Bab 11
Ribut tak ada...
Taufan pun tak ada...
Tup-tup Cikgu Ku mesej mami nak ajak berjumpa. Apa yang Cikgu Ku nak cakap dengan mami? Apa yang Cikgu Ku dah dengar? Yang paling penting... Kenapa tiba-tiba dia muncul?
Yalah kan... Setelah enam tahun menghilangkan diri, tanpa berita, tanpa cerita...
Kenapa tiba-tiba dia nak sambung cerita?
Cerita apa yang dia nak sambung?
Hmmm...
Betul la...
Setiap cerita perlu ada penamatnya dan cerita antara mami, papa dan Cikgu Ku masih belum ada penamatnya. Skandal ke? Kalau pun skandal mami, kenapa papa macam tak kesah pun cerita tentang Cikgu Ku? Maknanya bukan skandal. Saya rasa mereka hanya kawan aje.
"Cantiknya... Pandai Addie buat. Sampai pukul berapa baru tidur? Tahu kan hari ni school day?"
"Pukul 11 baru masuk tidur."
"Patutlah mami kejut pun payah nak bangkit!"
Saya senyum memandang board yang lengkap dengan gambar saya, mami dan papa yang telah dipilih mami. Tak banyak gambar saya dengan papa... Lebih banyak gambar saya dengan Cikgu Ku. Nampak macam Cikgu Ku tu pula papa saya.
"Cantik tapi incomplete..."
"Incomplete sebab?"
"Sayangnya gambar papa dengan Addie masa kecil tak banyak, mami. Teruk sangat belajar dekat London tu sampaikan masa papa dengan Addie pun limited."
"Papa belajar rajin-rajin sebab tu hasilnya dia dapat kerja yang baik. Tak apalah, kalau dia tak ada sewaktu Addie kecil, masa Addie berusia empat tahun dulu... Tapi, dia ada kan sekarang dengan Addie. Addie masih boleh tangkap gambar dengan papa banyak-banyak. Lagipun dulu, mana ada smartphone, nak klik sana klik sini."
Mami selalu ada kata-kata yang boleh menyedapkan hati saya.
"Kalaulah, papa Addie bukan papa... Tapi Uncle Haha... Akan terjadi tak perceraian?"
Mami ketawa.
"Dia buat dah!"
Saya mencebik.
"Nanti mami tolong buatkan frame cantik-cantik... Letakkan cermin, lepas tu dah boleh gantung dekat dinding rumah papa."
"Yes!"
"Dah cepat... Papa dah tunggu nak hantar Addie pi sekolah."
Saya mencapai beg dan terus membuka pintu. Papa sudah menunggu di luar. Kemas. Macam biasa. Handsome. As always.
"Papa!"
"Cepat. Papa dah lambat ni."
"Ya... Ya."
"Zea ambil Addie nanti. Sebab abang ada site meeting."
"Okey... No problem. Site meeting sampai malam ke?"
"Tak kot. Petang dah balik. Ada hal ke?"
"Celebrating your first night at your new house. Pizza's night!"
Mata saya membulat. Pizza!
"Insya-Allah. Habis meeting abang terus balik."
Saya salam dan cium mami. Cepat-cepat masuk dalam kereta. Sebenarnya diri sendiri pun nak cepat-cepat jumpa Mikaela. Pelik juga mami ni... Dia tak nak jumpa Cikgu Ku ke? Yalah, petang nak ambil saya kat sekolah. Lepas tu malam nak makan piza. Dinner dengan Cikgu Ku tu macam mana?
Masalahnya sampai sekolah...
Tempat Mikaela kosong!
Tak ada pula Auntie Hani hantar WhatsApp kat mami bagi tau Mikaela tak datang sekolah. Rupanya Auntie Hani hantar WhatsApp selepas saya dah pergi dengan papa. Lewat seminit! Mikaela sakit perut rupa-rupanya, itu yang saya tahu apabila saya jumpa dia petang tu di taman, macam biasa.
"Semalam sihat aje..."
"Semalam makan apa entah. Sakit perut sampai pagi. Malam tadi, terpaksa duduk kejap kat klinik... Kena masuk air sebab tak makan. Sekarang dah okey."
"Kan saya kata... Makanan kat kantin tu kotor."
"Mana sempat mama saya nak masak macam mami awak tu, Die. Anak dia lima orang..."
Saya ketawa. Betul juga.
"Nanti saya minta mami saya buat dua bekal."
"Itulah kawan namanya..."
Pandailah Mikaela.
Cakap sajalah suruh bawa dua bekal!
"So, apa yang urgent yang awak nak cakap dengan saya tu?"
Saya bernasib baik kerana Mikaela kawan baik saya. Selalu ada dengan saya dan selalu mendengar cerita saya. Saya berharap sangat, saya dan Mikaela akan berkawan baik sampai saya kahwin dan ada anak. Kemudian anak saya pun akan berkawan baik dengan anak dia.
Heh...
Kalau bab berangan memang Adeena Aurell nombor satu.
Belum lagi masuk siapa bakal suami saya.
Sahihlah Lee Min-ho!
"Pasal mesej..."
Saya pun cerita semuanya pada Mikaela. Mikaela memandang saya...
"Sesuatu sangat la mesej tu."
"Kan..."
"Awak tahu ke bila mereka nak jumpa?"
"Tak. Dalam mesej tu tak cakap apa-apa pun. Tapi, mami macam tak nak jumpa aje. Hari ini mami ambil saya kat sekolah. Malam ni ada pizza's night. Takkan mami tak baca mesej tu? WhatsApp tu saya tak buka pun. Saya baca ikut notification bar aje... Kalau saya buka nanti, takut mami tahu saya dah baca. Mami macam mengelak aje. Awak rasa apa maksud sesuatu dalam mesej tu, eh? Awak dapat rasa tak apa yang saya rasakan?"
"Skandal mami awak?"
Itulah yang muncul dalam kepala otak saya setelah saya membaca mesej itu. Apa lagi yang nak muncul selain perkataan itu... Kan? Tapi, mami tak buat macam tu. Kalau mami buat... Dah lama perpisahan ini terjadi, bukan kat Malaysia... Kat London dah wassalam!
"No... I don't think so!
Tiba-tiba...
Mikaela menjerit.
"Mikael... Jangan main pasir! Kotor. Bagi tahu mama! Mifael... Please look at your brother."
Terperanjat saya... Haih, Mikaela ni, nak jerit pun bagi la salam!
"He is your brother!"
"No... He is yours! Derrr!"
Mikaela memang multitasker. Dalam tengah menyelesaikan masalah saya, sempat lagi matanya meliar memerhatikan adik-adiknya.
"Tu yang saya malas nak pergi ke taman... Kena bawa rombongan. Nasib baiklah Mihael tu masih baby dan Midael tu dah pandai sendiri... Kalau tak, pening kepala saya!"
Saya ketawa.
Apa nak buat. Tanggungjawab kakak sulung!
Mujurlah saya tak ada adik. Kalau ada, saya pun akan jadi macam Mikaela. Bertambah kasihan lagi... Mami dan papa bercerai pula. Nasib baik la tak ada!
"Saya tak rasa mereka ada apa-apa, Die. Kalau ada apa-apa, bukan sekarang mami dan papa awak bercerai. Di London lagi mereka dah buat keputusan. Buat apa nak menunggu sampai enam tahun untuk bercerai? Betul tak? Lagipun, selama enam tahun ni, awak tak pernah dengar pun cerita tentang Cikgu Ku. Betul?"
"Haah..."
"Saya rasa kan..."
"Rasa apa?"
"Something is wrong with your papa, Die."
Dahi saya berkerut.
"Maksud awak, Kae?"
"Yalah... Dalam mesej tu ada cakap... So I've heard... Maknanya, Cikgu Ku dah dengar yang mama dan papa awak bercerai. Siapa aje yang tahu kes perceraian itu?"
"Nenek-nenek dan atuk-atuk saya. Pak Su, mama awak... Awak..."
"Baba saya pun tak tahu tau."
"Rasanya itu aje yang tahu. Even kawan-kawan mami dan papa pun, masih ingat mami masih bersama papa sebabnya... Hari tu ada orang call rumah tanya papa mana. Orang tu Uncle Zaidy, kawan pejabat papa. Auntie Noras yang mami selalu tempah Tupperware tu pun datang hari tu, suruh mami kirim salam kat papa sebelum balik."
"So, siapa lagi yang beritahu Cikgu Ku? Mustahil saya, awak atau nenek-nenek dan atuk-atuk awak, kan? Bukan mereka kenal pun Cikgu Ku tu."
"Hmmm... Papa?"
"Saya rasa papa awak yang beritahu dia."
"For what?"
"Entah."
Untuk apa papa beritahu Cikgu Ku tentang perceraian tu? Mungkin sebab kawan baik? Tapi papa sendiri kata, dia pun dah lama tak jumpa Cikgu Ku. Tapi papa macam tak terkejut sangat pun macam mami bila cakap Cikgu Ku mengajar saya matematik. Mami pula yang terkejut beria-ia bila saya cakap papa cakap pasal Cikgu Ku.
This is... Really weird.
"Ayat dalam mesej seterusnya itu nampak sangat papa awak yang beritahu Cikgu Ku."
"Dinner part?"
"Tak. Part we need to talk tu. Papa awak ada beritahu Cikgu Ku something... Something serious yang menyebabkan Cikgu Ku balik ke Malaysia, menetap di sini dan get back into your family."
Haih...
Serabut dah kepala otak saya.
"Apa sebenarnya yang awak nak cakap ni, Kae? Tolong jangan bagi saya serabut!"
"Papa awak pernah berlakon sakit, kan?"
"Haah... Masa kat hospital yang dia tipu saya tu. Kenapa, Kae?"
"Is he really dying... Die?"
Saya terdiam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro