Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

Ku Harez Harith bin Ku Hassan.

Itu nama sebenar Cikgu Ku.

Pelik juga nama Cikgu Ku tu. Harez Harith. Bukan sebut pun sama ke? Kenapa perlu letak dua kali? Nama dah la pelik, dia boleh tahu nama saya... Tu bertambah pelik. Kalau nama dia begitu pelik, mesti saya ingat. Ini... Saya tak ingat langsung.

Kawan mami ke?

Kawan papa ke?

"Cikgu Ku tu, mengajar subjek bahasa Inggeris budak tahap satu. Dia jadi cikgu sementara aje, ajar matematik ganti Cikgu Lee yang tengah sakit. Dengar cerita, Cikgu Lee jatuh kat bilik air, patah tangan. Mesti lama kat hospital."

Mikaela...

Dia ibarat Google.

Semua dia tahu. Kalau dia tak tahu, dia akan cari tahu.

"Saya rasa saya tahu, macam mana Cikgu Ku tu boleh kenal awak, Addie."

"Macam mana?"

"Dia kan cikgu bahasa Inggeris... Dia mesti ambil degree kat London sama dengan mami dan papa awak. Sebab tu dia kenal awak. Awak kan lahir kat sana."

Saya terdiam.

Betul juga kata Mikaela.

"So, tak ada la benda pelik kalau macam tu, kan? Hanya kawan mami dan papa saja kot. Kalau kawan mami, dia akan tanya khabar mami aje."

"Kenapa? Awak takut yang Cikgu Ku tu skandal mami awak dulu ke? Sebab tu mami dan papa awak bercerai?"

"Tak la! Mami dan papa bercerai bukan sebab ada orang lain. Mami dan papa dah terangkan pada saya dan semua orang. Saya cuma pelik macam mana Cikgu Ku tahu tentang saya, tu aje. Tapi, sekarang tak pelik la lepas awak cakap macam tu. Rasa teori awak tu betul la, Kae. Nothing to worry about then. Mungkin nak catching up kot! Lama tak jumpa!"

"Ya kot. Dia cikgu baru. Dia baru balik dari London. Mungkin nak catching up macam awak cakap... Itu yang saya tahu la. Awak tahu la, masuk bilik guru tu macam-macam cerita saya dengar."

"Kuat gosip juga awak ni, ya..."

Mikaela tergelak.

Saya tersengih.

Just an old friends...

Ingatkan apa la...

"Eh... Papa ambil Addie? Mana mami?"

"Mami ke KL."

"Berlakon ke apa?"

Papa ketawa.

"Tak la... Kali ini mami betul ke KL. Papa yang hantar dia ke ETS tadi. Tiba-tiba kena pergi KL sebab ada urgent apa entah. Hari tu kan Addie sakit, dia tak boleh nak pergi. So, hari ni dia cover balik la."

"Papa tak pergi Dubai tu balik ke?"

"Next time. Papa nak siapkan rumah kat belakang tu dulu. Hari ni dah naik bumbung."

"Cepatnya."

"Lagi cepat siap, lagi cepat papa masuk rumah tu, tak sempat la Addie nak plan mengarut!"

"Ceh... Perli Addie!"

Papa ketawa lagi. Kan dah janji tak boleh plan... Saya tak akan plan apa-apa dah. Sebab saya ingat saya dah bijak, rupanya, mami dan papa lebih bijak. Tak sia-sia saya anak mereka!

"So, kita nak makan mana?"

"Rumah tok mama la... Jimat!"

Saya tergelak.

"Lepas tu kita pergi beli barang untuk rumah papa. Then, terus ambil mama balik. Okey?"

"Okey."

"Banyak kerja sekolah, princess?"

"Banyak. Math paling banyak!"

"Oh... Really? I like math."

"Kalau Cikgu Lee yang mengajar tak banyak kerja sekolah sangat. Tapi, bila Cikgu Ku mengajar... Banyak gila kerja sekolah. Dia kata, matematik ni... Need more skills. Untuk skil, kenalah rajin buat. Untuk rajin, kena ada banyak homework."

"Betul la apa dia cakap tu. Nak harap budak sekarang buat latihan sendiri, memang tak la kan nak buat. Jadi kenalah bagi banyak homework."

"Separuh buku tau pa!"

"Math is so much fun! Numbers won't kill you, princess."

Saya mencebik.

Papa tersenyum.

Dan senyuman itu buat saya teringat dekat Cikgu Ku. Senyuman Cikgu Ku tu, seakan mengingatkan saya pada...

Entah.

Gambar?

"Papa tahu tak?"

"Papa Addie ni... Engineer. Bukannya ahli nujum. Addie tak beritahu, mana la papa tahu. Tahu apa, princess?"

"Cikgu Ku tu kenal papa dan mami. Dia tanya Addie, how's mami and papa?"

"Ya? Papa tak kenal pun anyone dengan nama Cikgu Ku. Siapa nama penuh dia?"

"Ku Harez Harith bin Ku Hassan."

Terus papa memandang saya.

"Harez is your teacher? Ku Harez Harith tu your teacher?"

"Haah. Papa kenal dia ke?"

"Yalah. Kalau Cikgu Ku yang dimaksudkan Addie, Ku Harez Harith, of course la papa kenal dia. He is my best friend."

"Oh really?"

"Yes, back in London."

"Sekarang kenapa tak jadi best friend lagi?"

"Why do I need a best friend, if I have you?"

"Sweet talker. Sebab tu mami jatuh cinta dengan papa, kan?"

Papa ketawa besar.

Tapi...

Dalam kepala...

Persoalan kenapa papa dah tak berkawan dengan Cikgu Ku mula timbul. Ada masalah ke? Adakah melibatkan mami? Skandal?

Mikaela ni memang pandai betul!

"Papa kan ada Addie, ada mami... Mana ada masa nak berkawan lagi. Lagipun, bila papa balik sini, dia masih dok di sana. Tak ada pula nak berhubung. Dia balik sini pun tak beritahu. Kalau Addie tak cakap, papa sendiri pun tak tahu."

"Is he married?"

"Bila kita balik sini, he is seeing someone. Tak tahu la dia dah kahwin ke belum."

"Lama la dia dok sana. Sepuluh tahun lebih?"

"Lebih. Dia practically live there. Mak dia orang situ."

"Ohhh, patutlah muka dia macam ada mix sikit-sikit."

Papa tersengih.

"Addie tak ingat dia ke? Dia tu, selalu jaga Addie. Kalau papa sibuk, dia akan jaga Addie. Dia bahasakan diri dia, Uncle Haha..."

Saya ketawa.

"Ya ke?"

"Yalah. Uncle Haha loves you. Uncle Haha likes you. Uncle Haha will do anything for you. Tak ingat?"

Saya menggelengkan kepala.

Langsung tak!

"Tu la papa suruh banyak makan kismis, Addie tak nak. Addie banyak makan semut!"

"Orang asli ke apa, makan semut pula."

Papa ketawa.

Tapi serius tak ingat.

"I'm only four kot masa balik sini."

"Lucy ingat? Our cat."

"Kita ada cat?"

Papa menepuk dahi.

"Mungkin kena check DNA... Addie bukan anak papa ni. Addie anak orang asli."

"Paaa!"

Papa tergelak.

Kuat mengusik!

"Kenapa sekarang papa tak bagi bela cat?"

"Sebab mami takut cat."

"Kenapa dulu kita ada cat?"

"Sebab our cat tak tinggal dengan kita."

"Pula! Tinggal dengan siapa?"

"Uncle Haha..."

"Laaa..."

So, Cikgu Ku yang saya panggil Uncle Haha tu banyak involve dalam keluarga saya la rupanya. Patutlah dia tanya saya tu seakan-akan dia mengenali saya seluruhnya.

"Your name, Addie... Is given by Uncle Haha."

"Ya ke?"

"Yes. Mami dan papa panggil Addie, Relly. Dulu. Tapi, dah dia dok Addie pi Addie mai. Addie pun respons lebih banyak bila panggil Addie... So, Relly tu kita tukarlah."

"This Uncle Haha kan..."

"Hmmm..."

"Nampak macam so close to us."

"Okey... What's the point here?"

"Pelik. Kenapa dia tak contact kita selepas enam tahun kita balik ke Malaysia? Takkan dia tak balik ke sini langsung? Sampai Addie sendiri lupa pasal dia."

"Adalah masalah dia tu, princess. Kita mana tahu masalah orang. Kita sendiri pun ada banyak masalah, tapi... Orang tak tahu pun. Kan?"

Hmmm...

Tiba-tiba telefon papa berbunyi.

Mesej masuk.

Papa baca dan pandang saya.

"Macam sekarang... Kita ada masalah."

Dahi saya berkerut.

"Masalah apa?"

"Tok mama tak masak!"

"Yeayyy... Marrybrown! Addie nak mainan yang..."

"Okey, untuk topik hari ini, cikgu papa nak ajar Addie tentang Penjimatan 101."

"Like I care..."

"Ahhh... Kids nowadays!"

Saya tergelak.

Papa tersengih.

Anak sorang pun nak berkira!

Tapi Uncle Haha tu... Is serious something!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro