T1
Fiq berjalan ke hulu hilir di dalam mansion 4 tingkat itu. Sekejap dia naik ke tingkat 4 lepas tu turun pergi tingkat 3 dan mengulang sehingga ke basement mansion itu.
"Kau apahal Fiq? Dari tadi ke naik turun dalam mansion ni dah kenapa?", soal Fee melihat Co Captain Team 1;Fiq berjalan turun naik mansion itu dari tadi. Dia yang sedang memeriksa senjata milik nya di ruang tamu tingkat 1 itu hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah laku Fiq.
"Aku cari captain aku, kau ada nampak tak?", balas Fiq lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Fee.
"Captain kau? Tuan Ray?", tanya Fee lagi. Fiq mengangguk kepalanya perlahan.
Manakala Fee menggeleng kepalanya lalu dia menyambung memeriksa senjatanya. Setelah selesai memeriksa dia menyimpan kembali senjatanya di dalam beg khas.
"Aku nampak Tuan Ray keluar pagi tadi. Tak tahu la kalau dah balik ke belum", sampuk Ariz yang berdiri di atas tangga.
"Pergi mana orang tua ni. Sudah la ada meeting dengan Tuan Akeyo sekejap lagi", Fiq mengeluh perlahan apabila teringat akan perangai Ray.
Ariz dan Fee mengangkat bahu mereka serentak.
"Kejap lagi Co Leader dengan Captain ada meeting dengan Tuan Akeyo kan?", soal Gore yang baru melangkah masuk ke dalam mansion itu.
Dia melihat Co Captain Team 1, 2 dan 3 berkumpul di situ. Langkah di atur menuju ke sofa di sebelah Fee.
"Yes. Sebab tu aku cari Tuan Ray. Hilang pergi mana entah, penat aku cari dia", ujar Fiq perlahan.
Gore tertawa perlahan, dia faham perasaan Fiq.
Ting !
Bunyi pintu lift terbuka membuatkan perhatian mereka teralih. Mereka memandang Sky dan Ash yang melangkah keluar dari kotak lift itu.
"Yo! Buat apa kumpul ramai-ramai dekat sini?", soal Sky sambil melihat rakan-rakan nya itu.
"Tak buat apa pun", balas Fee dengan Gore serentak.
Ash dan Sky mengangguk kepala mereka. Sky mengatur langkah menuju ke sofa di hadapan Fee, manakala Ash melangkah menuju ke tangga dan berdiri di sebelah Ariz.
"Fiq, Tuan Ray mana? Tuan Akeyo cari, dia cakap meeting dah nak start", ujar Ash sambil memandang Fiq yang kelihatan seperti penat itu.
"Aku tak tahu dia pergi mana. Dari tadi lagi aku cari dia tapi tak jumpa", ujar Fiq, dia menghembus nafasnya perlahan. Terlalu penat dengan perangai Captainnya.
Mereka yang lain hanya mampu mendiamkan diri kerana mereka tidak bekerja di bawah Tuan Ray;Captain Team 1.
"Tu bukan Tuan Ray ke?", soal Sky sambil menunjuk ke arah seorang laki yang baru melangkah masuk ke dalam mansion.
"Tuan Ray! Tuan pergi mana? Tuan tahu tak aku cari Tuan dari tadi lagi", ujar Fiq dingin, dia bangun dari kerusi lalu melangkah menuju ke arah Ray.
"Relaks lah, aku dah ada kan sekarang ni. Nah roti untuk kau orang, aku nak pergi meeting", balas Ray selamba sambil menyuakan dua bungkus plastik yang penuh dengan roti.
Tangan kanan menekan punat on telefonnya manakala kaki melangkah menuju ke arah lift.
Fiq terdiam melihat perangai Ray, manakala mereka yang hanya tersengih.
Baru sahaja Ray mahu melangkah ke dalam lift, bunyi pintu mansion di buka membuatkan perhatiannya teralih.
Plak !
Pintu mansion itu di buka dari luar, seorang perempuan melangkah masuk ke dalam mansion itu.
Mereka semua memandang perempuan itu dengan hairan.
Fiq mengeluarkan Glock miliknya lalu mengacukan pada kepala perempuan itu.
Fee yang sedang bersantai itu berdiri sambil mengeluarkan pisau miliknya, diikuti oleh Gore dan Sky. Masing-masing mengeluarkan senjata milik mereka.
Ash hanya memerhati dari tangga, manakala Ariz berdiri dan menarik pisau yang berada pada tapak kasutnya.
Fee, Sky, Gore dan Fiq berdiri menghalangi perempuan itu dari bergerak.
"Siapa kau?", soal Fiq dengan nada serious. Dia memandang perempuan itu tajam.
"Tepilah", balas perempuan itu dingin, dia tidak memperdulikan mereka dan melangkah menuju ke arah Ray yang berada di hadapan lift.
Namun langkahnya terhenti apabila Gore dengan pantas bergerak ke belakang perempuan itu dan meletakkan kerambitnya pada leher perempuan itu.
Bergerak sedikit sahaja, lehernya akan terpotong.
"Macam mana kau boleh masuk sini?", tanya Gore perlahan tepat pada telinga perempuan itu.
Gore memerhati leher perempuan itu, kelihatan satu luka yang panjang di belakang leher perempuan itu.
"Stop Gore", ujar Ray dari jauh. Dia menggeleng kepalanya apabila mereka memandangnya.
"Siapa dia?", soal Ariz sambil menyimpan kembali pisaunya.
"Nama dia Hish, budak Idry;Team S", terang Ray lalu dia memberikan isyarat mata pada Fiq.
Fiq yang faham akan isyarat mata itu mengangguk kepalanya lalu menyimpan kembali Glock miliknya.
Fee, Sky dan Gore juga menyimpan kembali senjata mereka apabila melihat Co Captain Team 1 menurunkan senjata.
"Kau datang sebagai wakil Idry kan?", soal Ray sambil melangkah masuk ke dalam lift.
Hish hanya mengangguk kepalanya lalu langkah diatur menuju ke arah lift.
Dia melangkah masuk apabila Ray mengajaknya.
Ting !
Pintu lift berbunyi menandakan pintu ditutup.
Kini perhatian semua orang teralih pada Fiq yang kelihatan seperti tahu sesuatu.
"Kau tahu ke Team S tu?", soal Fee serious sambil memandang tajam ke arah Fiq.
"Aku tak tahu sangat pasal Team S, yang aku tahu dia orang tu team yang special", balas Fiq ringkas, dia melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Sky.
"Kau Ash? Kau tahu ke team tu?", soal Ariz pula, dia bangun dari tangga lalu menuju ke arah Fiq.
Kerusi di tarik perlahan, punggung dilabuhkan diatas kerusi itu.
"Aku kenal ketua dia orang", balas Ash.
"Apa nama eh Tuan Ray sebut tadi?", soal Sky sambil memandang Gore.
"Tak silap aku, Idry", ujar Gore.
"Ha Idry, kau kenal ke Ash?", soal Sky sekali lagi, dia memandang Ash pula.
"Tak kenal sangat tapi aku pernah nampak Tuan Akeyo pukul dia, teruk la juga sampai nyawa-nyawa ikan", balas Ash.
"Kau serious la?".
Ash mengangguk kepalanya.
Mereka semua terdiam melihat sambil melihat Ash.
Walaupun mereka tahu bahawa Tuan Akeyo sememang seorang yang kejam, namun lelaki itu tidak pernah menunjuk di hadapan mereka.
•|•|•|•
Ting !
Pintu lift terbuka setelah tiba di tingkat 4 mansion itu.
Ray dan Hish melangkah keluar menuju ke arah pintu bilik berwarna merah.
"Idry pukul kau?", soal Ray apabila mereka berdua tiba di hadapan pintu berwarna merah.
Tangannya memegang tombol pintu bilik itu.
"Tak", balas Hish perlahan.
"Kau ingat aku bodoh ke? Aku dah lama kenal Idry", ujar Ray, tangan kirinya mencengkam rahang Hish membuatkan Hish sedikit terkejut.
"Idry je yang suka pukul teruk macam ni", Ray membelek muka Hish meneliti lebam pada pipi perempuan itu.
Kelihatan seperti baru sahaja dipukul.
"Lepaslah", Hish cuba menolak tangan Ray namun cengkaman lelaki itu terlalu kuat sehingga menyebabkan rahangnya terasa sakit.
"Tch", Ray berdecit perlahan, dia melepaskan cengkamannya dengan kasar.
Dalam diam Hish mencarut akan perilaku Ray.
Tombol pintu di pulas lalu Ray melangkah masuk diikuti oleh Hish.
"You're late Ray", kedengaran suara dingin milik Akeyo menegur Ray.
Kelihatan Captain Team 2 dan 3 sudah berada di dalam bilik itu, begitu juga dengan Co Leader 1, 2 dan 3. Masing-masing kelihatan sudah bersedia untuk berbincang dan duduk mengelilingi sebuah meja bulat.
"Mana Idry?", soal Minn;Co Leader 1 kepada Hish yang berdiri di hadapan Akeyo.
"I'm sorry", balas Ray, dia mengangkat kedua tangannya apabila memandang wajah Akeyo lalu dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi bersebelahan Paca;Co Leader 3.
"Tuan Idry tak sihat", jawab Hish sambil memandang wajah tegang milik Akeyo.
"Tak sihat? Asal, sakit sebab aku pukul dia?", soal Akeyo sarkastik. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri, tidak berani untuk mencampuri percakapan Akeyo.
"Kaki dia tak boleh gerak", balas Hish perlahan.
"Tak boleh gerak sebab aku pijak ankle dia?", soal Akeyo lagi.
Hish hanya mendiamkan dirinya. Mereka yang lain hanya memerhati.
Bum !
Terangkat bahu Hish apabila sebuah file melayang di tepinya.
Mujur tidak kena pada muka Hish, namun hujung file itu terkena pada pipi perempuan itu menyebabkan luka garisan yang panjang.
Darah mula meleleh keluar dari luka itu kerana luka itu agak dalam.
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro