihat keadaan Suga dari jauh. Jimin bingkas bangun untuk pergi menolong Suga tetapi dihalang oleh Namjoon.
"Hyung....lepaskan tangan Jimin. Suga tengah sakit tu. Jimin nak pergi tolong dia." Jimin cuba untuk meleraikan tangan Namjoon tetapi genggaman Namjoon semakin erat.
"Bahaya!Suga bukan manusia lagi. Dia dah jadi zombie!"balas Namjoon. Mereka semua mula menjauhi Suga dan wanita tersebut
"Lari!lari!lari!!!!"
Wanita itu mula bertindak agresif,menyerang penumpang yang lain. Kemudiannya,diikuti oleh Suga. Serangan zombie bermula. Suasana menjadi kucar kacir. Beberapa orang penumpang yang malang telah berjaya ditangkap dan digigit oleh zombie zombie itu.Yang lain pula bergegas melarikan diri ke arah bahagian kedua train.Bilangan zombie semakin bertambah.Zombie zombie tersebut terus mengejar mereka dari belakang.
Taehyung kembali semula ke tempat duduknya. Suatu yang tidak dijangka telah berlaku. Zombie zombie telah memenuhi bahagian tersebut. Di sekitarnya berlumuran dengan darah hanyir. Apa yang paling mengejutkannya adalah...Suga pun turut sama menjadi zombie.Apa sebenarnya yg sudah berlaku? Taehyung jadi bingun,masih kejung di situ dengan penuh persoalan di fikirannya.
Dari jauh,kelihatan Jimin kelam kabut melarikan diri. Malangnya,kaki Jimin tersangkut pada tempat duduknya membuatkan lelaki itu rebah.Zombie zombie semakin menghampirinya,hanya beberapa meter sahaja dari Jimin.Jimin meronta ronta untuk bingkas bangun.Nasib tidak menyebelahinya.Zombie zombie itu lebih pantas bertindak,menerkam ke arah Jimin.'Mereka' menghurung Jimin seperti sekumpulan semut menghurung gula.Taehyung yang berada berhampiran Jimin hanya mampu menjadi pemerhati.Berkali kali Jimin memanggil namanya,merayu meminta pertolongan dari Taehyung.Namun,dia tidak mampu berbuat apa apa.Zombie zombie itu terlalu ramai.Peluang untuk menyelamatkan Jimin terlalu tipis.
"Taehyung....to..lllong...aaakku!"nada suara Jimin mula kedengaran lemah.Zombie zombie itu mula menggigit,memakan daging Jimin beramai ramai.Jimin turut sama terkorban.
"Maafkan aku Jimin.Aku tak mampu nak selamatkan kau.Aku tak mampu.Maafkan aku!"Cecair jernih mengalir keluar dari tubir mata Taehyung. Sedih melihat keadaan Jimin. Taehyung rasa betul-betul bersalah.
Kini,zombie zombie itu menjadikan Taehyung sebagai sasaran.Tanpa berlengah lagi,Taehyung terus membuka langkah seribu,melarikan diri dengan segera.Ketika itu dia melihat Jung Kook berdiri tegak di hadapannya. Jung Kook kaku di situ,diam tak terkutik,mungkin apa yang dia lihat berlaku pada Jimin tadi sukar untuk dihadam oleh fikirannya.
Taehyung terus menarik tangan Jung Kook,mengheret Jung Kook melarikan diri bersama-samanya menuju ke arah bahagian kedua train.Taehyung memeluk erat tubuh Jung Kook yang menggigil ketakutan.
"Jangan risau Jung Kook.Hyung akan selamatkan kamu.Hyung janji."bisiknya.Berpuluh puluh zombie sedang mengejar mereka dari belakang.'Mereka' semakin menghampiri Jung Kook dan Taehyung.
"Sikit lagi!!!"
Akhirnya,Taehyung dan Jung Kook sampai di bahagian kedua train.Semua penumpang yang terselamat berkumpul di sana termasuklah Namjoon,Jin dan Hoseok.
"Bukak pintu ni cepat!"jerit Taehyung.Namjoon dan seorang lelaki yang berbadan gempal tadi terus menolong Jung Kook dan Taehyung masuk ke dalam ruangan train.Lantas pintu bahagian kedua ditutup rapat.Nasib baik mereka selamat.Dan nasib baik jugaklah ada pintu kaca tersebut yg menjadi pemisah di antara mereka dengan zombie-zombie di sebelah sana.
"Budak,macam mana nak kunci pintu ni."soal lelaki berbadan gempal itu pada Namjoon.
Namjoon menggeleng kepala tanda tidak tahu.
"Ntah!"balas Namjoon.
"Takan aku nak tahan pintu ni jer.Mampus aku!"
"Aku ada satu idea.Zombie zombie tu kejar kita bila diorang nampak kita jer.So,...."Jin mencelah.Lantas sebotol air mineral dikeluarkan dari begnya dan air mineral disimbahkan pada permukaan pintu itu.Beberapa helai surat khabar diambil dan dilekatkan pada permukaan pintu yang basah itu. Idea Jin terbukti berkesan.Zombie zombie itu berhenti menolak pintu. Mereka menghembus nafas lega. Ni baru permulaan!Mereka masih lagi terperangkap bersama zombie zombie tersebut.Entah bagaimana nasib mereka nanti.Mampukah mereka untuk menentang zombie zombie tersebut dan terus hidup.Jawapannya memang mustahil sekali.
"Jung Kook,kamu tak apa apa?Syukurlah sebab kamu selamat."kata Taehyung sambil memeluk Jung Kook erat.Dia bersyukur kerana dia dan Jung Kook selamat,tapi Jimin dia gagal selamatkan. Namjoon,Jin dan Hoseok mendekati Jung Kook dan Taehyung.Mereka pun turut sama berpelukkan.
Tetapi...pelukkan itu dirasakan ada sesuatu yang janggal.Sepatutnya,terdapat tujuh tubuh yang merangkul antara satu sama lain.Tetapi sekarang hanya tinggal lima tubuh sahaja.Ya,mereka kehilangan Suga dan Jimin.
"Mana Jimin!!!"Tiba tiba sahaja sahaja Namjoon menyoal mengenai Jimin.Serta merta air muka Taehyung berubah riak. Taehyung menundukkan wajahnya memandang lantai. Apa yang sepatut dia jawab pada Namjoon.
"Jimin dah jadi zombie. Ni semua salah Hyung .Hyung langsung tak selamatkan Jimin masa Jimin kena serang tadi.Hyung memang kejam.Hyung jahat!!!"Jung Kook menengkin Taehyung.Tubuh Taehyung ditepis menjauhinya.Taehyung terdorong ke belakang.Semua mata mula tertumpu ke arahnya.Jung Kook betul betul kesal terhadap Taehyung.Lelaki itu langsung tidak berusaha untuk menolong Jimin tadi.Lelaki itu sekadar hanya mampu melihat setiap penderitaan yang ditanggung oleh Jimin.Lelaki itu juga hanya mampu mendengar setiap rintahan Jimin meminta pertolongan.
Aku benci kau Taehyung.Aku benci kau!!!!
Jin pula cuba untuk menenangkan Jung Kook.
"Tae...betul ker apa yang Jung Kook cakap tadi!!!"Bebola mata Namjoon mencerlung tajam memandang ke arah Taehyung.Taehyung mengangguk,mengiyakan kata kata Jung Kook tadi.Namjoon terus menarik kolar baju Taehyung.Satu tumbukkan hinggap pada pipi Taehyung.Tepi bibir Taehyung pecah dan berdarah.
"Aku tak sangka kau hanya penting diri kau saje.Kawan jenis apa kau ni.Aku kesal dengan kau!Betul betul kesal dengan kau!"Amukan Namjoon semakin menggila.Dia menerpa ke arah Taehyung dan menendang tubuh itu.Taehyung terpelanting.Lelaki berbadan gempal tadi terus bertindak memegang Namjoon dan cuba meredakan pergaduhan.Hoseok pula hanya diam membisu.Malas mahu masuk campur.
"Wei budak...kau gila ker apa.Kau nak kawan kau tu mati ker.Kita dalam bahaya sekarang.Boleh pulak korang bergaduh sakan macam ni.Matanglah sikit perangai."suara lelaki berbadan gempal itu lantang.Dia memapah Taehyung bangun.
"Memang patut pun dia mati!Dia bukan kawan aku!"Namjoon masih lagi berkeras.Taehyung sekadar diam,langsung tidak melawan Namjoon.Dia tahu dia salah.Memang patut pun Namjoon dan Jung Kook membencinya di atas apa yang dilakukan pada Jimin. Betul kata Namjoon...dia seorang yang hanya pentingkan diri sendiri.
"Diamlah kau!Kalau korang tetap nak gaduh jugak...baik korang pergi bergaduh dengan zombie zombie tu.Benda dah jadi...nak buat macam mana.Sekarang ni...baik kita fikirkan plan nak selamatkan diri."Pergaduhan di antara Namjoon dan Taehyung menjadi sedikit reda setelah mendapat ceramah daripada Min Joo(lelaki berbadan gempal).
Perhatian kepada para penumpang,sila bertenang.Disebabkan keadaan gentir ini,train tidak akan berhenti di Cheonan.Untuk keselamatan,sila duduk di tempat masing masing.Segala informasi,akan segera pihak kami khabarkan.Sekian,terima kasih.
Satu pengumuman berkumandang di dalam train.Tersentak Hoseok mendengar pengumuman tersebut.Takanlah train ini akan meneruskan perjalanan ke Busan.Tak ini tak boleh berlaku,dia mesti keluar dari train ni secepat mungkin.Dia tak nak lama lama terperangkap di dalam train bersama zombie zombie tersebut.Bila bila masa 'mereka' boleh menyerangnya.
Penumpang penumpang lain mengambil tempat duduk masing masing.Hoseok pula tidak senang duduk.Dia terus menekan butang interkom untuk berhubung dengan pegawai atasan.
"Annyeonghaseyo...ada sesiapa di sana!!!"Dia memulakan bicara.Nasib baik ada yang menjawab panggilannya.
"Nae,kenapa Encik?Ada apa apa yang boleh kami bantu."
"Kenapa train ni tak akan berhenti di Cheonan.Kami semua nak cepat keluar dari sini."Nada suara Hoseok naik seoktaf,kedengaran cemas. Semua penumpang memandang ke arah Hoseok.Pelik dengan tindakan lelaki itu yang melulu.
"Maaf Encik...ni arahan daripada pihak atasan.Train tidak boleh berhenti di Cheonan kerana daerah tersebut sudah seratus peratus ditakluki oleh zombie. Lagipun di sana tiada tempat yang selamat untuk kita semua,"terang pegawai tersebut.
"Ala....alasan jer tu.Keputusan saya muktamad.Berhenti di Cheonan."Hoseok memberi kata putus.Butang merah interkom ditekan.Panggilan dimatikan serta merta.
* * * *
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro