Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

"Mak tok!!!"

Sebaik saja kereta Pak Su Rafean berhenti depan rumah, saya dah menjerit nama mak tok dulu. Rindu sangat-sangat walaupun baru jumpa bulan lepas. Tapi jumpa sat saja. Itu pun sebab papa ada kerja kat Sungai Petani dan papa saja nak singgah rumah mak tok.

"Tu diaaa aih, lagu sepuluh tahun tak jumpa!"

"Memanglah! Rindu!"

"Mak tok saja ka? Tok ayah ni lagu mana? Pak pacak saja ka?"

Saya tergelak. Terus saya peluk tok ayah.

"Rindu juga. Tapi dengan syarat."

"Watar gajahhh!"

Saya tergelak lagi. Selalu mengusik tok ayah.

"Syarat pa dia?"

"Malam ni kenalah cerita, cerita zaman Jepun kat Addie sebelum tidur!"

"No problem."

Mami menggelengkan kepala.

"Hang mai hantaq mak ayah, lepaih tu nak balik dah ka, dik? Kerja dak hari Ahad ni?"

"Dak aihhh. Orang ambil cuti ni. Nak pi dating!"

"Ohhh, pak su ada marka... Bila kita nak makan nasi minyak?" Sempat saya menyampuk.

"Marka pak su, Addielah! Dating dengan Addie!"

"I like!"

Nasib baik Pak Su Rafean tu memang pak su saya. Kalau bukan pak su saya, memang saya akan ada crush dengan dia. Heh! Selalu berangan suatu hari nanti ada boyfriend muka macam Pak Su Rafean, set Lee Min-ho Oppa!!!

Gatal.

Kecil-kecil dah gatal.

"Mak tok dok la sini lama sikit, tau. Tok sahlah dok sat-sat saja."

"Ya... Mak tok dok sini dua minggu."

"Ala... Awat tak dok sebulan ka setahun ka?"

"Tu dia... Sapa nak tengok pokok mak tok? Sapa nak tengok ayam itik mak tok? Kucing-kucing mak tok?"

"Pak su ada."

"Tak boleh harap yang tu pun. Pi kerja sayup, balik kerja pun sayup. Patutnya kalau jadi pegawai, pi kerja sayup, balik kerja awai... Baru namanya pegawai!"

"Kes banyak, mak. Banyak orang ada masalah la ni. Sebagai peguam, kita kena membantu bagi nasihat. Orang bukan saja-saja nak pi sayup balik sayup."

"Lagu mana nak menikah kalau lagu ni, Rafean Safiyan? Sat lagi menikah, tinggai anak bini."

"Argh... Stres! Mak... Topik ni sepanjang dua jam perjalanan dari Sungai Petani ke Ipoh. Mak tak penat ka?"

Saya, mami dan tok ayah dah tergelak.

Nampak sangat Pak Su Rafean terseksa.

Tapi, siapa boleh mengelak dengan bebelan mak tok. Saya pun tak boleh. Apa lagi mami. Ingat dulu sewaktu mami nak bercerai...

Mak tok punya bebel, 40 hari 40 malam. Dekat sebulan lebih juga la mak tok berkampung dekat rumah mami, siap buat meeting lagi dengan tok mama. Mereka berdua kawan baik dari dulu, sejak tok ayah dan tok daddy berkhidmat dalam tentera di Ipoh. Selepas pencen, tok ayah balik ke Sungai Petani tetapi pertalian tak terputus kerana mami dan papa berkahwin, dapatlah saya!

Perceraian mereka...

Bukan saja memberi kesan kepada saya, tapi juga tok mama, mak tok, tok ayah dan tok daddy!

Fikir-fikir balik, takkanlah mami dan papa tak fikir dulu sebelum buat keputusan untuk bercerai, kan? Sahihlah mereka telah berfikir sedalam-dalamnya. Perceraian mereka secara baik sehingga tok mama dan mak tok tak boleh nak cakap apa!

Mungkin sudah tersurat...

Tapi tetap saya nak berusaha.

Sikit pun, kalau usaha itu memberikan impak yang besar... Mana tahu, jodoh bertemu semula, kan?

"Mak hang akan bercakap selagi hang tak bawa balik calon depan dia, depan ayah. Kalau dak, hang mendapatlah calon, Rafean."

"Hesy, tak nak la ayah. Jangan nak paksa orang. Nanti jadi macam kak! Biaq orang cari sendiri."

"Kak hang tu cari pasai... Jodoh dah baik, tak mau pertahankan. Entah apa dia nak pun tak tau. Entah apa yang dia cari pun mak tok tak tau. Nak kata cinta, lebih cinta dah... Sampai dah ada anak. Nak kata duit tak dak, masing-masing kerja besaq."

"Dah... Dah. Tak payah nak buka cerita lama. Things happen, mak. Masuk bilik, pi rehat. Bukan jantung saja nak kena rehat... Mulut tu pun nak rehat sama."

"Things happen sebab you let it happen!"

"Rehat, mak... Rehat. Sat lagi naik darah tinggi tu kalau tak rehat, masuk ICU, siapa yang susah? Ayah juga yang susah. Orang juga yang susah. Yalah, kita panggil dia, minta tolong jaga Addie, kita pula kena jaga dia..."

"Eh... Kita cakap sepuluh patah, dia balaih seratuih patah."

"Sapa tok guru dia? Dah... Dah. Addie, tolong mami masak..."

Saya tergelak. Kalau mami pun boleh mengelak dengan mak tok, apatah lagi dengan saya! Bayangkan bila saya dah tua nanti, beribu patah agaknya saya boleh jawab persoalan anak saya... Sebab pengalaman dengan mami dan mak tok!

Tengah hari ini, mami masak sedap. Sambal udang petai dengan sayur campur. Of course kena ada gulai ayam sebab tok ayah suka makan gulai ayam. Saya sebenarnya, lebih banyak tengok daripada tolong mami. Selalunya macam tu la. Mami selalu bising...

"Orang perempuan, tinggi mana pun depa belajaq... Kena pandai masak, Addie. Nak pikat hati suami, kenalah dari perutnya."

"Mami pandai masak pun, papa tak appreciate juga!"

"Pantang silap cakap... Mesti nak kona tang lain! Bukan kes mami, kes mami ni lain. Ini mami cakap dekat Addie."

"Yalah... Tang Addie semua kena pikat. Mami? Mami boleh aje kot nak pikat papa balik. Why not? Dia bukan stranger pun. Dia papa Addie dan mami pernah cintakan dia, dulu. Just to love him back again... Itu aje."

"Minyak dah panas... Ikan pun tak letak garam kunyit. Letak lekaih... Dok pot pet, pot pet macam bertih jagung, tangan tu patut jalan seiring dengan mulut. Lagu mami ni, tengok mami siap banyak kerja sambil-sambil cakap dengan Addie. Sayoq dah siap potong, sambai udang dah siap masak..."

"Hesy, mami ni..."

Terus potong!

Mami memang pandai... Bukan saja pandai mereka bentuk bangunan tetapi mereka bentuk alasan!

"Hai, Addie..."

"Hai..."

"Marahkan papa?"

"Tak pun."

Lepas makan tengah hari, papa call. Selepas semalaman mogok, hari ini saya bercakap dengan papa. Rindu sebenarnya tak dengar suara papa. Kali ini tak ada Bella enterframe.

"Papa dah makan?"

"Breakfast dah. Sini baru pukul 9.30 pagi. Addie makan apa? Sana dah tengah hari, kan?"

"Dah. Mami masak sedap hari ni. Mak tok dan tok ayah mai..."

"Ya ke? Mami masak apa?"

"Gulai ayam, sambai udang petai..."

"Lapar dah papa. Missing mami's food."

"Cakap aje missing mami, Addie tak jealous pun!"

Papa ketawa.

"Mami cakap..."

"Cakap apa, princess?"

"Kalau ada jodoh dengan papa, she will reconsider it... To back together again."

"Ya? Mami cakap macam tu?"

"Yalah. Takkan nak tipu. Papa?"

"What papa?"

"Yalah, papa cakap apa? Takkanlah bila mami cakap macam tu, papa tak nak cakap apa-apa. Takkanlah papa tak jawab apa-apa, tak gentleman la papa ni."

Papa ketawa.

Saya saja psiko papa.

Berharap agar jawapan papa sama seperti mami. Kalau dua-dua positif, senanglah nak buat plan. Lagipun, mak tok dan tok ayah dah ada kat sini. Boleh rancang sekali dengan tok mama dan tok daddy!

"Addie nak papa jawab apa?"

"Of course la akan consider juga."

"As you wish, princess..."

Saya tersengih.

"Tapi tu jawapan selamat. Addie nak jawapan daripada papa. Yang betul-betul daripada papa. It's okay kalau papa tak nak reconsider... Addie tak merajuklah."

Saya melihat papa senyum dalam skrin.

"Ya ke tak merajuk?"

"Betul."

Sedang bercakap, ada seseorang menegur papa... Suara Bella.

"Aun... Meeting nak start."

"Okey, kejap..."

Papa menoleh semula ke arah skrin.

"Addie, papa nak masuk meeting balik. Nanti papa call lagi. Macam biasa, okey? Kirim salam semua. Take care, okey."

"Paaa..."

"Yes, I will reconsider. Love you, Addie."

"Love you more, pa!"

Terus saya tutup telefon dan berlari ke bilik mak tok. Hanya mak tok saja yang boleh tolong saya. Dia pun mesti nak mami dan papa bersatu semula. Satu rancangan perlu dibuat. Rancangan untuk satukan mami dan papa!

"Mak tok..."

"Haaa, awat?"

"Papa cakap kalau dia ada jodoh dengan mami, dia akan reconsider untuk kahwin semula. Mami pun cakap akan consider juga. Jom, kita plan dengan tok mama dan tok daddy... Satukan mami dan papa balik."

Mak tok memandang saya pelik.

Membulat matanya.

Saya ingatkan mak tok nak hingaq...

Rupanya...

"Nak buat lagu mana?"

Saya tersengih. Mak tok on... Confirm yang lain pun on! Yes!

Sekarang Addie... Apa plannya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro