d u a p u l u h (the end)
Warning: Chapter ni sumpah panjang!
So, hope you enjoy n tak menyesal tunggu updates from me for this story. Hope jiga korang berpuas hati baca ff dari first chapter sampai habis. I really appreciate it. Love ya guys💜
•••
Taehyung's
"Apa dah jadi ni, Kim Taehyung?!" Puan Park datang menerjah ke arah aku sebaik sahaja dia tiba di hadapan wad kecemasan.
Aku hanya diam sambil tangan aku masih ditekup menutupi mulut aku. Air mata yang kering di wajah aku masih tidak aku cuci malah air mata yang cuba keluar dari tubir mata juga tidak aku tahannya daripada jatuh.
"Ma. Sabar kejap. Saya rasa Taehyung pun masih terkejut dengan apa yang terjadi." Nasihat Tuan Park, cuba menenangkan isterinya itu.
"Betul tu, ma. Jimin rasa ada baiknya mama bertenang. Kita tunggu dulu apa yang doktor nak beritahu nanti." Puan Park menangis sambil tangannya memaut lengan suaminya.
Aku masih statik. Sumpah aku cakap, aku juga terkejut. Aku juga tak menyangka Yeomin sanggup menelan semua ubat yang terkandung di dalam botol ubat miliknya itu sekali gus dan menyebabkan dirinya terlebih dos.
Lemah tubuh aku saat aku melihat wajah pucat milik Yeomin menyapa pandangan aku saat aku cuba mengejutnya tadi.
Rasa sebak masih lagi menguasai diri. Dia terlalu lama menanggung sakit ini. Namun, masih dipandang remeh oleh orange sekeliling nya.
Satu tepukan pada bahu aku membuatkan aku memandang gerangan yang melabuhkan punggung di sebelah aku itu.
Ouh, Jimin.
"Sabar bro. Kau pun tahu, adik aku seorang yang kuat." Aku hanya tersenyum kelat bagi membalas kata-katanya, tidak mampu menzahirkan perasaan aku tika ini melalui kata-kata.
"Ish, mana Jeon Jungkook ni? Dia sedar tak sekarang tunang dia dalam keadaan kritikal?" Tiba-tiba, deria pendengaran aku disapa oleh suara seseorang dan paling menyakitkan apabila aku mendengar nama Jeon Jungkook tertera di bibir Puan Park itu.
Sakit? Tak apalah, Kim Taehyung. Macam tidak biasa diperlakukan sebegini.
Masa berlalu dengan pantas dan kini sudah hampir tiga jam juga Yeomin masih tidak keluar dari wad kecemasan namun akhirnya, doktor yang bertugas mula melangkah keluar dari wad tersebut bersama Yeomin yang terbaring tidak bermaya di atas katil.
"Yeomin, anak mama! Mama mints maaf. Tolong jangan tinggalkan mama lagi!" Puan Park seperti biasa, berlari anak ke arah katil anaknya terbaring sambil mengusap lembut wajah pucat milik Yeomin itu.
Jimin dan Tuan Park pula bergegas mendapatkan doktor yang bertugas itu. Aku bangkit dengan lemah dari duduk sambil melihat keadaan sekeluarga itu sambil tersenyum kelat.
Kau siapa Taehyung dekat sini?
"Doktor. Apa yang dah jadi dengan anak saya?" Soal Tuan Park kepada doktor itu.
"Anak tuan sekarang masih berada dalam keadaan kritikal namun sedikit stabil berbanding sebelum dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Ditambah pula dengan beberapa kali anak tuan diserang cardiac attack. Disebabkan nasib menyebelahinya, dia selamat walaupun beberapa kali nadinya terhenti."
"Ahhh." Tuan Park bagaikan lemah lutut mendengarkan kata-kata doktor itu. Dia gembira dan lega kerana anaknya terselamat juga.
"Baiklah. Terima kasih doktor atas jasa doktor yang tidak terbayar ni. Terima kasih sangat-sangat." Jimin pula berkata bagi pihak papanya.
Aku yang dari jauh mendengar kata-kata doktor itu hanya tersenyum nipis.
Sekali lagi, Tuhan. Aku berterima kasih sangat-sangat. Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku bersama dengannya di dunia. Walaupun bukan sebagai pencinta kepadanya.
-
No one's
Bunyi deringan telefon milik Yeomin tiba-tiba berbunyi lalu Jimin terus mengangkat apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon pintar adik kembarnya ialah nama Jungkook.
Dia terus meminta diri utuk keluar dari wad di mana adiknya ditempatkan supaya tidak mengganggu situasi tegang di dalam wad itu.
"Yah. Kau apahal baru sekarang nak telefon? Kau tahu tak-"
"Erm, ni telefon kepada tunang Encik Jeon Jungkook ke?" Soal seseorang yang sungguh Jimin tidak biasa mendengar suaranya di hujung talian.
"Ah, ya. Ini telefon tunang kepada Jeon Jungkook. Apa dah jadi dengan bakal adik ipar saya?" Soal Jimin teragak-agak.
Apa pula mamat Jeon ni buat hal?
"Saya minta maaf kerana menganggu masa encik, tapi Encik Jungkook sekarang ada di bar tempat saya berkerja dan dia pengsan akibat mabuk."
Jimin sudah rasa mahu melemparkan telefon pintar adiknya yang berada di tangannya itu apabila mendengar kata-kata orang yang berada di hujung talian itu.
Kau memang cari nahaslah, Jeon Jungkook.
"Ah, baiklah. Awak boleh bagi location dekat phone ni. Nanti saya suruh driver saya ambil dia."
"Ah, ya baik. Terima kasih." Jimin terus menamatkan panggilan daripada pelayan bar itu bersama telefon adiknya yang berada di dalam genggamannya itu digenggam erat bersama wajah yang cuba dikawal riak marah.
"Erm, Jimin. Ada apa?" Taehyung tiba-tiba menegur Jimin dari belakang membuatkan Jimin terus mengalihkan tubuhnya menghadap Taehyung.
"Ah, tak ada apa-apa. Jomlah masuk wad Yeomin balik." Jimin membalas dan Taehyung hanya mengangguk. Sempat Jimin menghantar mesej kepada pemandu keluarganya untuk mengambil Jungkook di bar yang sudah diberi location oleh pelayan bar itu.
-
Taehyung's
Keluarga Yeomin sudah memberi kata putus untuk membawa Yeomin yang masih tidak menyedarkan diri itu pulang ke rumah.
Katanya mahu doktor peribadi keluarga mereka yang menjaga keaadan anak mereka itu.
Aku kini sedang menguruskan pendaftaran keluar Yeomin seusai membantu jururawat bertugas mengemas barang-barang Yeomin memandangkan Tuan Park memberi aku tanggungjawab ini untuk menguruskan apa yang tidak sempat mereka uruskan berkenaan hal pendaftaran keluar Yeomin itu.
"Ada sesuatu yang ditinggalkan oleh Cik Park Yeomin." Aku tiba-tiba ditegur oleh seorang jururawat dan aku tahu itu jururawat yang bertugas mengemas barang-barang milik Yeomin tadi.
"Ouh. Apa tu?" Aku membalas bersama kening kiri yabg terangkat, memandang ke arah beberapa keping kertas yang dilipat kemas dipegang oleh jururawat tersebut.
"Ni. Saya terjumpa di laci meja dalam wad Cik Park Yeomin semasa mengemas tadi." Jururawat itu menghulurkan kertas-kertas itu kepada aku lalu aku hanya menyambutnya.
"Oh, baiklah. Terima kasih." Aku berkata lalu jururawat itu menundukkan badannya kepada aku dan terus meninggalkan aku di hadapan kaunter itu.
Usai sahaja aku selesai menguruskan apa yang patut, aku terus membawa diri aku keluar dari bangunan hospital itu bersama sebuah beg kecil yang terkandung barang-barang Yeomin.
Aku terus emmasuki perut kereta aku lalu pemandu peribadi keluarga aku mula membawa laju kereta itu keluar dari perkarangan kawasan hospital untuk pergi ke rumah Yeomin.
Dalam perjalanan, aku memeriksa kertas-kertas yang diberikan oelh jururawat itu tadi.
Setiap kertas yang terlipat kemas itu sudah siap tertera beberapa nama. Dan, nama aku juga ada di salah satu kertas tersebut.
Erm. Kenapa nama aku perlu ada? Nama Jungkook juga ada. Aku tertanya-tanya. Mungkin ada lagi perkara yang ingin dia katakan selain daripada kata-kata maaf yang sering dia lemparkan tiap kali dia melihat aku?
Ah, persetankan semua itu. Sekarang, ada baiknya aku baca apa yang tertera pada kertas yang mempunyai nama aku di atasnya itu.
Aku tanpa berlengah terus membuka lipatan kertas itu untuk membaca isi kertas tersebut.
-
No one's
Sudah hampir tiga minggu Yeomin tidak menyedarkan diri malah, peperiksaan akhir sekolah menengah juga sudah tamat.
Tapi, harini, bagaikan keajaiban berlaku, Yeomin akhirnya membuka kelopak mata dan kembali ke dunia nyata. Namun, yang membuatkan hati-hati orang sekeliling Yeomin adalah, dia didapati mengalami tahap kemurungan yang kritikal sehinggakan ahli keluarganya sendiri tidak dia layan malah lebih suka menyendiri.
"Sayang. Makanlah dulu. Lama sangat kamu duduk dalam bilik tu. Mama dengan papa risau tau tak?" Puan Park menegur anak perempuannya itu bagaikan sudah menjadi rutin hariannya.
Dan, seperti biasa juga, Yeomin tidak akan pernah membalas malah membuka pintu pun tidak. Dikunci dirinya bagaikan mengunci diri di dalam penjara.
Jika sesiapa berani membuka pintu tersebut, Yeomin akan mula mengamuk dan segala barang yang berada berdekatannya akan mula emnjadi mangsa lemparannya.
Taehyung? Sudah lama dia tidak datang ke rumah keluarga Park itu memandangkan Puan Park langsung tidak suka akan kehadirannya. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menghindarkan dirinya daripada terus melawat Yeomin dan mendapatkan info tentang Yeomin daripada Jimin.
"Puan besar. Tunang cik muda datang lagi." Ujar pembantu rumah keluarga Park itu membuatkan Puan Park mengeluh perlahan.
"Bagi dia masuk." Pembantu rumah itu akur lalu pintu terus dibuka luas oleh Jungkook.
"Aunty. Betul ke Yeomin dah bangun? Kenapa tak bagitau Jungkook?" Tanpa mendapatkan jawapan daripada Puan Park, Jungkook terus berlari naik ke bilik Yeomin.
"Yah, Jeon Jungkook!" Puan Park emnjerit terkejut melihat kelajuan Jungkook mendaki tangga untuk ke bilik anak perempuannya itu.
Matilanak.
"Yeomin! Aku minta maaf. Tolonglah. Aku betul-betul cintakan kau! Jangan tinggalkan aku macam ni!" Jungkook terus membuka pintu sambil meminta maaf.
Jungkook bagaikan terkaku saat dia melihat keaadan di sekeliling bilik milik Yeomin itu. Bersepah. Dengan barang-barang pecah di merata tempat.
Apa yang sudah terjadi?
Yeomin yang sedang duduk di atas katilnya sambil melemparkan pandangannya ke luar jendela terus mengalihkan pandangan kosongnya ke arah Jungkook.
Jungkook tanpa berelngah terus mendapatkan tanagn Yeomin lalu dia melutut sambil menangis.
"Yeomin. Aku betul-betul cintakan kau. Jangan tinggalkan aku sebegini! Tolong Yeomin! Berikan aku peluang kedua!"
"Ish, tepilah! Apa ni?!" Yeomin mula hilang kawalan. Dia menggapai serpihan kaca yang pecah di lantai lalu dilemparkan ke arah Jungkook.
Dengan rekasi terkejut, Jungkook melindung wajahnya dengan lengannya dan dia terus mengaduh sakit saat tangannya tertoreh kaca yang dilemparkan oleh Yeomin itu.
Dalam ketakutan, Jungkook berlari keluar dari bilik itu lalu pintu ditutup rapat, meninggalkan Yeomin yang maish hilang kawalan.
Puan Park, Tuan Park serta Jimin kini sedang emlihat dirinya yang sedang bersandar pada pibtu bilik Yemin dengan tangan yang berdarah.
"A-apa dah jadi dengan Yeomin, Aunty? Uncle? Jimin?" Soal Jungkook dengan air mata yang berjejeran jatuh dari tubir matanya.
"Jungkook. Sudahlah tu. Jangan keruhkan keadaan lagi. Kamu balik dulu. Okay?" Tuan Park tiba-tiba bersuara lalu diikuti dengan Jimin.
"Betul tu, Kook. Aku rasa ada baiknya kau balik dulu. Keadaan dia masih tidak stabil. Jadi, aku harap kau faham."
-
Taehyung's
Harini, tanpa diduga, aku mendapat panggilan daripada Puan Park sendiri.
"Taehyung. Mama minta maaf tapi mama mohon sangat untuk kamu datang tengokkan Yeomin. Mama dah buntu."
Aku gembira ditambah perasaan risau. Aku menarik nafas sedakamnya saat aku melihat rumah agam milik keluarga Park tersergam indah di hadapan aku.
"Kau boleh buat, Kim Taehyung. Fighting!" Aku emmberi semangat kepada diri aku sendiri sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah Yeomin itu.
Puan Park, Tuan Park dan Jimin semuanya menanti kehadiran aku dan mereka membawa aku ke bilik Yeomin.
"Tolong, pulihkan dia, Tae." Jimin menepuk bahu aku perlahan lalu aku hanya tersenyum nipis. Aku juga berharap aku boleh.
Tok. Tok. Tok.
"Hey, aku datang ni." Aku membuka pintu bilik Yeomin itu dan agak terkejut melihat keadaan biliknya itu.
"Tae?" Yeomin menegur aku lalu aku hanay tersenyum nipis. Langkah aku dengan berhati-hati diorak ke arahnya yang berada di birai katilnya.
Dia betul-betul nampak...tak terurus. Apa dah jadi dengan Park Yeomin yang pernah aku kenal dulu?
Aku terus melabuhkan punggung aku di sebelahnya lalu tanpa aku jangka, dia ters memeluk aku erat. Aku tanpa teragak-agak terus membalas pelukannya itu.
"Ye, ni Tae. Kenapa Yeo duduk dalam ni tak nak keluar? Makan pun tak. Tahu tak mama, papa, Jimin semua risau." Ujar aku, cuba bercakap dengannya tanpa rasa janggal.
Dia terus menolak tubuhnya keluar dari pelukan lalu dia pandang aku lama sebelum bersuara.
"Jangan buat lawak Tae. Mereka semua dah lama mati."
||TAMAT||
Yeay! Finally, tamat sudah this ff. Ya Allah. Sumpah tak sangka dah habis juga this ff. It took me about two months untuk habiskan ff ni.
Thanks to koranglah sebab kalau bukan sebab support korang, Idae takkan mampu untuk habiskan ff ni. Thanks sesangat.
Btw, jangan tinggalkan ff ni lagi. Sebab akan ada satu part yang idea publish after this. Macam special chapter tapi sebenarnya bukan pun. Tapi masih melibatkan cerita ni.
Ah, apa-apa jelah. Yang pasti, korang kena terus baca next part yang idae publish sekali dengan this last chapter. Okay? Scroll, jangan tak scroll.
Okaylah. Tu je. Sayang korang. Muahh. Bye💜💜💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro