Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t i g a b e l a s

"What?! Kau biar betik?!" Jerit aku terkejut mendengarkan kata-kata Mirae di hujung talian.

"Okay, okay. Jangan cerita sekarang. Esok lepas aku balik dari beli baju tunang, aku pergi tempat lepak kita." Balas aku kepada Mirae dan kalini, telinga aku pula menjadi sapaan jeritan Mirae.

"Opps. Terlepas. Nanti aku cerita. Bye, saya nak tidur. Nak mimpi encik tunang saya. Bye, bye." Terus aku matikan panggilan tanpa menunggu balasan daripada Mirae.

Dapat aku jangka, pastinya Mirae kini sedang memaki hamun aku di hadapan skrin telefonnya.

Aku memandang siling bilik aku lama sebelum tersenyum lebar. Ahhh, sungguh aku seronok. Kenapa bukan dia dari kali pertama dulu menjadi crush aku dan bukannya Kim Taehyung?

Tak apalah. Sekurang-kurang, sekarang, aku sudah menjadi miliknya.

Tidurlah, Yeomin. Esok kau nak jumpa encik tunang. Nak beli baju tunang. Good night, world.

-

"Yeomin! Bangun cepat! Jungkook dah nak sampai dah tu. Ya Tuhan!" Pintu diketuk berkali-kali, tidak dilupakan juga dengan jeritan limited edition mama.

Aku tanpa sedar menarik selimut menutupi wajah aku lalu bantal peluk di sebelah aku tekup kedua-dua belah telunga aku.

Aku mengantuk ni, ma. Shuh, shuh. Nak sambung mimpi putera kacak.

"Yeomin!" Sekali lagi kdengaran bunyi ketukan di pintu bersama jeritan nyaring memanggil nama aku. Namun, aku hanya mengendahkannya kerana aku terlalu mengantuk.

Tak lama kemudian, suasana bertukar sepi dan aku memanjat kesyukuran kerana aku boleh menyambung aktiviti tidur aku dengan aman.

Tok. Tok. Tok.

Tiba-tiba, bunyi ketukan di pintu aku berbunyi lagi tetapi kali ni tanpa jeritan. Ketukannya juga kedengaran lembut. Aku menekapkan bantal peluk di telinga aku dengan lebih kuat apabila tidr aku sekali lagi terganggu.

Aku sudah mula terbuai kembali dan hampir mendarat di dunia mimpi semula. Namun, tiba-tiba, aku dapat rasakan bahu aku ditepuk perlahan.

"Maa. Yeo mengantuk lagi. Bagilah Yeo tidur lagi." Aku memusingkan badan aku bertentangan dengan tempat yang diduduki oleh mama. Tidak mahu mama mengganggu aku lagi.

"Sayang. Bangunlah. Penat abang tunggu ni." Bulu roma aku tiba-tiba menegak mendengarkan kata-kata tersebut. Jap. Kenapa macam kenal suara tu?

"Okay. Kau mimpi lagi ni, Yeomin. Semalam mimpi Jungkook tak habis lagi. Okay. Kau layan je Jungkook kau nak manja." Ujar aku perlahan kepada diri sendiri.

"Kantoilah mimpikan abang malam tadi. Angau sangat sayang abang ni."

Bab-i.

Aku terus bangun sambil selimut masih berada di tubuh aku, menutup seluruh tubuh aku lalu pandangan aku dilemparkan ke arah gerangan yang aku anggap mama tadi.

"A-apa awak buat dekat sini?" Tersekat-sekat aku cuba mengutarkan soalan aku. Dia tergelak besar lalu hidung aku dicuit.

"Comelnya sayang abang ni waktu tidur." Ujar Jungkook bersama gelakan.

Weyh. Aku meremang dengar dia gelarkan diri dia abang. Weyh! Kita tak kahwin lagi! Jangan mengada eh, Jeon!

"Eee. Keluar, keluar! Ish. Tak malu masuk bilik perempuan! Keluarlah! Aku tak pakai pakaian proper ni! Mama!" Aku menjerit sambil merengek dengan kaki dihentak-hentak pada katil seperti kanak-kanak kecil.

"Tak payah nak panggil mama eh! Tadi mama kejut dia palau! Ha, tu bakal suami kamu dah naik baru reti nak bangun!" Jerit mama dari bawah membuatkan aku mencebik.

Malu sebenarnya. Sudahlah sekarang aku dengan memakai hanyalah seluar pendek bawah punggung dan crop top sahaja. Weyh, seksi weyh. Aku malu!

"Sudahlah, sayang. Sayang pergi mandi dulu. Siap apa semua. Abang tunggu dekat bawah." Jungkook mula bangkit dari katil aku.

Dia berjalan ke pintu bilik aku lalu tiba-tiba dia berpaling kembali ke arah aku yang masih berada di atas katil.

"By the way, abang suka tengok sayang pakai macam tu waktu tidur. Aum."

"Jeon Jungkook!!" Jungkook tetus menutup rapat pintu bilik aku sebaik sahaja aku mengambil bantal lalu hendak dilemparkan ke arahnya

Bantal aku tepat terkena pada pintu bilik aku yang kini sudah ditutup rapat oleh Jungkook itu. Bodoh punya anak Jeon. Dasar gatal!

"Eee. Geramnya aku dengan anak Jeon seekor ni. Aku cepuk juga kejap lagi. Sabar jelah, Park Yeomin oii." Aku membebel sendirian sambil mengemas katil aku lalu aku terus mengambil tuala untuk masuk ke bilik air dan mandi.

Tak lama kemudian, aku sudah siap dan tetus turun ke tingkat bawah sebaik sahaja sudah memeriksa penampilan aku di pantulan cermin meja solek aku.

"Ha, siap pun anak dara kita seorang ni. Berjam-jam nak tunggu dia ni siap." Mama membebel saat matanya melihat aku yang baru turun dari bilik aku.

Jimin? Masih merenung masa depan di dalam bilik di atas katil di dalam mimpi. Mungkin mimpikan Mirae menerima luahan hatinya.

Kelakar pula bila teringat fasal semalam di mana Mirae memberitahu aku tentang Jimin melamarnya menjadi teman wanitanya.

"Ish, mama ni! Orang bersiap tak sampai sejam pun. Hiperbola betul." Ujar aku bersama cebikan. Jungkook hanya tersengih melihat aku.

Apa? Ingat comel ke sengih macam tu? Tampar kang?

Okay, okay. Memang comel pun.

"Yelah, yelah. Dah. Pergi dating sana dengan bakal suami kamu tu. Kasihan dia. Lama betul dia tunggu kamu." Kata mama sengaja memberitahu aku tentang betapa lamanya Jungkook menunggu aku.

"Cis. Yelah. Nak keluarlah ni." Balas aku dan Jungkook kini sudah berada di sebelah aku.

"Jom, sayang?" Jungkook memghulurkan tangannya ke arah aku. Wajah aku mula berona merah apabila mendengarkan panggilannya terhadap aku.

Aku rasa nak lempang anak Jeon ni laju-laju sebab buat muka aku panas tiba-tiba. Bodoh punya anak Jeon. Suka bagi aku jadi tak tentu arah.

Aku tanpa menyambut hulurannya terus bergegas keluar dari rumah meninggalkan Jungkook.

"Tunggulah abang, sayang!"

Weyh! Sudahlah tu! Aku penat ni! Rasa macam baru lepas marathon je bila lelaki bernama Jeon Jungkook ini panggil aku macam tu.

Lagi-lagi bila dia gelarkan diri dia abang. Weyh! Gugur iman aku ni, Jeon Jungkook!

-

Aku hanya berjalan melepasi setiap pasang baju yang elok digantung di dalam butik mewah itu. Sambil berjalan, sempat aku menyentuh setiap helai baju tersebut.

"Sayang. Pilihlah baju apa yang sayang nak. Jangan dipandang saja." Ujar Jungkook kepada aku yang labgsung tidak serius itu.

"Alah. Tak tahulah nak pilih yang mana. Aku bukan pandai pun bab-bab baju ni. Selalu mama yang tolong." Balas aku merengek.

"Okay. Mari sini." Jungkook menarik aku mengikutinya sambil tangannya mengambil setiap pasang dress putih yang menarik perhatiannya.

"Ni. Ni. Ni. Ni. Ni. Ni. Ni. Ni. Ni. Ni. Dan, ni. Okay! Cuba semua baju yang aku ambilkan untuk kau." Setiap baju yang diambilnya diberikan kepada pekerja yabg bertugas untuk melayan kami.

Aku tercengang melihat baju yang dipegang oleh pekerja tersebut. Jadah dia banyak macam ni?

Kau nak tahu berapa banyak dia ambil? Kau kira berapa ni yang dia baru sahaja sebut tadi. Ha, banyak tulah.

Bapak banyak!

"Banyaknya. Pilihlah satu dua je. Penatlah aku nak tukar nanti." Aku merungut kecil. Dia menggeleng laju.

"No. No. No. No excuses. Aku nak kau cuba semua tu. Now." Dia berjata lalu kini dia mengirak langkah ke arah kerusi yang diletakkan di hadqpan bilik persalinan itu.

Aku hanya memandangnya dengan pandangan tidak percaya apabila dia sedap sahaja duduk di atas kerusi tersebut bersama kakinya yang disilangkan.

Matanya mengisyaratkan aku untuk masuk ke dalam bilik persalinan dan mencuba semua dress yang telah dia pilih itu sebentar tadi.

Aku dengan langkah yang perlahan dan hati yang tidak rela terus memaski bilik persalinan tersebut.

"No. Too sexy."

"No. Too short."

"No. Too big."

"No. Too old-fashion."

"No."

"No."

"No."

Boleh kira berapa kali 'no' dia cakap dekat aku? Aku pun tak tahu. Sekarang aku betulhbetul penat dan tinggal satu pasang sahaja lagi yang belum aku cuba.

"Minta-minta Jeon tu suka yang ni. Dah lawa dah ni." Aku melihat pantulan diri aku di cermin dalam bilik persalinan itu.

Sepadan dan tidak terlalu seksi. Perfect.

Aku terus menarik nafas panjang sebelum dia menghembuskannya perlahan. Aku dengan yakin terus keluar dari bilik persalinan itu.

Jungkook terus memgangkat wajahnya lalu matanya bagaikan terpaku melihat aku.

Okay, aku tak jangka reaksi ni yang dia akan bagi. Sebab, macam lama sangat dia tengok aku sekarang ni.

"Err. Okay tak ni?" Soal aku, teragak-agak. Takut juga tidak kena dengan citarasa anak Jeon seorang ni.

"Jeon Jungkook?" Panggil aju apabila dia seperti tidak memberi respons terhadap persoalan aku.

"Perfect. It's too perfect! Weyh! Biar betul kau, Park Yeomin? Saya tidak percaya kamu adalah bakal tunangan saya!" Dia terus bangkit lalu dia memeluk aku.

Okay...

Dia terimalah kan baju ni? Aku dah penat ni nak cuba banyak-banyak kali.

"Aku ambik yang ni." Jungkook memberitahu pekerja yabg bertugas itu lalu pekerja itu mengangguk bersama senyuman.

Mana tak senyumnya kalau dia akhirnya bebas dari bebanan melayan karenah Jeon Jungkook, bukan?

"Cepat tukar baju balik. Kita pergi makan pula lepas ni."

-

Aku akhirnya sudah pulang ke rumah setelah meluangkan masa bersama encik bakal tunang saya.

Aku melirikkan mata aku ke arah jam tangan aku di mana waktu sekarang menunjukkan sudah hampir pukul 5 petang.

"Okaylah. Baik aku siap nak jumpa Mirae."

Aku terus mula membersihkan dir dan kemudiannya bersiap untuk keluar ke tempat lepak biasa aku dan Mirae iaitu di kedai runcit 24 jam berdekatan dengan kawasan perumahan kami.

Sedang aku berjalan menuruni bukit untuk bertemu dengan Mirae. Tiba-tiba, sebuah kereta dari simpang yang baru aku hendak lalui itu menerpa laju ke arah aku.

Pin! Pin! Pin!

Aku bagaikan terkaku dan nasib aku baik apabila seseorang datang menyelamatkan aku.

Nafas aku tidak teratur apabila pandangan aku mula kabur dan berputar. Kepala aku tiba-tiba terasa sakit yang amat.

"Yah, Park Yeomin! Yah!"

Akhirnya, pandangan aku mula gelpa sertaus peratus dan aku rebah di dalam dakapan manusia yang menyelamatkan aku itu.

•••

Haih. Yeomin ni. Tulah. Lintas jalan tak tengok kiri kanan. Nasib ada hero datang selamatkan. Buat susah hati kita je. Kan geng?

Okaylah. Sorry lambat update. Hehe. Thanks pada yang sudi tunggu. Love yaaa💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro