Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

e m p a t b e l a s

"Ergh." Mata aku dibuka perlahan-lahan laku cahaya mula menerobos masuk ek dalam pandangan mata aku membuatkan aku secara automatik menutup rapat mata aku semula akibat rasa pedih.

Mata aku dibuka dan ditutup berkali-kali bagi membiasakan mata aku dengan suasana.

"Ark-" Aku memegang kepala aku saat rasa sakit bagaikan menular di belakang kepala aku.

Aku melihat sekeliling. Seperti sebuah bilik yang aku kenal. Yang pastu bukan bilik aku di rumah. Tapi, bilik siapa?

Pintu tiba-tiba terbuka perlahan, dibuka oleh seseorang dari luar. Aku terus melemparkan pandanagn aku ke arah gerangan yang timbul di sebalik pintu tersebut.

"Kim Taehyung?" Aku bagaikan terpempan melihat gerangan yang berada di muka pintu bilik yang diduduki oleh aku itu.

-

Jungkook's

"Eh, mana Yeomin?" Soal Puan Park sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarga Park itu. Aku terkebil-kebil mendengarakn persoalan yang dilemparkan itu.

Kenapa ditanya pada aku pula?

"Erm. Saya datang ni sebab nak bawa Yeomin keluarlah?" Aku memberitahu Puan Park dan dia kelihatan terkejut. Dia mula terdiam lalu dia bergegas naik ek tingkat atas.

Aku apa lagi? Kalut juga membontoti bakal mak mertua aku yang kelihatan gelisah itu.

Ada apa-apa yang aku tidak tahu ke?

"D-dia betul-betul tak balik dari semalam sampai harini. A-aunty ingat dia dengan Jungkook." Beritahu Puan Park. Tubuhnya hampir jatuh tersungkur namun sempat aku gapai tubuhnya.

"Semalam dia keluar, aunty perasan tak?" Soalan pertama aku utarakan kepada Puan Park yang kelihatan pening itu lalu dia hanya menggeleng.

Aku menggiggit bibir bawah aku dengan pemikiran yang buntu dan jiwa yang gelisah.

Kim Mirae!

"Aunty ada call Mirae? Mana tahu Yeomin tidur rumah Mirae elpas keluar dengan Jungkook semalam?" Tanya aku lagi lalu Puan Park menggeleng lagi.

"Mama! Kenapa ni?! Jungkook?" Jimin yang baru sahaja keluar dari biliknya itu terus mendapatkan mamanya lalu aku yang tidak lagi memapah tubuh Puan Park itu terus mengeluarkan telefon pintar milik aku.

"Adik kamu, Jimin. Dia tak balik." Terang Puan Park kepada Jimin. Jimin terdiam membisu, seperti cuba mencerna apa yang baru sahaja dia dengari.

"Kejap. Saya call Mirae dulu." Ujar aku membuatkan Jimin terus mengangkat wajahnya memandang aku.

"Kau ada nombor telefon Mirae?" Soal Jimin tiba-tiba. Dah kenapa macam terkejut sangat dia ni?

"Adalah. Kena- Ouh, ya. Hello, Mirae." Aku terus menegur Mirae di hujung talian saat suara Mirae mula kedengaran tanpa menghabiskan jawapan aku terhadap persoalan Jimin itu.

"Kenapa call aku pagi-pagi ni? Ish, kacau je aku nak tidur." Aku mendecit, menyampah.

"Kerja terbongkang je kau. Ni, nak tanya. Yeomin tidur rumah kau ke?" Soal aku, terus kepada tujuan aku menelefon dia memandangkan aku tahu dia akan memaki aku jika aku terus memanjangkan cerita.

"Apa kau merepek ni? Dia jumpa aku pun tak. Penat aku tunggu dia tau dekat kedai-" Aku tanpa menunggu lama terus mematikan panggilan.

Hati aku mula rasa todak sedap apabila mengetahui bahawa Yeomin betul-betul menghilangkan diri. Siapa lagi yang dia rapat selain aku dan Mirae?

"A-aunty jangan risau. Saya akan cari Yeomin sampai dapat!" Aku tanpa berlengah terus bergegas ke tingkat bawah dan terus keluar dari rumah agam tersebut.

-

Yeomin's

"Makan." Taehyung meletakkan mangkuk bubur bersama meja kecil lipat berbentuk bulat di hadapan aku yang sedang duduk di atas katil.

Aku memandang bubur itu lama lalu wajahnya yang polos dipandang. Aku masih tidak faham dengan situasi sekarang. Macam mana aku boleh sesat di rumahnya?

"Tak perlu tenung bubur tu sampai tembus. Aku tak letak racun pun. Makan lepastu aku hantar kau balik." Dia berkata acuh tak acuh.

Tak, tak. Sajalah nak tanya. Kenapa dia moody semacam ni? Period ke apa?

Saat Taehyung sudah ingin melangkah keluar, namanya aku seru membuatkan langkahnya terhenti. Dia memalingkan tubuhnya semula ke arah aku lalu kening kirinya iangkat bagi mengetahui tujuan aku memanggilnya.

"Erm. Macam mana aku... boleh ada dekat sini?" Soal aku, teragak-agak.

"Entah." Terus saja dia keluar dari bilik itu seusai menjawab sepatah, meninggalkan aku terkebil-kebil.

Tak. Dia ada masalah split personality eh? Haritu je punya baik dengan aku, cakap minat akulah bagailah. Harini, beku macam ais!

Bodoh punya, ex-crush.

Seperti yang dijanjikan, aku kini sudah berada di hadapan rumah aku. Dihantar oleh Taehyung menggunakan motor berkuasa tingginya.

Jantung aku berdegup kencang saat tubuh aku terpeluk dengan tubuh Taehyung apabila dia membawa motorsikalnya itu pada kelajuan yang tinggi membuatkan aku hilang imbangan dan terus terpeluk tubuhnya.

"Ehem." Aku berdehem kecil saat kami telah tiba di hadapan rumah aku dan aku dengan pantas terus turun dari motosikalnya itu.

"Nah. Erm, thanks." Ujar aku lalu dia hanya berdehem kecil bagi membalas kata-kata terima kasih aku itu.

"Park Yeomin!" Aku tedus mengalihkan pandangan aku apabila seseorang dari kiri aku menyeru nama aku lantang.

Aku dapat lihat abang aku yang baru kelaur dari pagar rumah berlari ke arah aku lalu dia menarik tubuh aku mendekatinya. Wajah aku diusapnya lalu dia memeriksa tubuh aku.

Kiri, kanan, belakang dan depan. Semua sudut tidak langsung terlepas daripada pandangan matanya.

"Kau okay tak? Ada cedera apa-apa? Kenapa tak balik rumah?" Soal Jimin bertubi-tubi kepada aku. Aku terus menggenggam tangannya erat lalu aku menolak tangannya daripada terus memeriksa tubuh aku yang sudah terang lagikan bersuluh, tiada sedikit kecederaan langsung.

"Aku okaylah, Jim. Tak payah risau."

"Kenapa kau tak balik rumah semalam? Lelaki ni culik kau kan?!" Jimin tiba-tiba saja meninggikan suara.

Apa bengap sangat kembar aku ni? Kalau dia culi aku, kenapa dia nak hantar aku yang masih sihat tanpa cedera ni balik rumah?

"Ish. Apa pula cakap macam tu? Dia yang tolong Yeomin tau semalam. Kalau tak, terlanar dekat hospital dahlah Yeo ni." Balas aku, cuba meyakinkan Jimin supaya tidak menyalahkan Taehyung dalam soal ini.

"Kalau tak ada apa-apa, aku blah dululah." Taehyung tanpa menunggu balasan, terus menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tingginya lalu meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

Aku hanya memandangnya yang mula menghilang dari pandangan sebelum Jimin mengajak aku untuk masuk ke dalam rumah dan bertemu mama dan papa.

-

Akhirnya, cuti sekolah sudah tamat dan aku sedang menunggu kehadiran Jungkook untuk menjemput aku seperti biasa.

Aku melirikkan mata aku ke arah skrin telefon pintar milik aku untuk melihat jam.

"Ish. Mana dia ni? Lambat pula. Dahlah semalam tak datang tengok aku. Kata nak pergi dating." Aku membebel sendirian.

"Eh, Yeo. Tak pergi sekolah lagi? Jungkook tak datang lagi ke?" Soal papa tiba-tiha dari belakang aku dan aku terus memandangnya.

"Ya, pa. Jungkook tak datang pun lagi ni. Dah nak masuk waktu sekolah dah ni." Ujae aku sambil mengeluh perlahan.

"Ha, tak apalah. Jom papa hantarkan. Mesti Jungkook terlupa tu." Balas papa dan aku hanya akur akan kata-katanya.

Macam mana dia boleh lupa pula nak ambil aku?

Tiba di sekolaj, aku terus memasuki kelas aku. Nasib sahaja waktu sekolah tinggal lagi dua minit ketika aku tiba di hadapan pagar sekolah tadi.

Waktu sekolah mula berjalan seperrti biasa dan tibalah waktu yang paling aku tunggu-tunggu.

Apa lagi kalau bukan waktu rehat? Nak jumpa teman lelaki tercinta saya.

"Bye, Yeomin! Aku pergi dulu tau!" Jerit Mirae lalu aku hanya mengangguk dan masih duduk di tempat duduk aku, menunggu kehadiran Jungkook ke kelas aku.

Satu gelakan yang bergema di lobi hadapan kelas au membuatkan aku tersenyum lebar.

Aku terus berlari keluar dari kelas aku lalu dia menegur dia.

"Jungkook!"

Namun, sangkaan bahawa dia akan membalas senyuman aku sepwrti biasa meleset saat dia menepis tangan aku yang memeluk kemas lengannya lalu satu jelingan dihadiahkan kepada aku.

Dia tanpa berlengah terus ingin berjalan pergi namun aku menghalangnya.

"Yah, Jeon. Kenapa ni?" Aku menyoalnya lalu dia tanpa riak terus merentap tangannya keluar dari genggaman tangan aku.

Weyh-

"I'm sorry."

Usai menyebut dua perkataan tersebut, dia terus meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Kau kenapa, Jeon Jungkook?

•••

Haluuu. Siapa rindu Idae? Hehe. Idae juga rindu korang.

Sorry ambil masa yang lama nak update. Busy sikit. Hehe. Hope korang dapat tunggu lagi updatw from Idae. Uwuu. Love yaaa💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro