Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Cikgu Ku tu memang sesuatu...

Tapi itu tak penting sangat sekarang ni.

Yang penting, kalau Uncle Mirza tu jadi kahwin dengan Cikgu Ainan. Mikaela bakal mendapat Hannan sebagai kakak tiri.

Hannan?

Kakak tiri Mikaela?

Hannan, ketua pengawas yang suka buli dan denda saya tu? Memanglah Mikaela nak sangat ada kakak tapi... Seorang Hannan cukup untuk rosakkan satu Malaysia. Kalau saya, bagi percuma pun saya tak ambil la Hannan sebagai kakak saya.

Cikgu Ainan tu... Janda anak seorang. Anak dia Hannan tu, tua dua tahun daripada saya dan Mikaela. Pelik, anak dia tak baik dengan Mikaela tapi Cikgu Ainan tu baik sangat dengan Mikaela. Tak faham kenapa Hannan tak baik dengan Mikaela. Selalu saja cari pasal. Bukan saja dengan Mikaela, dengan saya pun Hannan tak baik.

Saya akan rasa bersalah kalau saya tak beritahu Mikaela apa yang saya dengar tadi. Mungkin saja Uncle Mirza bergurau. Harap sangat ini semuanya gurauan. Tapi, pelik betul. Cikgu Ainan baik dengan Mikaela tapi, anaknya Hannan... Pantang nampak Mikaela. Masalahnya, kami tak pernah cari gaduh pun. Hannan saja yang suka cari pasal!

Ke...

Hannan tahu hubungan Cikgu Ainan dengan Uncle Mirza tu? Sebab tu la dia angin sangat dengan Mikaela. Pantang bertembung, ada aje benda tak puas hati. Mungkin itu sebab dia tak suka Mikaela dan kawan-kawan Mikaela... Termasuklah saya. Dia tak mahu ayah baru kot!

Seperti saya...

Kalau boleh saya mahukan papa menjadi papa saya. Saya tak nak orang lain. Saya tak nak Cikgu Ku. Kecualilah kalau papa ada buat silap... Contoh seperti curang dengan mami. Then, I will hate papa dan berharap mami akan dapat cari orang yang lebih baik daripada papa. Tapi papa bukan Uncle Mirza. There's nothing to hate.

Hanya kerana cinta dah tak ada...

Tak boleh nak paksa perasaan yang sudah kosong.

"Kalau mami paksa Addie buat sesuatu yang Addie tak suka, mesti Addie pun tak mahu, kan? Macam tu la cinta, sayang. Kita tak boleh nak paksa orang cintakan kita atau paksa kita cintakan orang tu. Tak boleh, Addie. It won't work that way. No matter how hard we try... Kalau benda yang dah kosong, tak akan boleh diisi macam tu aje."

Kalau begitu...

Apa sebab Uncle Mirza nak kahwin lain?

Anak dah lima. Anak perempuan ada, anak lelaki pun ada. Auntie Hani sangat baik. Dia jaga rumah, dia jaga semuanya. Tapi, Auntie Hani tu... Memanglah tak terurus sangat. Maklumlah, anak lelaki saja dah empat orang. Selalu dalam keadaan keletihan dan tak terurus. Mujurlah Mikaela anak perempuan yang paling sulung. Boleh juga bantu-bantu Auntie Hani.

Berbanding Auntie Hani dengan Cikgu Ainan...

Jauhlah...

Cikgu Ainan ada kerjaya. Selalu saja cantik dan kemas. Orangnya pun lawa. Auntie Hani pun lawa cuma masa untuk melawa tu... Tak ada. Tapi kan... Auntie Hani tu, pandai buat kek dan roti tau. Cuma tak ada masa aje nak buat. Dulu, sebelum Mihael lahir, ada juga Auntie Hani ambil tempahan.

"Kesian tau dengan Auntie Hani tu..."

"Sebab?"

"Dia nampak sangat letih dan penat. Sampai tak sempat nak cantik-cantik pun. Mami kena buat makeover Auntie Hani tu tau. Bagi meletup."

Mami ketawa.

"So, ini kerja sekolah yang banyak sangat tu? Tiba-tiba nak suruh mami makeover Auntie Hani pula. Why?"

"Hesy, bukan kerja sekolah pasal makeover. Sajalah, tadi masa Auntie Hani datang sekolah ambil Kae... Addie rasa kasihan pula tengok dia. Ayah dia pula..."

Boleh mengurat perempuan lain pula!

"Ayah dia pula apa?"

"Hah?"

"Ayah Kae kenapa?"

"Sibuk kerja, kan... Anak kan dah lima."

Mami ketawa lagi.

"Tak payah sibuk hal orang la, Die..."

"Addie tak sibuk la, mami... Addie just nak Auntie Hani live her life to the fullest! Bukan soal anak... Anak... Anak semata."

"Addie... Itulah seorang ibu. Yang penting dalam hidup dia, anak. Yang lain, tak penting. Walaupun beranak tu sakit, dia tetap sanggup nak beranak juga. Jadi, apa saja dia akan buat untuk anak dia."

Hmmm...

Apa lagi yang perlu saya buat?

Takkan nak cakap saya nampak Uncle Mirza mengurat Cikgu Ainan pula? Nanti mami kata saya bukan pergi sekolah tapi pergi bergosip! Tak pasal-pasal saya tahan kencing tau tadi... Mahu jadi batu karang pula nanti!

"Papa mana, mami?"

"Kerja la."

"Lately macam mami aje yang selalu ambil Addie."

"Biasa pun macam ni, kan? Selalu mami aje yang akan ambil Addie. Sesekali, papa yang akan ambil bila mami not working outside. Itu kan kelebihan bila pejabat di rumah. Kenapa? Apa yang tak kena pula?"

"Tak adalah. Asyik mami aje yang jaga Addie, bila mami nak pergi dating?"

Mami tergelak.

"Dating? Tadi suruh mami makeover... Sekarang suruh dating pula? Haih, macam-macam la Addie ni. Mami too old for that la, Addie. Berkahwin umur 18 tahun, sekarang dah 29 tahun. Mami tak pernah ada boyfriend. Yang pernah ada hanyalah suami. Sekarang dah jadi bekas suami. Sekarang Addie nak suruh mami pi dating... Ada boyfriend... Sorry la! My priority is to do the best for my one and only daughter. Hal cinta belakang cerita."

Hmmm...

Kalau dah mami decide macam tu...

No wonder la mesej Cikgu Ku pun mami buat tak hairan aje. Entah-entah Cikgu Ku tu aje yang syok sendiri. Mami tak ada apa-apa perasaan pun. Atau mami sengaja nak jaga hati dan perasaan saya?

"Addie tak kesah tau kalau mami nak bersama dengan orang lain. Someone has to finish your story, mami. Mami berhak ada orang yang sayangkan mami. Takkanlah mami nak Addie seorang aje yang jadi anak mami? Tak nak ada anak macam Auntie Hani ke?"

"Tak nak la. Nanti Addie suruh mami makeover."

"Hesy, mami ni..."

Perli kita pula.

"Dah laaa... Pergi siapkan kerja sekolah. Nanti bila dah petang, sibuk nak keluar pergi taman pula. Mami tengok anak mami ni, kerap sangat pergi taman tapi tak kurus-kurus pun!"

"Bukan pergi bersenam. Lagipun, esok kan cuti. Ada dua hari lagi boleh buat kerja sekolah la, mami."

"Yalah... Bukan esok nak pergi rumah tok mama? Nanti dah main kucing, lupa kerja sekolah. Macam la mami tak boleh baca kepala otak anak mami. Banyak cikadak... Mami masukkan hang balik dalam perut mami, baru hang tau!"

Hmmm...

Kalau masuk balik...

"Kalau Addie masuk balik dalam perut mami... Bagus juga. Mungkin mami dan papa akan works things out."

"Homework, Addie! Kalau tak pi buat homework, mami cakap dengan tok mama esok Addie tak jadi pi. Tak boleh main dengan kucing."

Dengki betul.

Pantang sebut soal tu mesti saya yang kena balik.

"Ya... Ya. Nak buatlah ni. Uncle Haha tu banyak betul la bagi homework. Cikgu Lee pun tak bagi banyak macam tu."

"Dia nak Addie pandai..."

"Dah la asyik suruh Addie aje. Adeena sila collect buku... Adeena sila passkan kertas. Adeena make sure tu... Make sure ni... Bla... Bla... Bla... Dia tu lupa agaknya yang Addie ni cuma penolong ketua kelas. Kae boleh goyang kaki aje kalau Uncle Haha tu mengajar..."

Saya dah mula membebel. Mami ketawa.

"Mami ketawa pula. Dia buli Addie tau. You need to talk to him!"

"Lepas tu viral satu Malaysia... Cikgu kena marah gara-gara suruh anak dia buat kerja ketua kelas. Tak nak la mami. Baguslah Uncle Haha buat macam tu kat Addie, dia nak ajar Addie bertanggungjawab sikit."

"Entah-entah mami dan papa ada buat apa-apa kat dia dan dia sengaja nak balas dendam kat Addie..."

Baru mami nak cakap...

Nak menolak anggapan saya...

Ting... Tong...

Bunyi loceng mengalihkan topik perbualan kami. Memang betul-betul saved by the bell! Saya terus bukakan pintu. Melihat Auntie Hani di muka pintu, saya terus panggil mami. Apabila mami muncul, Auntie Hani terus...

"Zea... Aku rasa Mirza ada perempuan lain!"

Dan saya...

Terpaku!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro