Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Kata-kata Mikaela buat saya terfikir...

Sekarang cerita saya dah macam sinetron pula. Takkan papa sakit menyebabkan papa ceraikan mami pula? Kemudian papa cakap pada Cikgu Ku untuk jaga saya dan mami.

Hmmm...

Persoalannya...

Kenapa Cikgu Ku? Kenapa Cikgu Ku yang kena jaga saya dan mami? Kenapa bukan tok daddy, tok mama, tok ayah ataupun mak tok? Ke sebab Cikgu Ku dan mami pernah bercinta dulu? Yalah, dulu kan mami lebih banyak masa bersama Cikgu Ku berbanding dengan papa. Mungkin rasa cinta tu ada terpalit. Atau Cikgu Ku aje yang minat kat mami?

Hesy...

Memang sinetron sangat!

Dah macam mak tok pula yang suka sangat tengok sinetron. Kalau tok mama... Dia gilakan channel HBO. Dia kan mantan cikgu bahasa Inggeris. Mami pula penggemar cerita Tagalog. Saya? Ahhh... Oppa saya la. Heh...

Kalau teori Mikaela tu betul...

Papa sakit apa?

Mikaela ada cakap pasal lakonan...

Hmmm...

Tiba-tiba saya teringat lakonan papa di dalam hospital sewaktu saya demam tempoh hari. Papa ada sebut...

Hodgkin's lymphoma in my lymphatic system...

Kenapa sebut penyakit yang susah-susah? Kenapa tak sebut saja, kanser hati ke, kanser tulang ke... Itu kan lebih mudah nak sebut? Nama pun skrip olok-olok kan? Adakah mudah bagi papa untuk menyebutnya sebab papa betul-betul ada penyakit tu?

Saya menekup mulut...

Rasa nak menangis!

Kalau teori Mikaela tu betul, besar sangat pengorbanan papa terhadap saya dan mami. Sanggup dia nak melihat saya dijaga baik oleh Cikgu Ku. Mungkin papa anggap, Cikgu Ku saja orang yang sesuai untuk menggantikan tempatnya kerana Cikgu Ku dah biasa gantikan tempat papa, sewaktu di London dulu.

Sebab itu la...

Papa memilih Cikgu Ku.

"It's only a theory. Janganlah sedih sangat, Die."

"Gila tak sedih. Kalau teori awak ni betul, macam mana, Kae?"

"Sebelum kita judge... Kita kena melihat simptomnya terlebih dahulu untuk mengesahkan yang papa awak ada penyakit tu."

Simptom!

Betul la!

Saya pandang Mikaela.

"Awak tahu tak Kae, kenapa saya ni bijak?"

"Kenapa?"

"Sebab saya berkawan dengan orang yang bijak!"

Mikaela ketawa.

"Ada seringgit tak? Tekak kering. Dapat makan aiskrim lime dan vanila pun sedap juga ni."

"Bijak mengambil kesempatan pun ya juga!"

Lagi besar gelak Mikaela.

"Mami..."

Sebaik saja saya balik dari perjumpaan yang serius tu, saya terus ke dapur. Mami sedang membakar piza untuk malam nanti. Belum siap... Satu rumah dah semerbak dengan bau piza!

"Tak nampak kereta papa pun. Is he back yet?"

"Kalau tak ada kereta, tak baliklah lagi, sayang."

"Tapi, dah nak maghrib."

"Belum balik dari site kot. Belum habis kerja. Kan papa dah kata... Habis kerja awal, dia akan balik awal."

"Atau... Dia pi treatment?"

"Hah?"

Terus saya tukar...

"Body treatment? Gym? Nak ada six-pack! Nanti bolehlah perempuan-perempuan ligan papa!"

Mami ketawa.

"Papa? Ada six-pack of what? Guni beras?"

Saya hanya senyum saja.

"Can I have my iPad? Addie nak bagi makan Lucy. Lagipun, dah nak maghrib. Kerja sekolah dah siap."

Lucy, virtual pet saya!

"An hour... Tops!"

"Ya... Ya."

"Nanti lambat nak pergi rumah papa, malam ni pizza's night kat rumah baru dia tu."

"Tahu."

Kalau duduk dengan papa... Tak ada banyak sangat rules.

Kalau duduk dengan mama... Ada senarai undang-undang. Panjang berjela!

Sebelum keluar kena siapkan kerja sekolah. Keluar petang, sebelum pukul 6.30 petang dah kena balik. Main iPad pun ada time dan maksimum satu jam. Kasut sekolah kena basuh setiap Sabtu pagi. Baju putih letak dalam bakul khas untuk baju berwarna putih. Kalau sampah dalam rumah penuh, saya kena buang kat tempat buang sampah di luar. Lepas makan, basuh pinggan... Bla... Bla... Blaaa...

Ahhh...

So many rules!

Pernah saya tanya mami...

"Kenapa kalau duduk dengan mami ada banyak undang-undang?"

"Sebab kita manusia... Kena ada undang-undang. Kalau tak ada undang-undang, kita akan jadi macam lembu. Lagipun Addie, menjaga anak perempuan, seperti menjaga sekandang lembu tau. Kalau mami tak buat semua undang-undang ni... Addie tak akan jadi orang. Addie akan jadi lembu!"

"This is what papa is the best..."

"Ya... Ya... Pi la dok ngan papa hang. Makanlah Maggi kari tu tiap hari! Perangai pun dah jadi macam mi segera. Dua minit mood okey... Dua minit mood cacamarba."

Saya ketawa.

Sebab dah biasa dengan rules mami... Saya buat yang sama juga bila duduk dengan papa. Papa pun senang! Saya tak kesah pun. Lagipun, untuk kebaikan saya juga. Saya tak nak jadi lembu!

"Nah..."

Yeay... IPad!

"An hour aje!"

"Yes, mami!"

"Jangan tengok hat merapu..."

"Tak dak aih!"

Cepat-cepat saya naik ke bilik setelah mendapat iPad daripada mami. Macam mana nak tengok hat merapu kalau mami dah block almost fungsi sebuah iPad! Apalah mami ni...

Saya mulakan carian...

Simptom Kanser Limfoma Hodgkin.

Saya menjumpai sebuah artikel dalam Utusan Malaysia...

Terjadi bengkak tanpa rasa sakit di bahagian leher, ketiak dan pangkal paha. Berpeluh pada waktu malam, demam, berat badan turun mendadak, kurang selera makan dan letih. Dianggarkan satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap kanser ini dan 60 peratus daripadanya adalah lelaki.

Huh?

Lelaki?

Papa!

Tak pasal-pasal malam tu...

"Banyaknya papa makan!"

"Mami's food... Okey! Irresistible!"

"Yalah... Tapi, tak selalu banyak macam ni pun."

"Tadi papa ke Kuala... Tak makan. Tahan perut. Sebab tahu malam ni, pizza's night!"

"Hmmm... Tak sempat makan atau tak ada selera?"

"Tak sempat la, princess..."

"Berat papa berapa?"

"Kenapa? Baru sehari papa tak makan... Takkan papa nampak kurus?"

"Tak. Tanya aje."

"Tak lama lagi papa gemuk la balik. Dah duduk dengan mami balik, mami pula masak sedap... Haih, tak boleh la papa nak jaga badan!"

Mami mencebik.

"Jaga badan sangatlah abang tu..."

Papa tergelak.

"Kenapa? Sebelum ni papa kurus ke?"

"So, Addie nak cakap papa gemuk ke?"

"Hesy!"

"Maintain la, Addie."

Saya memang tak nampak papa kurus sangat pun. Sama aje.

Kemudian...

Saya belek leher dia. Tekan-tekan leher papa. Mencari ketidaksamaan... Kot la ada bengkak tang mana-mana.

"I know you miss me... Tapi tak payahlah nak tekan leher papa..."

"Saja. Nak check... Takut papa ni bukan papa Addie. Selalunya, alien akan culik dan tanam cip klon tu kat leher."

"Zea bagi anak tengok cerita apa ni?"

"Hesy... Bukan salah Zea, eh. Abang tu selalu ajar anak tengok cerita yang bukan-bukan."

Hmmm...

Tak ada bengkak pun!

"Tengok ketiak..."

Saya dah angkat tangan papa...

Tapi papa...

"Eh... Budak ni."

Mami dah ketawa.

"Teruk sangat rindu ni. Papa cuma pergi ke Kuala Kangsar aje, Addie. Bukannya Kuala Kedah atau Kuala Lumpur. Lagipun, kat Kuala Kangsar tak ada alien. Yang ada laksa tepi sungai..."

Hesy, papa ni!

"Dah la... Tak payah la dok belek papa hang tu... Makan ni. Kalau tak, papa habiskan, mami tak tahu. There's nothing left anymore... Last one ni."

Papa kuat aje makan...

Tak ada pula sebarang ketulan kat leher dia.

Badan pun tak susut.

Hmmm...

Ada satu lagi tanda...

Dalam Google ada cakap, kalau ada simptom yang dipanggil B symptom, tu tandanya tahap kanser tu sudah melebihi tahap... Menghampiri kritikal. Harap papa tak ada la.

"Malam ni Addie tidur dengan papa, ya?"

"School's night, sayang..."

"Sebelum subuh Addie dah bangun. Bolehlah, mami... Raikan papa punya first's night kat rumah stor ni. Lagipun, papa mesti nak Addie teman. Kan, papa?"

"Haah... Papa takut juga ni."

Mami hanya menggelengkan kepala...

"Ambil tilam dan bantal. Sebelum subuh bangun, ya..."

"Okey, mami..."

"Jangan dua-dua lebur pula... Jenuh mami nak kejut. Anak dan papa tu sama aje perangai!"

"Nama pun anak papa... Kan, Addie?"

"Haah..." Saya mengangguk-angguk.

"Yalah... Bukan anak mami. Lepas ni, makanlah Maggi tu..."

"Eh!" Saya tersentak.

"Habislah mami merajuk... Papa tak tahu. Siapa suruh angguk lagi."

"Mami..."

Kononlah mami nak merajuk tu. Saja bergurau. Malam ni, misi belum selesai. Saya nak tengok papa berpeluh ke tidak malam nanti. Itu antara systemic symptoms yang boleh menandakan papa memang ada penyakit kanser Hodgkin's lymphoma.

Huh...

Harapnya...

Semuanya hanyalah teori Mikaela semata. Tak real.

"Pa..."

Sebelum tidur.

"Kalau papa sakit, papa akan cakap tak dengan Addie?"

"Papa kentut pun papa cakap dengan Addie... Apa lagi kalau papa sakit."

"Hesy, papa ni..."

Papa tergelak.

"Night, princess..."

"Night, papa."

"Love you, Die."

"Love you more, pa!"

Love you a lot, pa...

Hanya Allah saja yang tahu!

And please... Don't die yet!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro