CHAPTER 11-Train To Busan [end]
Pasang lagu Spring Day kuat kuat.
"Yahh Jeon Jung Kook,mana kamu nak lari hah!Bagi balik seluar dalam hyung tu!" Taehyung menjerit nyaring.Nakal punya Jung Kook,ada ker patut dia curi seluar dalam Taehyung dan bawak lari benda peribadi paling berharga tu.Malu wei bila Jung Kook pergi tayang seluar dalam Taehyung yang bercorakkan bunga bunga itu pada semua ahli BTS.Mana nak letak muka!
"Tak nak bagi!Ni balasan bila Hyung curi makan biskut Jung Kook!" Jung Kook menjelirkan lidahnya pada Taehyung.Diangkat seluar dalam Taehyung tu tinggi tinggi.Ahli ahli BTS yang lain tak habis habis mentertawakan Taehyung.Ni plan Jung Kook dan Jimin.Jimin orang yang ambil tugasan pergi seludup keluar seluar dalam Taehyung dari biliknya.Teruk betul bebudak ni!
Jung Kook melarikan diri apabila Taehyung mula mengejarnya.Berlari berkejaranlah dua orang kanak kanak ribena tu di dalam dorm.
"Kalau hyung dapat tangkap kamu,Hyung gigit gigit kamu macam makan biskut.Hyung akan cabut gigi arnab kamu tu!" ugut Taehyung.Boleh pula Jung Kook buat mimik muka mengejek pada Taehyung.Dengan bantuan Suga,berjaya jugak Taehyung tangkap Jung Kook.Laju wei Jung Kook lari.Macam arnab.Taehyung pulak kura kura.
"Hyung,berhentilah!Geli!geli!" Digeletek pinggang Jung Kook.Rasakan balasannya.Hampir terkeluar anak tekak Jung Kook ketawa menahan geli.Kalau dibiarkan lagi,boleh sampai terberak Jung Kook.Tapi nasib baiklah Taehyung ni jenis yang baik hati.Dia marah Jung Kook pun sekejap je.Sayangnya Taehyung pada Jung Kook macam adik sendiri.
"Lain kali jangan buat lagi!"Taehyung merampas balik seluar dalamnya dari tangan Jung Kook.Sebelum tu,sempat jugak dia tarik telinga Jung Kook.Nak tarik gigi arnab dia tu rasa tak sampai hati.Jung Kook comel sangat!
"Yelah.Jung Kook janji takan buat lagi.Tapi,kalau hyung buat curi lagi biskut Jung Kook,tak teragak agak Jung Kook akan seludup seluar seluar dalam Hyung kat dalam almari tu jual pada fans fans Hyung.Untung besar Jung Kook nanti." Jung Kook pula mengugut.Tak pasal pasal siku Taehyung mendarat pada kepalanya.Diluku kepala Jung Kook sehingga benjol.Haduih!
* * *
Hoseok berpaling ke arah Taehyung.Lelaki itu seperti baru sahaja digigit.Matanya putih.Mukanya pucat.Cepat cepat Taehyung menutup balik pintu itu apabila Hoseok bangun dan dan menuju ke arahnya.
Dia berada dalam keadaan separuh sedar.Dia meloloskan diri keluar dari bahagian kemudi.Perlahan lahan dia mendekati Taehyung.Taehyung berundur beberapa tapak ke belakang.
"Tae,maafkan aku.Aku menyesal sebab pentingkan aku sendiri.Aku memang kawan tak guna.Aku sanggup halau kau tadi.Maafkan aku Kim Taehyung!" kata Hoseok dengan intonasi suaranya yang kurang jelas.Tubuhnya bergetar.Rahangnya bergigil kuat.Nafasnya tidak teratur.
Taehyung hanya diam.Kesian jugak dia melihat keadaan Hoseok.Seburuk mana pun perangai Hoseok,dia tetap kawan Taehyung.
"Tolong selamatkan aku Tae.Selamatkan aku.Virus ni dah merebak dalam tubuh aku.Aku tak nak jadi zombie.Aku tak nak!"Hoseok mula hilang kawalan diri.Penglihatannya menjadi kabur.Apa yang dia lihat,semuanya samar samar dan berwarna putih.Dia berdengus kasar,menunjukkan sikap agresifnya sebagai zombie mula muncul.
" Sabar Hoseok.Bawa bertenang.Aku akan berusaha selamatkan kau!"pujuk Taehyung.Hoseok menggelengkan kepalanya berkali kali.
"Aniaya!Kau dah terlambat!Aku tak nak jadi zombie.Tidak!tidak!"Ditundukkan kepalanya ke bawah.Seketika kemudian,kepala Hoseok terangkat semula ke atas.Zombie!Dia menyerang Taehyung.Dia mahu menggigit leher Taehyung.Pergelutan berlaku.Taehyung cuba bertahan.Dicekak leher Hoseok dan ditolak tubuh itu ke hadapan,menjauhi Shin Hye dan Jung Kook.Hoseok semakin bertindak agresif.Tenaganya terlalu kuat.
Pergerakkan Taehyung dikunci.Hoseok menerpa tubuhnya pada tubuh Taehyung.Tanpa berlengah,Taehyung menarik kepala Hoseok dan menghantukkannya pada palang koridor.Panggg!
"Hyung!!!"Jung Kook menjerit apabila Hoseok hampir saja mahu menggigit Taehyung yang terlentang di lantai.Jeritan Jung Kook menyebabkan Hoseok menukarkan sasarannya pada dia dan Shin Hye.Hoseok bergerak ke arah mereka berdua,namun Taehyung sempat menarik kaki Hoseok dan dia jatuh tersembam ke lantai.
Belum sempat Taehyung bangun,Hoseok datang menyerangnya lagi.Dia naik di atas tubuh Taehyung dan cuba untuk menggigit lehernya.Taehyung menahan bahu Hoseok dengan lengannya.Tangannya satu lagi memegang palang besi.Ketika itu juga,Shin Hye dan Jung Kook mencengkam leher Hoseok dari belakang.Hoseok kesakitan dan melepaskan Taehyung.Dia menyerang pula Shin Hye dan Jung Kook.
Taehyung bingkas bangun.Dia menekup mulut Hoseok dan mengunci pergerakkan lelaki itu.
Hoseok menggigit tangannya.Taehyung masih bertahan.Diheret tubuh Hoseok ke hadapan.Seutas rantai besi diambil dan dililitkan pada pinggangnya bersama palang besi koridor train.Tanpa berfikir panjang,dipusingkan tubuhnya keluar dari koridor.Hoseok turut sama tercampak keluar dan jatuh ke tanah.Taehyung selamat.Tujuan dia mengikat tubuhnya dengan rantai besi pada palang koridor adalah untuk mengelakkan dia jatuh.Dia memanjat naik semula ke koridor.
Jung Kook dan Shin Hye mula menjauhkan diri dari Taehyung.Taehyung bersandar sekejap pada dinding train.Melepaskan kepenatan selepas bertarung dengan Hoseok tadi.Di tangannya terdapat kesan luka gigitan Hoseok.Bermakna....tidak lama lagi dia pun akan bertukar menjadi......ZOMBIE!
Dipandang Jung Kook dan Shin Hye dengan air muka sayu.Jung Kook mengalirkan air mata.Tidak mampu berkata apa apa.
Taehyung kesuntukkan masa.Segera dileraikan ikatan rantak besi pada tubuhnya.Dia menuju ke bahagian kemudia train.Jung Kook dan Shin Hye hanya mengekori dari belakang.
"Masuk sekarang!"arah Taekabut.Dia kelihatan kelam kabut.
" Noona,dengar sini baik baik.Bila sampai saja di terowong nanti,berhentikan train dan segera turun.Di sana akan ada pasukan keselamatan yang akan selamatkan Noona dan Jung Kook nanti.Minta perlindungan dari mereka!Arraseo?"pesannya pada Shin Hye.Dia bergerak pula ke seat Jung Kook.Ada sesuatu yang perlu disampaikan pada chingunya itu.Mungkin kata kata yang terakhir daripadanya sebelum dia pergi meninggalkan Jung Kook buat selama lamanya.
"Hyung!"
Taehyung mengenggam kedua dua bahu Jung Kook erat. Kepala Jung Kook diusap lembut.
"Jung Kook jaga diri baik baik. Hati hati semasa keluar nanti. Mulai sekarang Hyung tak dapat lagi nak lindungi Jung Kook. Hyung harap Jung Kook akan kuat. Pertahankan nyawa Jung Kook dan Shin Hye noona dari zombie zombie tu. Jangan bagi dia gigit Jung Kook. Dan satu lagi....." Bicara Taehyung terhenti buat seketika.Dia menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sesuatu.
"Saengil Chukahamida Jeon Jung Kook. Mian sebab baru sekarang Hyung bagi hadiah pada kamu. Hyung sayang kamu!" Diserahkan anak patung arnab kecil itu pada Jung Kook. Dia cuba untuk membuat Jung Kook senyum. Namun, Jung Kook menangis teresek esak. Dia mengenggam kemas lengan Taehyung. Tidak mahu membiarkan lelaki itu pergi. Dia tak nak hilang seorang sahabat yang dah dia anggap seperti abangnya sendiri.
"Hyung,jangan tinggalkan Jung Kook.Jung Kook tak nak kehilangan Hyung.Cukuplh semua ahli BTS tinggalkan Jung Kook.Tapi,tolonglah....jangan pergi Hyung." rayu Jung Kook.Berlinangan air mata jantannya jatuh turun ke pipi.Taehyung mengusap air mata itu.Buat kali terakhir,dia mendakap tubuh Jung Kook erat.
"Jangan tinggalkan Jung Kook!"
Dileraikan pelukannya.Ditepis tangan Jung Kook pada lengannya.Walaupun berat,dia terpaksa lakukannya.Dia menolak tubuh Jung Kook menjauhinya dan berlari keluar.Dia menutup pintu masuk.Jung Kook ingin mengejarnya tetapi Shin Hye menghalang.
"Hyung!Kajima!Kajima!" teriak Jung Kook tidak henti henti.Shin Hye memeluk tubuhnya dari belakang.
Taehyung menuju ke belakang train.Menyorok di sana.Buat kali pertamanya,Taehyung menghamburkan tangisannya.Tangisan yang cukup sayu.Di dalam hatinya,dia gembira tidak terkata dengan dapat melindungi Jung Kook.Biarpun nyawanya terkorban,asalkan Jung Kook selamat.Dipejamkan matanya rapat rapat.Cuba mengimbasi kembali memorinya bersama Jung Kook bermula daripada hari pertama saat pengenalan mereka sehinggalah ke hari ni.Memori yang takan dapat dia lupakan.Cukup indah.
"Jung Kook,terima kasih tau sebab belanjakan Hyung aiskrim ni!"
"Sama sama!Sebelum makan aiskrim tu, hyung kena janji yang Jung Kook yang Hyung akan sentiasa berada di sisi Jung Kook. Menjadi pelindung kepada Jung Kook setiap masa!"Jung Kook mengangkat jari kelingkingnya.
"JANJI!" Jari kelingking Taehyung dan Jung Kook bersatu, mengikat janji itu.
Taehyung menguntum tersenyum lebar. Matanya dibuka kembali. Tiada mata hitam. Putih saja sepenuhnya. Mata zombie.
"Selamat tinggal Jung Kook!" katanya.Perlahan lahan tubuhnya mula turun ke melepasi beranda dan jatuh tergolek beberapa kali menghempas permukaan tanah.
Train terus bergerak dan bergerak. Sebaik saja sampai di hadapan sebuah terowong ia berhenti. Shin Hye dan Jung Kook turun dari train. Mereka berdua berjalan menuju ke arah terowong. Shin Hye berhenti sekejap.Perutnya terasa sedikit sakit.Mungkin disebabkan dia banyak bergerak.
"Noona ok tak ni!" soal Jung Kook sedikit risau.
"Takpe.Noona ok je.Cuma perut ni sakit sikit!" balas Shin Hye.Jung Kook memimpinnya berjalan.Pemandangan di hadapan terowong itu cukup mengerikan.Mayat mayat zombie dan askar yang dalam keadaan rentung berlimpangan di sekitar.Bau hanyir bercampur hangit menusuk masuk ke dalam rongga hidung.Kawasan itu seperti baru saja lepas dibom.Penghadang penghadang besi yang dibina habis dijilat api,meninggalkan asap asap hitam saja.Jelas terasa haba haba panas membahang pada kulit.
Mereka memasukki terowong itu.Keadaan di dalamnya gelap gelita.Mereka tidak sedak di luar terowong itu terdapat sekumpulan tentera yang sedang berjaga.Dua orang tentera bersiap sedia dikubu pertahan dengan senjata.Seorang daripadanya menteliti keadaan di dalam terowong melalui binokular.Takut takut ada zombie yang menyerang.Seorang lagi pulak memegang rafail.
"Ada sesuatu yang bergerak di dalam terowong tu!" Lapor tentera itu kepada ketuanya melalui walie-talkie apabila mendapati terdapat dua figura berbentuk tubuh manusia yang bergerak keluar dari terowong.Kemungkinan zombie yang masih hidup.
"Jangan tunggu.Tembak sekarang!" Ketua mereka memberi arahan.Mereka hanya menuruti.Tentera bersenapang itu mula menyasarkan kepala Shin Hye dan Jung Kook.Hampir saja dia menekan pincu rafail,satu suara kedengaran.Bergema gema di dalam terowong tersebut.
bogo sipda
ireohge malhanikka deo bogo sipda
Mulanya suara itu perlahan tapi lama kelamaannya ia kedengaran semakin jelas.
neohui sajineul bogo isseodo
bogo sipda
neomu yasokhan sigan
naneun uriga mipda
ijen eolgul han beon boneun geosdo
"Bergerak masuk ke dalam terowong sekarang.Ada dua orang manusia yang masih terselamat!"arahnya.
Kumpulan tentera itu bergerak memasuki terowong dan menuju ke arah Shin Hye dan Jung Kook.
Train to Busan.Suatu perjalanan yang dirasakan sungguh panjang.Sarat dengan memori yang pahit dan manis.Dipenuhi dengan linangan air mata.Menjadi titik sejarah hitam bagi Korea Selatan.
Finally,berjaya jugak author siapkan ff ni.Lega rasanya.HOPE READERS SEMUA BERPUAS HATI DENGAN HASIL KERJA AUTHOR.Ff ni lah ff yang plig suka yg pernah author buat.Jalan cerita,sence dan dialog mesti sama dengan filem asal biarpun watak watak ditukar.Dengan citer,akan ada filem Train To Busan 2 yg akan diterbitkan pada tahun 2018,InsyaAllah kalau umur author masih panjang....akan ada jugaklah season 2 utk ff ni.
Thanks kepada yang sudi baca ff ni,votes and comment.Author sangat hargai jasa korang.
Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro