Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Seronok melihat bumbung rumah kecil papa tu dah siap pasang. Kat dalam tengah siapkan pendawaian, esok mesti dah boleh cat. Lepas tu papa dah boleh pindah!

Dinding kosong tak cantik...

Saya ingat nak buat sesuatu untuk papa. Saya nak gantungkan gambar saya, papa dan mami di dinding. Buat macam wall of fame. Jadi, papa tak akan terasa asing walaupun saya dok kat rumah sebelah!

So, aktiviti saya malam ni ialah...

Selongkar album!

"Dah siap kerja sekolah, Addie?"

"Dah. Papa dah tengokkan kerja sekolah Addie tadi sebelum mami balik."

"Good. Ni dok punggah apa? Dok cari apa?"

"Gambar. Addie ingat nak surprise papa dengan gambar-gambar kita kat wall rumah dia. Mana gambar Addie kecil-kecil dulu, mami? Mami letak kat mana?"

"Cari kat situ, sepuluh tahun pun tak berjumpa. Kat bilik bacaan la, sayang. Simpan balik kotak-kotak tu. Tu semua barang nak buang."

"Okey..."

Patutlah tak berjumpa. Penat aje punggah. Rupa-rupanya, tak ada kat dalam ni. Mami pun satu, kalau dah benda nak buang, kenapa simpan dalam almari? Buat semak aje.

Cepat-cepat saya ke bilik bacaan.

Mami tolong saya keluarkan beberapa album gambar. Mami pun teruja nak tolong saya. Sambil saya memilih, sambil mami cerita peristiwa di dalam setiap gambar dalam album tu.

Sekali...

Saya nampak gambar seekor kucing.

"Is this Lucy, mami?"

Mami memandang saya. Pelik. Yalah, lama tak cakap pasal Lucy... Tiba-tiba saya ingat Lucy. Heh... Memang tak ingat pun! Tak sangka saya sebenarnya ada kucing!

"Addie masih ingat, Lucy? Mami ingat Addie tak ingat dah. Lama Addie tak cakap pasal Lucy pun."

"Memang Addie tak ingat pun."

"Habis tu, mana Addie tahu ni Lucy?"

Kucing berwarna oren, bermata biru, berbadan besar dan berbulu agak lebat... Berada di dalam pelukan papa. Saya saja agak itu Lucy. Mana tahu, betul. Papa cakap, Lucy merupakan baka Maine Coon, antara baka yang terbaik yang boleh menjadi sahabat yang baik.

"Papa cerita tadi."

"Ohhh... Patutlah Addie tahu pasal Lucy. Sebab dah lama kita tak cakap pasal Lucy. Tiba-tiba Addie tanya pasal tu. Terkejut mami."

Saya tersenyum.

"Lama tak cakap pasal Uncle Haha juga kan?

Dan mami, tersentak juga.

"Papa cerita pasal Uncle Haha juga ke?"

"Uncle Haha mengajar matematik kat kelas Addie."

"Mana Cikgu Lee?"

"Jatuh bilik air dan patah tangan."

"Laaa, ya ke? Kesiannya dia."

"Tu la, mungkin Uncle Haha atau kami panggil dia Cikgu Ku kat sekolah... Akan mengajar lebih lama. Sebab dia cikgu baru kat situ dan cikgu baru selalu kena buli."

Mami ketawa.

"Pandailah hang..."

Saya tersengih.

"Tapi Addie pelik la, mami..."

"Pelik kenapa pula?"

"Uncle Haha kenal Addie tapi Addie tak kenal dia pun. Dia siap tanya, how's mami and papa? Like he knows all. Bila tanya papa... Papa cakap, dia tu kawan baik papa dan selalu jaga Addie. Lima tahun di London, he so close to us. Kenapa enam tahun kita balik sini, baru hari ini Addie dengar nama dia? Papa kata tu best friend dia, tapi tak macam best friend pun."

"So, papa jawab apa?"

"Papa macam papa la... Dia cakap, why do I need a best friend, if I have you? Such a sweet talker!"

Mami ketawa besar.

"That's why you fall for him, kan..."

Mami senyum.

"Ini gambar first house kita orang. Ini la rumah Uncle Haha tu. Kami sewa rumah dia. Mula-mula kita orang fikir... Kahwin aje la, nak lepas tiket pi London aje. Kahwin atas kertas aje tapi kat London kami macam kawan."

Mami mula buka cerita.

"Sorang pun tak tahu yang kami sebenarnya dah kahwin. Kami cakap... Kami sepupu. Tapi, terbongkar sebab mami pregnant. Masa tu, mami dan papa dah accept each other. Haaa, ni gambar masa our first date..."

"Hmmm... Candle light dinner!"

"Papa masak masa ni."

"Sedap ke?"

"Tak!"

Saya ketawa. Tok mama aje pandai masak. Papa... Haram!

"Macam mana mami jatuh cinta dengan papa?"

"Papa tu macam papa. Addie kan tahu, dia tu..."

"Romantik, caring, sweet talker!"

"Pandai aje... Kalau papa dia pandai dia nak up."

Mami tersengih.

Saya tergelak.

"Papa pernah berjaya curi hati mami. He never gives up. Selalu cuba untuk curi hati mami. Tak tahu kenapa tiba-tiba... Dia cakap, dia nak cuba. Tapi, kalau dia sorang cuba, tak jadi. So, mami pun accept la dia lepas tengok dia memang bersungguh. Lepas dapat Addie, kita orang masih okey cuma dengan anak dengan study... Nak adjust tu sangat-sangat tough. Jadual kami tak ngam. Nasib ada Harez..."

Hmmm...

Sekali saya terpandang sekeping gambar...

Gambar saya memeluk kaki papa dalam salji.

"So cute. Nak gambar ni..."

"This is not papa..."

"Not papa meh? Senyum papa..."

"This is Harez."

Dahi saya berkerut.

"Ni pun... Bukan."

"Ni... Hmmm bukan juga."

"Okey, ini... Pun bukan."

"Ni... Tak. This is Harez too."

Saya...

Tersentak.

Banyaknya gambar Cikgu Ku dalam gambar ni dan saya ingatkan semuanya papa. Senyuman yang sama, wajah seiras. Kulit yang putih... Sama macam papa. Rupa-rupanya, Cikgu Ku!

This is not close...

This is like family dah!

"Kalau semua gambar dia, mana gambar papa? Macam papa tak ada masa dengan Addie aje!"

"Mungkin kita salah ambil album kot. Kejap, mami cari yang lain."

Mami selongkar album yang lain.

"Mami..."

"Yes, sayang.."

"Cerita kat Addie pasal Uncle Haha ni. Who is he actually? Kenapa Addie langsung tak ingat dia sedangkan dia ada, half of my life! Tok mama, mak tok, tok daddy dan tok ayah pun, Addie jarang jumpa. Tapi boleh ingat. Sedangkan dia, ada bersama Addie sejak kecil... I can't remember him at all."

Except for the smile...

Senyuman itu... Macam senyuman milik papa. Ingatkan papa. Ingatkan semua gambar saya tu dengan papa. Rupa-rupanya dengan Cikgu Ku tu. Mami duduk sebelah saya dengan sebuah album di tangannya.

"Ini album yang betul. Mungkin masa pindah, album Uncle Haha ni terlepas ke dalam koleksi album kita. Maklumlah, dulu Uncle Haha ni, practically duduk dengan kita."

"Tapi papa kata, mak dia orang situ."

"Haah dan kita menyewa salah sebuah rumah dia. Gambar yang mami tunjuk tadi tu... Itu la rumah dia. Salah sebuah rumah dia. Dia ada banyak rumah yang disewakan pada pelajar Malaysia yang belajar kat sana."

"Ohhh..."

"Dia tu kawan mami dan papa tapi dia ambil kos lain. Dia ambil English Literature. Kami kenal dia melalui iklan rumah sewa dan sejak tu, dia jadi kawan kami. Dia antara orang yang kami tipu... Kata kami sepupu. Dia marah sangat apabila tahu sebenarnya mami dan papa ni, suami isteri. Kami terpaksa beritahu dia pun sebab mami pregnant."

Getting interesting!

"Tapi, bila Addie dilahirkan, dia la orang yang paling teruja. Kami berebut-rebut nak letak nama timangan Addie. Mami pilih sayang, papa pilih princess dan dia pilih...Sweetheart. Dia rajin la tangkap gambar Addie, letak dalam album cantik-cantik macam ni. Addie's one month, Addie's one year... Addie tu... Addie ni. Semua benda dia labelkan. Tapi, nasib ada dia yang rajin. Harapkan mami dan papa, mungkin Addie tak ada gambar kot. Yalah, sibuk... Sibuk sangat. Mami pula kena cover banyak subjek sebab mengandungkan Addie dulu. Bayangkan dalam satu semester, kena cover untuk dua semester."

Hmmm...

"Uncle Haha tu memang banyak tolong mami jaga Addie. Anak mami ni bijak sangat sebab dia tu rajin melayan. Umur Addie setahun lebih, Addie dah pandai spelling easy words tau. Mami dan papa nak cakap pun kena cakap dalam BM so Addie tak boleh faham. Haaa... Mami suka gambar ni. Ni gambar papa bawa kita tengok Eiffel Tower kat Paris for the first time. And for the first time you discover the world... Wow. So cute! Ah... If I can turn back time..."

Pelik.

Serius pelik.

Serius menjadi tanda tanya.

Takkanlah, sebegitu rapat... Terus jadi strangers?

"So, what happened?"

"What happened, what?"

"Yalah, what happened the next six years? Kenapa lepas balik ke Malaysia, mami, papa dan Addie tak rapat lagi dengan dia? Mesti ada sesuatu yang terjadi back in London, sebelum balik ke Malaysia. Is he falls for you, mami? Sebab tu... Balik sini, mami dan papa tak rapat dah dan ambil keputusan untuk bercerai."

Terus mami menepuk dahi.

"Oh, Addie! Mami rasa, Addie patut jadi writer bila dah besar nanti sebab banyak sangat imaginasi. I think your book will be a best seller... Boleh ganti sepupu mami yang penulis tu, Dian Aryani. Bayangkan buku Addie kat kedai buku... Adeena Aurell. Bangganya mami!"

Saya mencebik.

Perli saya pula!

"Mami ni!"

"There's nothing going on with mami, papa and Uncle Haha. Dia dok sana, kita dok sini. Dia ada life dia dan kita ada life kita. Even mami dan papa akan ada life masing-masing lepas ni, you are still be our happy ending."

Hmmm...

"Okey..."

"Dah... Mami nak prepare untuk bekal Addie ke sekolah esok. Addie pilih aje gambar dulu, nanti mami tengok. Okey? Takut nanti tak dan bangun awai esok, lambat pula masak. Addie tu, nak kejut bangun pun setengah mati!"

"Okey... Okey. Pi... Pi..."

Mami tinggalkan saya dengan selonggok album di hadapan saya. Saya masih lagi pelik. Tapi tak apalah... Mungkin Cikgu Ku tu dah kahwin, dah ada anak. Buat apa dia nak sibuk dengan saya pula, kan?

Sekali telefon berbunyi.

Telefon mami.

Bunyi mesej WhatsApp masuk.

Melihat skrin, nama Harez... Saya teringat nama Cikgu Ku, terus saya buka mesej tu.

So, I've heard... What happened between you and 'Aun. May I please have dinner with you, Zea? We need to talk. - Harez

Oh...

Okey la... Kalau semua tak nak cerita...

Biar saya yang cari cerita!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro