Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

s e b e l a s

Holy cow?

Jeon Jungkook?!

"Alamak. Tak surprise pula." Jungkook berkata di hujung talian lalu dia mematikan panggilan saat dia mula keluar dari perut kereta.

Aku yang masih terpempan itu dipandangnya lalu dia berjalan menuju ke arah aku.

"A-apa awak buat dekat sini?" Soal aku agak tersekat-sekat. Dia hanya tergelak. Mata aku dibulatkan saat aku melihat Tuan Jeon serta Puan Jeon baru sahaja keluar dari perut kereta.

"What the-" aku baru ingin mengeluarkan kata-kata kesat namun jari telunjuk milik Jungkook dengan pantas menjalankan tugasnya.

"Shush, sayang. Let's get in first and I will explain this." Ujarnya membuatkan aku mengerutkan dahi.

Alamak. Ada apa pula sampai bakal mertua aku datang ni? Eh? Tak sabar betul kau nak kahwin dengan Jeon Jungkook ni, Park Yeomin?

"Ah, Yeomin. Makin cantik kamu sekarang." Tegur Puan Jeon kepada aku dan aku hanya tersenyum janggal lalu menundukkan hormat ke arahnya.

"Dia memang dari dulu cantik, ma. Mama je yang tak perasan." Kata Jungkook lalu satu tamparan berjaya mendarat pada bahunya oleh aku.

"Yah!"

Tuan dan Puan Jeon hanya tersenyum melihat telatah kami. Jungkook mengunci jari-jemarinya di antara jari-jemari aku lalu dia membawa aku naik ke rumah aku bersama ibu bapanya itu.

Awkward do. Dengan anak Jeon ni tak pandai cover. Apa keluarganya sudah mengetahui tentang hubungan mereka?

-

"What?!" Aku terjerit kecil mendengarkan usul yang dibawa oleh Tuan Jeon kepada keluarga aku. Nak tersedak aku mendengarkan perkara tersebut.

Aku...tak silap dengar, bukan?

"Kenapa, Yeomin? Tak suka ke? Bukan kamu dan Jungkook sudah official ke?"

Mak aih. Nampak sangat Jungkook sudah memberitahu keluarganya tentang hubungan kami.

Mana mungkin tak tahu kalau keluarga Jeon ini datang sebenarnya untuk mengikat hubungan aku dan Jungkook dengan ikatan pertunangan?

"T-tak. S-suka. T-tapi-"

Ayat aku mula berterabur. Jantung aku berdegup bagaikan ingin melompat keluar dari dada aku.

"Okaylah. Kalau suka. Minggu depan kita buat majlis pertunangan." Aku terbatuk kecil.

Biar betik?! Cepatnya?!

Jungkook yang sedang duduk di sebelah aku terus mengusap belakang aku perlahan.

"Kau okay ke tak ni?" Jungkook bertanya, risau melihat muka aku yang sudah merah sambil terbatuk kecil. Aku hanya mengangguk lalu aku menahan tangannya, digenggam erat tangannya daripada terus mengusap belakang aku.

"O-kay. Okay." Aku cuba mengambil kembali kekuatan sambil mengaturkan nafas yang berterabur itu selepas batuk secara mengejut sebentar tadi.

"Err. Tak rasa macam cepat sangat ke?" Aku mula mengutarkan soalan aku kepada kedua-dua belah pihak keluarga aku dan Jungkook.

Mereka semua ketawa besar usai mendengarkan persoalan daripada aku itu meninggalkan aku deorang diri bingung.

"Cepat apanya, Yeomin? Dua bulan lagi kamu berdua dah habis sekolah lepas peperiksaan akhir sekolah menengah. Jungkook ni takut kamu tu kena rampas. Sebab tu dia-"

"Ma!" Jungkook merengek kuat mendengarkan sebab yang diberikan oleh mamanya itu. Dia sudah mencebik lalu dia tersenyum malu mengelak dirinya daripada memandang aku di sebelahnya.

Dapat aku lihat wajahnya berona merah menahan malu dan aku tersengih melihatnya.

Alololo. Comel pulalah, anak Jeon seorang ni. Ni yang rasa macam nak cubit-cubit pipi dia ni. Ish.

"Kalau kedua belah pihak setuju, kita akan mulakan persiapan majlis pertunangan Jungkok dan Yeomin. Boleh?" Ujar Puan Jeon lagi lalu keluarga aku juga aku mengangguk.

Aku teragak-agak kerana aku rasa terlalu cepat. Aku baru 19 kut? Lepastu, umur 20 dah kahwin? Jadah dia?

Orang lain umur tu baru nak cari boyfriend, aku dah dapat seorang suami. Tapi, takpalah. Janji orang tu Jeon Jungkook.

Okay. Habis dah bebel dalam hati.

"Ha, kalau semua dah habis bincang. Jomlah jemput makan dekat meja makan sana tu." Ajak mama kepada seluruh keluarga yang berada di situ.

Kami semua pula hanya bersetuju lalu kami semua mula berura ke meja makan untuk menjamu selera.

Eh, mana Jimin eh?

Baru perasan abang aku seorang ni tak ada. Mana pula dia menghilang waktu malam penting ni?

Aku hanya membiarkan persoalan aku melayang tanpa berjawab. Aku memandang Jungkook yang sudah duduk di sebelah aku.

-

No one's

Mirae keluar dari rumahnya bersama anak anjing yang baru dibeli oleh ayahnya di Singapura ketika lawatan mereka baru-baru ini.

"Aemi! Jangan lari laju sangat! Mummy tak larat nak lari malam-malam ni!" Mirae memberitahu anak anjingnya itu sepertinya anjing itu memahami apa yang diperkatakan olehnya itu.

"Aduh-" Tanpa dijangka, kakinya tiba-tiba tersadung lalu tubuhnya hampir sahaja menyembah bumi namun berjaya digapai laju oleh seseorang.

Matanya yang dipejam rapat itu dibuka perlahan-lahan lalu pandangannya disapa oleh satu wajah yang cukup dia kenali.

"What the-"

Mirae terus membetulkan kedudukan berdirinya dan terus keluar dari pelukan gerangan tersebut. Wajahnya merona merah menandakan dia tersangatlah malu tika ini.

"Err. Kau...okay?" Soalnya kepada Mirae membuatkan Mirae menggigit bibir bawahnya.

"O-okay. Thanks, Jimin." Mirae menjawab dengan janggal. Dia memandang Jimin yang berdiri di hadapannya sambil mengusap belakang leher, mungkin kerana dia juga berasa janggal.

"Eh jap. Mana Aemi?" Mirae seperti baru tersedar ke dunia realiti apabila dia perasan tangannya tidak lagi memegang tali yang diikat pada Aemi.

"Aemi?" Soal Jimin kembali bagi memastikan apakah yang dicari oleh Mirae itu.

"Anak anjing saya! Aemi!" Mirae mula menjerit, berlari ke hadapan untuk mencari kelibat Aemi.

Jimin tanpa berlengah terus berlari ke arah Mirae lalu dia berpecah dari Mirae untuk mencari Aemi di tempat yang mungkin juga dituju oleh Aemi.

"Ami!" Jimin menjerit, menyeru nama anak anjing milik Mirae itu. Dia melihat ke setiap sudut kawasan yang dituju olehnya.

Tak lama kemudian, Mirae datang ke Jimin sambil menangis. Dia meletakkan kepalanya di dada Jimin membuatkan Jimin terkaku.

"Nanti mesti ayah marah." Ujar Mirae tersedu-sedu menangis. Jimin menelan liurnya kesat lalu dia dengan janggal mengangkat tangannya untuk mengusap belakang tubuh gadis itu.

Namun, bunyi salakan yang kedengaran dari belakang mereka membuatkan jimin terus menarik tangannya dan Mirae mengangkat wajahnya, melemparkan pandangannya yang kabur ke arah bunyi salakan anjing itu.

"Aemi!" Mirae berlari ke arah anak anjingnya lalu memeluknya erat. Dia mencium mulut anak anjingnya itu berkali-kali lalu memeluknya semula.

Jimin pula hanya trsenyum memandang Mirae yang sedang memeluk dan mencium mulut anak anjingnya itu.

Beberapa tika kemudian, Mirae berdiri di hadapan Jimin bersama Aemi di dalam pelukannya.

"Thanks, Jimin. Tak tahu macam mana nak balas jasa malam ni." Ujar Mirae kepada Jimin. Jimin hanya tersengih lalu dia mula berdehem kecil.

"Tak perlu buat apa pun untuk balas jasa aku. Tapi, satu je aku minta." Jimin berhenti berkata mbuatkan Mirae mula tertanya-tanya.

"Apa tu? Aku akan cuba buat sebaik yang mungkin utnuk balas apa yang kau buat malam ni." Balas Mirae lalu Jimin tersenyum memandangnya.

"Jadi girlfriend aku."

•••

PARK JIMIN!!! STRIGHT FORWARD GILAAA. AISH. AKU SENDU SEBAB SINGLE😂

Btw, geng. Thanks pada yang merindui ff ni dan sanggup menunggu ff ni sampai dia beroperasi semula. Thanks sesgt. Love ya guysss💜💜💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro