Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Prolog

Saya Adeena Aurell binti 'Aun Adwa'. Semua orang panggil saya, Addie.

Oh, please...

Itu panggilan orang sewaktu saya berusia sepuluh tahun. Sekarang saya sudah berusia 23 tahun dan semua orang panggil saya, Adeena, Deen atau Na. Tapi, keluarga saya, kawan baik saya, Kae tu masih panggil saya, Addie. Walaupun saya dah cakap... Saya dah berusia 23 tahun, but they just don't listen!

Heh...

Tak apalah, Addie pun Addie la...

"Arden... Sebelum awak jumpa keluarga saya, saya ada satu subjek nak ajar awak..."

"Ajar saya apa tu?"

"Adeena's Family... 101!"

Saya mengambil gambar dari dalam buku novel tulisan Dian Aryani yang menjadi peneman saya di dalam kapal terbang itu dan ditunjukkan kepada Arden. Gambar itu, selalu saya bawa ke mana-mana. Sudah hampir lima tahun saya belajar di London. Gambar keluarga saya, selalu saya bawa ke mana-mana walaupun setiap kali cuti, saya pasti akan balik. Tetap saya rindu mereka. Tak pernah saya tak ingat dan tak pernah saya lupa.

Oh, ya...

Arden is my current boyfriend, dah tiga tahun. Saya merahsiakan hubungan saya dengan Arden daripada keluarga saya, sebab mereka kan grounded saya selama 23 tahun. Heh...

Alhamdulillah. Saya kenal Arden sejak dia mencari rumah untuk disewa dan kebetulan saya yang menjaga rumah sewa uncle papa sekarang, sementara saya berada di London. Bak kata mami... If someone seriously wants to be part of your life, he will seriously make an effort to be in it. Arden Adrian, memang seseorang yang seperti itu dan dia bakal engineer... Hopefully bakal jadi seperti Ir. 'Aun Adwa'.

#RelationshipGoals

"Sampai ada syllabus?"

"Yes... Sebab my family is really weird and you need a syllabus for that. Lagipun, kita ada 13 jam dan 40 minit sebelum kita sampai ke Malaysia dan ini pertama kali saya nak kenalkan awak pada keluarga saya... Jadi awak kena bersedia."

Arden pandang saya... Tersenyum.

"Anything for you, love."

Such a sweet talker!

"So... Which one is your father, love?"

Saya tersenyum.

Dan ini...

Cerita saya, 13 tahun yang lepas...

Cerita saya menyempurnakan cerita mami kerana semua cerita perlu ada ending!

Bab 1

Life saya is miserable sejak mami dan papa buat keputusan untuk berpisah. Seminggu sekali saya kena pindah rumah, pindah bilik dan pindah kawan. Dulu kalau duduk sekali kan senang. Tak payah nak jadi macam orang zaman batu, zaman orang nomad, zaman orang asli berjuta tahun dulu yang berpindah dari satu gua ke satu gua.

Serius...

This is stressful!

"Malam ni awak tidur mana?"

"Rumah papa lagi, Kae."

"Tak bolehlah kita nak jumpa petang-petang kat taman, Die."

"Esok baru saya tidur rumah mami. Hmmm... Apa nak buat? Dah nasib."

"Awak tahu tak, Addie... Walaupun kita baru berusia sepuluh tahun, kita sebenarnya boleh mengubah nasib kita."

"Hah? Maksud awak?"

"Yalah, kita tak perlu nak ikut. Kita kena buat keputusan."

"Seriously? Seriously... Walaupun kita baru berusia sepuluh tahun?"

"Berapa kali saya nak cakap? Ya... Walaupun kita baru berusia sepuluh tahun, kita boleh mengubah nasib kita dengan buat keputusan kita sendiri. Why not?"

Why not kata Mikaela?

Mikaela tak tahu kalau saya naik hantu, mami akan lagi naik hantu! Papa selalu cakap, Addie macam mami. Don't ended up to be like her! Mami gorgeous kot, siapa yang tak nak jadi macam dia? Mami ada kerjaya yang best. The best architect in the world. Dia cantik, dia pandai masak dan dia ada semuanya. Complete package. Perfect. Pelik kenapa papa ceraikan mami. Memang pelik sangat.

"So, why papa kahwin dengan mami?"

"Jodoh. Kahwinlah."

"She was only 18 years old when you married her. Jodoh boleh jumpa sewaktu usia 18 tahun ke?"

"Umur sepuluh tahun pun boleh, Die."

"Impossible."

"Nothing is impossible."

Hmmm...

Why not?

Tapi boleh ke saya memilih? Boleh ke saya buat keputusan? Saya suka duduk dengan papa. Dengan papa boleh duduk dengan tok mama dan tok daddy. Makan sedap-sedap sebab tok mama pandai masak. Yang paling penting, ada kucing. Boleh saya main dengan kucing.

Tapi...

Saya suka juga duduk dengan mami. Selama ini pun memang duduk di rumah mami. Rumah mami pun best. Semuanya ada. Mami pula bekerja dari rumah. Syarikatnya di rumah saja. Ada satu bilik kerja khas untuk mami. Jadi, mami selalu ada di rumah. Yang paling best, kawan-kawan saya semuanya duduk dekat terutamanya Mikaela. Mikaela duduk satu taman perumahan dengan saya saja. Sesekali mak tok dan tok ayah akan datang menjenguk saya. Bila mereka berdua ada pun seronok juga.

So...

Macam mana nak buat keputusan kalau kedua-duanya saya seronok? Di Tambun pun saya seronok, di Meru pun saya seronok. Lagipun, saya tak nak dengan keputusan saya akan menyebabkan saya kehilangan kedua-duanya. Dah la anak tunggal, mami dan papa bercerai pula.

Sedihnya hidup saya!

Sedihnya cerita saya!

"Kae... Kenapalah begini cerita saya? Tak best langsung! Kenapa cerita saya tak macam cerita awak, Kae? Mama dan ayah awak masih bersama, ada adik-beradik yang ramai, awak masih duduk satu rumah dengan mereka. Tak perlu pindah-pindah."

"Itulah saya kata, kita kena buat keputusan untuk mereka. Kalau awak... Awak pilih siapa? Mami atau papa?"

Huh?

Macam mana saya nak pilih? Gila ke nak pilih antara mami dan papa?

Haih...

Mula-mula memang macam fun!

"You will have two rooms!"

"Boleh jumpa dengan tok mama dan tok daddy, once a week! You like that, don't you? Selalu kan Addie jarang jumpa mereka. Boleh main dengan kucing!"

"Kan? Mami takut kucing, jadi mami susah nak balik sana. Sekarang Addie dah boleh main kat sana."

"Bila papa outstation, Addie boleh duduk dengan mami lama sikit. Then, Addie boleh main dengan kawan-kawan kat sini. Papa kan selalu outstation, jadi macam Addie akan selalu duduk dengan mami la, kan? Bukan macam pindah-pindah pun."

"What say you? We takes turn taking care of you. Addie tak akan rasa yang mami dan papa separate. Sebab we will always there for you. Addie jerit aje mami sampai, Addie panggil aje papa sampai. Okey, kan? Kami berpisah tapi kami kawan. Kan, bang?"

"Yes, kami kawan."

Sounds fun.

Pada mulanya.

Tapi lama-lama...

Dah hampir enam bulan...

"Alamakkk... Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!"

"Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis."

"Aduhhh... Mami, baju sukan kat rumah papa!"

"Clumsy la you... Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan nak kering!"

Bila dah selalu tertinggal barang dan selalu kena denda kat sekolah...

Dengan cikgu... Tak apa la.

Tapi dengan ketua pengawas, Si Hannan yang gila kuasa tu... Tak boleh tengok saya salah sikit... Asyik-asyik seringgit saya kena. Habis duit sekolah saya kena bayar denda aje.

Saya geram!

"Addie, papa kena pergi Dubai. Papa terus hantar Addie pergi rumah mami tau. Tok mama dah pack all your things. Kalau ada benda tak ada, cakap dengan mami. Nanti suruh mami ambil kat rumah tok mama."

"Dubai?"

"Yes. Tonight."

"For how long?"

"Two weeks."

"So, dua minggu kena duduk rumah mami."

"Yes, kita dah agreed, kan?"

Tak kesah.

Pergilah berapa lama pun.

Dah biasa.

Memang selalu papa outstation. As an engineer, macam tu la kerja papa. Ikut projek. Syarikat antarabangsa, projek pun antarabangsa la. Tapi kadang-kadang papa dapat projek dalam Malaysia juga. Bila dalam Malaysia, waktu cuti hari Sabtu dan Ahad, bolehlah saya ikut!

Hesy... Cuti pula saya fikir!

Sekarang ni...

Masalah saya.

S-A-Y-A.

Bak kata Mikaela...

Kita kena buat keputusanlah!

Keputusan saya ialah... Saya nak papa dengan mami bersama semula!

"Pa... Addie nak cakap something dengan papa. Boleh tak?"

Selalunya bila tiba giliran papa, papa sendiri akan ambil balik dari sekolah kalau papa kerja di pejabat dan tak pergi outstation. Tok daddy tak boleh nak drive, jadi papa yang akan ambil. Kalau papa tak sempat atau papa ada kerja luar... Papa akan minta tolong mami. Mami akan ambil dan hantar ke rumah tok mama. Mami dan papa tak pernah bergaduh pun. Berjumpa seperti biasa. Bergurau macam biasa. Semua orang sebenarnya pun terkejut dengan perpisahan mereka.

"Menjadi kawan lebih baik daripada menjadi suami dan isteri."

Itu alasan mami dan papa sewaktu bercerai dulu. Saya sebagai anak... Perlu akur. Sekarang memang mereka berdua berkawan baik. Bak kata tok mama, sebab mereka berdua berkawan baiklah, tok mama mencadangkan mereka berdua berkahwin sebelum pergi belajar di London.

"Sebab lelaki dan perempuan, tak boleh berkawan baik! So, Addie... Jangan kawan sangat dengan lelaki tau!"

Nak kawan dengan lelaki macam mana?

Sekolah pun sekolah convent!

Semua perempuan kot!

"Cakap apa? Jangan cakap yang Addie tak nak balik rumah mami. Kita dah agreed."

"Dulu masa papa nikah dengan mami... Papa dah agreed, kan?"

Dahi papa berkerut.

"Agreed apa?"

"Untuk jaga mami."

"What's the point here?"

"Kenapa tak jaga mami? Kenapa cerai? Kenapa seorang kat Meru, seorang kat Tambun? Kenapa tak betul-betul ikut seperti yang papa dah agreed untuk jaga mami dan jaga perkahwinan ni?"

Papa terdiam.

"Jangan kata jodoh tak ada!"

"Oh, Addie."

"Oh, papa!"

"So, how's school? Ada orang buli tak? Kalau ada orang buli, cakap dengan papa. Papa akan buli orang tu balik. Addie nak tahu tak, masa sekolah dulu, papa ni gengster tau. Tak ada siapa berani buli papa. Satu Tambun kenal siapa 'Aun..."

Bla... Bla... Blaaa...

Dan soalan saya...

Tergantung macam limau bali Tambun yang tergantung kat kedai-kedai tepi jalan tu!

"See you in next two weeks, Addie."

Saya pandang papa.

Tak ada mood.

"Addie..."

"Okey, pa."

"Love you, Die."

Malas nak cakap. Papa mengeluarkan barang-barang saya dari dalam bonet. Macam pindah rumah. Sekali angkat, dua tiga beg. Letihlah angkat beg. Sat rumah mami... Sat rumah papa. Papa hantar sampai depan pintu. Mami menunggu, senyum.

"Love you, Die!"

"Love you more, pa."

Terus masuk dalam rumah.

"Macam apa yang kita bincang tadi, abang outstation ke Dubai. So, dia duduk rumah Zea dua minggu. Okey?"

"Okey. No problem. Salam papa, Addie."

"Dah..."

Terus letak beg di atas sofa dan duduk. Papa balik. Mami kunci pintu.

"Kenapa mood tak baik? Marah kat papa ke? He has to go to work, Die. Addie kan nak beli macam-macam. IPad la iPhone la... Nak yang i... I aje!"

Saya diam. Bukan saya marah papa. Geram sikit kot sebab papa berdalih. Tapi sebenarnya, saya tak tahu nak marah siapa pun. Mungkin diri sendiri sebab tak faham.

"Kenapa mami dan papa bercerai? Kenapa kahwin kalau nak bercerai? Kenapa dah ada Addie pun nak cerai juga? Letihlah duduk macam orang zaman batu. Pindah-pindah!"

"Tak ada cinta lagi."

"Cinta pi ke mana?"

"Manalah mami tahu. Cerita mami dan papa takat tu, takat tu la. Tuhan kata cut... Cut la. Dah... Pi masuk bilik, mandi. Lepaih tu buat kerja sekolah. Mami nak masak."

Kerja sekolah...

Kerja sekolah tu aje la modal mami.

Saya sampai dah naik hafal jawapan mami. Haih mami...

"Habis tu kalau tak ada cinta, kenapa kahwin at the first place... Mami?"

"Jodoh."

"Sekarang?"

"Tak ada jodoh."

"Kenapa dulu ada jodoh, sekarang tak ada jodoh?"

"Kenapa dulu tak ada smartphone, sekarang ada smartphone?"

Saya terdiam.

Oh, mami.

"Pi mandi, Addie!"

"Yalah."

Saya mengatur langkah ke bilik.

Tapi langkah saya terhenti...

"Dengan syarat..."

"Adeena Aurell binti 'Aun Adwa' bin Wahi!!!"

Bila mami panggil nama saya dengan nama penuh siap dengan nama tok daddy sekali, berjabu saya lari masuk ke dalam bilik. Lagi nak tunggu? Nanti kena libas dengan rotan? Naya. Walaupun tak pernah kena pun. Heh... Drama queen!

Mami kalau naik hantu, lebih teruk daripada hantu. Dah tu Mikaela, macam mana saya nak buat keputusan ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro