Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

e m p a t

Okay. Done updated. Enjoy reading this chapter💋

•••

Sejak aku balik dari cafe milik aku, aku hanya duduk terperuk di dalam bilik. Jimin sudah mengajak keluar makan berkali-kali namun aku menolak sebab aku tak ada selera. Kerja aku sekarang hanyalah menangis, menangis dan menangis. Apa lagi aku boleh buat?

Kenapa kau lemah sangat ni, Park Yeomin?

Aku sungguh tak tahu macam mana aku nak move on dan lupakan Taehyung. Macam mana aku nak terus on crush dekat dia kalau aku dah yakin yang dia tak akan terima rasa suka aku terhadap dia? Aku hanya akan bertepuk sebelah tangan sampai mati.

"Argh!!" Aku menghentakkan kaki dan tanganku pada tilam, meronta-ronta. Geram. Air mata masih tidak berhenti gugur. Kenapa hati aku tisu sangat kalau bab-bab macam ni?

"Woi, dik..." Jimin membuka pintu bilik aku. Aku pandang ke arahnya lalu dengan pantas, aku menarik selimut menyelubungi badan aku dengannya. Malulah. Kenapa dia datang ni? Semaklah.

"Woi, dik. Kau pekak ke?" Dia dengan selamba badak dia tampar punggung aku. Bodoh punya abang. Kembar saja, perangai lagi setan daripada aku.

"Hmm." Aku hanya membalas perlahan kepadanya.

"Aku datang sini nak tanya. Kau ni dah kenapa, hah? Putus cinta? Setahu aku, adik aku tak laku macam aku yang kacak ni?" Dia ni nak pujuk ataupun nak puji diri sendiri depan aku ni. Aku yang masih di dalam selimut itu mengguling biji mata lalu menyedut cecair di dalam hidung aku kembali supaya tidak terkeluar.

"Dik. Woi. Dah syahid ke? Aku cakap dengan kau ni." Dia menyelak selimut aku dan terpampanglah muka aku yang bengkak dengan mata merah milik aku akibat menangis terlalu banyak itu.

"Kau nak apa?" Dengan suara serak-serak, aku bertanya perlahan.

"Sah adik aku pekak. Aku nak tanya kau asal nangis macam orang putus cinta ni?" Jimin bertanya lagi sambil tangannya masih bermain dengan permainan di telefon pintarnya iaitu mobile legend.

"Jim." Dia berhenti bermain dan aku, dia pandang. Aku nak nangis lagi ni. Lalu, air mata pun jatuh kembali di hadapan Jimin.

"Huarghh!! Yeo tak suka hidup Yeo. Yeo rasa macam nak mati je sekarang!" Badan aku ditarik masuk ke dalam dakapan Jimin. Aku masih menangis teresak-esak.

"Shh, shh. Cuba cerita sikit apa yang jadi dengan kau ni, dik." Dia mengusap belakang aku berharap agar aku dapat menenangkan diri.

"Crush..." Aku berkata perlahan. Dahlah abang aku tak tahu yang aku on crush dekat si syaitan bernama Kim Taehyung itu. Aish.

Jimin menolak badanku lembut lalu matanya memandang aku tepat ke dalam anak mata aku. Terkelip-kelip mata aku memandang Jimin.

"Pasal crush ke? Cubq cita sikit apa yang crush kau buat sampai kau jadi lost mtivation macam ni?" Aku tersenyum nipis mendengarkan kata-katanya.

"Dia...kutuk Yeo. Dia cakap Yeo kurang ajar, penipu, acah kaya, malas-"

"Hah!! Siapa berani sangat cakap macamtu kat kau?! Bapak kurang asam, sial." Jimin meninggikan suaranya. Dia memandang aku dengan pandangan 'kau bagitau aku siapa yang buat'.

Aku menggeleng laju.

"Mana boleh. Malulah." Aku menyelubungi diri aku ke dalam selimut semula. Dia ni kan? Siapa je tak malu bagitau crush kat abang lagi-lagi itu kawan baik abang aku sendiri? Tch.

"Kau nak tau tak, crush aku sapa?" Dengan sepantas kilat, aku bangun dari perbaringan aku lalu aku duduk bersila di hadapannya.

"Amboi. Laju kau." Jimin terkejut memandang aku yang dah duduk bersila di sebelahnya. Laju sangat mungkin?

"Ceritalah. Ceritalah. Siapa crush kau? Mesti lawa kan? Eh jap. Kalau kau ada crush, macam mana kau boleh layan perempuan lain macam kau layan girlfriend kau?" Aku pelik bila teringat dia merupakan geng Taehyung dan selalu balik malam-malam buta dari kelab malam.

"Eh, dengar sini dik. Aku geng Taehyung dan Jungkook. Tapi, aku dengan Jungkook tak pernah layan perempuan dekat kelab malam tu. Taehyung je yang tergedik-gedik dengan perempuan murah tu semua. Kami kawan baik tapi tak semestinya perangai pun perlu sama. Dan, aku setia pada yang satu tau." Dia menepuk dadanya berkali-kali, bangga. Aku membuat aksi nak muntah.

"Okay, okay. Crush aku, Kim Mirae. Kawan baik kau tu." Aku menepuk dahi. Orang dekat je. Ingatkan junior manalah yang dia minat tu. Mirae je. Kalau Mirae tahu ni, mesti dia seronok gila. Sebab crush dia abang aku juga.

"Siapa crush kau?" Jimin mencucuk-cucuk bahu aku. Sejak bila dia ni jadi gedik macam ni?

"Kau ni buang tebiat ke?" Aku bertanya pada Jimin. Dah berubah 180° ni.

"Tak adalah. Aku cuba untuk layan adik kesayangan aku ni. Kesian dia. Loner berjaya." Pujuk Jimin dan aku hanya menggulingkan biji mata aku, menyampah.

"Okaylah. Kau jangan terkejut kalau aku bagitau siapa crush aku."

"Yelah. Teruk sangat ke crush kau sampai kau fikir aku akan terkejut?" Aku hanya tersenyum sinis. Kau akan terkejut, bang. Percayalah cakap aku.

"Kim Taehyung." Aku menyebutnya nama itu perlahan. Jimin terdiam tidak berkutik.

"Jap. Kau ulang lagi sekali. Aku tak yakin dengan apa yang aku dengar." Aku mengeluh perlahan.

"Kim Taehyung!" Aku sedikit meninggikan suara lalu dengan pantas, muka aku ditampar oleh Park Jimin yang berada dihadapan aku itu.

"Kau...minat lelaki tu? Kau minat dia? Woi! Sedar dirilah, dik. Dia tu tak akan pandang kau! Dia tu suka mainkan hati perempuan je. Kau tahu!" Aku tertunduk. Ini bukan setakat terkejut, sekali dengan penampar dia hadiahkan kat aku. Air mata aku mula bergenang di tubir mata. Perit di pipi masih tidak boleh lawan perit di hati aku.

"Aku nak kau move on mulai saat ni!" Jimin dengan kasar bangun dari birai katil aku lalu lalu keluar. Pintu dihempaskan. Aku ditinggalkan dalam keadaan yang berbelah bahagi. Jimin juga marah aku selepas tahu aku minat si Taehyung tu. Jadi, memang patut aku move on, bukan?

-

Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dengan langkah yang lemah. Semalam aku tidur lambat kerana memikirkan kata-kata Jimin. Aku keliru.

Tempat duduk di kelas aku duduk. Kepala mendarat di atas meja. Aku pejamkan mata lalu...

Pada suatu hari,...

"Sayang!" Aku membuka mata, terkejut. Ish. Manusia mana panggil girlfriend dia sampai pecah gegendang telinga aku ni. Okay. Aku tarik balik sebab yang panggil tu Jeon Jungkook. Aku bukan dan tak akan jadi girlfriend dia.

Aku menutup mata kembali. Malas nak layan. Aku tahu, satu kelas ni mesti tengah pandang pelik dekat kitorang. Ish. Memalukan betullah ank Jeon ni.

"Sayang. Janganlah tidur. Titew bosan ni. Layanlah titew." Geli bodo dia asyik menggunakan panggilan sayang terhadap aku ni. Aku sudah lah tengah pening kepala ni.

"Jangan kacau akulah." Aku berkata lemah. Jungkook terdiam sebaik sahaja au menghabiskan kata-kata aku.

"Kau okay ke ni?" Aku tidak menghiraukan persoalan yang diajukan daripada Jungkook. Serius, aku rasa aku nak tidur je sekarang.

"Weyh-"

"Dah dia kata jangan kacau tu janganlah kacau. Kau ni macam lagi mencemarkan keadaaan je." Satu suara menyapa apabila Jungkook ingin berkata-kata lagi. Mata aku dibuka dan ternampak Jungkook memandang belakangnya, melihat gerangan siapakah yang berani menganggu percakapannya tadi.

Dia kemudian menghentak meja di antara aku dan Taehyung lalu dia beredar keluar dari kelas aku. Aku pandang Taehyung yang sudah memejamkan mata semula.

Aku hanya mengabaikan segalanya dan mula memejamkan mata aku kembali lalu tak lama kemudian, aku mula dicampak masuk ke dalam alam mimpi.

-

Mirae's

Aku masuk ke dalam kelas Yeomin apabila ternampak Yeomin masih tertidur di mejanya. Aku menampar belakang badannya.

"Yeomin. Jom rehat. Yeo- Yeomin?" Aku terkedu apabila badannya tidak bergerak walaupun sedikit.

"Yah, Yeomin!! Kau kenapa?!" Aku mengangkat badannya dan membuatkan badan bersandar pada kerusi dengan kepala yang terdongak. Darah?

"Yeomin!!" Aku terkejut apabila melihat hidungnya berdarah.

"Jungkook! Jeon Jungkook!" Aku dengan laju berlari keluar dari kelas ke kelas aku yang merupakan kelas Jungkook juga. Aku mencari kelibat Jungkook.

"Ish mana Jungkook ni?!" Aku masuk ke dalam kelas Yeomin kembali dan ternampak Taehyung sudah berada di dalam kelas.

"Kau tercegat apa lagi?! Tolong aku!" Taehyung memarahi aku yang terkedu apabila ternampak kelibatnya ingin menolong Yeomin. Aku tersedar dan terus berlari ke arah Taehyung dan membantunya mengangkat Yeomin.

Taehyung berlari keluar dari kelas untuk ke bilik rawatan sekolah. Tch. Tadi suruh kita tolong. Macam dia je yang angkat sendiri. Aku mengikutnya dari belakang. Okay, sekarang ni ada baiknya kalau aku cari Jungkook.

Aku membiarkan Taehyung membawa Yeomin ke bilik rawatan manakala aku ke kantin untuk mencari Jungkook. Aku merantau ke seluruh kantin sampailah ke meja batu di sebelah kantin di bawah pokok. Kelihatan, Jungkook sedang menikmati roti sosej mak cik kantin di situ.

"Jungkook!" Aku berlari ke arah dengan termengah-mengah. Pekak ke apa dia ni sampai tak dengar aku memanggilnya? Oh, dia pakai earphone. Aku terus menarik earphone miliknya yang disumbatkan di telingan kanannya.

"Huh, Jungkook! Yeomin..."

"Apa?" Dia bertanya kembali. Agak poyo dan macam tidak mengambil kisah. Dia ni dah kenapa? Merajuk? Selalu cakap fasal Yeomin, dialah yang paling tergedik-gedik nak dengar.

"Dia sakit... Kalau kau tak datang pun tak apalah. Kau nampak macam dah tak kisah fasal dia. Lagipun, dia dah ada Taehyung. Okaylah, bye." Aku beredar. Tiba-tiba, tangan aku ditarik kasar. Sakitlah bangang.

"Dia ada kat mana?" Dia terus bertanya dengan mukanya agak memerah. Dan, aku tak tau kenapa dengan dia.

"Kat bilik rawatan." Aku menjawab ringkas.

Dengan sepantas kelajuan cahaya, dia menghilangkan diri. Ni seorang lagi. Bukan nak jalan dengan aku ke apa ke. Lari dengan aku ke? Aku asyik kena tinggal je ni.

-

No one's

Jungkook membuka pintu bilik rawatan dengan kasar. Taehyung memandangnya lalu pandangan dialihkan semula pada Yeomin yang terbaring di atas katil.

"Kau boleh blah sekarang." Jungkook masuk lalu menolak sedikit badan Taehyung. Taehyung sudah mula memandang tajam ke arah Jungkook.

"Kau nak cari pasal apa lagi, setan." Taehyung membalas dengan perasaan geram yang menyelimuti jiwanya.

"Aku cakap kau blah, boleh blah sekarang tak! Kau tu tak layak nak nak ada kat sini!" Jungkook dah tolak Taehyung sehingga jatuh tersungkur di atas lantai.

"Heh. Disebabkan perempuan, kau dah lupa kawan. Aku pon tak inginlah nak duduk kat sini dengan perempuan ni. Aku hanya tolong." Dia bangun lalu tersenyum sinis.

"Dia tak memerlukan pertolongan kau." Jungkook berkata lalu muka Yeomin dipandangnya.

"Ikut suka kaulah. Meluat aku dengan cinta bodoh kau tu." Taehyung terus keluar lalu pintu sempat dihempaskan. Jungkook sedikit pun tidak kisah. Yang dia kisah sekarang ni ialah Yeomin.

-

Yeomin's

Aku paksa diri aku membuka mata aku yang terasa amat berat. Pening kepala aku masih ada tetapi sudah reda. Aku memandang sekeliling sehinggalah aku nampak Jungkook di sebelah aku sedang tidur di atas tangan aku.

Kenapa aku ada dekat sini? Macam mana aku boleh ada dalam bilik rawatan ni? Okay, sakit kepala aku menyerang balik.

"Argh." Aku mengerang kecil kerana sakit itu terasa mencucuk kepala aku. Aku tiba-tiba dapat nerasa cecair mula keluar dari hidung aku. Aku memegang kepala yang sakit.

"Yeomin? Yah! Kenapa ni?! Doktor!" Dia mengangkat kepala lalu jururawat bertugas dipanggil. Doktor bilik rawatan sekolah ni datang lalu badan Jungkook ditolak ke tepi. Aku masih setia memegang kepala aku. Lebih kepada mencengkam kepala aku. Dada aku juga sakit dan nafas aku rasa seperti disekat.

"Sa..kit." Dan, akhirnya aku rebah semula.

-

Jungkook's

Aku dicadangkan untuk membawa Yeomin pergi ke hospital kerana keadaannya yang tidak stabil. Aku juga keliru kenapa Yeomin tiba-tiba sahaja jadi macam ni.

Di hospital, aku tunggu di ruang menunggu luar wad Yeomin ditempatkan. Doktor masih memeriksa keadaan Yeomin. Aku berharap sangat yang Yeomin tidak jadi apa-apa.

"Kamu ahli keluarga dia?" Tiba-tiba doktor yang memeriksa keadaan Yeomin bertanya pada aku setelah dia selesai memeriksa.

"Bukan. Keluarga dia dalam perjalanan. Boleh saya tahu apa yang terjadi pada Park Yeomin?"

"Maaf. Tetapi, kami perlu memberitahu pada keluarganya dahulu berkenaan perkara ini." Doktor itu berkata lalu ingin beredar. Aku menarik tangannya.

"Saya tunangannya. So, can i know what happen to my fiancé?" Aku berkata dengan yakin. Doktor itu mengangguk perlahan.

"Mari ikut saya ke bilik saya." Aku pun hanya mengangguk lalu mengikutinya ke pejabatnya yang terletak tidak jauh dari wad Yeomin itu.

Aku duduk di hadapan doktor tersebut apabila dipelawa untuk berbuat demikian.

"Tunang awak, Park Yeomin?" Aku mengangguk, mengiyakan persoalan doktor itu kepada aku.

"Nampak muda lagi. Dah bertunang rupanya." Aku hanya tersengih sambil menggosok belakang leher.

"Park Yeomin mengalami satu penyakit dinamakan anemia. Anemia ialah satu penyakit dimana badannya kekurangan sel darah merah yang sihat. Penyakit ini boleh menyebabkan kepenatan, pening kepala dan hidung berdarah." Entah kenapa, hati aku bagaikan terasa akan kata-katanya itu.

Aku keluar dari bilik selepas diberitahu berita itu oleh doktor tersebut. Aku masuk ke dalam wad Yeomin dan duduk di sebelahnya. Tangannya aku genggam.

"Yeomin..." Air mata aku jatuh gugur sambil menggenggam tangannya erat.

•••

Another update. Yeayyy. Do wait for another chapter soon. Hehe. Love yaaa💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro