Bab 2
Alang-alang dah ada kat rumah mami, bolehlah jumpa partner in crime. Mikaela mesti ada jalan. Mikaela selalu ada jalan.
Hana Mikaela merupakan kawan baik saya sejak saya balik menetap di Malaysia selepas mami dan papa habis belajar di London. Masa tu, rumah ni dah siap. Papa beli rumah ni hasil duit dia bekerja part time sewaktu di London dulu. Kebetulan pula masa darjah satu, kami berdua satu sekolah dan satu kelas. Sejak itu kami tidak boleh dipisahkan lagi. Lagilah, saya tak ada adik dan adik-adik Mikaela pula semuanya lelaki.
Mikaela menjadi kawan baik saya.
Mama Mikaela, Auntie Hani pula menjadi kawan baik mami saya.
"Mami..."
"Hmmm..."
"Pinjam WhatsApp. Nak WhatsApp Auntie Hani. Nak jumpa Kae petang nanti, boleh? Jumpa kat taman."
"Jumpa Kae lepas siap kerja sekolah."
"Okey."
Cepat-cepat saya WhatsApp Auntie Hani. Kemudian cepat-cepat siapkan kerja sekolah. Bila kerja sekolah cepat siap, lama sikitlah dapat jumpa Mikaela. Macam tak dan-dan dah nak jumpa kat sekolah esok.
Memang tak dan la!
Ini antara hidup dan mati!
"Kata duduk rumah tok mama awak malam ni."
"Papa saya pi outstation. Dubai. Dua minggu."
"Yes. Tak adalah bosan ke taman sorang-sorang!"
"Itulah! Jadi kita ada dua minggu untuk plan..."
"Plan apa?"
"Untuk plan supaya mami dan papa saya berbaik dan berkahwin semula dan saya tak perlulah nak pindah-pindah lagi."
"Wah... Saya suka plan macam ni. Tapi, apa plannya?"
Mikaela teruja. Tapi saya pula tak ada keyakinan. Macam mana nak yakin... Saya seorang aje yang berusaha. Tapi mami dan papa tak dak effort pun! Masalahnya bukan saya yang bercerai. Mereka yang bercerai tapi mereka tak berusaha pun nak kahwin semula. Semakin susahlah rancangan saya kalau tak dak kerjasama.
"Tapi saya..."
"Saya apa?"
"Tak yakinlah, Kae! Macam susah aje nak suruh mami dan papa saya tu baik balik. Masing-masing nak mengelak aje bila saya suruh depa fikir balik keputusan depa tu."
"Hmmm..."
"Tapi pelik betullah depa tu..."
"Kejap. Depa tu apa?"
"Depa tu mereka la. Kedah language... Like that la."
Ikut lidah mami... Lagu ni la. Nasib baik papa dah biasa. Kadang-kadang papa pun tercakap menggunakan loghat Kedah juga. Papa cakap guna loghat Perak pun, dah pelik saya dengar!
"Ohhh... Ate teman orang Perok!"
Saya tergelak. Mikaela ni kan...
"So... Mereka tu apa?"
"Mereka memang baik. Tak gaduh pun. Macam pelik pula nak suruh baik semula sebab tak bergaduh!"
"Lagi senanglah nak suruh bersama semula sebab mereka dah memang baik."
"Tu yang susah... Sebenarnya. Macam mana nak sayang, kalau tak benci? Kan?"
"Saya ada idea."
"Idea apa?"
"Lari aje dari rumah... Baru depa ada akai boleh pikior. Amacam, Die? Ada macam orang Kedah tak?"
Pikior pula.
Pikiaq!
Dak...
Bukan macam orang Kedah, tapi orang gila. Ada ka nak lari rumah pula solutionnya? Tapi... Kalau itu boleh buat mami dan papa fikir...
"Silap hari bulan, saya pula yang kena nanti, Kae. Awak bukannya tak tahu mami saya tu macam mana? Tak nak la buat kerja gila macam tu. Lagipun, kalau nak lari pun, nak lari ke mana? Takkan ke rumah awak? Tak sampai tiga saat, mami saya dah jumpa saya. Daripada dia cuak kehilangan saya... Dia gelakkan saya pula sebab nak lari. Lari takat dalam satu taman, buat apa? Tak mencabar langsung!"
"Kedah! Rumah nenek awak kan kat Kedah."
"Hmmm..."
"ETS kan ada!"
"Tak ada idea lain ke?"
"Awak ingat saya suruh lari betul-betul ke?"
"Maksud awak?"
"Saya suruh awak acah-acah saja. Awak ugutlah mami awak macam tu, tapi awak tak pergi ke Kedah pun. Konon awak nak tahu cara nak beli tiket ETS... Saja-saja cakap aje. Tapi, awak sebenarnya lepak kat rumah saya aje. Biar mami awak tu takut sikit. Nanti dia akan dengarlah apa yang awak nak cakap."
"Ohhh..."
Saya ingatkan betul-betul la tadi.
Tapi apa salahnya ke Kedah betul-betul? Sampai saja ke Sungai Petani, telefon sajalah tok ayah suruh ambil. Tok ayah mesti akan ambil punya. Tak pun, Pak Su Rafean.
Sembanglah sangat nak sampai ke Kedah!
Ke ETS tu, siapa nak hantar?
Takkan nak suruh mami?
Mama Mikaela, Auntie Hani tu? Sahih dia akan beritahu mami! Tak pasal-pasal kantoi. Tak pasal-pasal kena marah dengan mami nanti!
Uber? Uber kan ada!
"Saya cuba."
Cuba?
Cubalah sangat.
Dari petang, sampai ke malam, sampai ke esok pagi, esok petang dan lusa pagi...
Tak juga cuba.
Bukan tak nak cuba.
Asal nak cuba aje...
"Dah siap kerja sekolah, Addie?"
"Dah."
"Okey, mami ada kerja sikit."
"Can we talk? Kita dah lama tak talk."
"Esok boleh tak? Sebab mami serius kena siapkan drawing ni. Ini big client. Serius tak boleh nak talk. Esok eh, sayang?"
Tapi bila esok.
"Addie... Papa call. It's a video call."
Saya melihat skrin.
"Hai, papa..."
"Hai, princess... How's school?"
"Great. Mami cakap love you."
Papa ketawa.
"Addie, Addie!"
"Yes, papa..."
"Eating sugar?"
Saya tergelak.
"No, papa."
"Telling lies? Tipu dosa, Addie."
Saya hanya tersengih. Kalau mami dengar, mami mesti dah menjerit. Banyak kali saya cuba buat macam tu. Kadang-kadang cakap macam tu pada mami yang papa kata love you... Tapi mereka tahu, saya menipu!
Heh...
Jahat sikit.
Tipu sunat.
Mana tahu, Tuhan makbulkan.
Love you is really a meaningful words. Mana tahu kalau ia masih berkesan ke atas mami dan papa walaupun... Hanyalah satu penipuan.
"Papa kat mana ni?"
"Dubai."
"Macam... Bukan Dubai aje?"
"Dalam hotel ni."
"Ohhh... This is your Addie? She looks beautiful."
"She's got it from me."
"Eleh, you ni..."
Tiba-tiba...
Ada seorang perempuan mencelah dalam video tu. Nampak mesra dengan papa. Siap duduk dalam bilik hotel dengan papa lagi. Siapa dia? Kenapa dia dalam bilik tu sekali?
"Papa?"
"Sorry, Addie. She is Bella."
"His girlfriend. Hi Addie, nice to meet you!"
Perempuan itu ketawa. Begitu juga papa.
Saya?
Tersentak.
Girlfriend? Papa ada girlfriend? Since when? Tak tahu pun. So, ke Dubai tu kerja atau pergi bercuti dengan girlfriend? Habis tu, mami?
Terus saya tak ada mood.
Nak mencuba pun tak ada mood!
"Okey, sekarang kita boleh talk. Mami dah siapkan drawing. Dah submit and client suka. I am happy."
Saya pandang mami.
"Tak ada benda yang boleh kita cakap lagi."
"Hei... Kenapa ni? Tiba-tiba tak dak mood ni? Cuba cakap dengan mami..."
"Papa dah ada girlfriend! Nama dia Bella. Dia duduk dalam hotel sekali dengan papa!"
"So?"
"Jadi tak ada la peluang untuk mami dan papa berkahwin semula. Lepas tu, Addie akan pindah lagi every week and this will be on and on... Sampai bila? Sampai papa kahwin lain, mami pun kahwin lain... Lepas tu Addie ada adik lain, then... Addie akan jumpa adik lain, once a week, lepas tu adik lain dengan mami, the other week? Sampai mati ke?"
Mami terdiam.
"So, nothing to talk about. Harapan Addie dah berkecai. Kecewa dengan mami dan papa. Nampak macam Addie sorang aje yang berharap agar mami dan papa berbaik semula demi Addie. Rupa-rupanya Addie silap..."
"Oh, Addie! Cerita mami dan papa dah tamat, Addie."
"No!!!"
"Yes!!!"
"Selagi ada Addie, your story has no ending, mami!"
Terus saya naik ke bilik.
Dan...
Bam!!!
Hempas pintu. Rebel.
Sampai hati papa!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro