T3
Akeyo melangkah keluar daripada lift, dia memandang sekeliling mencari anak buahnya. Namun ruangan tingkat 1 itu sepi, tiada seorang pun yang berada di situ.
Akeyo tidak mengambil peduli tentang keadaan itu. Dia mengatur langkah menuju ke arah pintu mansion lalu dia membuka pintu dan melangkah keluar dari mansion itu.
Langkah dibawa menuju ke arah kereta Porsche Cayenne yang berwarna merah. Pintu dibuka lalu dia masuk ke tempat pemandu. Enjin dihidupkan, Akeyo mula memandu keluar dari mansion itu dan menyelusuri hutan yang mengelilingi mansion itu.
Beberapa minit dia memandu di dalam hutan, dia tiba di jalan besar yang menuju ke sebuah bandar, tiada satu pun kereta yang lalu di jalan itu membuatkan keadaan di situ sepi. Signal kiri di beri lalu dia membelok keretanya.
Hujung matanya menangkap dua buah kereta Hilux berwarna hitam berada di tepi jalan, perkara itu membuatkan dia mengeluarkan Glock miliknya lalu diletakkan di atas dashboard kereta.
Secara perlahan-lahan dia memandu sambil melihat kereta Hilux itu melalui cermin sisi kereta.
Dua buah kereta Hilux itu mula bergerak apabila kereta yang dipandu oleh Akeyo mula menjauhi mereka.
Akeyo mula menaikkan kelajuan keretanya apabila sedar bahawa dua buah kereta Hilux itu mengekorinya. Semakin laju dia memandu semakin laju juga kereta Hilux itu mengekorinya.
Dia mengambil Glock miliknya yang berada di atas dashboard keretanya. Cermin tingkap kereta diturunkan lalu dia cuba untuk menembak tayar kereta Hilux itu apabila kereta itu mula mendekatinya.
Namun tembakannya dapat dielak membuatkan Akeyo mendengus kuat.
Sesekali dia memandang ke arah hadapan untuk mengelak jika terjadi sesuatu. Tangan kirinya memegang stereng kereta manakala tangan kanannya menembak kereta Hilux itu.
Setelah beberapa kali cubaan, akhirnya satu tembakan daripada Akeyo terkena pada sebuah Hilux menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan terbabas melanggar sebuah pokok.
Kini tinggal sebuah lagi Hilux yang masih mengekorinya.
Akeyo membuang Glock miliknya apabila peluru pistol itu sudah kehabisan. Dia memandang dua buah pucuk pistol yang berada di atas tempat duduk di sebelah pemandu.
Tangan kanan mengawal stereng agar kereta itu sentiasa stabil manakala tangan kirinya meraih sepucuk pistol.
Secara tiba-tiba sebuah Hilux berwarna putih muncul di hadapan Akeyo membuatkan dia tidak sempat mengelak lalu menghentam bahagian depan Hilux itu.
Bam !
•|•|•|•
Akeyo memberhentikan keretanya di hadapan sebuah bangunan yang kelihatan seperti lama.
Dia meletakkan keretanya sedikit jauh dari bangunan itu. Enjing ditutup lalu dia melangkah keluar dan menuju ke arah pintu masuk bangunan itu.
Seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang polis berdiri di hadapan pintu bangunan itu, menunggu kedatangan Akeyo.
"Leon", dia mengangkat tangannya ke atas menyapa lelaki itu.
Lelaki bernama Leon itu juga mengangkat tangannya ke atas sambil tersenyum.
"Akeyo, kau datang buat apa? Kan aku cakap, apa-apa aku call kau", ujar lelaki itu hairan, dia dan Akeyo jalan bersama masuk ke dalam bangunan itu.
"Aku datang nak melawat budak tu", balas Akeyo sambil melihat sekeliling. Sepi seperti setiap kali dia datang.
Mereka berdua melangkah menuju ke sebuah pintu yang menuju ke ruangan bawah tanah. Pintu dibuka lalu mereka berdua menuruni anak tangga satu persatu menuju ke bawah.
Akeyo melihat setiap kamera litar tertutup yang berada di tepi dinding di setiap laluan ruangan bawah tanah itu. Dia tersenyum sinis melihat kamera litar tertutup lalu dia melambai tangan ke arah kamera tertutup itu.
Hal itu membuatkan Leon berasa sedikit pelik.
"Kau dah kenapa lambai CCTV tu?", soal Leon hairan sambil membuka sebuah pintu yang berada di ruangan bawah tanah itu.
"Saja", balas dia sepatah sambil tersenyum.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu lalu menuju ke sebuah ruangan yang berada dihujung bilik itu. Akeyo berjalan menuju ke ruangan itu lalu berhenti dihadapan palang besi yang sedang mengurung seorang lelaki.
Ya, bangunan yang dimasuki oleh Akeyo itu adalah sebuah penjara.
Manakala Leon hanya menunggu di luar, pintu ditutup semula membiarkan Akeyo dengan seorang lelaki yang dikurung itu.
Akeyo memandang ke arah pintu bilik itu, memastikan Leon tidak berada di situ dan hanya dia serta lelaki yang dikurung itu sahaja. Dia menarik sebuah kerusi lalu melabuhkan punggung tepat di hadapan lelaki itu.
"Yo, kau sihat duduk dalam ni?", soal Akeyo sarkastik, dia memandang seorang lelaki yang sedang menyandar pada dinding.
"Kau nak apa Akeyo? Nak suruh aku masuk pasukan kau balik? Jangan harap aku nak terima lepas apa kau dah buat dekat aku", balas lelaki itu dingin, dia memandang Akeyo dengan pandangan yang tajam. Namun Akeyo tertawa perlahan sebelum meneruskan percakapannya.
Dia berdeham perlahan.
"Chill lah Riz, ni aku lah", ujar Akeyo, dia mengeluarkan sebuah pisau lipat lalu dia meletakkan pisau itu dibawah dagunya dan menoreh sedikit.
Secara perlahan dia menarik topeng kulit yang menutupi wajah sebenarnya. Lelaki itu membuang topeng kulit itu di atas lantai lalu tersenyum melihat wajah terkejut Riz.
"Kau?!", Riz terkejut melihat wajah lelaki itu. Seseorang yang dia kenali.
"Jangan lah terkejut sangat. Aku sebenarnya ada job untuk kau", ujar lelaki itu perlahan sambil tersenyum.
"Kau nak suruh aku kerja bawah Akeyo? Jangan harap. Aku tak akan terima", balas Riz dengan nada yang keras.
"Chill lah, aku bukan nak suruh kau kerja bawah aku. Tapi aku nak kau kerja bawah Organisasi Angelo", kata lelaki itu sambil bermain-main dengan topeng muka yang menyerupai wajah Akeyo.
"Angelo?", soal Riz hairan. Dia bangun lalu berdiri tepat di hadapan lelaki itu.
"Ya Angelo, aku nak kau kerja bawah organisasi tu dan tolong pura-pura berkerjasama dengan Akeyo. Aku tahu dia dalam perjalanan datang ke sini untuk suruh kau kerja bawah dia", terang lelaki itu serious sambil memandang ke arah Riz yang elok berdiri dihadapannya.
"Kenapa aku kena ikut cakap kau? Lagi pun kenapa aku kena buat kerja tu?".
"Aku nak kau hancurkan Akeyo secara diam-diam tanpa dia perasan", ujar lelaki itu sambil tersenyum manis.
Riz tertawa perlahan apabila mendengar penjelasan daripada lelaki itu.
"Haha tak sangka anjing yang setia pun sanggup gigit tuan dia sendiri", perli Riz kepada lelaki itu.
Perlian daripada Riz membuatkan lelaki itu tertawa dengan kuat.
"Aku bukan anjing Akeyo, aku Anjing Payne. Lagi pun Payne sendiri ada dalam organisasi Akeyo tanpa dia sedar", ujar lelaki itu perlahan.
"Payne? Jangan cakap kau memang dah lama belot Akeyo", balas Riz sambil memandang lelaki itu serious.
"Ya, sejak Paca ajak aku masuk organisasi tu. Aku tak pernah jadi anjing Akeyo", terang lelaki itu perlahan, lalu dia mengambil semula topeng muka itu dan dipakai semula pada wajahnya.
Kini dia kembali menjadi Akeyo.
"Ingat eh, terima kerja yang Akeyo bagi dekat kau kalau dia datang nanti. Jangan bagitahu dia yang aku datang jumpa kau. Ingat, adik kau rapat dengan aku", sempat 'Akeyo' itu memberikan amaran kepada Riz.
Dia bangun lalu mengatur langkahnya menuju ke arah pintu ruangan itu.
Riz hanya mendiamkan dirinya, kedua tangannya memegang kuat palang besi yang mengurung dirinya itu.
Matanya memandang 'Akeyo' sehingga 'Akeyo' itu hilang daripada pandangannya.
•|•|•|•
Leon menunggu Akeyo di ruangan atas ruang bawah tanah. Pintu yang menuju ke ruangan bawah tanah, di buka dari luar. Akeyo melangkah keluar lalu menuju ke arah Leon.
"Dah habis bercakap dengan budak tu?", soal Leon sambil memandang wajah Akeyo yang kelihatan seperti ceria itu.
"Hm dah. Aku balik dulu, nanti aku datang balik", ujar Akeyo lalu dia melangkah keluar daripada bangunan itu menuju ke arah keretanya.
Pintu kereta dibuka lalu dia masuk ke dalam keretanya, enjin dihidupkan dan dia memandu kereta itu keluar daripada kawasan itu.
Beberapa minit kemudian sebuah kereta Porsche Cayenne berwarna merah masuk ke dalam kawasan penjara itu. Kereta itu berhenti di hadapan pintu penjara.
Enjin ditutup, pintu kereta di buka dari dalam, lalu Akeyo melangkah keluar daripada keretanya. Dia memandang seketika bahagian keretanya yang kemik akibat hentaman dengan sebuah Hilux berwarna putih.
Nafas dihela perlahan lalu dia mengatur langkah menuju ke dalam penjara itu lalu menuju ke arah Leon yang sedang bersantai.
"Leon, aku nak jumpa dengan budak tu", ujar Akeyo dengan nada yang keras. Dia memandang wajah Leon yang kelihatan sedikit terkejut itu.
"Eh Akeyo, kau baru je cakap dengan budak tu. Kau dah kenapa ni?", soal Leon hairan, dia melihat wajah Akeyo yang tegang itu.
"Aku bercakap dengan budak tu? Aku baru je sampai Leon. Kau merepek apa ni", ujar Akeyo dengan dingin, dia memandang wajah Leon yang kelihatan seperti keliru itu.
"Habis tu siapa yang datang tadi?", soal Leon perlahan. Dia memandang wajah Akeyo dengan rasa tidak percaya.
"Apa maksud kau?".
Tbc....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro