Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Mami suruh saya rahsiakan daripada Mikaela. Kalau mami tak suruh pun, saya akan rahsiakan. Gila nak cakap dengan Mikaela? Nanti tak pasal-pasal Mikaela akan bermusuh pula dengan Cikgu Ainan. Lagipun, tak ada siapa tahu yang Uncle Mirza skandal dengan Cikgu Ainan, kecuali saya. Auntie Hani pun tak tahu!

"Sabarlah, Hani..."

"Patutlah Mirza tu lain macam aje. Aku dah agak... Dia mesti ada perempuan lain. Dia nak apa lagi? Aku pun tak tahu! Mentang-mentang perniagaan dia bertambah maju... Dia pun nak maju ke depan juga. Geram betul la aku! Kalau aku dapat perempuan tu Zea, aku ganyang-ganyang dia. Gatai sangat... Anak aku lima tau, bukannya seorang!"

Saya menelan air liur. Bayangkan kalau Auntie Hani nak pergi ganyang Cikgu Ainan... Huh... Perang dunia ketiga. Memang tak la saya nak cerita semuanya. Biarlah rahsia sehingga terbocor sendiri. Lagipun, betul ke Uncle Mirza dengan Cikgu Ainan? Tu pun tak pasti juga, kan? Tak nak la saya jadi nasi tambah! Tak pasal-pasal kalau salah informasi, Cikgu Ainan pula yang kena.

"Kau nampak ke Mirza ada skandal, Hani? Kau jangan main tuduh aje."

"Kalau bercakap telefon, menyorok-nyorok. Bunyi telefon sikit dah menggelabah. Balik pun dah lewat. Kalau keluar pun, dia mandi minyak wangi. Kau rasa apa, Zea? Kalau 'Aun tiba-tiba macam tu, tak ke kau akan fikir seperti apa yang aku fikir?"

Mami terdiam. Apa lagi saya. Tak tahu nak pujuk Auntie Hani macam mana. Dia terlalu kecewa. Kalau saya berada di tempat dia pun, saya akan kecewa. Lee Min-ho Oppa ada gosip pun... Saya dah rasa nak pi Korea cari perempuan tu... Apa lagi Auntie Hani. Heh!

"Aku jaga lima orang anak dia. Dia tak ambil tahu langsung. Aku yang suruh dia jangan kesah, sebab dia ketua keluarga, dia kena kerja. Dia ada tanggungjawab. Tak apa, biar aku kesahkan anak-anak. Ini balasan dia pada aku? Geram betul aku, Zea!"

Hmmm...

"Kasihan Kae, Dael, Fael, Kael dan Hael dapat ayah macam tu. Apa akan jadi dengan aku, Zea? Aku dah la tak kerja. Kalau Mirza ceraikan aku macam mana? Siapa nak bagi makan anak-anak aku? Kat mana pula aku nak tinggal, Zea? Rumah tu dah la rumah dia. Nanti dia halau aku dan anak-anak... Nak merempat ke mana kami berenam ni?"

"Hesy... Apa kau cakap macam ni, Hani? Benda belum jadi apa-apa, janganlah doa bagi jadi. Kau nak ke jadi macam aku ni?"

"Kau tak apa... Tak ada 'Aun pun kau senang. Anak kau seorang aje. Mak ayah pun masih ada. Aku? Mak ayah pun tak ada. Tercampak sorang-sorang kat sini ikut Mirza. Kerja pun tak pernah. Kerja dapur aje aku tahu! Kelulusan? Setakat SPM! Dengan anak lima orang... Ada ke orang nak ambil aku kerja, Zea? Apa yang aku boleh buat pun?"

"Jangan fikir sampai ke situ, Hani."

"Macam mana la tak fikir. Bukan sekali dua dia buat macam ni, Zea. Banyak kali dah. Tapi kali ni, menjadi-jadi pula."

Cakap pun tak guna. Apa cara yang mami buat untuk tenangkan Auntie Hani, mami cakap A... Auntie Hani jawab B... Mami cakap Z... Auntie Hani ulang balik A. Sampai bila nak habis? Betul ke Auntie Hani ni kelulusan takat SPM aje... Bukan jurusan undang-undang? Heh!

"Kau sayang tak Mirza?"

"Hah?"

"Sekarang ni kau sayang tak Mirza? Lepas apa yang kau sangka dia buat... Kau masih sayangkan dia atau tak?"

"Mestilah sayang. Dia kan ayah kepada anak-anak aku."

"Jadi, kau kenalah buat sesuatu ke atas diri kau."

Dahi Auntie Hani berkerut. Begitu juga saya. Apa maksud mami?

"Maksud kau?"

"Nafsu lelaki ni satu aje... Yang cantik akan buat dia tertarik. Jadi, kau kena makeover. It's time, Hani... To make some changes. Lagipun setahu aku, kau ada sijil kemahiran buat kek... Buat roti. Kita kena buat sesuatu tentang sijil kau tu. Untuk masa depan kau dan anak-anak. Takkan nak biaq gantung di dinding saja? Lama kau tak asah skil kau tu sejak beranak-pinak ni."

"Aku hampir terlupa aku ada sijil tu, Zea. Geram punya pasal dengan Mirza. Aku setuju whatever it takes, Zea."

Mami tergelak.

Terus saya tersenyum.

I am in!

Kita ajaq Uncle Mirza... Baru dia tau, langit tu tinggi ka rendah... Heh. Amboi Addie, hang pula yang melebih!

"Bila mami nak pergi makeover Auntie Hani?"

Sebaik saja Auntie Hani tenang, dia pun pulang semula ke rumahnya. Di mulutnya tak habis-habis menyebut kasihan Kae... Kasihan Kae... Baru sepuluh tahun, dah macam-macam kena hadap. Pastinya, mami dan papa akan fikir macam apa yang Auntie Hani fikirkan. Untungnya saya, walaupun mami dan papa bercerai, mereka berdua masih fikirkan yang terbaik untuk saya. Buktinya mereka berdua masih bersama walaupun lain bumbung.

"Bila dia settle all..."

"It's sound fun... Nak ikut."

"Addie ni perangai macam orang tua sebab berkawan dengan orang tua. Sibuk aje..."

"Ehhh... Mami yang ambil idea Addie tau."

"Itu aje yang boleh mami fikirkan untuk tenangkan dia. Betul juga Addie cakap, dia seakan-akan tak terurus. Berbeza dulu, sewaktu dia baru anak seorang."

"Mami cantik pun, papa ceraikan juga..."

"Bukan papa ceraikan la. It was a mutual decision!"

"Yeah... Right."

"Tapi sebelum jadi apa-apa... Baiklah kita kawal dulu. Jangan jadi macam mami dan papa. So, kita ubah apa yang kita nampaklah... Like you were saying, makeover."

"Hmmm... Bila besar nanti, Addie nak jadi counselor in counseling la, mami."

"Bukan Addie nak jadi arkitek ke?"

"No... My drawing is not good as yours, dear mami. Memang selalu dapat A, antara kawan-kawan memang lawa... Tapi, tak sebagus mami."

"Engineer?"

"Dan lukakan hati mami? Baik tak payah!"

Mami ketawa.

"Hang kan anak papa hang! Tak cuit sikit pun hati mami."

"Yalah tu..."

Mami ketawa lagi.

"So... Siapa skandal Uncle Mirza? Hmmm?"

Saya tersentak.

"Ingat mami tak tahu ke kepala otak anak mami ni? Mana mungkin tiba-tiba Addie nak suruh mami makeover Auntie Hani kalau Addie tak tahu apa-apa. Lepas tu, Auntie Hani meroyan macam ni... Lagi la mami dah dapat tangkap."

"Hesy... Mana ada Addie tahu apa-apa. Addie kasihan aje la tengok Auntie Hani tu tak terurus."

"Ya ke ni?"

"Ya... Betul. Kalau tipu, kena gigit kucing!"

"Yalah tu."

"Yalah, mami... How can I lie to you? Confirm tak lepas!"

"Apa pun yang Addie tahu dan apa pun yang berlaku tadi dengan Auntie Hani... Please jangan beritahu Kae. Bukan semua orang kuat macam anak mami ni. Bukan semua orang boleh terima parents dia ada masalah."

"So, kenapa Addie exclude?"

"Tuhan tak akan menduga orang yang Dia tak yakin kalau orang tu tak kuat menempuhinya Addie. So, Addie ni orang yang terpilih. Addie kuat. Addie mampu untuk berdepan dengan semua masalah dan mami rasa you will be a good counselor... One day. Insya-Allah."

Saya tersengih...

"Sebab Addie ada mami dan papa yang hebat. Yang selalu fikir soal Addie sebelum fikirkan diri sendiri. Kalau la Uncle Mirza boleh fikir soal Kae dan adik-adik dia sebelum buat hal... Mesti tak akan jadi macam ni."

"Things happen, Addie."

"It will be, if you let it happen... Kan, mami?"

"Jadi counsellor pun boleh juga ni."

Saya tersengih. Tak nak la saya jadi peguam... Saya tengok Pak Su Rafean tu, macam pening aje kerja dia. Biar dia seorang sudah jadi peguam!

"So... Pasal Uncle Haha..."

"Eh! So, go to your room and finish your homework!"

"Alaaa, mami..."

"Enough drama for today. Mami nak tengok drama Filipina ni. Nanti Addie nak pergi jumpa Kae la... Macam-macam alasan. Esok nak pergi rumah tok mama. Your honour, I rest my case. Thank you."

Ceh!

Still something is not right between them.

Yang pasti, Cikgu Ku bukanlah skandal mami. Hanyalah kawan biasa kot? Mungkin juga Cikgu Ku ada hati kot dengan mami? Tapi, apa sebenarnya yang Cikgu Ku nak cakap eh dengan mami? Dan kenapa mami tak nak pergi jumpa pun Cikgu Ku?

Ah, Addie... Sibuk apa hal?

Buat kerja sekolah la!

Esok kan nak pergi rumah tok mama... Nak main dengan Kumbang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro