l i m a b e l a s
Aku duduk termenung di belakang sekolah di mana aku suka bersendirian di situ apabila ditimpa masalah.
Ya, masalah yang terberat yang pernah menimpa aku.
Boyfriend aku palau aku geng! Dia palau aku habis-habislah! Nak nangis!
Tak. Sekarang ni. Apa masalahnya? Dua hari lepas dia okay je. Sampailah aku hampir kemalangan dan akhirnya berada di rumah Taehyung. Bila balik je, hilang Jeon Jungkook yang aku kenal.
"Haih." Aku mengeluh perlahan lalu dia berbaring di pondok yang diduduki oleh aku itu. Saat aku ingin baring dalam kedudukan mengiring, mata aku disapa oleh bunga matahari yang tertumbuh berdekatan dengan pondok itu.
Bunga matahari yang bergerak mengikut tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu sedikit sebanyak menenangkan hati aku yang bercelaru. Senyuman kecil terukir di bibir tanpa disedari.
Sehinggalah, mata aku kian memberat dan akhirnya tertutup rapat.
-
Jimin's
Aku mengalihkan pandangan aku sedikit ke arah tempat duduk di belakang di mana terleaknya tempat duduk Yeomin dan Mirae.
Kelihatan Mirae sedang sibuk menyiapkan kerja rumahnya yang nampaknya seratus peratus ditiru dari buku Yeomin.
Yeomin? Entahlah. Aku tak dapat kesan di mana keberadaan adik kembar aku. Namun, sekarang, dia tidak penting. Yang penting sekarang ialah Kim Mirae.
Hati aku bagaikan tidak sedap selagi aku tidak memeproleh jawapan daripada mulut sang pujaan hati.
Bibir bawah aku gigit perlahan, cuba mengawal emosi yang tidak stabil kerana persoalan yang menghantui minda aku bagaikan ingin menyuruh aku menegurnya tentang perkara berkenaan.
Keluhan kecil dilepaskan lalu aku mula berniat untuk ke tandas. Aku mahu melupakan sebentar tentang perkara yang tidak habis lagi melayang di minda aku.
Tetapi, entahlah. Jodoh mungkin. Mata aku serta matanya bertembung saat aku ingin keluar mengikuti pintu belakang kelas untuk ke tandas memandangkan pintu itu lebih dekat dengan tandas lelaki.
Aku dengan janggalnya terus berjalan laju keluar dari kelas dengan nafas yang tiba-tiba terasa tersekat-sekat.
Nampak tak, penangan pandangan mata Kim Mirae mampu membuat aku sesak nafas? Hebat betul penangan crush ni.
Aku terus memasuki tandas lalu pili air dibuka dan air yang mengalir dears keluar dari pili air itu aku bilaskan ke wajah aku.
Saat tangan aku menutup pili tersebuf, mata aku tepat memadang ke arah pantulan wajah aku di cermin.
"Aduh. Muka aku merahlah pula. Malulah macam ni. Aish." Aku menepuk pipi aku berkali-kali, berharap agar warna merah yang berona di wajah aku itu akan menghilang.
Aku mengeluh perlahan apabila perbuatan aku kelihatan sia-sia sahaja lalu tanpa berlengah aku pun melangkah keluar dari tandas.
Namun, aku terjerit kecil apabila keluar sahaja dari tandas, ada manusia yang sudah berdiri di hadapan tandas lelaki itu.
Weyh! Crush in my area!
"Err. B-buat apa kat sini?" Soal aku, cuba memberanikan diri untuk mengangkat pandangan aku memandang ke arahnya.
Ya Tuhan. Indahnya ciptaanmu.
"Nak jumpa awaklah."
Ouh, dia nak jumpa aku- Eh jap! Dia nak jumpa aku?!
"Ni." Dia menghulurkan sekeping kertas kecil kepada aku laluaku dengan bingungnya menyambut hulurannya itu. Kertas itu ditilik oleh aku lalu aku hanya dapat lihat nombor telefon tertulis di atas kertas itu bersama beberapa patah perkataan.
Kakao me to know the answer :)
Aku bersama senyuman terus mengangkat wajah aku untuk memandang Mirae namun Mirae terlebih dahulu sudah meninggalkan aku di situ.
Aku tanpa berlengah terus mengeluarkan telefon pintar aku lalu aku simpan nombor telefon ayng tertera di kerta pemnerian Mirae itu.
"Save and now, masa untuk dapatkan jawapan."
Aku mula menarikan jari-jemari aku di atas papan kekunci telefon pintar aku dengan laju. Ikon hantar ditekan penuh pengharapan.
Aku dapat lihat dia mula menaip sesuatu di runagan sembang kami di aplikasi kakaotalk itu. Debaran semakin melanda lalu satu pesanan mula masuk buat aku daripadanya.
baee♥
I'm all yours
.
.
.
Adakah apa yang aku impikan baru sahaja berlaku kepada aku? Apakah ini semua mimpi? Apakah ini semua hanyalah satu angan-angan?
baee♥
And, this is not a dream
I truly like you
You are my first crush
Or maybe i could say my first love?
Aku menekup mulut aku, agak terkejut lalu aku dengan pantas berlari pergi ke kelas aku.
Aku terus menarik tubuh Mirae yang sedang duduk di tempat duduknya sehingga dia berdiri lalu aku menarik tubuh masuk ke dalam pelukan aku.
Erta dan kemas sahaja pelukan aku dihadiahkan kepada Kim Mirae.
"Thanks! Thanks!" Aku menjerit gembira. Sungguh aku tidak kisah lagi dengan pandangan pelik dari warga kelas kami yang memandang kami tu.
-
Yeomin's
Aku baru sahaja tersedar dari tidur yang panjang. Apabila dilirikkan mata aku ke arah jam yang terletak kemas di tangan aku, mata terus terbuntang luas apabila aku sedar aku sudah tertidur sepanajng hari.
Dah pukul 6 petang siot! Sejam dah habis sekolah. Mama!
Aku baru bangun dan duduk menyarungkan kasut aku yang dicabut sebelum aku naik ke atas pondok tersebut.
Aku mengeluh perlahan apabila mibda aku mula menerjah kembali wajah yang aku rindu.
Ya, siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook? Dia memang sudah hilang minat terhadap akukah?
Ataupun, dia memang dari mula tidak suka dengan aku?
Ataupun, dia sebenarnya terpaksa sahaja menarik minat aku pergi kepadanya dan meninggalkan aku saat aku benar-benar sudah jatuh cinta pada dia?
Adakah ini semua dare?!
Banyak lagi persoalan yang menular masuk ke dalam minta aku bagaikan parasit itu. Semakin lama semakin banyak persoalan yang timbul.
"Sabar jelah, Yeomin. Kau patut percayakan dia. Ya, kau patut! Fighting, Park Yeomin!" Aku bersorak kecil, cuba memberi semangat kepada jiwa aku.
Saat aku ingin berjalan masuk melepasi pintu belakang sekolah, tindakan aku untuk membuka pintu itu mula terbantut saat satu perbualan dapat aku dengari daripada luar.
Terus aku bersembunyi di sebalik dinding, tidak mahu bayangan susuk tubuh aku kelihatan di pintu dari dalam. Aku mula memberi sepenuh perhatian terhadap perbualan dua manusia tersebut.
"I kata tinggalkan dia. You memang tak faham bahasa kan? Ke you dah tak sayangkan I?" Soal perempuan itu membuatkan aku berdecit perlahan, menyampah. Gedik benar gadis itu bersuara kepada teman lelakinya ataupun bekas teman lelakinya itu.
"Kau boleh faham tak? Aku dah terangkan. Aku tak boleh teruskan plan kita. Aku dah kalah dengan perasaan aku sendiri dan yes, aku tak tiada perasaan yang sama terhadap kau seperti dulu."
Lutut aku mula lemah apabila aku benar-benar kenal akan suara lelaki itu. Mata aku mula bergetar, cuba menghadam isi perbualan yang didengari oleh aku itu.
Aku selama ini...dipermainkan?
Dada aku mula sesak dan pandangan aku mula berputar. Aku menumbuk dada aku bagi mengurangkan rasa sesak namun, pandangan aku terlebih dahulu gelap dan sebelum aku benar-benar tidak menyedarkan diri, dapat aku rasa satu sambutan pada tubuh aku oleh seseorang.
Dan, akhirnya semua gelap ditemani dengan air mata yang terkeluar beberapa titis dari tubir mata aku.
•••
So yeah. Lamanya ambil masa nak update pun idae ni kan? Sorry geng. Huehue.
Btw, who were those people yang sembang tu? Hmm = ̄ω ̄=
Nak tahu? Tunggulah next chapter. Tak janji bila but I will try to update as soon as possible. Thanks for reading this hambar book :))
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro