l a p a n b e l a s
Yeomin's
Aku meliarkan mata aku ke seluruh pelusuk unit rawatan rapi itu. Doktor yang sedang memeriksa aku yang baru sahaja menyedarkan diri itu aku abaikan.
"Kim Taehyung..."
Ya, di satu sudut, dapat aku lihat kelibat sedang tersenyum gembira. Air matanya juga apat aku kesan dari jauh. Lalu, aku tanpa segan silu, mengukir senyuman nipis ke arahnya.
"Kim Taehyung..."
"Apa dia sayang? Kamu nak apa-apa ke?" Mama terus datang ke arah aku lalu mendekatkan telinganya dengan mulut aku.
"Kim...Taehyung." Aku menyebut satu per satu nama lelaki yang timbul di pemikiran aku sebaik sahaja aku bangkit dari koma.
Mama sepertinya agak terkejut mendengarkan kata-kata aku lalu dia mengangkat wajahnya dan pandangannya dilemparkan ke arah cermin yang tadinya berdiri seorang lelaki bernama Kim Taehyung.
Mana dia menghilang?
"Kamu...nak jumpa dengan Taehyung?" Soal mama teragak-agak, dan aku hanya mengangguk.
"Pa." Mama memberi isyarat kepada papa lalu papa hanya mengangguk faham dan terus berlari keluar dari unit rawatan rapi itu.
Doktor itu sambung memeriksa aku lalu dia memberitahu bahawa keadaan aku sudah semakin stabil dan hanya memerlukan rehat yang cukup.
-
Taehyung's
Aku berjalan keluar dari bangunan hospital itu. Terasa diri ini tidak patut berada di situ untuk jangka masa yang lebih lama. Bukannya Yeomin suka melihat kehadiran dirinya.
Mungkin dia menanti kehadiran tunangnya yang sekarang dan bukannya tunangnya yang dulu.
"Taehyung!" Panggilan daripada seseorang membuatkan aku mengalihkan pandangan aku ke dalam hospital semula. Pintu yang hampir tertutup menampakkan kelibat Tuan Park bergegas ke arah aku.
"Nasib kamu masih ada dekat sini." Tuan Park memaut bahu aku dengan nafas yang agak berterabur. Aku memandangnya bersama kerutan beribu di dahi.
"Kenapa ni, pa?" Soal aku lalu aku mengambil tangan Tuan Park dan digenggam erat.
"Yeomin... Dia nak jumpa kamu." Ujar Tuan Park agak tidak teratur namun masih dapat aku faham apa yang ingin disampaikan
Mata aku terkebil-kebil memandang Tuan Park. Biar betik?
"Papa biar betul?"
"Ish, betullah. Come. Ikut papa."
Aku mengikuti langkah papa dan pada masa yang sama, tangan papa menarik aku masuk ke dalam bangunan hospital semula.
Kami tiba di dalam unit rawatan rapi tadi dan aku menggigit bibir bawah aku janggal ditambah dengan liur yang ditelan sukar.
"Papa dengan mama keluar dulu." Tuan Park terus menarik tangan Puan Park yang sepertinya tidak senang melihat aku berada di situ sendirian bersama Yeomin.
Yeomin masih berpaling di arah yang bertentang. Aku mula tidak senang duduk. Sehinggalah Yeomin mula bersuara dengan suaranya yang agak tidak jelas dan perlahan.
"Tae sihat?" Terus pandangannya dialihkan memandang aku dan tika itu juga hati aku bagaikan direntap.
Panggilan itu. Membuatkan diri aku teringat memori lama kami sebelum dia ditimpa kemalangan.
"S-sihat." Jawab aku agak tersekat-sekat. Sekali lagi, liur aku ditelan payah. Entahlah. Aku rasa tidak senang duduk sejak dari masa aku menjejakkan kaki ke dalam unit tersebut.
"Dekat sikit... Yeo tak larat nak cakap kuat-kuat..." Ujarnya perlahan.
"Ah ya." Itu sahaja balasan aku lalu langkah aku dibawa ke hadapan tanpa melengahkan masa lagi.
"Dekat lagi. Ni, tunduk sikit." Aku dengan bingungnya terus mendekatkan lagi tubuh aku dengan katilnya lalu tubuh aku ditundukkan bagi mendekatkan wajah aku dengan wajahnya.
Tanpa aku jangka, tangannya terus melingkar pada leher aku lalu tubuh aku sepenuhnya menyentuh tubuhnya. Dia memeluk aku erat lalu dapat aku dengar perlahan esakan daripadanya.
A-apa yang terjadi ni? Aku bingung.
"Yeo minta maaf, Tae. Yeo tak minta untuk lupakan segalanya tentang kita. Tae tak bersalah pun dalam kes kemalangan Yeo. Yeo betul-betul minta maaf."
Dia...sudah ingat segalanya? I mean, semua tentang aku dan dia?
"Yeo minta maaf sangat-sangat."
Aku agak teragak-agak terus mula melingkari tangan aku pada pinggangnya lalu tubuhnya diangkat sedikit bagi menyelesakan kedudukan kami berpeluk.
-
Jungkook's
Aku datang semula ke hospital apabila aku mendapat berita bahawa Yeomin sudah sedar.
"Aunty. Uncle. Macam mana dengan-" Kata-kata aku bagaikan terhenti apabila aku dapat melihat dengan jelas dari luar unit rawatan rapi Yeomin bersama Taehyung sedang berpelukan.
Aku mengepal penumbuk, geram lalu aku terus ingin mengorak langkah masuk namun, buat kesekian kalinya, aku ditahan oleh Tuan Park.
"Jungkook. Bagi diorang masa. Yeomin baru ingat semuanya."
Hati aku...sakit. Ya, terlalu sakit mendengarkan kata-kata Tuan Park itu. Adakah ini bermakna Yeomin akan beralih arah? Ataupun, dia masih mempunyai harapan?
No! Aku sudah bertunang dengannya dan Yeomin juga sayangkan aku sepertimana aku menyayanginya. Tak mungkin dia akan buang aku begitu sahaja lepas dah ingat semuanya tentang diri mnya dan Taehyung dua tahun lalu.
Kan?
Aku mengeluh perlahan lalu aku duduk di tempat duduk berhadapan dengan unit rawatan rapi itu. Muka aku tekup dengan kedua belah tapak tangan aku.
Kalau aku tidak bertindak bodoh untuk memulakan rancangan bersama Kang Yeri untuk hancurkan hati Yeomin, sudah semestinya aku tidak akan jatuh cinta padanya dan aku tidak akan sakit sebegini.
Kau memang dari dulu bodoh, bukan wahai Jeon Jungkook? Bila nak bijak?
Satu tepukan pada bahu aku membuatkan aku mengangkat wajah aku emmandang gerangan yang menegur aku itu.
"Jangan risau. Tiada apa yang akan menjejaskan hubungan Jungkook dengan anak uncle. Semuanya berada di tangan Yeomin dan Jungkook sendiri tahu betapa sayangnya Yeomin pada Jungkook, kan? Jadi, apa perlu kamu risau lagi?"
Nasihat Tuan Park lembut yang sedikit sebanyak menenangkan hati aku yang tadinya agak bercelaru ditambah dengan pelbagai idea negatif yang menerpa minda aku tika ini.
"Thanks, uncle."
-
Yeomin's
Aku kini sedang diperiksa oleh doktor buat kali kedua hari ini. Aku terus memandang pintu kaca yang terbuka luas itu dengan harapan bahawa Taehyung akan datang namun, sangkaan aku meleset.
"Cik jangan lupa makan ubat lepas makan ye? Makanan akan datang dalam beberapa minit lagi. Makan ye?" Naishat jururawat yang bertugas lalu aku hanya mengangguk perlahan, akur dengan nasihatnya.
Saya minta diri dulu." Ujar doktor itu dan beliau serta jururawat ity mula beredar, meninggalkan aku sendirian di dalam wad itu bersama lelaki bernama Jeon Jungkook.
Ah, ya. Tunang aku.
Entahlah. Minda aku masih mengingatkan aku tentang apa yang didengari oleh aku tempoh hari. Aku masih tidak dapat melupakan perkara tersebut memandangkan dengan mendengarkan perbualan itu sahaja sudah membuatkan diri aku merasa seperti hati aku dipermainkan.
"Sayang okay tak harini? Macam mana? Ada sakit kat mana-mana ke?" Soalnya bertubi-tubi, dan jujur aku kata, selagi aku tidak tahu kebenarannya, aku terasa sangat menyampah untuk mendengar suaranya.
"Straight to the point, Jeon. Kejap lagi, Taehyung nak datang. Baik kau cakap apa yang kau nak cakap. Aku tak nak ada kekecohan berlaku." Ujar aku, cuba memprovok diri anak Jeon itu untuk menjawab persoalan yang kerap kali datang ke mindanya itu.
"Aku perlukan sebab ke untuk melawat tunang aku? Dan, kenapa lelaki itu perlu datang lagi ke sini? Tolong jangan bagi aku mulakan apa yang pernah dia buat pada kau." Balasnya agak acuh tak acuh.
Tak, dia ni memang nak makan penampar aku ke? Kenapa nak libatkan Taehyung?
"Jeon Jungkook. Shut up. Jangan pernah masuk campur urusan aku dengan Taehyung. Dia tiada kena mengena dengan kita. Jadi, tolong, bagitau aku kalau kau ada benda nak cakap pada aku."
Ujar aku pula, menyampah dan sekali gus berharap agar dia keluar dari wad ini secepat mungkin.
"Apa lagi yang aku nak cakap pada kau selain luahan risau aku dan rindu aku pada kau?" Dia membalas lagi membuatkan aku rasa nak hempuk kepala dia pada dinding. Kenapalah anak Jeon ni tak pernah serius? Aku penat tau tak?
"Kalau itu yang kau cakap. Then, kita putus."
•••
Alamak. Sudahlah nak dekat ending dah. Yeomin pula minta putus. In two chapter, boleh ke hubungan diorang ni fix to normal?😔
Haih. Aku yang taip pun penat. Sudahlah, kita tunggu next chapter je😜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro