s e m b i l a n b e l a s
"Kalau itu yang kau cakap. Then, kita putus." Tanpa perasaan, aku mengujarkan kata-kata itu.
Apa yang mampu aku buat untuk mempertahankan hubungan kami kalau salah seorang tidak mampu jujur dan percaya terhadap pasangannya?
Sakit itu, hanya yang berpengalaman sahaja yang tahu. Terlalu sakit.
"Apa yang kau merepek ni, Park Yeomin? Kau sedar tak apa yang baru kau cakap tadi?" Balasnya agak tidak percaya dengan apa yang baru aku perkatakan sebentar tadi.
"Aku tak merepek dan aku sedar apa yang baru aku katakan. So, sila keluar. Aku penat." Balas aku selamba. Aku dah penat ingin melayan perasaan. Aku cuma ingin berehat daripada semua ini.
"Yah, Park-" Baru sahaja Jungkook ingin membalas, pintu wad dibuka lalu seseorang mula bersuara, memotong kata-kata Jungkook.
"Dia kata keluar tu, boleh dengar kata tak? Dia tak sembuh sepenuhnya lagi. Tolong jangan buat benda jadi makin keruh."
Jungkook terus memalingkan wajahnya ke arah gerangan yang berada di muka pintu wad tersebut. Senyuman sinis dilemparkan.
"Mentang-mentang Yeomin dah ingat segalanya, kau dah tunjuk taring kan? Kau jangan ingat kau menang, Kim Taehyung." Ujarnya, sinis.
Berlagak kau eh, Jeon?
"Nak membebel sila keluar. Sebab aku tak hamak nak dengar bebelan tak berfaedah kau." Balas Taehyung, tidak menghiraukan sedikit pun apa yang diperkatakan oleh Jungkook itu.
Dapat aku lihat, kepalan tumbukan mula terbentuk di kedua belah tangan Jungkook.
Aku takut apa-apa akan berlaku di antara mereka berdua. Aku sayangkan mereka cuma aku tidak mahu terus dipermainkan dan dilukakan. Jadi, kedua-dua mereka aku lepaskan.
Jungkook dengan wajah yang memerah terus keluar dari wad aku. Sempat lagi dia menghempas pibtu wad tersebut dengan kuat yang membuatkan bahu aku terhinjut kecil akibat terkejut.
"Kau okay?" Soal Taehyung kepada aku lalu aku hanya mengangguk perlahan. Mata aku dikatup rapat, cuba menenangkan jantung yang berdegup kencang.
"Takpa. Rehat dulu. Kejap lagi, kalau makanan dah sampai, aku kejut kau." Ujar Taehyung lalu aku mengangguk. Dia mula membantu aku untuk baring semula di atas katil an tak lama kemudian, aku terlelap akibat terlalu penat.
-
"Park Yeomin. Mama nak cakap sikit dengan kamu." Aku yang baru sahaja keluar dari tandas wad aku itu terus mengerutkan dahi memandang mama.
Pagi-pagi dah buat kecoh mama ni. Aku penatlah. Kenapa semua orang suka betul bagi aku stress? Ish, mana Taehyung ni? Ada dia, terkawallah sikit suasana.
"Ada apa ni, ma? Pagi-pagi datang dah melenting." Aku membalas perlahan lalu aku mengorak langkah ke arah katil aku dan duduk di atasnya.
"Apa masalah kamu ni hah? Pandai-pandai putuskan pertunangan kamu dengan Jungkook. Kamu sedar tak beberapa bulan lagi kamu tu dah nak kahwin dengan dia?"
Dah agak dah. Mesti mama nak marah sebab hal semalam. Ha, marahlah aku. Marah sampai mampus. Aku dah penat jadi anak yang baik. Cukuplah selama ni, aku dengar cakap diorang macam patung. Aku dah penat.
"Sudahlah, ma. Keputusan Yeo muktamad. Hidup Yei, biar Yeo yang uruskan. Ada sebab kenapa Yeo buat keputusan macam tu. Jadi, hope you understand my decision."
Aku membalas lagi lalu aku terus berbaring dan meletakkan lengan aku di atas mata aku, sepenuhnya mengabaikan mama aku yang sedang menahan marah di dalam wad itu.
"Kamu ingat benda ni main-main ke?! Sejak bila kamu jadi kurang ajar macam ni? Lepas kamu rapat balik dengan budak tak guna tu, makin menjadi perangai kamu kan, Park Yeomin?!"
Ha, sudah. Mama naikkan pula nama Taehyung. Ni yang aku tak suka dengan sisi mama yang lagi satu. Ya, sisi yang sedang dia tunjukkan ini.
"Ha, biar mama cakap macam cakap dengan tunggul! Ha, baguslah! Teruskan perangai macam tu. I'm fed up!" Kedengaran pintu wad terus dihempas kuat.
Tak lama kemudian, aku mengangkat lengan yang berada di atas mata aku lalu aku memandang lama ke arah pintu wad aku itu.
Mata aku mula berkaca namun, ditahan lalu aku tanpa berlengah terus memejamkan mata, cuba untuk tidur bagi melupakan segalanya yang menganggu minda aku.
-
Taehyung's
Aku membuka perlahan pintu wad milik Yeomin lalu dia mengintainya dari luar. Kelihatan dia nasih tidur, berselubung di dalam selimut hospital.
Aku hanya tersenyum kecil lalu aku menutup kembali pintu itu sebaik sahaja langkah dibawa masuk ke dalam wad.
"Park Yeomin. Bangun. Aku bawakan makanan ni. Masa untuk kau makan ubat." Ujar aku sambil tangan aku menepuk perlahan tubuhnya.
Namun, hampa. Tiada reaksi yang diberikan oleh Yeomin. Aku mengejutnya lagi sehinggalah aku menarik tubuhnya yang berbaring dalam keadaan mengiring, menghadap belakang ke arah aku.
Mata aku terbuntang saat aku melihat wajahnya yang pucat. Mata aku terus dapat menangkap tangannya yang lagi satu sedang memegang sebuah botol kecil berwarna putih dan pegangan pada botol ubat tersebut jatuh sehingga ubat di dalam itu semuanya berterabur jatuh ke lantai.
Jangan kata-
"Doktor! Doktor!" Aku mula gelabah lalu aku bergegas keluar dari wad tersebut dan berlari menuju ke arah kaunter berdekatan.
"Tolong...panggil doktor. Park Yeomin. Dia..." Aku bagaikan tidak mampu berkata-kata lagi kerana kata-kata aku kini diselitkan dengan nafas yang berat dan berterabur.
No, Yeomin. Kau takkan buat kerja bodoh macam tu. Kau bukan perempuan yang senang putus asa macam ni.
Doktor dan beberapa orang jururawat yang memang bertugas untuk menjaga Yeomin mula bergegas ke wad milik Yeomin untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi.
Aku pula sudah tidak mampu untuk menampung badan aku, badan aku kini jatuh tersungkur ke tanah, cuba menahan rasa yang menguasai diri.
-
Jungkook's
Aku tidak langsung pulang ke rumah mahupun menjawab panggilan dari sesiapa. Telefon juga aku matikan kerana aku benar-benar sakit dengan apa yang baru diperkatakan oleh Yeomin sebentar tadi.
Mama Park♕
Jungkook minta maaf tapi Jungkook rasa ada baiknya kita batalakan semuanya.
Terima kasih kerana pernah memberi peluang pada Jungkook untuk mencintai Yeomin.
Selamat tinggal.
Usai memberitahu Puan Park tentang pertunangan kami diputuskan, aku terus membawa diri. Seperri seseorang yang tiada hala tuju.
Kereta dipandu laju. Pergi ke mana sahaja yang aku rasa aku mahukan.
Sehingga malam, aku akhirnya tiba di sebuah bar. Ini mungkin boleh jadi kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.
Aku mula mengorak langkah memasuki bar tersebut. Suasananya yang tersangatlah baru bagi aku bagaikan memberi aku satu rasa yang tidak selesa.
"Ye, encik? Encik nak minum apa?" Soal pelayan bar itu sebaik sahaja aku duduk di hadapan kaunter bar itu.
"Bagi saya minuman yang paling mahal dan signature dekat sini." Aku emmberitahunya memandangkan aku tidak pernah mengambil tahu tentang jenis-jenis alkohol yang sering dibeli oleh mama dan papa di rumah.
"Baiklah, encik. Sila tunggu sebentar ya." Aku melihat sekeliling dan hanya dapat melihat manusia-manusia terkinja-kinja mengikuti alunan lagu yang deras dimainkan oleh dj.
"This is yours, encik." Pelayan bar itu menghidangkan aku dengan sebotol wain dan segelas kecil untuk aku minum bersama wain tersebut.
Aku sudah separuh sedar dan tanpa aku sedari, tangan aku mila ligat menghidupkan semula telefon pintar aku. Bunyi notifikasi mula kedengaran, bagaikan tidak tahu bila penghujungnya.
"Ish, diamlah." Aku mengerang kecil, cuba menutupi corong speaker di telefon pintar aku seperti orang bodoh.
Sehinggalah bunyi itu berhenti, aku tersenyum girang. Aku mula membuka setiap satu mesej yang aku terima dan aku terhenti pada satu mesej daripada Yeomin.
Sedang aku cuba membaca mesej yang diterima oleh aku itu, pandangan aku mula gelap akibat terlalu mabuk.
"Yeomin..."
Wife-to-be♡
Aku minta maaf jika selama kita berhubungan, aku ada banyak silap pada kau.
Aku putus kerana kau sendiri tidak jujur dengan aku.
Aku hanya mahukan kejujuran tetapi disebabkan kau masih ego untuk memberitahu aku kebenaran tentang kehadiran kau dalam hidup aku, aku membuat keputusan yang aku rasa paling terbaik buat kita.
Terima kasih atas segalanya, Jeon Jungkook.
•••
Yes. Second last chapter was already updated. Let's tunggu untuk next update which is the last chapter for this ff. Sorry if part ni memang pening gila nak matilah😭
Btw, korang nak preview dulu or nak the whole chapter terus? And, note that the whole chapter will be upload hujung minggu😜
Hope korang boleh tunggu. Sayang korang kerana masih setia menunggu ff ni sehingga tamat😭💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro