CHAPTER 10
Korea Selatan hura hara,menjadi padang jarak padang terkukur dengan sekelip mata;serangan zombie datang dari semua arah,darah hanyir berlumuran di sekeliling,jeritan demi jeritan kesakitan bersahutan,yang masih terselamat ketakutan,tiada tempat yang selamat,tiada lagi keamanan seperti dulu. Sekelip mata saja populasi zombie bertambah,dengan anggaran 70% mengatasi daripada bilangan manusia yang masih tidak dijangkiti. Di setiap penjuru ada zombie yang menantikan mangsanya,yang kelaparan terhadap daging manusia. Pihak penyeledikan dan hospital sedang giat menjalankan siasatan akan virus misteri apakah yang sedang menular,menjangkiti tubuh manusia melalui gigitan si pembawa. Kesan daripada gigitan rambang itu mengakibatkan virus bebas memasuki sistem tubuh,menyerang salur salur darah dan merencatkan peranan sel sel lain terutamnya otak yang mengawal setiap gerak geri.
* * * *
"Pejabat pusat,ini panggilan kecemasan. Tolong laporkan keadaan di sekitar Busan sekarang sebab beberapa minit lagi train KTX101 yang kami naiki bersama beberapa orang penumpang akan tiba di sana. over!"Konduktor Park cuba untuk menghubungi pejabat pusat di Busan. Malangnya,beberapa kali cuba,talian masih tidak dapat disambungkan kepada Pejabat Pusat. Mungkin di Pejabat Pusat sendiri telah diserang menyebabkan segala urusan perhubungan dengan pihak sana terjejas.
Konduktor Park meletakkan kembali telefon pada gagang dengan penuh hampa. Dia mula mati akal,buntu. Penumpang penumpang yang berada di dalam train perlu diselamatkan dari zombie zombie yang berada satu train dengan mereka. Apa saja iktiar untuk terus survive perlu dilakukan sehabis boleh. Dan mengikut perkiraan Konduktor Park sendiri, tempat yang paling selamat buat masa sekarang adalah Busan. Serangan zombie bermula di Seoul dan untuk serangan itu sampai ke Busan sepenuhnya agak memakan masa. Ura ura juga ada mengatakan pihak ketenteraan di Busan telah menembak dan mengebom zombie di sekitar Busan untuk mengekalkan keselamatan di sana.
Konduktor Park memandang sekilas ke luar tingkap train. Mayat mayat bergelimpangan di sekitar. Kelihatan asap asap hitam berkepul kepul menghiasi latar awan biru. Adakah korea selatan akan hancur dengan serangan zombie zombie ini?Terbit persoalan itu di mindanya.
* * * *
Sunyi saja di dalam gerabak itu. Semuanya membisu tanpa kata,memandang antara satu sama lain dengan penuh ganjal.
Shin Hye duduk berehat di atas kerusi sambil mengusap perutnya. Bersebelahannya pula ada Jung Kook. Manakala Taehyung tidak lepas mengamati keadaan di luar melalui cermin tingkap.
Sehun dan Irene hanya berdiri sambil bersandar di dinding. Sehub mengenggam tangan Irene. Dia tahu Irene masih lagi trauma.
"Kita akan selamat!" kata Sehun terus Irene memeluknya erat.
Ajushhi comot itu pula duduk berpeluk lutut di atas lantai,menguis nguis carinya pada permukaan lantai. Masing masing kelihatan keletihan,trauma dan takut.
Taehyung mendekati Jung Kook. Tangan kanan Jung Kook digapai lantas digenggam erat. Terasa sejuk kulit Jung Kook.
"Hari ni hari jadi Jung Kook. Hyung tahu Jung Kook mesti sedih sebab tak dapat sambut birthday Jung Kook dengan family kan. Jangan risau ok,hyung akan bawak Jung Kook jumpa family Jung Kook! Hyung janji! Dan Hyung akan pastikan Jung Kook selamat,"kata Taehyung sambil mengusap lembut kepala Jung Kook. Jung Kook senyum tawar. Dia sendiri pun belum pasti keluarganya sendiri selamat ataupun tidak. Mungkin 1 September kali ni akan menjadi hari terakhir buatnya,berakhir pada tarikh lahirnya sendiri yang ke 19 tahun.
Jung Kook angkat wajahnya memandang Taehyung.
"Hyung tak takut ke?"soal Jung Kook.
Laju saja Taehyung menggelengkan kepalanya.
"Hyung nak takut apa. Hyung kan kuat,zombie zombie tu kacang je hyung belasah diorang,"Taehyung senyum lebar.
Jung Kook angkat thumbs up.
"Jung Kook takut sangat sekiranya Jung Kook tak dapat jumpa hyung lagi!"Riak wajah Taehyung berubah,mematikan senyumannya tadi. Dia mencengkam erat kedua dua bahu Jung Kook. Tepat dipandang ke dalam anak mata coklat Jung Kook.
"Apa Jung Kook cakap ni?"
"Mianhae! Jung Kook dah banyak buat salah dengan hyung. Jung Kook dah marah hyung sebab hyung buat salah kecil je. Jung Kook langsung tak hormat hyung. Jung Kook bodoh buat semua tu pada hyung. Jung Kook hanya tahu pentingkan diri sendiri,sampai Jung Kook langsung tak fikir pasal perasaan hyung sendiru," Jung Kook menangis teresak esak. Dia akui dia bodoh sebab dah sakitkan hati Taehyung hanya disebabkan perkara remah teneh saja.
"Bukan salah Jung Kook pun. Hyung yang salah! Dah dah,tak mau nangis nangia,"
"Hyung,Jung Kook dah hilang ramai kawan kawan kita. Sekarang Jung Kook cuma ada hyung je,kalau apa apa pun jadi pada hyung ataupun pada Jung Kook sendiri,janji yang kita takan berpisah ok,"
Kata kata Jung Kook tadi Taehyung balas dengan anggukkan. Taehyung mendaratkan tangannya di atas kepala Jung Kook. Diusap umbu umbu kepala Jung Kook lembut.Helaian rambut Jung Kook yang menutupi dahi disebak ke belakang. Begitu sayangnya Taehyung pada Jung Kook yang dianggap macam adiknya sendiri.
"Hyung akan sentiasa ada di sisi Jung Kook!"
* * * *
Dipandang refleksi wajahnya yang terpantul pada permukaan cermin itu. Kelihatan pipi kiri Taehyung terpalit dengan tompokkan merah;darah yang dah kering. Tompokan yang sama pada baju kemeja putihnya yang basah lencun dengan peluh.
Pili paip dipulas. Air mula keluar. Tangannya dibasuh.Kemudian dilurut tangannya itu yang masih basah pada pipi menghilangkan tompokkan darah tadi. Seketika kemudian,Taehyung menarik nafas dalam. Tangannya mencengkam pinggir sinki. Dibiarkan saja air mengalir keluar dari pili paip sehingga memenuhi separuh sink. Esakkan sayu Taehyung kedengaran.
Taehyun menangis. Perasaannya cuba dikawal. Bila melibatkan kawan kawannya yang lain,dia menjadi lemah. Ya,satu satunya ahli BTS yang selamat adalah Jung Kook. Sehabis boleh dia akan berusaha lindungi Jung Kook walaupun membahayakan dirinya sendiri. Itu nekad Taehyung.
Prangg, train tiba tiba saja bergegar seperti dihentak oleh sesuatu dengan begitu kuat. Taehyung terhempas ke pintu tandas. Lantas dia berlari keluar. Yang lain pula kelihatan dalam ketakutan.
Hentakkan pada train tadi adalah disebabkan oleh konduktor train yang membrek train secara mengejut kerana train hampir saja terlanggar sebuah gerabak yang terbalik di hadapannya.
Konduktor itu menghela nafas lega. Nyaris nyaris saja tadi maut datang menimpa. Dia menggapai telefon. Satu pengumuman disampaikan.
"Perhatian kepada semua penumpang! Kerana terdapat halangan pada laluan kita,kita terpaksa berhenti di Stesen Timur Daegung. Buat sementara waktu,kita harus menunggu pasukan penyelamat datang,atau kita akan pergi ke Busan dengan menaiki kenderaan lain. Saya ulangi,tinggalkan train ni sekarang jugak. Jika anda mahu terus hidup....segera keluar dari sini. Berhati hati. Semoga selamat,"
Air muka konduktor tersebut gusar sahaja. Cabaran baru bakal ditempuhi untuk menyelamatkan para penumpang ke Busan.
* * * *
Taehyung terlebih dahulu mengawasi keadaan di luar. Pandang kiri kanan. Tiada zombie yang kelihatan berlegar legar di sekitar train. Selamat! Dia terus bergegas keluar diikuti dengan beberapa orang penumpang mengekorinya dari belakang.
"Noona harap pasukan penyelamat tu cepat cepat datang selamatkan kita semua!" kata Shin Hye pada Taehyung. Nampaknya keadaan wanita itu dah beransur pulih. Dia tidak lagi menangis disebabkan kehilangan suaminya. Dalam keadaan sebegini,apa apa saja kemungkinan dan jangkaan boleh berlaku walaupun kita tidak mengharapkan ia berlaku. Shin Hye sendiri pun tak sangka yang suaminya akan turut sama terkorban. Pahit untuk dia telan dan cerna hakikat tu. Malahan dia cuba tetap bertahan untuk meneruskan perjalanan ke Busan,sebab ada satu nyawa dalam dirinya yang perlu dia lindungi demi Mijoo.
"Noona sabar eh. Kejap lagi kita sama sama akan sampai di Busan. Tae ada dengar yang Busan selamat buat masa sekarang. So,kita tak boleh buang masa,kita gerak sekarang!"Taehyung membalas. Mereka tidak memberikan sebarang respons. Hanya diam dan memandang antara satu sama lain.
* * * *
Pintu train ditarik. Taehyung orang pertama yang keluar diikuti oleh Jung Kook,Shin Hye,Sehun,Irene dan Ajusshi Comot.
Mereka berlari anak menuju ke beberapa buah train yang berada berdekatan.Adakalanya mereka bersembunyi di sebalik gerabak sebagai langkah berjaga jaga sekiranya ada zombie yang menyerang. Beberapa buah train dilewati dan kebanyakan di dalamnya dipenuhi dengan zombie.
* * * *
Konduktor Park bergegas gegas menuju ke tempat penyimpanan train.Dia berlegar legar di situ.Sebuah train didekati.Alangkah terkejutnya dia apabila seekor zombie datang menerpa ke arah cermin train tersebut.Cepat cepat dia turun.Sebuah lagi train yang berada bersebelahan dipanjat naik.Tiada zombie di dalamnya bererti selamat untuk digunakan.Terus saja dia mula menghidupkan enjin.Tidak lama kemudian,train tersebut bergerak keluar dari tempat parking.
* * * *
Hoseok menguak sedikit pintu tandas,mengintai keadaan di luar melalui celahan sempit itu.Terdapat beberapa ekor zombie sedang berjaga di hadapan pintu itu.Siapa sangka,Hoseok dan pramugara tersebut masih lagi selamat.Ketika serangan tadi,mereka berdua sempat bersembunyi di dalam tandas.
"Line clear?" soal pramugara itu.
"Ya.Kau keluar dulu.Aku menyusul kat belakang kau!"balas Hoseok.Mula terlintas satu idea jahat di fikirannya.
Tanpa teragak agak,pramagara itu terus menolak pintu tandas.Kepala dijengul keluar.Muncul seekor zombie di hadapannya.Dia telah ditipu.Hoseok menolak tubuhnya ke arah zombie tersebut.Sekelip mata saja zombie zombie datang menggerumuninya.Si Hoseok pula terus terjun keluar dari train.Ditinggalkan pramugara malang itu begitu sahaja.
* * * *
" Kita perlu cari cara lain!"Sudah puas mereka mencari train yang kosong untuk dinaiki,namun satu pun tidak dijumpai.Boleh dikatakan setiap train ada zombie yang menghuni di dalamnya.
Walauapa pun,mereka tetap meneruskan pencarian.
* * * *
Terbutang luas biji mata Konduktor Park apabila melihat sebuah train yang marak dengan api meluru laju di atas landasan
menuju ke satu arah.
"Tidak!!!" Hampir saja luruh jantungnya.
* * * *
Sehun mengintai keadaan di dalam sebuah train yang baru dijumpainya melalui tingkap kaca.Di dalamnya kosong saja.Tiada penumpang mahupun zombie.
"Sini!sini!Palli!!!" jerit Sehun pada Taehyung,Jung Kook,Shin Hye dan Ajusshi Comot.Baru saja beberapa langkah diatur menuju ke train tersebut,permukaan tanah tiba tiba sahaja bergegar.Batu batu kecil bergerak seperti ada satu gelombong yang kuat berdekatan mereka.Diangkat kepala ke atas.Muncul kepulan asap hitam bersama api di sebalik train yang berada berdekatan mereka.Serentak dengan itu,bunyi geseran yang kuat pada landasan kedengaran.Train yang terbakar tadi dengan lajunya merempuh beberapa buah train lain yang berada berdekatan mereka menyebabkannya terkeluar dari landasan dan tumbang ke tanah,menghempas tubuh mereka berempat
Hanya Sehun dan Irene yang terselamat.
"Tidak!"Sehun bangun.Masih dipeluk erat Irene di dalam dakapannya.
"Ottokae!Semuanya dah musnah!" Irene menangis.Begitu terkejut dengan apa yang dilihat sekarang berada di depan mata.Satu pemandangan yang cukup mengerikan.
"Kajja...jangan buang masa.Mari kita pergi dari sini!"Mereka berdua bingkas bangun dan menerjah masuk ke dalam sebuah train yang berdekatan.
"Yahh!Kajja!" Mulanya Irene tidak mahu berbuat demikian.Perhatiannya masih tertumpu ke arah train yang terbalik tadi.Dia risau akan keadaan Taehyung,Jung Kook,Shin Hye dan Ajusshi comot.Selamat atau tidak keempat empat mereka....dia pun tidak pasti.
Lantas Sehun menarik tangan Irene.Terpaksa jugak dia akur.Perlanggaran beberapa buah train tadi telah menyebabkan mereka terperangkap di situ.Dan jalan keluarnya adalah dengan cara memecahkan pintu keluar train yang mereka masuki,memandangkan pintu itu menghadap ke arah yang berlawanan.
Mereka cuba menolak pintu itu.Namun....langsung ia tidak bergerak.Sehun terpandang akan pemukul cermin yang berada di sebelahnya.
Disiku cermin kecil yang menutupi alat pemukul cermin dan terus digapai benda alah itu.Bertubi tubi Sehun menghentakkan pemukul cermin itu pada cermin pintu keluar.Irene hanya melihat saja.Dia yang lemah tidak mampu untuk berbuat apa pun.
Tiba tiba,Hoseok datang menerpa masuk ke dalam train itu dengan keadaan kelam kabut.Dia sedang dikejar zombie.Sebaik saja Irene menoleh ke arahnya,lelaki itu menarik tubuh Irene dan ditolak kasar ke dinding.Kebetulan zombie yang mengejar Hoseok tadi muncul dan menggigit kaki Irene.
"Irene!" Terkejut Sehun dengan jeritan nyaring Irene.Dia terus pergi mendapatkan Irene apabila melihat gadis itu diserang oleh zombie.Dicekik batang leher zombie tersebut dan kepalanya dihantuk ke dinding.Pergelutan berlaku.Tanpa berfikir panjang....Sehun terus menendang zombie itu keluar dari train melalui pintu masuk.
Hoseok pula sibuk menyiku cermin pintu keluar.Sehun dan Irene langsung tidak diendahkan.Setelah beberapa kali cubaan....kaca itu pecah berderai.Dia meloloskan diri keluar dari train langsung tanpa rasa bersalah pada Sehun dan Irene.
Irene yang terkulai layu di lantai dipangku di atas ribanya.Sehun memeluk erat tubuh itu yang mula menunjukkan simptom kejang kejang.Biji mata Irene memutih.Rayangnya bergetar deras.Urat urat biru mula timbul di wajahnya.
"Ggggrrrrr!!"
"Kenapa mesti kau yang kena.Aku memang lelaki tak guna.Aku gagal lindungi kau,Irene!"Sehun menangis teresak esak.Berlinangan air air jernih keluar dari tubir matanya dan turun ke pipi.Sebak tidak dapat ditahan lagi.Irene yang dia sayang dah jadi zombie.
"Maafkan aku Irene!"
Kepala Irene terangkat ke atas dan menghala ke arah leher Sehun.Disambar batang leher itu dengan sekali gigitan.Sehun meraung kesakitan bersama tangisannya.
* * * *
Sebaik sahaja melihat terdapat sebuah train sedang perlahan lahan bergerak di landasan,terus saja Hoseok menghala ke arah train itu.
"Yah,palli!palli!" Kobduktor Park menjerit apabila melihat Hoseok. Beberapa ekor zombie sedang mengejar Hoseok dari belakang.
"Palli!palli!"
Hoseok cuba meningkatkan kelajuannya,malangnya kaki Hoseok tersadung pada kerangka landasan kereta api menyebabkannya jatuh tersembam.Konduktor Park bergegas turun dari train dan pergi mendapatkan Hoseok yang dalam keadaan bahaya!Dia menarik tangan Hoseok,mengangkat tubuh Hoseok untuk bangun.Ketika itu juga,datang menerpa seekor zombie pada belakang tubuh Konduktor Park.Dia sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan Hoseok.Sedangkan Hoseok pula bersikap seperti melepaskan seekor anjing yang tersepit.Zombie itu menggigit tubuh Konduktor Park.Berkali kali dia menjerit meminta pertolongan dari Heseok,dengan rasa tidak bersalah Hoseok terus bingkas dan melarikan diri masuk ke dalam train apabila semakin ramai zombie zombie datang.Ditinggalkan begitu saja Konduktor Park di situ yang sedang digerumuni oleh zombie.
* * * *
"Hyung bangun!Bangun Hyung!Hyung!Hyung!Bangulah!" Jung Kook menangis,merintih memanggil nama Taehyung berkali kali dengan harapan lelaki itu akan membuka semula matanya.Semakin laju digoncang tubuh Taehyung.Jung Kook hampir saja putus harapan.Namun,seketika kemudian Taehyung menunjukkan tindas balas.Gembira tidak terkata Jung Kook apabila mendapati anggota tubuh Taehyung bergerak.Dia bangun dan perkara pertama yg Taehyung lakukan adalah tarik Jung Kook ke dalam pelukannya.
Shin Hye,Ahjusshi comot,Jung Kook dan Taehyung masih terselamat.Nyaris nyaris saja kemalangan tidak diduga tadi hampir meragut nyawa mereka.Mereka terperangkap di dalam runtuhan train itu.
Taehyung memerhati keadaan sekeliling cuba untuk mencari jalan keluar memandangkan train itu sedikit saja lagi akan menghempap tubuh mereka berempat.
Jumpa!
Terdapat satu celahan terbuka yang boleh dijadikan jalan keluar.Taehyung menyurut keluar melalui celahan tersebut.
"Jung Kook,cepat!"Tangannya dihulurkan ke arah Jung Kook.Baru saja Jung Kook mahu menggapai tangan Taehyung,salah satu kerangka train jatuh menutupi celahan tersebut.Dia cuba untuk mengalihkannya.Objek itu terlalu berat.Jung Kook,Shin Hye dan Ajusshi yang masih terperangkap
berada dalam ketakutan.Satu tingkap train yang menghadap mereka telah pecah.Beberapa ekor zombie bergerak keluar.
" Ajusshi!!!"jerit Jung Kook.
Ajusshi Comot itu meluru ke arah zombie zombie tersebut dan cuba menghalang mereka daripada menyerang Shin Hye dan Jung Kook.
Di luar,Taehyung telah berjaya mengalihkan objek berat yang menutupi celahan.
"Jung Kook,cepat!"
Jung Kook menyambut huluran tangan Taehyung dan merangkap keluar.Tinggal Shin Hye saja yang belum keluar.Menjadi sukar baginya untuk meninggalkan Ajusshi Comot keseorangan di situ yang sedang bergelut dengan zombie.Dipandang wajah lelaki tua itu buat seketika.Ajusshi Comot membalas pandangan Shin Hye dengan gelengan kepala.
"Pergi!Selamatkan diri kau sekarang!"katanya.
Shin Hye mengangguk dan terus keluar.Tubuh train merapat pada tanah.Habis semua tingkap train pecah menyebabkan begitu banyak zombie zombie melompat keluar.Berpusu pusu mereka mengejar Taehyung,Jung Kook dan Shin Hye yang berada di hadapan.Dari semua arah mereka ada.Dari setiap ceruk mereka keluar.Semuanya menghala laju pada ketiga tiga sasaran itu melalui arah yang sama sehingga mereka berlanggaran sesama sendiri dan jatuh berlimpangan di atas tanah.Sangat dahsyat!
Jung Kook semakin dekat dengan train itu.Didepakan tangannya,cuba untuk menggapai palang train.
Pakkk!,jemarinya berjaya menyentuh palang.Segera digenggam erat palang besi itu.Dia mengangkat tubuhnya naik ke koridor train(?).Shin Hye dan Taehyung turut melakukan perkara yang sama.
"Palli!palli!palli!!!"
Seekor zombie turut berjaya memegang palang koridor train itu diikuti oleh zombie zombie yang lain.Pergerakkan train mula perlahan disebabkan terlalu banyak zombie zombie yang berkumpul di bahagian belakang.Kalau dibiarkan,train akan berhenti bergerak.
Taehyung mendapat satu idea.Dia menendang tangan tangan zombie yang berpaut pada palang.Seekor zombie datang menyerang ke arahnya.Taehyung mengelak.Zombie tersebut terpelanting jauh,bergolek di atas landasan.Hairannya,zombie seperti tiada kelemahan.Biarpun cedara parah,mereka akan tetap menyerang.
Taehyung terus menendang sehinggakan habis hancur dan berkecai tangan tangan zombie tersebut.Ideanya berhasil.Terlerai jugak akhirnya genggaman tangan tangan mereka dari palang.Terhumban jauh mereka di belakang.
Taehyung menarik nafas dalam dalam.Lega sedikit rasanya.Dia berjalan menuju ke arah bahagian kemudi train.Pintu masuk bahagian kemudi kelihatan terkuak sedikit.Rasa tidak sedap hati mula menyerang sukma Taehyung.Dijarakkan sedikit tubuhnya dari pintu.Perlahan lahan dia menarik pintu tersebut.Ada seseorang di dalam bahagian kemudi.Jung Hoseok!
Bersambung....
One Chapter lagi and ff ni akan habis.Mohon sedia tisu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro