s a t u
"Hi, love."
•••
"Woi, perempuan." Aku terdengar jeritan dari belakang aku namun aku hanya mengabaikannya memandang dia tidak memanggil nama dan di sini, terdapat berpuluh-puluh pelajar perempuan.
"Dah bodoh tu, janganlah pekak juga." Tanpa diduga, rambut aku dicengkam kuat sehingga aku merintih sakit. Aku terus menyiku perut gerangan tersebut lalu berpaling menghadap manusia itu deusai dia memberi tindak balas seperti yang dijangka.
Aku mengerutkan dahi aku apabila di hadapan aku ini, berdirinya sekumpulan pelajar perempuan membawa baldi bersama mereka.
"Korang ni dah kenapa? Ada masalah dengan aku ke?" Aku bertanya selamba kepada mereka. Bengang apabila rambut aku kini sudah tidak terurus.
"Alamak. Buat tak tahu pula dia, kan? Kau tu dah rampas hak kamilah, bodoh!" Salah seorang daripada mereka menjerkah aku dan baru aku perasan, mereka adalah kumpulan ahli-ahli fanatik Jeon Jungkook. Yang menjerkah aku tadi ialah Kang Yeri, ketua kumpulan tersebut.
Matilah aku.
"K-korang silap orang kut?" Aku berkata agak tersekat di bahagian hadapan ayat aku dan pada ketika itulah, sebiji telur selamat mendarat di atas skirt sekolah aku.
What the-
"Woi! Korang ni dah kenapa?! Aku tak cari fasal punlah dengan korang pun!" Aku mula mengempal penumbuk, geram dengan tindakan mereka membaling telur pada skirt aku itu.
"Dah tu! Kau rampas Jungkook kitorang kau fikir kau boleh terlepas?!"
Dan, pada ketika itulah, air tepung disimbah ke arah aku dan telur busuk dibaling dengan banyak. Aku menarik nafas panjang sambil memejamkan mata. Apa aku boleh buat hanyalah berdiam diri.
Semuanya salah lelaki bodoh yang bernama Jeon Jungkook tu. Dia ajak cool down tapi macam ni cara dia balas dendam? Dengan menjatuhkan air muka aku?
Tiba-tiba, badan aku tidak lagi terasa segala balingan telur tersebut. Mata aku dibuka perlahan dengan hati yang sudah menganggap bahawa mereka sudah habis sesi membaling telur busuk itu ke aku.
Namun, lain yang aku lihat apabila aku perasan terdapat satu susuk tubuh menghalang aku daripada terus terkena balingan telur-telur busuk itu.
"O-oppa." Mereka semua berhenti daripada terus membaling telur dan membuat muka terkejut.
"Seronok buat pertandingan baling telur. Nak join, boleh?"
Siapa lagi yang berkata itu kalau bukan Jeon Jungkook. Aduh. Dia ni macam lagi mencemarkan keadaan je. Aku menyumpah seranah lelaki ini di dalam hati aku.
Kemudian, tanpa berlengah, dia terus menarik tangan aku pergi ke taman belakang sekolah.
"Kau okay tak?" Dia mengeluarkan tisu dari poket seluar sekolahnya lalu dia mula mengelap wajah aku yang dibasahi air tepung bersama telur busuk itu. Aku dengan pantas terus menepis tangannya daripada berbuat demikian.
"Baru nak rasa bersalah? Masa kau nak muat naik gambar semalam tu, tak pula rasa bersalah, kan? Dengan caption yang..dahlah!" Aku menjerit di hadapan mukanya. Mata aku sudah berair dan tunggu masa sahaja untuk jatuh air mata aku itu.
Kemudian, aku mula ingin beredar dari situ, meninggalkan Jungkook yang tertunduk memandang tanah namun tangan aku ditarik olehnya dari belakang.
"Ish, lepaslah!" Aku terus merentap tangan aku daripada genggaman tangannya lalu aku meloloskan diri.
Aku beredar ke kelas dan ketika itu, Cikgu Baekhyun sedang mengajar subjek Matematik Tambahan tetapi aku hanya masuk lalu mengambil beg dan kemudian keluar semula dari kelas. Semua orang memandang aku tanpa berkata apa-apa.
Mungkin terkejut dengan tibdakan an keadaan diri aku yang basah kuyup serta kotor itu.
-
Aku masuk ke rumah tanpa menghiraukan pandangan mama dan papa yang baru nak keluar pergi kerja. Aku masuk ke dalam bilik dan pintu dihempaskan. Baju aku tukar lalu aku buang baju sekolah yang sudah terkena balingan telur itu ke dalam tong sampah.
Badan aku dihempaskan ke atas katil sebelum air mata mula bergenang di tubir mata. Kali ini memang aku lemah. Aku dimalukan hampir di hadapan seluruh warga sekolah. Sanggupnya lelaki tidak berhati perut itu buat aku begini?
Aku menekap muka aku pada bantal sambil menangis perlahan. Seketika kemudian, aku membuka telefon aku untuk memberitahu kepada pekerja aku di cafe bahawa cafe tidak dibuka hari ini.
Tok tok tok!!
"Yeomin.." Aku dapat mendengar suara mama dari luar. Aku tahu, mesti mama dan papa risau selepas mereka melihat keadaan aku tadi.
Dengan sekolah tak habis lagi, aku sudah balik. Dengan badan yang berlumuran telur busuk serta air tepung. Ibu bapa mana je yang tak risau?
"Yeomin. Jawab mama. Kamu okay ke?" Mama mengetuk pintu beberapa kali lagi. Aku yang masih menangis itu mengelap air mata yang jatuh dan kemudiannya, aku membalas seusai berdehem kecil bagi membetulkan suara aku yang agak serak akibat menangis.
"Yeo okay je, ma. Jangan risau." Aku berkata dengan suara yang agak perlahan namun aku yakin mama boleh mendengarnya dengan jelas apabila mendengarkan mama mengeluh di sebalik pintu.
"Betul?" Mama bertanya lagi.
"Ye. Betul, ma. Yeo okay je. Yeo cuma nak rehat je sekarang ni. Maaf." Aku berkata lagi.
"Yelah, Yeo. Jaga diri tau. Mama dengan papa nak pergi kerja dah ni. Kamu tak perlu ke kedai harini pun tak apa. Kalau kamu perlukan apa-apa, kamu boleh minta dekat Mingyu." Mama menasihati aku an aku hanya diam dengan perasaan yang diselimuti rasa sedih.
Tak lama kemudian, suasana mula sunyi. Aku hanya mengeluh perlahan sebelum bangkit dari perbaringan lalu duduk bersila di atas katil aku.
Ting!
Satu notifikasi masuk buat aku membuatkan mata aku dilirikkan ke arah telefon pintar aku di sebelah bantal aku.
Aku terus menggapai telefon pintar itu lalu aku membuka apliakasi intsagram di mana aku mendapat mesej daripada seseorang.
Jkjkjk
Sorry
Aku hanya membiarkan chat Jungkook tergantung. Aku periksa semula akaun instagram dia. Betul ke apa yang aku teng pagi tadi?
Jkjkjk
Liked by taeboy, jim.ie and 525,719 more
Jkjkjk Dahlah cakap orang buta, langgar bahu je. Cool down, dear. Nasib sayang je.
9,267 comments
taeboy kau demam ke kook?
yerrriiiieee siapa yang you tag tu, kookie?
jim.ie aku tak silap tengok kan? Tu ig adik aku ke?
abebenon scandal aku tu gila
yolo.min pi mati
Aku menutup telefon aku dan cuba untuk melelapkan mata. Makin sakit hati aku selepas melihat gambar itu kembali.
-
Tok tok tok!
Siapa pula yang gatal ketuk pintu bilik aku petang-petang buta ni. Aku nak tidur lagi.
"Woi, dik! Turun makan malam!"
Jap? Dah malam? Aku tak salah dengar, bukan?
"10:30 pm! Gila! Aku rasa aku baru je lelapkan mata." Aku menjerit kecil.
"Woi! Turun makanlah! Tak payah nak menjerit terkejut bagai. Haih." Abang aku yang dari tadi mengetuk pintu menjerit dari luar
"Sabarlah, setan!" Aku bangun lalu membasuh muka aku di bilik air untuk menyegarkan wajah aku. Kemudian, aku terus keluar dari bilik dan memercikkan air yang tersisa di tangan aku ke muka Jimin. Padan dengan muka kau.
Aku berlari turun ke bawah dan kemudiannya ke meja makan apabila aku dikejar Jimin.
"Yeomin! Jimin! Jangan lari! Kejap lagi jatuh kang!" Mama menjerit, risau melihat kami berlari turun dari tangga itu. Aku memberhentikan langkah dan terus duduk. Jimin yang duduk bertentangan dengan aku, aku jelirkan lidah padanya. Dia hanya mampu menjeling tajam.
"Yeomin. Jimin. Esok mama dengan papa ada dinner dengan syarikat yang katanya nak melabur untuk pembukaan resipi baru syarikat kita. Syarikat ni syarikat terkenal juga di Korea. Jadi, esok, mama dan papa nak kamu berdua berpakaian formal dan tidak berperangai tak senonoh depan mereka macam selalu. Faham?" Mama menerangkan dengan panjang lebar kepada kami berdua.
"Faham, ma." Kami menjawab serentak lalu tak lama kemudian, kami pun mula menjamu selera.
-
Masuk sahaja ke dalam bilik aku setelah habis menjamu selera, deringan telefon aku, masuk ke dalam gegendang telinga aku. Aku dengan pantas berlari anak ke meja sisi dan panggilan dijawab tanpa melihat pada nama si pemanggil.
"Hello?" Aku menegur si pemanggil tanpa menunggu si pemanggil itu bersuara di hujung talian.
"Sorry." Suara yang cukup aku kenali itu menerpa masuk ke ringga pendengaran aku dan membuatkan hati aku panas kembali ketika ianya sudah sedikit sejuk. Muka aku juga berubah riak.
"Kau nak apa? Mana kau dapat nombor aku? Kau pikir maaf kau tu, boleh cuci memori perit tentang peristiwa aku dimalukan tadi? Kau fikir bila kau selamatkan aku tadi, kau tolong aku tadi, aku boleh maafkan kau? Pergi matilah." Aku menembak soalan bertubi-tubi padanya. Dia terdiam buat seketika.
Air mata aku sudah jatuh menyembah bumi bila peristiwa tadi masuk balik ke dalam minda aku. Sakit hati mula menerpa kembali kepada si pemanggil.
"Aku tahu aku salah. Serius, aku post tu, bukan sebab aku nak balas dendam. Bukan sebab aku nak tengok kau menderita. Bak kata aku dalam caption, cool downlah. Langgar bahu. Takkanlah aku nak ambil tindakan drastik tanpa berfikir apa akan jadi kat kau? Aku masih ada akal untuk fikir. Sorry sangat-sangat kalau tindakan aku semalam buat kau jadi macam ni."
"Memang pon! Kenapa? Baru sedar? Oh God. Aku berterima kasih pada Tuhan sebab dah sedarkan kau. Tapi, aku masih tak boleh maafkan kau. Jadi, sila berhenti daripada muncul di depan aku lagi dan buat aku rasa nak sepak muka kau." Aku terus mematikan panggilan.
-
Masuk sahaja ke dalam perkarangan sekolah, semua mata memandang aku seperti semalam. Tak akan tak puas hati lagi pasal semalam?
Mereka berbisik-bisik seperti ada berita hangat yang tersebar di seluruh sekolah. Apa yang dah jadi ni? Ada yang aku terlepas ke?
Aku bergegas masuk ke dalam kelas. Ada yang pandang aku biasa, ada yang pandang sambil berbisik. Aku sudah memandang mereka semua pelik dan kemudiannya aku terus duduk di tempat aku.
"Yeomin!"
Aku dah agak. Sebab tu aku tak buat apa-apa memandangkan aku tahu akan ada manusia yang tolong sebarkan apa yang sedang terjadi dan tak lain, tak bukan, mestilah kawan baik aku, Lee Mirae. Mirae berlari masuk ke dalam kelas aku lalu duduk di sebelah aku.
"Tengok ni!" Mirae memberikan telefon pintarnya kepada aku.
Jkjkjk
Liked by taeboy, jim.ie and 164,966 more
Jkjkjk sorry for the latest case. Actually, kami berdua ada gaduh sikit haritu. Then, things happened to be like what i didnt expect it to happen. Now, i want you guys to not disturb her anymore. This won't be words without reason but a warning for those yang dah malukan dia semalam. Aku takkan pernah maafkan sesiapa yg berani malukan dia lagi. Dan, aku akan buat korang menyesal seumur hidup korang. I hope you guys understand what i'm talking about right now.
8,617 comments
taeboy apa yg dah jadi dengan my jungkookie...
jim.ie @taeboy weyh...aku rasa dia dah dilamun cinta lah...
yerrriiiee i will never accept the fact that u end up loving her instead of me
Tak, sekarang ni. Kang Yeri tu nak marah lebih dah kenapa?
Oh, lupa. Dialah ketua Jeon Fairy plus dia jugalah yang serang aku semalam. Jungkook hak dia, bukan? Ambil jelah anak Jeon ni. Aku tak hamak pun.
"Aku rasa kan, anak Jeon seorang ni kan. Minat kau do." Mirae menampar bahu aku perlahan. Aku berfikir sejenak. Aku baru jumpa dia dekat hallway nak pergi kantin tu. Tak mungkinlah budak terkenal macam Jeon Jungkook tu nak minat budak elngai macam aku, bukan?
"Weyh. Aku pergi dululah. Aku rasa Cikgu Narae dah masuk kelas aku. Bye." Mirae terus berlari keluar dari kelas aku dan pergi ke kelasnya dengan laju.
-
Aku masih setia di pondok belakang sekolah. Menunggu Mirae yang katanya nak ke kat tandas. Dia ni buat tandas baru ke apa?
Aku yang sedang memandang bunga matahari yang berada di sebelah kiri aku sambil tersenyum memikirkan zaman sekolah rendah dulu.
Ada seorang budak lelaki ni, aku tak kenal dia. Satu hari, tiba-tiba dia beri aku bunga matahari dengan sticky note yang kata 'aku suka kau'. Aku terkejutlah.
Esok tu, dia pindah. Aku pun tak tahu apa motif dia bagi bunga tu sekali luahkan perasaan dia kat aku kalau esok tu dia nak pindah? Aku simpan bunga tu dalam pasu yang berisi air. Dan, apabila bunga matahari tu dah layu, aku beli biji benih bunga matahari dan aku tanam kat laman rumah aku. Kenangan katanya.
Waktu itu jugalah, tiba-tiba ada sebuah botol air calpis ada di depan mata aku, menghalang pandangan aku pada bubga matahari yang lagi lawa daripada botol air calpis ni.
Aku mengalihkan pandangan ke arah gerangan yang berani menghalang pandangan aku ke arah bunga matahari itu.
"Apa kau nak?" Aku mengalihkan pandangan aku semula pada bunga matahari.
"Aku nak kau." Okay, tak kelakat. Demam apa budak ni tiba-tiba kata macam ni kat aku?
"Aku tanya elok-elok ni. Jangan sampai aku palau kau lagi?"
"Aku pun jawab elok-eloklah ni. Kenapa?" Aku menepuk dahi.
"Dah lah. Pergi sanalah kau. Meluat aku." Aku mengambil botol air calpis yang diberikan olehnya itu dan kemudiannya aku teguk sekali sampai tinggal separuh.
"Tak sedap. Ambil balik." Aku menolak botol tu kembali padanya, selamba.
"Memanglah tak sedap. Sebab aku tak minum lagi. Kalau ada bekas bibir aku mesti sedap."
•••
Siapa baru lepas menjerit lepas baca part last tu?😏
Btw, BTS nak comeback and semalam pukul 1, mula Idae hadap midnight thought pasal katanya this is the last comeback of BTS. I cried for half an hour.
So, kalau sempat esok Idae update lagi. Kalau tak, Idae update lusa sebab I still having some negative thoughts about that. Hope you guys understand :")
Love ya guys. Do wait for the second chapter💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro