29: Terjun
150 votes + 40 comments
Yeondo mengusap perlahan bahu milik Jaehee untuk memujuk gadis itu. Lantas Jaehee menepis tangan Yeondo.
"Jangan sentuh aku, jijik tahu?" ujar Jaehee lalu berjalan meninggalkan Yeondo di ruangan kantin itu, Nam Jaehee mengelap air matanya yang jatuh ke pipi.
☆☆☆☆
Dua minggu telah berlalu, dan peperiksaan telah tamat. Cikgu pun telah siap menanda kertas soalan.
Hari ini merupakan hari pengumuman keputusan peperiksaan pertengahan tahun.
Kang Sooyoung hanya menongkat dagu memandang kearah papan kenyataan kelas yang sudah dikelilingi dengan murid-murid tu.
Buat apa dia nak tengok keputusan, kalau dia sudah tahu yang tempat terakhir ialah dirinya.
Kang Sooyoung hanya mampu menayangkan wajah tidak berperasaan apabila classmates sedang mengumpat tentang dia meniru hari tu.
Dah lah mengumpat dengan suara yang kuat, agak-agaklah.
"Kalau boleh, kuatkan lagi suara nak mengumpat tu. Memang semua orang tak boleh dengar!" suara Jungkook menerjah semua suara yang lain.
Sooyoung memandang kearah jejaka itu.
Jeon Jungkook mengedipkan mata kanannya kepada Sooyoung sambil tersenyum. Laju sahaja Sooyoung mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Weh, apa ni?
"Weh, Sooyoung!" suara Jimin semakin mendekatinya, bermaksud Park Jimin sedang berlari kearahnya.
"Cuba teka, aku dapat nombor berapa?" soal Jimin dengan muka yang ceria.
"Satu? eh, tu tempat Jungkook. Mungkin, dua?" balas Sooyoung.
Terus berubah riak wajah Jimin. Dia mula menarik muncung kecil, kedua-dua jari telunjuknya dilagakan.
"Eish, tak adalah masuk top 10" kata Jimin dengan nada perlahan. Entah mengapa dia rasa terbeban bila Sooyoung meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.
"Alahai, kau bagitahu jelah kau dapat nombor berapa" kata Sooyoung yang sudah mengaku kalah nak melayan perangai Jimin ni.
"Nombor 20!" kata Jimin dengan bersemangat.
Sooyoung hanya tersenyum senang. Sekurang-kurangnya Park Jimin ada kemajuan.
"20 per 30, not bad, right?" balas Sooyoung.
Sebelum ni Jimin selalu dapat tempat ke- 29 atau ke-30.
Inilah kali pertama dia dapat tempat ke-20.
"Sooyoung, kau tak kisah ke dapat tempat terakhir?" Jimin menyoal. Ialah, selama ni Sooyoung selalu dapat tempat pertama dan kedua je. Itu pun selalu bertukar-tukar tempat dengan Jeon Jungkook.
"relekslah, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman jadi tempat terakhir dalam kelas" balas Sooyoung.
"Jadi, apa perasaan kau bila dapat tempat terakhir?" Jimin menyoal.
"Tak ada rasa apa, sebab aku dah biasa dapat tempat teratas" balas Sooyoung.
"Belagak sia dia ni" kata Jimin lalu tergelak kecil.
"Haesoo dapat tempat ke berapa?" Sooyoung menyoal.
"Ke-18" Jimin menjawab.
"Siapa dapat tempat pertama?" Sooyoung menyoal lagi
"Semestinya, Jeon Jungkook" balas Jimin.
"Kedua?" soal Sooyoung.
"Jaehee, Nam Jaehee" kata Jimin dengan nada perlahan.
Kang Sooyoung mengalihkan pandangannya kearah Jaehee. Kelihatan gadis itu sedang risau.
Pasti malam ini, dia akan dipukuli oleh ibunya kerana tidak mendapat tempat pertama.
Kang Sooyoung mula berasa tidak sedap hati.
"Sooyoung-ah, nanti aku ingat nak buat makan malam tanda terima kasih sebab sudi ajar aku" kata Jimin.
"Bila kau nak buat?" soal Sooyoung lalu kembali memandang kearah Jimin.
"Sabtu ni, boleh?" soal Jimin.
"Boleh je" balas Sooyoung.
"Nanti aku ajak Jungkook dan Haesoo sekali" kata Jimin.
Sooyoung hanya mengangguk setuju.
☆☆☆☆
Nam Jaehee POV💚
"Eomma! sakit!" Jaehee berteriak setiap kali tali pinggang berlaga dengan kulitnya.
Sehinggakan sudah nampak kesan lebam dan kulitnya semakin menipis akibat di pukul membuatkan ia bertukar menjadi luka serta berdarah.
"Kenapa tak belajar betul-betul?!" suara ibu Jaehee meninggi.
"Eomma!" Jaehee berteriak meminta simpati.
Tiada langsung tanda-tanda ingin berhenti, ibunya masih lagi tidak berhenti memukulnya.
Semua pembantu rumah hanya mampu memandang kearah aksi itu, terbit rasa bersalah dalam diri mereka. Tetapi, tiada siapa yang berani untuk menegur.
"Eomma! sudahlah!" Jaehee menjerit.
Ibunya berhenti memukul buat seketika, wajah anak tunggalnya itu di pandang sehingga mahu tembus.
Nam Jaehee mengambil kesempatan untuk lari. Dia berlari keluar rumah. Nasib baik dia sempat mengambil telefon bimbitnya yang terletak diatas meja makan.
"Biarkan dia pergi" kata ibu Jaehee kepada pembantu rumah yang cuba menghalang anaknya itu.
Jaehee berlari menuju ke bangunan sekolah, tangisannya masih lagi kedengaran.
Apa yang teruk sangat tak dapat nombor satu?!
Nombor dua pun dia sudah bersusah payah! Tapi, mengapa ibunya tidak pernah menghargai usahanya!
"Sudahlah, a-aku penat nak hidup" kata Jaehee perlahan.
Jaehee memasuki kawasan sekolah menggunakan pintu belakang, mujur sahaja tidak berkunci.
Dia mula menaiki tangga menuju ke rooftop. Sekolah ni ada empat tingkat, kalau terjun, cukup sahaja untuk mati.
Sambil dia berjalan menaiki tangga itu, dia mendail nombor Kang Sooyoung.
Trutt.. Trutt.. Trutt..
Kang Sooyoung POV💚
Kang Sooyoung, malam ini tinggal berseorangan dirumah kerana ibunya kerja lebih masa kerana ingin menyiapkan artikelnya.
Bunyi deringan telefonnya membuatkan Sooyoung segera mengangkat panggilan itu. Lagi-lagi bila tertera nama Jaehee disitu.
"Jaehee? kau ok?" Sooyoung memulakan perbualan, walaupun sebenarnya Nam Jaehee yang menelefonnya dahulu.
"Weh, Sooyoung, aku... nak minta maaf sebab khianat kau" kata Jaehee di dalam panggilan itu.
Kang Sooyoung mula tak sedap hati bila nada suara Jaehee sedang bersedih. Bertambah lagi rasa risau bila Sooyoung mendengar bunyi tapak kaki Jaehee sedang menaiki tangga.
"Jaehee, kau jangan nak buat kerja gila" kata Sooyoung apabila dia dapat mengesyaki Jaehee sedang cuba membuat perkara yang tidak masuk akal.
"Sooyoung, aku nak kau tahu, yang semua idea perangkap kau tu, Yeondo yang rancang. Dia kata, dia nak tolong aku daripada kena pukul dengan mak aku. Iya, maafkan aku sebab jadi bodoh, aku ikut kata dia" kata Jaehee. Dia mengabaikan kata-kata Sooyoung tadi.
"Jaehee-ah! kau dekat mana ni?!" suara Sooyoung meninggi.
"Sooyoung-ah, aku nak kau tahu, yang aku tak pernah sekali pun menyesal kenal kau. Terima kasih sebab bagi semangat untuk aku terus hidup" kata Jaehee dan terdapat juga bunyi anjing menyalak yang datang dari dalam panggilan itu.
"Jaehee?! kau dekat mana ni?! Oi?!" Sooyoung mula hilang sabar.
Kejap, dia baru teringat, bunyi anjing tu. Sekolah! itu anjing yang pengawal sekolah jaga!
Nam Jaehee berada di sekolah!
"Kau tunggu situ! jangan bergerak! Aku datang sekarang!" Sooyoung berteriak di hujung telefon.
Panggilan itu ditamatkan lalu Sooyoung mendail Jungkook.
"Ha, kau nak apa, malam-malam buta ni?" kata Jungkook sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Jungkook, tolong aku, Jaehee nak bunuh diri" kata Sooyoung dengan nadanya sudah bertukar sedih.
Lantas Jungkook berlari keluar rumah.
"Ibu! Jungkook nak pergi sekolah jap! nak ambil barang tertinggal!" kata Jungkook kepada ibunya Sudah tentu kena menipu, tak akan nak kata yang kawan dia tengah nak bunuh diri. Pengsan mak dia nanti.
Kang Sooyoung sudah menunggunya diluar rumah.
Lantas Jungkook menggapai jari-jemari milik Sooyoung.
"Cepatlah!" kata Jungkook sambil berlari ke hadapan.
"Dia ada dekat sekolah!" balas Sooyoung.
☆☆☆☆
Sooyoung memandang kearah Jaehee yang sedang berdiri disudut hujung rooftop itu. Kalau tersilap langkah, jatuh kebawah boleh maut.
Nasib baik sahaja Sooyoung sempat sampai ke rooftop. Jaehee masih belum terjun.
Kang Sooyoung mengamati lengan Jaehee yang terdapat kesan darah akibat dipukul.
"Jaehee-ah, kau tak sayang aku ke? Kau nak tinggalkan aku?" Sooyoung mula menyoal.
Setapak demi setapak Sooyoung mara mendekati Jaehee.
"Sooyoung-ah, aku terlalu penat untuk hidup, Mak aku bukannya hargai aku" balas Jaehee. Air matanya tidak berhenti daripada jatuh.
"Habis tu, aku ni? Kau tak nampak ke yang aku ada di sisi kau?" soal Sooyoung. Tipulah kalau dia tidak menangis.
Kawan baik sendiri dah putus harapan nak hidup. Sudah semestinya Sooyoung merasai peritnya.
"Terima kasih sebab berada disisi aku selama ni, Kang Sooyoung"
"Terima kasih sebab sentiasa ada bila aku memerlukan kau"
"Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku"
"Terima kasih kerana dakap aku ketika aku hampir berputus asa dan terima kasih untuk kasih sayang yang kau bagi selama ini. Semuanya sangat buat aku selesa" panjang lebar Jahee mengucapkan terima kasihnya.
Jaehee mula menutup matanya, dia mengambil nafas sedalam yang mungkin.
"Jaehee, kau tak perlu berterima kasih, itu memang tugas aku sebagai kawan kau" kata Sooyoung sambil cuba mencapai tangan Jaehee.
Baru sahaja Sooyoung ingin menarik tangan Jaehee untuk mendekatinya, namun,
Nam Jaehee terlebih dahulu terjun kebawah.
"JAEHEE!"
TBC
Baiklah, apa komen anda?
Maaf untuk chapter sedih tak jadi ni. Ya ampunn, bukan ada readers nangis pun. Apahal aku buat gini.
Oh ya, ramai yg kata sampai chapter 35 tu sikit sangat. Jadi, korang nak ending pada chapter berapa ni?? pastikan kurang daripada 100 tau😂
❤❤❤
Promote!!
🌹 sssootae__ 🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro