t i g a
Aku sedang sibuk melihat crush aku sedang tidur di mejanya itu. Aku bersyukur sangat yang hari ini, perempuan yang sering menghalang pandangan aku ke arah crush aku itu tidak hadir. Senanglah aku nak tengok crush aku seorang ni lama-lama.
"Woi!" Aku tersentakbdan orang yang mengejutkan aku daripada lamunan itu aku pandangnya tajam.
"Kau dah kenapa?" Aku marahnya yang tak lain dan tak bukan, semestinya rakan baik aku itu. Aku sedang seronok tengok crush, dia boleh pula kacau aku?
"Seronok kau termenung pandang crush kan?" Mirae mengusik aku sambil bahuku dicucuk-cucuk dengan jarinya. Eee, gelilah bongok.
"Ish, kau ni. Biarlah. Macamlah kau tak ada crush." Aku berkata lalu pandangan aku dilemparkan semula pada crush aku itu yang masih nyenyak tidur. Sekarang cikgu semua tak ada memandang mereka mempunyai mesyuarat tergempar yang perlu dihadiri.
"Woi. Tak ingat kawan dah ke? Parah kau ni. Kena jumpa doktor Kim Mirae supaya penyakit kau sembuh." Aku tak menghiraukan Mirae malah aku meletakkan kepalaku di atas meja sambil pandanganku dibuang ke muka crush aku itu. Kami sekarang dalam posisi saling berpandangan.
"Aku tau dah nak buat macam mana biar dia ni tak berkhayal macam ni." Mirae terus berlari keluar dari kelas aku. Aku buat tak tahu jelah, malas mahu melayan perangainya.
Lama-kelamaan, aku pun terlelap.
-
"Sedapnya sayang kita sorang ni tido."
"Alololo, kiutnya."
"Eh, dia bukak mata."
Siapalah manusia tak guna yang pergi cubit pipi aku ni. Aku tahulah pipi aku ni sedap dicubit. Apabila timbul sahaja muka yang paling aku ingin hindari itu, aku terus meluku kepalanya, geram.
"Ish, kau ni. Kacau je aku nak mimpi kahwin dengan putera kacak aku." Aku menghentakkan kaki aku berkali-kali tanda protes.
"Kau patut bersyukur, kau dapat putera yang lebih kacak ni dekat realiti ini. Limited edition tau." Dia mengerdipkan matanya berkali-kali. Apa dia fikir dia comel ke buat macam tu?
Kejap, tadi dia kata apa? Lebih kacak? Sila mangkat, Jeon Jungkook.
Aku meletakkan kembali kepala aku di atas meja. Telinga aku tiba-tiba terasa diusik lagi. Aku tepis tangan yang berani mengusik telinga aku itu.
"Jangan kacau akulah, gila. Pergi sana. Masuk kandang kau kat sebelah balik." Aku menghalaunya supaya pulang ke kelasnya di sebelah.
"Tak nak. Hehe." Aku dapat rasakan yang dia juga meletakkan kepalanya di atas meja sebelah aku. Aku membuka mata aku lalu wajahnya mula menyapa pandangan aku. Aku terus menutup mata aku rapat kembali.
"Jangan kacau aku tidur kalau tak nak aku halau kau."
-
Aku tertidur dengan Jungkook sampai balik dan aku masih tak percaya kerana kau merasakan terlalu lama bagi aku untuk tidur sehingga waktu pulang.
Tali beg aku tarik dan aku berjalan perlahan ke arah pintu pagar sekolah. Masih tidak bermaya. Sedap juga kalau dapat tidur balik. Tapi, tak boleh. Aku kena pergi cafe aku.
Aku dengan bersemangat jalan mara ke hadapan sampailah ke pondok pengawal. Mana Mingyu ni? Tak nak ambil aku ke? Aku memilik jam tangan milik aku dan membebel perlahan apabila aku kesan Mingyu sudah lambat hampir sejam.
Pin pin!
Aku memandang kereta kuning di sebelah aku. Ini kereta Jungkook, bukan? Betullah kalau orangnya dah keluar dari kereta tu. Aku acah-acah seperti pandang ke arah tempat lain.
Tangan aku tiba-tiba dirampas olehnya lalu aku terus memandangnya.
"Jom naik dengan aku." Aku membulatkan mata. Aku menggeleng laju lalu menarik tangan aku daripada terus digenggamnya.
"Tak naklah. Kejap lagi Mingyu datang ambil. Dia tercari-cari pula aku ni. Macam mana? Macam mana?" Aku menjungkitkan kening kepada Jungkook berkali-kali, cuba memprovok dirinya.
"Biar jelah dia nak cari pun. Siapa suruh lambat?" Dia jawab selamba membuatkan aku rasa ingin menghempuk kepala si anak Jeon ini. Ish, anak Jeon ni.
"Tak boleh. Aku dah ada plan petang ni nak buat apa. Mingyu je tahu." Aku berpeluk tubuh, mengalihkan pandangan aku ke arah bertentangan.
"Biarlah aku buat plan tu dengan kau." Ya Tuhan, degilnya dia ni. Macam mana aku nak selesaikan hal ni dengan budak ni?
"Tak payah nak mengada." Aku menjauhkan diri daripada Jungkook. Dia menghentakkan kaki berkali-kali, memikirkan idea lah tu.
Pin pin!
Yeay!! Mingyu dah datang! Aku dengan pantas berlari ke arah kereta tersebut lalu membuka pintu bahagian belakang. Sebelum masuk sempat aku melambai Jungkook sebelum flying kiss dilemparkan kepadanya.
Aku terus masuk ke dalam perut kereta tersebut lalu ianya terus dipandu Mingyu meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah.
Jungkook pula hanya melihat kereta itu menghilang dari pandangannya. Dia hanya tergelak kecil.
"Comel je."
-
Di kedai aku, aku duduk di kaunter mengambil pesanan dan pembayaran seperti biasa. Di sebelah aku kini, ada Mirae memandangkan dia sudah merayu ingin bekerja dengan aku.
Sedang kami sibuk bergelak, Mirae menyenggol siku aku. Aku pandang ke arahnya lalu dia memberi isyarat supaya aku melihat ke arah sudut yang sedang dilihatnya itu. Aku pun melemparkan pandangan aku keluar.
Aku dah bagitau Mirae fasal benda ni. Jadi, aku dengan pantas pergi ke bahagian belakang kedai di mana tempat pembuatan kopi, untuk menyorok.
Situasi Mirae
Mirae bangun lalu tersenyum kepada pelanggan tersebut.
"Mana kawan kau yang selalu jaga kaunter ni?" Dia bertanya dengan sombongnya. Okay, aku rasa nak fangirl sebab dia nampak kacak seperti selalu.
"Dia tak datang kerja." Mirae berkata selamba tanpa riak. Gerangan tersebut kemudiannya memandang Mirae dengan pandangan yang tajam.
"Dah miskin tu buatlah cara miskinlah. Cari duit. Ni kalau dah miskin, malas. Sampai mati kau tak kaya." Mirae dah menggempal penumbuk dan aku hanya mampu berdoa yang Mirae tidak bertindak melulu apabila aku sudah nampak kepalan tangannya itu.
"Encik Kim Taehyung. Anda nak order apa ya?" Mirae menghembuskan nafas perlahan, cuba untuk menenangkan dirinya yang sedang membara. Taehyung memandang Mirae dengan kening kiri yang dijungkitkan.
"Selagi kawan kau tak datang, aku akan duduk sini sampai esok." Tak. Sekarang apa masalah lelaki ni?
"Aku dah bagitau kau yang Yeomin tak datang kerja. Kau pekak ke?" Aku menepuk dahi mendengarkan kata-kata Mirae itu. Taehyung sudah tersenyum sinis.
"Memang patut kau kawan dengan si budak miskin tu, sama-sama kurang ajar. Dasar miskin. Tch." Taehyung berkata dan itu membuatkan aku yang berada di belakang itu mula bengang. Aku dengan laju pergi ke arahnya lalu tamparan percuma diberikan pada wajahnya yang kacak itu.
"Kau kalau nak kutuk aku, kau kutuklah! Jangan nak libatkan kawan aku yang tak bersalah! Harapkan kaya, tapi perangai macam setan!" Aku memarahinya. Mirae dan Taehyung dua-dua tersentak dengan tindakan aku juga kehadiran aku yang tiba-tiba itu.
Taehyung mengelap mulut menggunakan belakang tangannya. Senyuman sinis masih melekat pada mulutnya. Aku rasa aku boleh saja untuk bunuh dia di situ juga. Tetapi, Mirae sudah menenangkan aku dengan mengusap belakang aku.
"Heh. Penipu. Memang patut korang tan kaya macam aku, rutin kerja menipu orang sekeliling. Entah-entah, kau jual badan kau. Sampai Jungkook tergedik-gedik dekat kau. Heh." Dia berkata dengan kata-kata kesat yang betul-betul membuatkan aku hilang sabar.
"Tak nak tampar dah ke?" Belum sempat aku ingin menghadiahkan satu lagi tamparan pada wajahnya itu, satu tumbukan berjaya mendarat pada pipinya.
Taehyung jatuh ke lantai dan gerangan itu kini berada di atas tubuh Taehyung. Aku terkejut dan begitu juga Mirae apabila orang itu adalah Jungkook.
Aku dengan pantas berlari ke arah mereka yang berada di hadapan kaunter cafe aku. Nasib juga waktu ini, tiada pwlanggan yang darang memandangkan sekarang sudah tamat waktu rehat. Mirae dengan pantas berlari ke arah pintu cafe tersebut lalu menekan butang di sebelah kiri pintu supaya kaca kedai itu bertukar menjadi legap. Tisak mahu orang luar nampak pergaduhan yang berlaku di dalam cafe tersebut.
"Kau kalau nak cakap, biar bertapis. Dia tak bersalah dan kau tak ada hak nak kutuk dia. Lagi satu, kau fikir dia perempuan murah macam yang kau selalu lepak keluar bersama nak jual badan? Dia bukan murah macam semua perempuan tu lah sial!" Aatu tumbukan ingin dihadiahkan lagi.
"Berhenti!!" Aku menghentikan tindakan Jungkook dan Taehyung sudah pandang ke arah aku. Aku tak sanggup lihat lagi crush aku ditumbuk. Sehanat-hanat mana pon perangai dia, tapi kalau dah suka masih sakit hati aku ini apabila nampak crush aku ini kena tumbuk.
"Jungkook, Taehyung. Get out." Aku menghalau mereka. Aku tak sanggup lagi nak tengok pergaduhan bodoh mereka hanya disebabkan aku.
Mereka berdua mula bangun. Jungkook masih memerah mukanya dan Taehyung dengan darah pada bibir itu tersenyum sinis memandang ke arah Jungkook juga aku bergilir-gilir.
Jungkook sudah keluar tetapi apabila Taehyung hendak keluar, aku memberikannya tisu. Dia pandang aku dengan jelingan. Dia menepis kasar tangan aku membuatkan aku tertunduk saat dia berjalan ekluar dari cafe itu.
Dia keluar dan aku akhirnya jatuh tersungkur di lantai. Mirae berlari ke arah aku lalu dia memeluk aku erat. Tangisan mula pecah emngisi ruangan ayng baru sahaja hening itu.
"Aku...tak sanggup dah. Mirae, macam mana nak move on daripada dia? Aku dah penat, Mirae." Aku menangis perlahan di dalam dakapan Mirae manakala Mirae hanya mengusap belakang tubuh aku bagi menenangkan aku.
•••
Halamak. Cari fasallah anak Kim dengan anak Jeon ni kan? Kesian Yeomin. Huhu.
Okaylah gais. Tunggu next chapter eh? Uwuu. Love yaaa💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro