Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 : Majlis Kahwin

90 votes + 40 comments

Jungkook memandang kearah Sooyoung yang baru sahaja keluar dari rumahnya itu.

Lengkap berpakaian gaun putih dengan kasut tumit tinggi.

"Janganlah pandang aku macam tu, aku tahulah aku cantik" kata Sooyoung kepada Jungkook.

"pfft! AHAHA, nampak pelik doh bila kau pakai baju macam tu dengan kasut tumit tinggi pulak tu" kata Jungkook sambil ketawa terbahak-bahak.

Lantas Sooyoung membuka sebelah kasutnya dan membaling kearah Jungkook.

Nasib baik Jungkook sempat mengelak daripada kasut terbang itu.

"Kau ni! kalau kotor baju aku macam mana? dah lah tuxedo ni mahal" kata Jungkook sambil membetulkan kot nya.

Sooyoung membuka kasut tumit tingginya dan letakkan di rak kasut dan dia mencapai sepasang sandal untuk dipakai.

"kenapa kau tak pakai heels je?" Jungkook menyoal.

"Kau nak tengok aku jatuh tergolek ke dekat majlis perkhawinan ayah Jimin?" balas Sooyoung.

"Kalau kau jatuh, aku sambut. Jadi, janganlah risau" ujar Jungkook sambil memusingkan kepalanya kekanan dan senyuman manis diukirkan.

"Nak aku tumbuk muka kau ke?" balas Sooyoung sambil menghalakan buku limanya kearah wajah Jungkook.

Jungkook menyentuh lembut jari jemari gadis itu.

"Aku merayu, sehari je jadilah seorang perempuan" pinta Jungkook.

Sooyoung memandang kearah jejaka itu. Sejujurnya Jeon Jungkook tampak lebih kacak bila digayakan dengan tuxedo hitam itu.

"Dah lah, nanti lambat pula. Park Jimin tu masih belum tukar baju lagi" kata Jungkook lalu menarik tangan Sooyoung agar mula berjalan.

"Sekejap!" teriak Sooyoung lantas mereka berdua berhenti berjalan.

Sooyoung menarik kolar baju Jungkook agar mendekatinya. Berdegup kencang jantung Jungkook dibuatnya.

"k-kau nak buat apa ni?" Jungkook menyoal.

"Diam jelah" kata Sooyoung perlahan.

Lantas Sooyoung membetulkan tali leher milik Jungkook dan menepuk perlahan beberapa kali pada dada bidang jejaka kacak itu.

"Tali leher kau senget tadi" kata Sooyoung lalu kembali berjalan.

Manakala Jungkook kekal berdiri disitu. Terasa bagaikan jantungnya ingin meletup.

☆☆☆☆

"Jungkook, tolong aku!" teriak Jimin sambil berlari kearah Jeon Jungkook.

"Wae?" Jungkook menyoal.

"Aku tak tahu macam mana nak ikat tali leher" kata Jimin lalu menghulurkan tali lehernya kepada Jungkook.

Jungkook memuncungkan bibirnya sambil mengikat tali leher warna merah milik Jimin itu.

"Dah" ujar Jungkook lalu menyarungkan tali leher itu pada Park Jimin.

"Nampak Handsome tak?" soal Jimin kepada Jungkook.

"Tak, buruk je" Sooyoung menyampuk perbualan mereka itu.

Hampir sahaja meletus tawa Jungkook disitu.

"Cepatlah, kita nak kena tahan teksi pula ni untuk pergi ke dewan majlis perkhawinan tu" ujar Jungkook.

☆☆☆☆

Mereka bertiga melangkah masuk kedalam dewan majlis itu. Ia tampak sungguh mewah. Dewan itu sungguh luas seolah-olah dapat memuatkan 10 padang bola sepak.

Jungkook dan Sooyoung saling berpandangan apabila melihat banner yang tergantung di pintu masuk dewan itu.

Ia tertulis Tahniah atas perkhawinan pengarah syarikat KIA.

Lantas Jungkook memijak kaki kanan milik Jimin dan Sooyoung memijak kaki kiri milik Jimin.

"Aduh!" Jimin menjerit kesakitan.

"Aku mati-mati ingat ayah kau kerja promoter kereta" kata Jungkook.

"Kan aku dah kata ayah aku penjual kereta" ujar Jimin.

"Tapi, tak ada pula kau kata yang ayah kau pengarah syarikat kereta" balas Sooyoung.

Tidak pula Sooyoung dan Jungkook tahu bahawa Park Jimin merupakan anak orang kaya.

Mahu sahaja mereka berdua mengerjakan Jimin itu secukupnya.

Majlis sudah bermula, pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah bersedia.

Jimin memandang wajah ayahnya yang sedang berdiri di atas pentas itu.

"Lepas tamat majlis ni, aku nak kau pergi jumpa ayah kau. Lepas tu minta maaf" kata Sooyoung.

"Tak nak" balas Jimin.

Sooyoung dan Jungkook sudah menggempalkan penumbuk mereka tanda ingin menumbuk muka Jimin.

"o-ok, aku pergi" kata Jimin.

☆☆☆☆

"Pergilah masuk" kata Sooyoung sambil menolak Jimin mendekati pintu itu.

"A-aku tak naklah" kata Jimin.

"Jimin, hargailah ayah kau sementara dia masih ada. Terimalah dia seadanya. Macam mana sekali pun dia tetap ayah kau" ujar Sooyoung.

Jungkook hanya memerhatikan mereka.

"Kau tak tahu macam mana perasaan aku bila dia tinggal aku lepas ibu meninggal dunia. Dia biarkan aku berseorangan dirumah. Mana ayah aku semasa aku sangat memerlukannya?" balas Jimin. Air matanya mula bertakung.

"Kau tahu rasanya bila hilang kasih sayang seorang ayah?" Sooyoung pula membalas.

Jimin terkedu.

"Pergilah masuk, aku pasti ayah kau ada penjelasan untuk ini" kata Sooyoung.

Perlahan-lahan Jimin memulas tombol pintu dan melangkah masuk kedalam.

"H-hai" Jimin menyapa ayahnya dengan nada yang kekok.

Cepat-cepat Sooyoung menutup semula pintu itu.

Sooyoung dan Jungkook mendekatkan telinga mereka ke pintu tersebut agar dapat mendengar apa yang dibualkan oleh Jimin dan ayahnya.

Senyuman terbit dari bibir Sooyoung dan Jungkook apabila perbualan antara anak beranak itu semakin mesra.

Lantas mereka berdua high five bagi meraikan kemenangan ini.

Jungkook dan Sooyoung saling berpandangan.

"Esok nak pergi tengok wayang, tak?" Jungkook menyoal.

"Nak! kau belanja!" balas Sooyoung.

"Boleh, tapi kita berdua jelah" kata Jungkook.

"K-kita berdua je?" soal Sooyoung.

Jungkook mengangguk laju.

"ok, itu lebih bagus" balas Sooyoung sambil tersenyum kecil.

TBC

Aku try nak tunjuk sawit, nampak tak??
Btw, jangan risau, part sawit akan datang akan lebih bergulaa.

Nak tanyaaa, macam mana anda jumpa cerita ini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro