s e m b i l a n
Aku tersenyum melihat komen yang aku terima daripada Jungkook pada gambar yang dimuat naik oleh aku di akaun instagram aku sebentar tadi.
"Comel jelah, Jeon ni."
Ting!
Satu mesej masuk buat aku itu aku tekan lalu terus terpapar ruangan mesej bersama Jungkook itu.
Boy
Dah tidur ke?
Aku tersenyum lalu tangan aku mula ligat menaip balasan aku buat mesejnya itu.
Me
Belum.
Ni kau, kenapa tak tidur lagi?
Boy
Kita rindu girl kita
Me
Halamak, gedik pula dia
Dah, dah
Pi tidur sana
Boy
Alaa😩
Me
Jangan ngada
Pi tidur cepat
Esok kita date
Boy
Seriously?😍
Okay, okay
Gudnite, girl💜
Me
Ye, ye
Gudnite, boy💜
Aku tergelak kecil melihat gelagat comel Jeon Jungkook itu. Haih. Tak sah kalau tak bagi hati aku dugeun dugeun.
Aku terus mematikan telefon pintar aku lalu aku meletakkan telefon aku di meja sisi katil aku. Aku baring dengan selesa di atas katil lalu aku mula melelapkan diri.
-
"Hai, girl!" Jungkook menegur aku sebaik sahaja aku memasuki perut kereta keluarganya itu. Aku hanya tersenyum manis ke arahnya.
Tak lama kemudian, kami tiba di sekolah. Harini merupakan hari kedua kami datang ke sekolah sebagai pasangan kekasih.
"Sumpahlah. Aku dah mula ship diorang do."
"Itulah. Sama do. Menyesal aku kecam si Yeomin tu dulu. Rupanya diorang memang serasi."
Dan, pelbagai lagi kata-lata manis yang dilonyarkan oleh para pelajar di sepanjang lobi sekolah itu. Aku hanya tersenyum bahagia. Inilah kali pertama dia merasakan perasaan sebegini.
Memegang tangan sedeorang yang berlainan jantina.
Berjalan bersama di sepanjang lautan manusia yang mencemburui mereka.
Dan, yang paling penting, orang itu ialah Jeon Jungkook.
"Bye, girl. Jumpa rehat nanti." Jungkook berkata lalu melambaikan tangannya ke arah aku dan aku pula hanya membalas lambaiannya bersama senuuman lebar.
Aku duduk di tempat duduk aku lalu mata aku bagaikan masih melakukan aktiviti rutin aku yang ingin aku buang dari hidup aku itu terus mencerlung ke arah tempat ex crush aku.
Kelihatan dia tidur di mejanya seperti hari-hari sebelumnya.
Park Yeomin. Kau sudah tiada perasaan buatnya, bukan?
"Kelas, bangun!"
Matanya terbuka luas dan disebabkan kedudukannya yang muka dihadapkan ke araha meja aku membuatkan mata kami bertembung.
Aku terus mengalihkan pandangan laju lalu aku bangkit seperti budak-budak kelas aku yang lain. Liur aku telan kesat apabila aku dapat rasakan yang dia tidak berhenti memandang aku dari tadi.
Habis sahaja waktu kelas di mana tiba masanya untuk pelajar semua keluar berehat, aku terus berjalan melalui pintu belakang untuk ke kelas Jungkook.
Namun, tanpa dijangka, tangan aku ditarik dari belakang lalu tubuh aku dihentak pada dinding dan dikunci oleh seseorang.
"A-apa kau nak buat ni?" Aku dengan tergagap-gagap bertanyakan soalan kepada dia.
"Kau masih sukakan aku, bukan?" Soalnya kepada aku dan membuatkan aku menelan air liur aku. Aku diam tidak berkutik kerana aku juga masih keliru dengan diri aku sendiri.
"Jawab aku, Park Yeomin. Kau masih sukakan aku, bukan? Aku sukakan kau, Yeomin. Sejak dari dulu lagi, Yeomin. Kau tak ingat aku ke? Tolonglah, Yeomin. Aku dah tak tahan. Aku masih sukakan- Argh!"
Satu tumbukan berjaya mendarat di wajah kacak milik Kim Taehyung itu. Aku yang sudah menggeletar seluruh tubuh aku itu ditarik masuk ke dalam dakapan Jungkook. Mata aku berair membuatkan pandangan aku kabur.
"J-jungkook..."
Akhirnya badan aku rebah di dalam dakapannya.
Jungkook's
Aku terus mendukung tubuh Yeomin lalu pandangan aku mencerlung tajam ke arah Taehyung.
"Jangan sesekali kau ganggu hidup dia lagi. Aku takkan maafkan kau kalau terjadi apa-apa lagi pada dia. Faham?"
Aku tanpa berlengah terus berlari keluar dari kelas Yeomin bersama Yeomij di dalam dukungan aku lalu aku membawanya ke bilik rawatan.
-
Aku terus mengalihkan pandangan aku kr arah pintu bilik rawatan saat aku mendengar nama Yeomin dipanggil oleh seseorang dan seseorang itu amat aku kenali.
"Yeo!" Jimin datang bergegas ke arah katil yang terbaringnya Yeomin di atasnya. Jimin mengusap lembut wajah adik kembarnya lalu dia memandang aku.
"Apa dah jadi, Kook?" Soalnya kepada aku dengan nada yang penuh kerisauan. Aku hanya menunduk lalu mengeluh perlahan.
"Taehyung."
Saat nama itu diseru, suasana di dalam bilik rawatan itu senyap buat seketika sebelum Jimin berlari keluar dari bilik rawatan tersebut.
"Jim-" Aku tidak sempat menghalangnya dan apabila aku ingin mengejar, tangan aku yang ingin dilepaskan genggamannya terhadap tangan Yeomin tidak dapat dileraikan.
"J-jungkook.."
Aku terus duduk kembali pada kerusi lalu dia mengusap wajahnya yang berpeluh.
"Ye. Aku dekat sini. Kau jangan risau ye?"
-
No one's
Dush!
Satu tendangan membuatkan Taehyung tersungkur dari tempat duduknya ke atas lantai. Jimin terus duduk di atas tubuh Taehyung, mengunci tubuhnya lalu dia menarik kolar baju uniform sekolah milik Taehyung itu.
"Kau tak puas lagi ke sakitkan adik aku? Kau ingat aku masih kawan dengan kau, aku bagi greenlight dekat kau macam dulu? No!"
Semua pelajar di dalam kelas tersebut sudah mula menjerit dan berlari menjauhi tempat pergaduhan itu.
"Heh. Kau ingat dia sampai bila-bila akan jadi macam tu ke, Park Jimin? Ingat. Adik kau suka aku. Hati dia yang dulu dan sekarang masih sama. Tiada apa yang berubah, Park Jimin. Tiada-"
Satu tumbukan mendarat di pipi kiri milik Taehyung. Bibirnya yang tadi sudah pecah akibat ditumbuk oleh Jungkook semakin teruk mengeluarkan darah pekat.
Dia tidak mengerang kesakitan malah dia tergelak sinis. Jimin mengetap giginya lalu dia menumbuk Taehyung tanpa henti dari kiri ke kanan.
"Yah!" Tubuh Jimin terus ditarik dari duduk di atas tubuh Taehyung. Dia meronta-ronta bagaikan dirasuk dengan matanya yang merah.
"Kau memang lelaki tak guna! Tak sedar diri! Kau patut pergi mampus!" Jimin menjerit kuat lalu dia menangis.
"Eh, kenapa ni, kenapa ni?" Mirae yang entah dari mana datangnya terus bertanya kepada pelajar yang berada di luar kelasnya yang kini menjadi tumpuan para pelajar itu.
Yelah. Dia baru saja tiba di sekolah walaupun sudah lambat hanya untuk bertemu dengan Yeomin setelah hampir sebulan dia di Singapura, tapi berlaku pula kekecohan di kelasnya.
"Park Jimin. Kim Taehyung. Jumpa saya lepas waktu sekolah." Beritahu guru displin yang datang tadi lalu dia bersama guru yang lain beredar dari kelas tersebut.
Jimin tanpa memandang sekeliling terus mengorak langkah untuk keluar dari kelas adiknya dan tubuhnya terlanggar dengan tubuh Mirae.
Mirae terdiam dan Jimin tidak mengangkat kepalanya dari terus melekat pada bahu Mirae malah dia terus menangis di atas bahu Mirae.
Mirae dengan teragak-agak mengangkat tangannya lalu menepuk belakang tubuh Jimin perlahan-lahan bagi menenangkannya.
-
Yeomin's
"Nah minum ni." Jungkook menghulurkan aku segelas air kosong sebaik sahaja aku menelan ubat yang disediakan oleh doktor bilik rawatan kepada aku.
Aku masih diam manakala Jungkook pula sedang sibuk membaca buku Biologi memandangkan peperiksaan semester satu semakin mendekat. Top studentlah katakan?
"Jungkook." Aku memanggilnya.
"Hm?" Dia membalas tanpa memandang aku lalu aku mencebik kecil. Menyampah.
"Bosanlah. Janganlah baca buku." Beritahu aku lalu dia mengangkat pandangannya memandang aku. Kemudiannya, dia menutup buku Biologinya lalu tumpuan memang sepenuhnya pada aku. Aku tersenyum gembira.
"Jom date." Jungkook berkata secara tiba-tiba membuatkan aku mengerutkan dahi memandangnya.
"Date kejadah apanya kau ni? Sekarang waktu sekolah kut." Balas aku lalu dia tergelak kecil.
"Kita skiplah sayang oi." Dia mencubit pipi aku perlahan lalu dia mengauh kecil.
"Oh. Boleh eh?" Aku dengan bengapnya bertanya kepadanya.
"Selagi kau skip sekolah dengan aku, selagi tu kau dibolehkan skip sekolah." Dia berkata dengan keningnya yang diangkat berkali-kali.
"Eh, peraturan apa tu?"
"Peraturan Jeon. Jom." Dia membalas lalu dia menghulurkan tangannya kepada aku. Aku melihat tangan yang dihulurkannya lalu aku tersenyum memandang wajahnya dan menyambut huluran tangannya.
"Jom!"
Jungkook terus membawa aku berlari mengikuti jalan ke belakang sekolah. Dia memandang sekeliling sebelum dia menarik aku ke arah tembok belakang sekolah itu.
"Come, girl. Panjat aku." Jungkook menundukkan tubuhnya dan mengarahkan aku untuk memanjat tubuhnya. Aku terkedu.
"B-biar betik?"
"Betik, tak betik. Panjat sekarang sebelum ada orang nampak. Cepat." Dia memberitahu aku lalu aku dengan teragak-agak terus memijak bahunya dan dia berdiri tegak untuk membolehkan aku memanjat tembok itu dengan selamat.
"Lompat ke seberang." Dia memberitahu aku dan dia mula memanjat tembok itu dengan sekali lompatan menggunakan kudrat jantannya untuk membantu tubuhnya berada di atas tembok tinggi itu.
"Hey! Kamu berdua!"
"Lompat sekarang, Yeomin!" Kami berdua terus melompat ke seberang tembok yang memisahkan kawasan sekolah denhan luar sekolah.
"Lari, lari!" Jungkook menjerit lalu dia menggapai tangan aku dan terus kami berlari menjauhi kawasan sekolah.
"Huh, huh." Pernafasan yang tersekat-sekat menyukarkan kami berdua untuk berkata-kata dan kini kami berada di perhentian bas yang berdekatan dengan sekolah kami.
Jungkook memandang aku dan aku juga memandangnya. Kemudiannya, kami tergelak besar.
"Jom." Jungkook terus menarik aku mendekati bas yang baru sahaja tiba itu.
"Eh, nak pergi mana?" Soal aku keliru. Tiba-tiba je nak naik bas. Tak pernah-pernah ni.
"Kata nak pergi date?" Soal Jungkook.
"Yelah. Boleh kut telefon driver kau datang ambil kita?" Aku memberitahunya lalu dia mencubit pipi aku. Ah, bengkaklah pipi aku kalau setiap hari dicubit sebegini rupa.
"Sayang. Kita ni skip sekolah tau? Parents kita sudahlah stirct. Sayang nak kena marah ke? Aku tak nak." Balasnya lalu baru aku sedar akan perkara tersebut. Terus kami menaiki bas yang berada di perhentian bas itu.
"Tu. Jom duduk situ." Kami tanpa menghiraukan pandangan pelik yang dilemparkan oleh orang lain terhadap kami itu terus duduk di dua kerusi kosong yang berada di tengah-tengah bas.
Aku memandang ke luar tingkap lalu kerana terbuai dengan angin sejuk yang menyapa wajah aku, aku terlelap dan kepala aku jatuh ke atas bahu Jungkook.
Jungkook's
Aku terkedu lalu aku melihat ke sebelah kiri aku untuk melihat wajah Yeomin yang kini sudah tertidur.
Aku tersenyum lebar lau aku membetulkan kepalanya dan terus memandang ke luar tingkap sambil menikmati udara sejuk yang menyapa wajah kami.
•••
Halah, halah. Aku pula yang jeles lebih dengan Yeomin dan Jungkook ni. Comel bodo. Kenapa aku pula yang jeles lebih ni? Huaaa.
Okaylah, tu je. Tunggu next chapter tau. Uwuu😍💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro