Bab 13
"Tak berpeluh..."
"Maknanya?"
"Papa tak ada penyakit tu la, Kae!"
"Tapi kita bukan doktor untuk mengesahkan..."
"Kita juga bukan Tuhan, Kae."
"Hmmm... Make sense then!"
Termenung kami berdua...
Tak tahu apa nak fikir lagi.
Melainkan...
Tanya saja pada Cikgu Ku!
"Tanya sendiri sajalah pada Cikgu Ku tu..."
Terus saya pandang Mikaela. Macam tahu-tahu saja apa yang saya fikirkan!
"Nak tahu tak kenapa kita berdua kawan baik?"
"Kenapa?"
"Sebab awak selalu tahu apa yang saya fikirkan!"
Mikaela tersengih. Dia fikir hal yang sama, saya pun fikir perkara yang sama. Tiba-tiba saja sama pula. Tapi memang selalu sama aje apa yang saya fikir dengan Mikaela. Lagipun, lojik la kalau tanya terus pada Cikgu Ku.
Yalah... Punca sebenarnya datang dari Cikgu Ku sendiri. Kalau Cikgu Ku tak muncul bertanyakan tentang saya, saya tak akan cari cerita tentang dia. Kalau Cikgu Ku tak mesej mami... Saya pun tak akan pelik. Jadi, Cikgu Ku la yang ada jawapannya!
"Tapi... Macam mana nak tanya Cikgu Ku?"
"Sebenarnya kan..."
"Sebenarnya apa?"
"Kenapa kita nak sibuk-sibuk pasal mereka bertiga ni, eh? Papa dan mami awak dah bercerai. Jadi, apa salahnya kalau Cikgu Ku tu jadi pengganti papa awak? Sebab kan kita berdua dah tahu yang papa dan mami awak tak akan kembali bersama semula. Right?"
Terus saya...
Terdiam.
"Kata dah tak kesah. Kata tak nak selfish... So be it la, kan? Tak perlulah kita sibuk hal orang tua."
Terdiam lagi.
Betul juga kata Mikaela. Kenapa pula saya nak sibuk-sibuk? Kalau betul papa sakit, dia akan beritahu. Kalau betul Cikgu Ku ada rasa cinta pada mami... Apa masalahnya? Mami kan dah single!
"Lagipun kalau mami awak sukakan seseorang, she will let you know, kan? Sekarang ni pun, dia sibuk. Tak ada masa. Dia tak pun pergi jumpa Cikgu Ku tu, kan? Sepanjang masa dengan awak, kan? Kalau perempuan tak layan tu tandanya..."
"Cikgu Ku means nothing to her..."
"Haaa... Tahu pun. So, tak perlulah kita nak fikir. Kita fikir nak jawab soalan matematik ni lebih baik. Nanti kelas Cikgu Ku. Unless kita dapat clue lain."
Pandailah Mikaela ni...
Banyak makan kismis Mekah kot!
Mesti tujuh biji setiap hari!
Ini kot rahsia dia ni... Heh.
"Cikgu Ku kan dok di London. Kenapa tak duduk saja di London? Lagipun, sepanjang enam tahun saya kat sini, Cikgu Ku tak pernah muncul pun. Kenapa selepas enam bulan mami dan papa bercerai, dia baru muncul? Sesuatu sangat tau."
Haah...
Sebelum ni...
Tak pernah pula saya nampak Cikgu Ku tu. Mungkin sebab berlainan sesi dan saya tak rajin nak melepak di bilik guru. Mikaela yang rajin melepak pun, tak pernah jumpa!
"Kata Cikgu Ainan... Cikgu Ku sebenarnya dah mengajar kat sekolah ni sebulan yang lepas. Mami dan papa awak bercerai, enam bulan yang lepas. Awak ingat, jadi cikgu boleh jadi macam tu aje ke? Nak jadi cikgu mesti ada prosedur... Kemudian nak mengajar, boleh pilih-pilih sekolah ke? Then, Cikgu Lee jatuh bilik air sehingga Cikgu Ku boleh mengajar kat kelas kita... Takkan plan pula, kan? Betul tak?"
Saya terdiam.
"Ini semua kebetulan sajalah. Tak payah pikior..."
"Ya... Ya... Saya tak fikirlah. Lantaklah. Saya baru sepuluh tahun, kenapa perlu saya fikir soal orang tua, kan?"
"Tahu tak apa!"
UPSR pun belum lepas...
Dah nak fikir soal kehidupan orang lain.
Ya, mami dan papa dah move on.
So do I!
"Bayangkan kalau Cikgu Ku jadi papa tiri awak... Awak akan dapat adik-adik yang comel. Boleh pergi London bila cuti sekolah. UPSR? Ah... Confirm boleh dapat soalan bocor!"
Cehhh!
"Kita kena ajar kepala otak kita ni melihat dari sudut yang positif, Die! Kalau kita boleh melihat semua perkara dari sudut yang positif, kita akan lebih bahagia. Tak ada la serabut kepala otak!"
"Pandailah hang!"
Mikaela ketawa.
"By the way... Cikgu Ainan tu la awak punya sumber ya, Kae?"
"Eh..."
Mikaela menekup mulut.
"Kantoi la saya!"
Saya tergelak. Banyaklah dia punya kantoi...
"Cikgu Ainan tu berkawan baik dengan ayah. Ayah saya kan jual buku kat sekolah-sekolah. Baiklah dengan cikgu-cikgu. Kebetulan, Cikgu Ainan kan cikgu perpustakaan."
"Ohhh..."
Dan, loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat. Lepas ni, kelas matematik. Harapnya, saya tak fikir apa-apalah bila Cikgu Ku mengajar nanti.
Lihat dari sudut yang positif!
"Saya nak pergi bilik air kejap... Awak masuk dululah ke kelas."
Mikaela bergerak ke kelas, saya ke bilik air. Bilik air bersebelahan dengan perpustakaan. Apabila mendengar bunyi suara yang sedang ketawa, saya menoleh ke dalam perpustakaan.
Eh...
Macam ayah Mikaela, Uncle Mirza.
Saya baru nak tegur...
Tapi...
Bila dengar Uncle Mirza cakap...
"Kalau dapat hantar buku hari-hari, boleh tengok awak hari-hari."
Terus saya bersandar pada pintu...
"Jangan nak mengada-adalah."
"Lelaki boleh kahwin empat, Ainan. Tak apalah, kalau mampu. Ramaikan umat Muhammad SAW. Itu kan sunah. Kahwin pula ibadah."
"Pandailah awak. Kak Hani tu, awak nak letak kat mana?"
"Kanan saya."
"Habis saya?"
"Kiri saya."
"Benda belum dapat, memanglah boleh berjanji bulan dan bintang."
Saya tersentak. Amboi Uncle Mirza... Nampak mesra betul dengan Cikgu Ainan. Cikgu Ainan pun, nampak malu tapi mahu! Selamba aje jawab macam tu dekat Uncle Mirza!
Terus saya berpatah balik, tak jadi nak pergi bilik air. Positif, Addie... Positif. Mikaela kata, Cikgu Ainan dan Uncle Mirza kan kawan baik, memang selalu melawak macam tu kot. Tapi, masalahnya bak kata tok mama, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik.
Huh...
Lebih baik cerai, tak sakit hati...
Daripada tiba-tiba ada lagi sorang bini!
Minta simpang!
"Adeena, nanti collect semua buku latihan dan bawa ke bilik guru."
Saya... Masih... Dalam zon antara positif dan negatif sehinggalah Mikaela mencuit tangan saya.
"Ya... Ya, cikgu."
Terus Mikaela bangun...
"Bangun semua... Terima kasih, cikgu."
Kelas Cikgu Ku habis. Saya masih...
"Eh, awak ni kenapa? Tak fokus! Masih lagi terfikir soal mami awak dengan Cikgu Ku tu ke?"
"Errr..."
"Haih... Mengelamun pula! Addie!!!"
"Kalau ayah awak kahwin dua, awak bagi tak, Kae?"
"Awak patut tanya soalan tu kat mama saya, Die. Kenapa awak tanya saya pula?"
"Tak apalah... Saya nak pi collect buku latihan ni dan hantar dekat bilik guru la."
Cepat-cepat saya bangun...
Haih... Adeena Aurell, belum selesai satu hal, dah tambah satu hal. Yang tak dan tak dan nak pi ke bilik ayaq tu, pasai apa? Kan dah mendapat!
Perlu ke saya cakap dengan Mikaela?
Ah, tak payahlah...
Tak ada apa-apa kot.
Uncle Mirza kan macam papa... Suka bergurau!
Ya... Suka bergurau!
Positif!
"Ini dia buku latihan yang cikgu suruh saya collect."
"Thanks, Addie..."
Mulanya saya nak pergi...
Tapi, bila Cikgu Ku sebut nama saya Addie...
"Where have you been for the past six years?"
Cikgu Ku pandang saya dan senyum.
"Always in your heart, Addie. Dah pergi masuk kelas, nanti lambat!"
Hesy!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro