Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37: Manis

232 votes + 120 comments

Jungkook melangkah keluar dari tandas dengan badannya sudah siap tersarung baju.

Dia memandang kearah jam yang tergantung pada dinding. Baru pukul 8.30 pagi.

Jejaka itu menyangkut tualanya pada kepala kerusi belajarnya. Setelah itu, Jungkook mencapai minyak wangi yang beraroma maskulin berjenama Burberry lalu dia menyembur sedikit pada badannya.

"Awal lagi ni, si Sooyoung tu nak pergi mana pagi-pagi buta ni" kata Jungkook pada diri sendiri.

Tiba-tiba sahaja pintu biliknya dibuka dengan kasar.

"Jungkook, cepatlah!" suara Sooyoung bergema sebaik sahaja pintu bilik Jungkook dibuka.

Terkejut Jungkook dibuatnya disebabkan tindakkan Sooyoung yang melulu itu.

"Kau ni! kalau ya pun, ketuklah pintu dulu! kalau aku tak pakai baju tadi macam mana?" balas Jungkook. Geram betul dengan sikap Sooyoung itu.

"Ehehe, maaflah" kata Sooyoung sambil tersengih lalu dia keluar semula dan menutup pintu itu.

Jungkook memandang pelik kearah pintu itu.

ttok... ttok..

Bunyi ketukan dari luar pintu biliknya lalu pintu itu dibuka semula.

"Ok, aku dah ketuk" kata Sooyoung lalu dia melangkah masuk kedalam.

Jungkook memberikan jelingan menyampah kepada Sooyoung. Mahu sahaja dia menendang gadis itu keluar dari biliknya.

"Kau nak ajak aku pergi mana ni?" Jungkook menyoal tanpa memandang wajah Sooyoung, tangan jejaka itu sibuk menyikat rambutnya supaya kemas.

Kang Sooyoung sudah melabuhkan punggungnya pada katil milik Jungkook.

"Aku pun tak tahu" balas Sooyoung.

Laju sahaja tangan Jungkook membaling sikat ditangannya itu ke arah Sooyoung.

Nasib baik Sooyoung sempat menangkap balingan padu oleh Jungkook itu.

"Ehehe, janganlah marah" ujar Sooyoung lalu dia menghulurkan kembali sikat kepada Jungkook.

"Aku lempar Tupperware baru tahu" balas Jungkook.

Sooyoung tergelak kecil lalu dia berjalan kearah almari milik Jungkook. Dia membuka almari itu.

"Kau nak buat apa tu?" Jungkook menyoal gadis itu.

Dan, barulah Jungkook sedar yang gadis itu sedang memakai baju yang dia belikan semasa mereka pergi menonton wayang hari tu.

Adakah, anda masih mengingati tentang baju buy 1 free 1 itu?

Sooyoung mengeluarkan baju putih dari almari Jungkook, yang design nya sama dengan baju gadis itu pakai.

"Pakai baju ni tau" kata Sooyoung lalu dia meletakkan baju itu diatas katil milik Jungkook.

Jeon Jungkook kekal memandang kearah gadis itu.

Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

"Tunggu apa lagi? keluar lah, aku nak tukar baju ni" kata Jungkook dengan nada dingin kepalanya di halakan ke kanan tanda suruh Sooyoung keluar.

Sooyoung menayangkan muka menyampah lalu dia berjalan keluar daripada bilik Jungkook.

☆☆☆☆

Jungkook dan Sooyoung berjalan masuk ke dalam kedai 7-eleven. Mereka berdua mendekati peti ais krim.

"Kau nak perisa apa?" Jungkook menyoal sambil tangannya membelek ais krim yang ada di dalam peti itu.

"Vanilla" balas Sooyoung sambil matanya sibuk mencari jenama ais krim yang disukainya.

Jungkook mencapai dua ais krim vannila dan dia membawa ais krim itu keluar dari peti.

"Tapi, aku nak jenama ais krim yang ni" ujar Sooyoung sambil jarinya dihalakan kearah ais krim lain.

Jungkook mengerutkan dahinya sambil matanya melihat kearah ais krim yang ditunjukkan oleh Sooyoung itu.

Jeon Jungkook meletakkan semula ais krim yang diambilnya tadi, lalu dia mengambil dua kon ais krim yang Sooyoung minta itu.

"Kalau kau nak ais krim yang tadi, ambil jelah, aku makan jenama ni, kau makan jenama lain" Sooyoung rasa bersalah.

"Tak apa, aku nak sama ais krim dengan kau" balas Jungkook lalu dia menarik hujung baju Sooyoung supaya mengikutnya berjalan kearah kaunter.

Tak, sekarang ni, kenapa perwatakan Jeon Jungkook lebih manis daripada ais krim?

☆☆☆☆

Jungkook dan Sooyoung duduk di anak tangga yang terdapat di taman permainan itu.

"Lepas ni, nak pergi mana pula?" Jungkook menyoal.

"Aku teringin nak naik roller coaster" kata Sooyoung.

"Nak suruh aku belanja lah ni?" balas Jungkook bersama wajah sakit hati ditayangkan.

"Alaa, weh, bukan selalu pun aku guna duit kau" balas Sooyoung sambil jari telunjuk kirinya mencucuk-cucuk pipi milik Jungkook.

Jungkook menunjal manja dahi milik Sooyoung sambil tertawa kecil.

"Iyalah, lepas ni kita pergi taman tema, naik roller coaster" Jungkook memberi kata putus.

"Roller coaster, je? naiklah ferris wheel sekali" kata Sooyoung. Alang-alang Jungkook baik hati hari ni, boleh lah minta lebih sikit.

"aku tampar juga muka kau nanti" balas Jungkook.

Terburai juga tawa milik Sooyoung akibat kata-kata Jungkook. Lelaki itu memang cepat panas baran, tapi nak pujuk tu memang senang sangat!

"Weh, kau kata yang kau dah ada crush kan?" soal Jungkook.

Sooyoung yang sedang menjilat ais krim itu memandang kearah Jungkook lalu dia mengangguk sekali tanda ya.

"Sejak bila kau suka dekat lelaki tu?" Jungkook menyoal. Dia menjilat ais krim itu dengan perlahan-lahan.

"Entahlah, aku tak pasti, hampir 10 tahun?" balas Sooyoung lagi.

Senyuman pada bibir Jungkook mula memudar akibat kecewa.

"Oh, apa yang buatkan kau suka dekat dia?" soal Jungkook lagi.

"Aku pun tak pasti, mungkin sebab dia selalu ada bila aku perlukan dia" balas Sooyoung lagi.

"Habis tu aku? Aku pun selalu ada masa kau memerlukan aku" akhirnya lepas juga kata Jungkook. Akibat dia tidak menahan rasa cemburunya.

"Oi bodoh, crush aku tu kau lah, Jeon Jungkook"

TBC

Baiklah, sila berikan komen anda tentang chapter ini? Hueheuehue aku meroyan jap semasa menulis.

Tinggal lagi 3 chapter!! happy tak?!

❤ Promote ❤

sssootae__



araasz_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro