t u j u h
Okay, gais. Harini double update sebab cuti kan? Idae akan aktif sikit cuti ni. Hehe. Enjoy reading this chapter💋
•••
Yeomin's
Aku terjaga daripada mimpi yang aku rasa mimpi paling mengarut di kalangan yang paling mengarut yang pernah aku alami selama aku hidup di muka bumi ini.
Taehyung cium aku? Kau boleh percaya ke? Like, what the hell? Aku angau teruk sangat ke?
Aku melihat sekeliling. Aku akhiri hari persekolahan aku di sini. Dan, masih di sini. Penat aku tengok bilik rawatan ni. Dah banyak kali sangat masuk. Eh, tapi, siapa yang hantar aku? Selama ni, aku jalan sendiri dengan bantuan kaki sendiri.
Jungkook ke? Huh, tak mungkin. Dia dah benci aku, bukan?
Okay, aku pelik. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook? Dan, aku terlupa fasal isu itu apabila aku rasa sekarang sudah tiba masa untuk buka cafe. Oh God. Lenanya aku tidur sampai tak sedar masa sudah suntuk untuk aku bergegas ke cafe milik aku itu.
Aku terud mengambil beg dan barang aku yang sudah berada di atas meja di hadapan katil itu. Kemudian, aku bergegas keluar dari bilik tersebut. Telefon aku hidupkan dan mendail nombor Mingyu.
"Mingyu, ambil aku kat sekolah." Aku berkata dengan tercungap-cungap kerana penat berlari ke pagar sekolah.
"Baik, cik muda." Aku terus mematikan panggilan dengan Mingyu itu sebaik sahaja mendengar balasan daripadanya di hujung talian dan terus duduk di perhentian bas.
Kau kuat, Yeomin. Jalani hidup kau macam selalu. Jangan biar orang lain menimbulkan kacau bilau di dalam hidup kau.
-
Di cafe, aku berjalan masuk ke bahagian pembuatan kopi dan di situ terdapat dua orang pekerja aku sedang mempersiapkan barang-barang sebelum cafe dibuka.
Aku keluar kembali dan berdiri di kaunter. Erghh. Aku masih sakit kepala sebenarnya. Tapi, taklah seteruk sebelum ini. Ish. Saja je. Aku baru nak ada mood kerja ni.
Tiba-tiba, bunyi loceng menandakan ada pelanggan yang baru datang, berbunyi. Aku memandang dengan senyuman yang manis.
"Selamat dat-" Kata-kata aku terhenti apabila dua orang manusia yang masuk menghentikan degupan jantung aku buat 0.001 saat.
Jeon Jungkook bersama Yoon Yeri berpegangan tangan, bergelak tawa bersama dan aku dapat baca daripada muka Jungkook yang dia sangat gembira bersama Yeri. Aku sumpah terkedu. Tangan aku dikepala menjadi penumbuk, geram.
"Hoi. Orang miskin. Kau pekak ke aku panggil kau? Pelanggan datang buat macam sampah datang. Cepatlah aku nak order."
Yeri berkata kepada aku dengan pedasnya dan ianya mampu mengoyak hati aku yang sememangnya lembik itu. Aku memandang Jungkook yang sedang duduk di meja bahagian belakang sekali dan sedang bermain telefon pintarnya.
Sanggup kau buat aku macam ni setelah kau buat aku keliru dengan petasaan aku sendiri?
"Y-ye. Nak order apa?" Aku membuang segala persoalan aku itu lalu memandang Yeri yang rasanya telah aku palau selama 5 minit tadi. Dia menggulingkan mata, menyampah. Eh, ingat aku tak menyampah ke tengok kau?
"Ice americano and-" Dia memikirkan sesuatu. Aku rasa dia tak tahu apa yang Jungkook suka. Dia baru hendak berpaling ke arah Jungkook di belakang dan aku mula menyampuk.
"Caramel macchiato satu. Okay. Boleh pergi duduk dulu." Aku berkata dengan senyuman yang tersangatlah palsu. Yeri dengan muka menyampah terus menghentak kakinya lalu beredar ke Jungkook.
Sabar, Yeomin. Sabar. Ini hanyalah satu dugaan.
Aku selesai menyiapkan pesanan dua manusia itu. Kemudian, aku menghantarkan dua cawan kopi tersebut ke meja mereka berdua.
Dan, pada ketika itulah, Yeri dengan sengajanya, ingin ambil telefonnya yang jatuh ke lantai dan mungkin juga disengajakan, dia hampir jatuh. Seperti biasa, hero akan datang menyelamatkannya, tak lain dan tak bukan, ianya Jeon Jungkook. Kini, mereka sedang berpelukan di hadapan aku.
Aku ulang, sedang berpelukan di hadapan mata aku.
Sabar, Yeomin. Aku meletakkan dulang yang berisi dua cawan kopi dua manusia yang sedang berpelukan di hadapan aku. Tiba-tiba, Jungkook tolak Yeri perlahan. Muka Yeri dibelai. Aku sudah naik angin. Aku dengan pantas ingin berlari dari adegan menggelikan ini.
Sampai sahaja di ruabgan yang agak tertutup, aku menyandarkan tubuh aku pada dinding. Kepala didongakkan ke atas supaya air mata aku tidak jatuh. Aku menggeleng kepala aku berkali-kali.
Jangan nampak lemah, Yeomin. Kau kuat! Dia bukan siapa-siapa dalam hiup kau dan dia layak mencari perempuan untuk ditemani selain kau.
Seketika kemudian, mereka berdua beredar. Okay. Kali ni, memang aku tak tahan sangat. Jadi, aku dengan pantas berlari keluar dari cafe aku lalu belakang Jungkook, aku peluk erat. Air mata sudah jatuh setitis demi setitis, membasahi belakang tubuhnya.
"Jungkook. Tolong, jangan buat akau macam ni. Aku sakit, Jungkook. Aku tak tahu kenapa, Jungkook. Aku sakit tengok kau dengan perempuan lain. Tolong pulangkan Jungkook aku yang dulu. Aku rindukan kau yang dulu."
Tiba-tiba, ada satu tangan menarik aku daripada pelukan dan terus menolak aku sehingga jatuh tersungkur ke tanah. Kepala aku tundukkan dan air mata masih setia jatuh ke atas permukaan bumi.
"You jangan nak pandai-pandai peluk boyfriend I. Sedarlah yang diri you tu tak layak nak miliki boygriend I yang kacak ni. So, bitch, please get away from us." Yeri berkata lalu Jungkook yang kelihatan terkedu itu ditarik untuk masuk ke dalam kereta.
Pada waktu yang sama, seseorang datang menyelamatkan aku. Seseorang yang tidak diundang dan yang paling aku benci. Ya, dialah tu. Kim Taehyung.
"Weyh, kau okay ke tak? Sini aku-" Aku dengan pantas merentap tangan aku dari genggaman tangan Taehyung. Jijik kau tahu?
Aku berlari masuk ke dalam cafe. Aku duduk di bangku berhadapan dengan kaunter. Air mata masih tidak tahu erti untuk berhenti daripada membebaskan diri dari tubir mata aku. Aku penatlah menangis. Please stop crying, Park Yeomin.
"Kau okay?" Taehyung yang entah bila dia sampai ke dalam cafe, duduk di sebelah aku lalu menggapai muka aku. Air mata diusapkan menggunakan ibu jarinya.
Aku menepis tangannya kasar.
"Kau nak apa lagi, Taehyung?! Nak kutuk? Nak pukul? Nak merendahkan aku? Seronok tengok aku macam ni? Seronok?!" Aku menjerit di hadapan wajahnya lalu dia terpempan, bagaikan terkejut melihat aku yang sedang mengamuk itu.
"Aku tanya kau ni, kau pekak ke?!" Aku dah naik angin. Aku berdiri lalu tangan aku laju ingin menampar pipi Taehyung. Tapi, ditahan oleh tangan Taehyung. Ish.
"Jijik. Don't touch me." Aku merentap tangannya kasar lalu aku terduduk kembali.
"Aku minta maaf atas segala perbuatan aku. Aku ego, Yeomin. Aku ego. Aku sukakan kau. Lama sangat sehingga aku yakin kau takkan ingat aku. Tapi, biarlah kau tahu yang aku sudah menyimpan perasaan pada kau lama. Jadi, aku harap kita boleh mulakan buku baru, mungkin sebagai pasangan?"
Taehyung meluahkan segala perasaannya kepada aku. Tapi, satu pun aku tak ambil kisah. Sebab apa?
"Aku tak nak kau! Aku nak Jungkook aku balik! Aku rindu Jungkook aku! Nak Jeon Jungkook!" Aku menangis sekuat-kuatnya apabila teringat peristiwa yang berlaku tadi. Taehyung tertunduk.
"Pergilah kau! Aku tak nak kau! Waktu aku suka kat kau, kau tolak. Ha! Sekarang nak jilat ludah sendiri! Aku benci orang pengotor!" Aku terus menangis lalu wajah aku ditekup dengan kedua tapak tangan aku. Taehyung di sebelah aku pula masih terdiam tidak bersuara.
-
Muka aku, aku perhatikan di pantulan cermin bilik air bilik aku. Sembabnya. Ini mesti kes nangis teruk tadi. Ish. Tak sukalah. Kenapa kau lemah sangat sampai setiap hari kau nak menangis ni, Park Yeomin?
Aku duduk di atas katil seusai keluar dari tandas bilik aku. Telefon pintar aku hidupkan dan gambar paparan di skrin telefon pintar aku itu aku tenung sedalamnya.
It's a photo of me and the old Jeon Jungkook together sat on a bench.
Oh, sebenarnya, Jungkook yang tukarlan gambar paparan tersebut di dalam telefon aku ni, dan sampai sekarang aku tak tukar gambar tersebut.
Aku rindu. Ni boleh dikatakan kali pertama aku rindukan seseorang macam ni. Dan, orangnya ialah Jeon Jungkook.
Aku sukakan kau ke, Jeon Jungkook?
-
"Yeomin! Keluar dari bilik! Pergi sekolah cepat!" Jimin menjerit dari luar. Aku yang sedang duduk di tepi tingkap hanya mampu terbayang apakah yang akan ditunjukkan lagi kepada aku daripada Jeon Jungkook di sekolah harini.
Kenapa nak ke sekolah kalau perkara yang menyakitkan hati sahaja datang menyinggah masuk ke dalam pandangan aku?
Mirae? Dia masih di Singapura. Dia duduk di sana lagi dua minggu sebab ayah dia tetiba kena serangan jantung. Aku sedih. Semua yang aku perlukan, dirampas begitu sahaja. Sudahlah, aku memang memerlukan seseorang tika ini.
Yang pasti, aku nak duduk dalam bilik sampai bila-bila. Semua orang dah tak perlukan aku. Buat apa aku muncul, bukan?
"Yeo, sebelum aku tendang pintu ni, baik kau keluar sekarang!" Aku mengeluh berat. Jimin ni dahlah lembik, ada hati nak tendang pintu tu.
"Aku tak berapa sihatlah. Go without me." Aku berjalan ke katil lalu badan aku dihempaskan di atas katil. Siling merah jambu bilik aku itu aku pandang lama. Kedengaran Jimin mengeluh di sebalik pintu bilik aku itu dan derapan tapak kakinya menuruni tangga juga kedengaran.
Lama aku merenung siling sehinggalah aku terlelap.
-
Aku bangun dan sedar aku di dalam sebuah bilik. Kosong. Tak ada perabut langsung. Bilik ni pun sepertinya tiada tanda-tanda macam rumah aku. Dan, aku juga tak rasa ada penghuni. Aku bangun dari perbaringan di atas lantai yang agak berdebu.
Aku berjalan ke arah satu ruangan. Kelihatan satu susuk tubuh di dalam ruangan itu sedang melihat sesuatu si balik dinding. Belakangnya seperti aku kenali?
"Jeon Jungkook?" Aku panggilnya. Dan, ketika itu dia tak dengar. Lama dia merenung di balik dinding tersebut. Apa yang ada pada dinding tersebut sehingga aku panggil pun dia tak dengar? Aku tertanya-tanya.
Tiba-tiba, dia berpaling ke arah aku. Dia menarik aku dan terus menciumku dalam. Aku cuba untuk membalas ciumannya dan pada ketika itulah, bayangan Jungkook menghilang.
"Jungkook...Jungkook...Jungkook!"
"Jungkook!" Aku terbangun daripada mimpi yang aneh itu. Air mata yang masih mengalir aku lapnya menggunakan hujung baju aku.
"Calling for me?"
•••
Wah, wah, wah. Anak Jeon ni suka betul permainkan perasaan orang, kan? Stress aku tulis bahagian dia dengan Yeri tu😂
Okaylah. Tunggulah next update. Love yaaa😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro