Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a

Aku masih terbaring di atas katil. Harini cafe milik aku tutup memandang malam ini, keluarga aku mempunyai program makan malam.

Aku memandang almari baju dan dress labuh milik aku. Kemudiannya, aku memandang pula ke arah almari seluar dan skirt milik aku. Dan, akhir sekali, aku memandang ke arah almari kasut.

Aku buntu. Aku nak pakai baju apa untuk pergi dinner tersebut? Sudahlah aku tidak biasa memakai pakaian formal.

Aku bangun dari perbaringan lalu aku mencari baju yang sesuai. Pelbagai jenis baju, seluar, skirt dan kasut yang aku keluarkan.

Tidak dilupakan juga dengan beg tangan, beg sandang juga purse juga aku keluarkan. Nak sepadankan dengan pakaian yang bakal aku pilih.

Okay. Aku sudah selesai memilih pakaian lengkap berserta purse yang berwarna pink pastel yang merupakan warna kegemaran aku.

Simple but nice. Aku harap mama takkan mempersoalkan tentang cara pemakaian aku nanti. Sudah cukup sopan dan formal dah ni.

-

Malam itu, mama cakap dia suka dengan pakaian aku yang simple berwarna pink itu.

Jimin? Okaylah. Aku mengaku, hari ini dia agak kacak. Macam boyfriend material gila. Mama dan papa juga terkejut.

jim.ie

Liked by yolo.min, Jkjkjk and 43,774 more

jim.ie Dinner with fam❤
Cr: @yolo.min

7,524 comments
yoojgkim hensemnya awak😍
Jkjkjk samalah kita...malam ni aku ada dinner gak
jim.ie @Jkjkjk terpaksa..lol
yerriiiee @Jkjkjk jom dinner sesama😍

What the fish, Yeri? Dah-dahla tu kacau Jungkook. Dahlah kau cemarkan ruangan komen abang aku. Meluat pula aku dengan perempuan ini.

Aku dengan keluarga aku semua sudah keluar dari perut kereta kami. Aku melihat restoran yang terpampang di hadapan kami. Sangat besar dan mewah.

Kami diiringi oleh pelayan yang bertugas untuk ke meja tempahan kami bersama keluarga pemilik syarikat besar itu.

Kami menunggu dengan sabar. Tiba-tiba, mama dan papa aku bangun dan membuatkan aku bingung. Aku dan Jimin hanya mengikut tindak-tanduk ama dan papa itu lalu menunduk hormat pada tetamu tersebut.

Damn. Kenapa dia ada dekat sini juga? Aku sudah menundukkan pandangan aku dan berharap agar dia tidak perasan akan kehadiran aku di situ.

"Hi sayang."

Oh shit. Aku terus mengukirkan senyuman palsu lalu diangkat pandangan aku memandang ke arahnya. Dia lalu melepasi aku dengan dua perkataan yang dah buat aku rasa nak sepak muka dia sekarang juga.

Dia kini duduk bertentangan dengan aku bersama senyuman. Halah dia ni. Ingat aku cair ke dia main senyum macam tu?

Kacau pandangan aku je nak perhatikan pelayan lelaki kacak di belakangnya itu. Namun, nampaknya, aku hanya perlu melupakan niat aku itu.

"Jungkook. Kenapa duduk situ? Mari duduk sebelah mummy ni." Puan Jeon menepuk kerusi di hadapan Jimin itu yang berada di sebelahnya supaya diduduki oleh Jungkook. Jungkook menggeleng laju.

"Jungkook nak duduk sini. Biar seimbang sikit kedudukan meja ni." Jungkook tersengih memandang mummynya bersama alasan yang seperti tidak memberikan peluang untuk mummynya melawan kembali. Seimbang kepala hotak dia. Halah.

Papa dengan Tuan Jeon duduk menghadap masing-masing di hujung meja. Manakala, di barisan tempat aku duduki, tersusun aku, Jimin dan mama. Di barisan bertentangan dengan aku, tersusun Jungkook, tempat kosong dan Puan Jeon.

Aku hanya memandang skrin telefon pintar aku yang aku sorokkan di bawah meja.

Tiba-tiba, aku terasa ingin memuat naik gambar di akaun instagram aku. Jadi, aku mula mengambil beberapa gambar tangan aku bersama cawan teh di hadapan aku dan memilih gambar yang terbaik untuk aku memuat naiknya di dalam akaun instagram aku itu.

yolo.min

Liked by Jkjkjk, jim.ie and 34,716 more

yolo.min Dinner💕

1,718 comments
Jkjkjk tangan pon dah lawa😍
jim.ie ^😑
yerriiiee @Jkjkjk tangan i lagi lawa😒

Aku block kau kejap lagi baru tau, si Yeri ni. Eee, sabar jelah hidup ada perempuan spesies macam ni.

Aku memandang Jungkook yang berada du hadapan aku. Dia sedang pandang aku dan apabila aku memandangnya dia, dia senyum manis.

Sekali lagi, Jeon Jungkook. Anda ingat saya akan cair dengan senyuman awak? No, sayang. A very big no.

Tiba-tiba, satu notifikasi masuk buat aku. Aku mengecilkan mata aku memandang ke arah skrin telefon pintar milik aku itu.

Jkjkjk
Hoi. Ushalah aku punya acc. Like sekali tau. Lol.

Dah kenapa lelaki ni tiba-tiba nak batak like? Dah pengikut cukup ramai nak like kau punya gambar. Nak juga suruh aku like? Bagi kaki kejap lagi baru tahu.

Jkjkjk

Liked by jim.ie, taeboy and 76,817 more

Jkjkjk my love💞❤😍

8,816 comments
yerriiiee oppa..sanggup oppa buat yeri macam ni😭
taeboy aku penat dengan kau weyh. Kenapa budak acah kaya ni jugak kau nak😪
jim.ie aku taulah adik aku lawa, tapi aku rasa aku tak restu kau dengan dia😒
yolo.min my love kejadah apa😖😤

Aww. Jimin being so sweet as my brother right now. Aku menyenggol sikunya sedikit sehingga dia pandang tajam.

"Kau dah kenapa, dik?" Dia berbisik pada aku. Aku tersenyum lebar memandangnya.

"Sweetlah kau harini. Macam brother material gitu."

"Kau jangan buat aku muntah pelangi dekat sini. Makan pun belum. Aku lapar ni. Suruh mama dengan papa pesan makanan cepat sikit, boleh tak?" Dia menjeling aku lalu sambung bermain permainan mobile legendnya.

Aku pandang Jungkook pula lalu penumbuk diajukan padanya. Tetapi, lain pula yang aku dapat apabila aku dibalas dengan mini love. Eee. Dia ni kan? Dahlah ambil gambar aku senyap-senyap. Eee. Nasib dia ambil gambar aku yang lawa. Cuba kalau masa tu muka aku huduh?

Dan waktu tu juga, dia rampas tangan aku dan gambar tangan kami berdua diambil dengan laju.

"Yah!" Aku terjerit akibat terkejut dengan tindakan drastiknya lalu aku dengan pantas menarik tangan aku. Aku menekup mulut aku laju. Malunya. Keluarga aku dengan keluarga Jeon semua sudah memandang aku pelik.

Makanan yang telah dipesan setelah sekian lama akhirnya tiba di meja makan kami.

"Anak-anak, janganlah anda berasmara di sini. Mari kita makan dulu ye." Puan Jeon berkata dan itu dan buat Jungkook tersengih gedik.

Ya Tuhan, selamatkan aku dari situasi menjengkelkan ini.

-

Aku keluar dari restoran itu setelah perjumpaan antara keluarga aku dan keluarga Jeon itu selesai. Mama dan papa masih berada di dalam bersama Tuan Jeon dan Puan Jeon.

"Kenyangnya." Aku mengusap perut aku perlahan sambil tersenyum suka.

"Jumpa esok dekat sekolah, pretty girl." Aku terus memandang tepat ke arah wajah Jeon Jungkook di belakang aku itu yang baru sahaja berbisik dengan nada yang romantis di telinga kiri aku. Dah kenapa tiba-tiba macam nak goda aku ni?

Tak lama kemudian, keluarga kami berdua pun keluar dari restoran tersebut. Jungkook dengan pantas menjauhkan sedikit tubuhnya daripada tubuh aku. Aku hanya memandangnya menyampah.

Aku mula masuk ke tempat duduk bahagian belakang pemandu dan telefon pintar aku dibuka sementara menunggu kami bertolak ke rumah memandangkan keluarga aku sepertinya tidak mampu meninggalkan keluarga Jeon itu.

Seperti biasa, aku membuka aplikasi instagram untuk melihat jumlah like dan komen yang diberukan oleh pengikut-pengikut aku.

Ting!

Sebelum aku membuka notifikasi tersebut, aku melihat mama, papa dan Jimin masih berada di luar, bersembang sakan dengan keluarga Jeon. Jungkook juga berada di situ, sedang melihat skrin telefon pintarnya.

Aku meluat sebenarnya nak berada lama-lama di depan Jungkook. Dia dahlah selalu buat perkara tak dijangka kalau bersama aku.

Jkjkjk

Liked by taeboy, yerriiee and 71,815 more

Jkjkjk kami suwit💞❤

8,715 comments
yerriiee kalau oppa dengan saya, lagi suwit😍😒
abebenon💔💔
miraekim ai kapal u berdua😍@yolo.min

Aku menepuk dahi. Makin banyak malapetaka yang jadi dekat aku harini. Aku harap aku tak akan kena cekik esok. Eh, silap. Aku harap aku tak akan cekik orang esok. Haih.

-

"Yeomin sayang nak pergi mana tu?" Aku yang sedang membawa buku untuk diletakkan di lokar terdengar suara yang tidak diingini pada harini ini yang cukup aku kenali siapakah si empunya suara.

Aku hanya mengabaikannya lalu membuka lokar aku dan menyusun buku-buku aku di dalamnya. Buku untuk subjek selepas rehat dikeluarkan untuk dibawa ke kelas.

Sebaik sahaja aku menutup pintu lokar, wajah Jeon Jungkook terpampang menghiasi pemandangan aku. Ish, anak Jeon ni. Ada juga yang aku cekik.

"Jangan palau titew. Titew heartbroken lah gini." Ya Tuhan, gelinya aku dengar dia berkata sedeimikian. Bilalah crush aku nak buat kat aku begini? Aku tunggu je ni.

Aku ingin masuk ke dalam kelas aku semula tetapi dihalang oleh manusia tersebut. Ish.

"Kau nak apa lagi?" Aku menjelingnya tajam.

"Aku nak hati kau."

Aku membuat muka menyampah lalu dia melihat di belakangnya yang dengan jelas aku melihat crush aku sedang nyenyak tidur di mejanya. Aku pandang Jungkook semula dengan senyuman manis yang dibuat-buat.

"Sorry, hati aku yang kau nak dah habis stock. Ada orang ambil dah. Jadi, jangan kacau aku dah." Aku berkata dan kemudiannya aku masuk ke dalam kelas dengan bahunya aku langgar perlahan. Saja nak balas dendam fasal kes tempoh hari.

"I will never give up in my mission to touch your heart, Park Yeomin."

•••

Yeay. Finally updated! Do vote and comment a lot💋

Btw, damn. Yoongi in interlude shadow comeback trailer was hot af!!

Okaylah, bye. Wait for another chapter ya? Love ya guysss💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro