T4
"Apa maksud kau ni Leon?", soal Akeyo hairan, dia memandang pelik ke arah Leon apabila wajah lelaki itu berubah menjadi pucat.
"Kalau bukan kau yang datang tadi siapa?", soal Leon pula kepada Akeyo membuatkan Akeyo bengang.
"Apa yang kau cakap ni Leon? Sejak bila aku datang, aku baru je sampai", nada suaranya berubah menjadi keras. Matanya tajam menikam wajah Leon.
Leon menelan air liurnya yang terasa pahit itu. Tangannya menggigil perlahan.
"Tak, tadi kau datang. Kau kata kau nak jumpa Riz", terang Leon perlahan. Otaknya ligat berfikir mengenai siapa yang datang sebentar tadi. Wajahnya kelihatan seperti Akeyo, cuma sahaja perangainya sedikit lain.
Akeyo memandang sekeliling, secara tidak sengaja dia melihat sebuah CCTV yang berada di hujung ruangan hadapan itu. Lama dia memerhati CCTV itu.
"Ada orang menyamar jadi aku. Buka cctv", arah Akeyo perlahan sambil menunjuk ke arah CCTV itu.
Leon mengangguk kepalanya perlahan lalu dia mengatur langkah menuju ke bilik sekuriti. Akeyo juga mengekori langkah Leon menuju ke bilik sekuriti.
Seorang sekuriti yang menjaga bilik itu melihat Leon dan Akeyo dengan penuh perasaan hairan.
"Ye tuan? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?", soal sekuriti itu kepada Leon.
"Aku nak check something", ujar Leon lalu dia meminta lelaki itu bangun. Akeyo hanya memerhati dari belakang, matanya melihat setiap skrin tv yang memaparkan setiap ruangan dibangunan itu.
Leon memutarkan sebuah rakaman CCTV beberapa minit yang lalu, kelihatan 'Akeyo' melangkah masuk lalu dia berborak dengan Leon dan menuju ke ruangan bawah tanah.
Kelihatan 'Akeyo' itu tersenyum sinis memandang ke arah CCTV. Dia tertawa perlahan lalu menunjuk peace.
Seolah-olah sedang mempermain seseorang. Bukan itu sahaja, 'Akeyo' itu juga bercakap sesuatu namun rakaman itu hanya merakam perbuatan dan tiada suara.
'Loser'.
Perkataan yang disebut oleh 'Akeyo' itu.
Akeyo hanya memerhati rakaman CCTV itu, dalam diam dia berasa bengang kerana merasakan dirinya dipermainkan. Dia melangkah keluar dari bilik sekuriti itu lalu menuju ke bilik bawah tanah yang menempatkan Riz.
Leon berasa sedikit terkejut, patut lah 'Akeyo' tersenyum melihat CCTV. Dia fikir tiada apa-apa rupanya, lelaki itu mengejek Akeyo yang sebenarnya.
Leon cuba memanggil Akeyo apabila dia melihat lelaki itu melangkah menuju ke bilik bawah tanah namun lelaki itu hanya mengabaikan panggilannya. Leon mengeluh perlahan dan melangkah keluar dari bilik sekuriti itu.
Terasa dirinya bodoh kerana tidak mampu membezakan sahabatnya yang sebenar dengan penyamar.
•|•|•|•
Bum !
Pintu ruangan yang mengurung Riz ditolak dengan kuat dari luar. Akeyo melangkah masuk menuju ke hadapan Riz dengan riak wajah yang dingin.
Dia memandang Riz yang sedang menyandar pada dinding dengan tajam.
"Kau nak apa lagi Akeyo? Aku dah cakapkan aku tak akan kerja bawah kau lagi", ujar Riz perlahan. Dia menundukkan kepalanya ke bawah, nafas dihembus perlahan lalu dia mengangkat kepalanya kembali lalu memandang wajah Akeyo itu.
"Siapa yang datang jumpa kau tadi?", soal Akeyo perlahan sambil memandang kosong ke arah Riz. Dia bersandar pada dinding ruangan itu.
Riz memandang Akeyo hairan.
"Kau la yang datang jumpa aku", balas Riz.
"Kau tak payah nak tipu aku la Riz, aku tahu yang datang jumpa kau tadi tu bukan aku", ujar Akeyo dengan nada dingin. Hatinya kuat mengatakan bahawa orang yang menyamar sebagai dirinya, menunjukkan dirinya yang sebenar kepada Riz.
"Kalau bukan kau yang jumpa aku, siapa yang datang tadi", balas Riz sambil berdiri. Dia melangkah menuju rapat pada palang besi yang mengurungnya itu.
Kedua-dua tangannya memegang erat palang besi itu sambil memandang Akeyo.
"Sebab tu la aku tanya kau, aku tahu yang dia ada tunjuk muka sebenar dia dekat kau kan", ujar Akeyo perlahan. Dia berjalan menuju ke arah Riz lalu dia menarik kolar baju banduan yang dipakai oleh Riz menyebabkan lelaki itu mengaduh sakit.
"Baik kau bagitahu aku sebelum aku kerjakan kau dekat sini", bisik Akeyo perlahan di tepi telinga lelaki itu.
"Aku tak tahu siapa yang datang tadi, tapi memang kau yang datang!", Riz menafikan perkataan daripada Akeyo. Mukanya merah menahan sakit.
Beberapa saat kemudian Akeyo melepaskan kolar baju Riz dengan kasar. Dia mendengus perlahan. Anak matanya tajam menikam wajah Riz yang sedang menahan marah itu.
Dia menendang palang besi itu apabila Riz berkeras tidak mengaku. Nafas di tarik perlahan lalu dihembus. Dia mengulang beberapa kali lalu memandang Riz yang kelihatan sedikit tenang itu.
Dia memandang beberapa buah kerusi yang berada di hujung ruangan itu, langkah di bawa menuju ke hujung ruangan itu.
"Aku nak kau kerja bawah aku, tapi masuk dalam organisasi Angelo. Hancurkan organisasi tu dalam diam", arah Akeyo, dia menarik sebuah kerusi lalu melabuhkan punggung di atas kerusi itu. Matanya memandang Riz dengan pandangan kosong.
"Ha? Kau merepek apa ni? Kau ingat aku nak kerja dengan kau lepas apa yang kau buat dekat aku?", ujar Riz dengan nada dingin. Dia memandang tidak percaya kepada Akeyo.
"Kerja dengan aku atau adik kau jadi mangsa? Nak aku sumbat adik kau dalam ni macam mana aku sumbat kau hrm?", soal Akeyo sarkastik. Dia tertawa sinis apabila melihat riak wajah Riz berubah.
"Jangan kau berani nak sentuh adik aku lah bodoh!", tangannya memegang kuat palang besi itu.
"Kalau kau tak nak adik kau jadi mangsa sebab kau, baik kau ikut cakap aku Riz. Tak rugi sikit pun", ujar Akeyo sambil tersenyum.
"Tak puas ke kau buat aku macam ni Akeyo?", balas Riz perlahan, dia melepaskan pegangannya pada palang besi lalu mengundur beberapa langkah ke belakang. Dia menyandarkan badannya pada dinding dan secara perlahan-lahan dia duduk di atas lantai.
Matanya memandang Akeyo dengan penuh dendam, dendam yang tersimpan kemas selama 4 tahun.
"Hrm entah, aku pun tak tahu. Apa kata kau kerja je bawah aku, mana tahu aku puas ke", ujar Akeyo sarkastik, dia tertawa sekali lagi. Tertawa dia sedikit kuat menyebabkan ruangan itu bergema.
"Kau memang tak guna Akeyo, sanggup pergunakan orang lain untuk kepuasan diri kau!", suara milik Riz mula meninggi menyebabkan ruangan itu bergema.
"Aku buat semua ni untuk kebaikan", ujar Akeyo sambil tersenyum. Kepala digoyangkan ke kiri dan kanan seolah-olah sedang menari mengikut rentak lagu.
"Sial!".
Tangan Riz menumbuk palang besi itu kuat, kuat sehingga tangannya memerah. Sedikit pun tidak menakutkan Akeyo malah lelaki itu hanya tertawa.
"Kau keluar nanti, aku suruh budak aku datang jumpa kau. Bawa kau pergi mansion aku", kata Akeyo, seraya itu dia bangun dari kerusi lalu menuju ke pintu ruangan itu.
Tangan naik memulas tombol lalu dia melangkah keluar dari ruangan itu.
Riz menjerit memanggil nama lelaki itu, namun dia diabaikan.
"Sial, tak guna punya Akeyo!".
Kedua tangannya dihentak di atas lantai. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Nafas dihela perlahan. Sesungguhnya dia penat menghadapi semua ini.
'Terima kerja dari Akeyo'.
Sebaris ayat itu terlintas di dalam fikirannya.
Kali ini, dia akan mengikuti kata lelaki itu, akan dia ikut setiap permainan yang dimainkan oleh lelaki itu walaupun dia berasa agak ragu seolah-olah lelaki itu mempunyai rancangan yang lain.
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro