♡ special chapter : raya ♡
Semalam mereka sudah selamat sampai di kampung halaman rumah atok dan nenek Darren. Mereka pulang ke kampung awal kerana hendak menyiapkan persiapan raya bersama-sama.
Lagi pula, Tengku Malik dan Tengku Sheila yang menyuruh mereka bertolak ke kampung awal. Banyak persiapan yang perlu diuruskan. Delysha okay saja kerana dia juga turut sama teruja untuk menyambut perayaan di kampung Darren ini. Dapatlah anak-anak kembar mereka rasa suasana beraya di kampung.
Dan alhamdulilah, hampir semua persiapan sudah selesai. Kini malam raya pun menjelma. Delysha sekarang sedang menolong Nek Su, ibu kepada Tengku Sheila menyusun kuih raya ke dalam balang kaca untuk hidangan buat tetamu esok.
Para kaum wanita sibuk menguruskan juadah untuk keesokan harinya, manakala pihak lelaki pula sibuk membakar lemang di luar rumah. Memang semua orang tidak menang tangan. Tak boleh duduk diam. Harus turun padang bantu apa yang patut jugak. Barulah meriah suasana.
"Nek tengok kan, Lysha mudah penat ya sekarang? Lepas tu nek perasan juga yang badan Lysha semakin berisi dari sebelum ni. Tadi masa kita tengah sibuk masak rendang pun, Lysha macam tahan diri dari muntah kan? Lysha sihat dok sebenarnya ni?" soal Nek Su sambil mengisi kuih raya tart nenas ke dalam balang.
Manakala Delysha pula mengisi kuih raya yang lain seperti semperit dan kuih coklat berbentuk bunga ke dalam balang kaca yang telah disediakan. Banyak juga jenis kuih raya yang ada ni. Semua saudara-mara Darrenlah ni yang bawak dari Kuala Lumpur.
Delysha sengih kecil mendengar butir bicara Nek Su. Amboi, Nek Su perhatikan dia ke dari tadi?
"Lysha okay jelah, nek. Nek jangan risau okay?" Dia membalas lembut. Tidak mahu orang tua itu risaukan dia. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia beraya di kampung ini sejak dia sah bergelar isteri kepada Iyan Shah Darren. Kampung halaman Nek Su di Melaka. Berdekatan dengan Kuala Lumpur juga. Jadi loghat bual bicara yang digunakan juga tidak terlampau jauh. Kerana itulah Nek Su tidak terlalu pekat loghat yang dituturkan kepada kami semua.
Nek Su memandang dengan dahi yang berkerut. Dia pasti ada yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang disorokkan. Perkara itu asyik bermain di fikiran wanita tua sepertinya.
"Nek pun pernah muda tau. Dulu masa arwah atok Iyan tu ada lagi, arwah selalu juga menempel dengan nek. Macam Iyan ni jugalah. Nek tengok asyik nak melekat aje dengan kamu ya? Kamu sebenarnya... mengandung ke Lysha?"
Tersentak.
Tengku Sheila yang sedang mengelap pinggan di atas meja berdekatan mereka juga turut terdiam. Namun, perlahan bibirnya tersenyum. Dia dengar perbualan dua orang wanita itu dari tadi. Namun dia tidak sangka pulak itu tekaan mak mentuanya pada menantu dia.
"Lysha mengandung ya?" soal Tengku Sheila pula. Bibirnya sudah tersenyum lebar. Anak sulungnya itu sudah bernikah hampir tujuh tahun. Dan hanya dikurniakan sepasang cahaya mata yang sudah semakin besar. Mungkin kali ini adalah rezeki yang Allah ingin kurniakan pada mereka setelah lama menunggu kehadiran cahaya mata yang seterusnya?
Delysha gigit bibir. Berdebar. Dia perlu jujur atau tidak ya? Kerana usia kandungannya tidak sampai empat bulan lagi. Dia bukan apa, dia risau kejadian dulu kembali berulang.
Delysha pernah keguguran sekali dulu. Masa itu, usia kembar baru empat tahun. Dan ketika itu, suaminya Darren sangat-sangat sedih dengan berita ini. Darren suaminya sedih dan kecewa di atas sikap cuainya dulu yang menyebabkan anak mereka mati dalam keadaan tak sempat dilahirkan. Masih di dalam perutnya ketika itu.
Darren memang nampak okay saja di depannya, siap pujuk, teman dia ketika dia di dalam pantang tanpa anak yang sempat dilahirkan. Namun dia juga tahu dalam hati Darren, lelaki itu sangat sedih dengan pemergian anak mereka. Lelaki itu yang beria gembira apabila dapat tahu mereka akan dikurniakan zuriat lagi ketika dia memberitahu lelaki itu secara kejutan.
Disebabkan itulah, sekarang Delysha memilih untuk mendiamkan diri sahaja terlebih dahulu. Masih terlalu awal untuk beritahu perkara yang sebenar pada semua orang. Termasuk suaminya kerana dia tidak mahu kecewakan lelaki itu buat kali kedua. Kerana dia takut. Sangat takut.
Kali ini Delysha sangat menjaga anak yang berada dalam kandungan ini. Dia tahu Darren perasan perubahan dirinya semenjak ada satu lagi nyawa dalam perutnya ini. Namun dia masih tidak mahu memberitahu apa-apa kepada lelaki itu. Dia tak nak Darren terlampau berharap.
"Err.. sebenarnya memang Lysha..."
"Mama!"
Jeritan dari pasangan kembar itu membuatkan percakapan Delysha terhenti. Anak kembarnya itu dipandang dengan penuh tanda tanya.
"Ya sayang? Kenapa?"
"Papa ajak mama teman kitorang main bunga api dekat luar. Boleh kan mama? Papa dah tunggu kita dekat luar tu... jom!" Lengan Delysha ditarik-tarik manja.
Delysha tersenyum. Alahai, nak ajak main bunga api rupanya. Ingatkan apalah tadi. Seronok bukan main anak-anaknya. Dia bukanlah tidak nampak betapa gembiranya si kembar apabila mereka selamat sampai di kampung ini. Namun dalam masa yang sama, Delysha lega kerana dia tidak perlu menjawab pertanyaan mereka tadi. Nasib baik Rora dan Aliq jadi penyelamat.
Dia janji, esok barulah dia akan beritahu Darren terlebih dahulu. Pada hari raya pertama mereka.
"Err, Lysha pergi sekejap ya? Jom korang!" Mereka mula melangkah keluar dari rumah.
Nek Su dan Tengku Sheila saling berpandangan apabila melihat mereka semakin jauh. Perlahan-lahan senyuman terukir dibibir masing-masing.
******
Dari jauh, kelibat Darren yang sedang termenung jauh di atas pangkin kayu di depan rumah sudah kelihatan. Delysha yang melihat, mengukir senyuman sambil berjalan perlahan-lahan menghampiri suaminya.
Dhiya Aurora dan Dayyan Faliq pula sedang seronok bermain bunga api bersama saudara-mara yang lain.
"Hubby..." panggil Delysha. Darren menoleh apabila perasan akan kehadiran isterinya sebelum dia mendekatkan lagi jarak antara mereka.
"Hubby fikir apa tu?"
Darren menggeleng perlahan. "Tak ada apa. Esok dah raya sayang. Tahun ni, kita masih raya berempat. Entah bila la nak raya berlima kan? Hehehe." Darren sengih gatal. Terlintas di fikiran perkara itu.
"Kenapa hubby cakap macam tu? Hubby teringin nak ada anak lagi ya?" Sengaja Delysha menduga. Ingin melihat riaksi sang suami.
Darren tersenyum biasa. "Tak adalah sayang. Hubby terfikir aje. Sayang jangan anggap serius okay? Hubby okay je beraya berempat. Asalkan ada anak-anak dan sayang di sisi hubby. Itu pun dah cukup untuk hubby." Pinggang Delysha dipeluk erat. Sengaja hendak bermanja dengan isteri sendiri. Dia rindu. Mereka dahlah berjauhan sejak pagi tadi dan langsung tidak dapat nak bermanja berdua kerana masing-masing sibuk membantu persiapan raya.
Delysha senyum nipis. Dia tahu, Darren memang maksudkan ayatnya itu. Dia hanya mampu mengukir senyuman. Macam tahu-tahu sajakan suaminya yang dia memang sedang mengandung sekarang? Suami mana yang tak dapat nak agak isterinya mengandung kalau dia asyik mintak macam-macam dekat Darren ketika di bulan puasa ini. Tapi selagi dia tak beritahu apa-apa, Darren tak akan tahu punya. Mungkin dia hanya anggap itu sebagai perkara biasa.
"InsyaAllah nanti adalah tu rezeki kita, okay? Hubby jangan fikir sangat. Esok sayang ada kejutan untuk hubby. Hubby kena sedia tau. Risau hubby pengsan pula nanti." Delysha senyum. Sengaja menyakat.
"Kejutan apa?"
"Rahsia!"
Delysha ketawa besar apabila melihat wajah cemberut Darren. Suka dia kenakan lelaki itu.
"Esok okay? Sabar dulu." Hidung Darren dicuit. Darren sengih kecil dan angguk perlahan. Pipi kanan isterinya dicium laju.
"Nakal kan isteri hubby ni? Nak kena dia ni!" Semakin kuat Delysha ketawa apabila Darren menggeletek badannya.
"Hubby... stop!" Delysha bagi amaran. Malulah orang lain tengok nanti. Sudahlah mereka di luar rumah ini. Bukannya di dalam bilik!
"Tak nak!" Pipi Delysha pula dikucup bertalu-talu. Dia geram. Dan obses dengan isteri sendiri. Delysha semakin hari semakin cantik di matanya. Dahlah suka buat perangai. Sabar sajalah dia nak melayan.
"Amboi... pasangan bahagia ni. Macam pengantin baru kan tengok?"
Delysha menyembamkan wajahnya di dada Darren apabila saudara-mara yang lain turut melihat dan mula mengusik.
"Hubby, sayang malu," bisik Delysha diceruk dada Darren. Darren hanya tergelak kecil. Dia menghadiahkan senyuman pada yang lain. Malas nak komen apa-apa. Nanti adalah benda lain pulak yang mereka nak usik. Macamlah dia tidak kenal saudara-maranya itu. Pantang nampak orang nak bermesra sikit!
"Papa! Mama! Jom main bunga api!" Jeritan kembar itu membuatkan Delysha kembali mengangkat wajahnya. Terus Delysha berlari perlahan menuju ke arah anak-anaknya tanpa pedulikan orang lain. Malu weh buat drama free depan yang lain tadi!
Darren punya pasal lah ni! Dia tu memanglah. Mana pandai nak rasa malu. Dari dulu sampai sekarang memang sama, beku!
"Hey sayang, tunggu lah!" Jeritan Darren diabaikan. Malas layan. Memalukan orang sahaja!
*****
Pagi raya...
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..! Laa ilaaha illallahu wallahu akbar!
Seusai sahaja mereka sekeluarga menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri di masjid, mereka kembali berkumpul di rumah klasik peninggalan arwah atuk buat isterinya, Nek Su.
Kini tibalah masa untuk bersalam-salaman sesama sendiri. Dan sudah tiba masanya giliran anak-anak mereka berdua pula.
Dayyan Faliq yang kacak berbaju melayu yang sedodon dengan tema mereka, tersenyum dan menyalam tangan Darren.
"Selamat hari raya papa, mama. Maafkan salah silap Aliq selama ni... hehe. Aliq janji, Aliq tak nakal-nakal dah. Aliq happy dapat puasa penuh! Puasa best. Nak puasa tiap hari lah macam ni! Maceh mama, papa." Kekura papanya dikucup sekilas sebelum tangan Delysha pula disalam hormat.
Darren dan Delysha tersenyum dan mengangguk.
"Rora pun nak minta maaf dekat papa, mama. Selamat hari raya maaf zahir batin. Kami sayang papa mama tau!"
Delysha terus memeluk kedua-dua anak kembarnya. Sayang sangat dua orang ni.
"Alolo, comelnya anak-anak mama ni. Disebabkan korang puasa penuh, dan jadi anak yang baik selama ni... papa dengan mama ada duit raya nak kasi. Suka tak?"
"Hah? Duit raya? Suka! Suka! Terima kasih mama, papa!" Mereka berdiri dan berlari ingin memeluk Delysha dan Darren.
*****
Sedang ralit Darren makan lemang di dapur bersama saudara-mara yang lain, Delysha datang menghampiri lelaki itu dan mendekatkan jarak antara mereka. Dia ingin bisik sesuatu pada suaminya yang sedang khusyuk makan lemang sambil berbual-bual dengan abang sepupunya. Asyik makan saja suaminya dari tadi.
Macamlah dia tak perasan. Balas dendam sebab tahan perut selama sebulan ke apa dia ni? Si kembar pula sibuk bermain di luar rumah bersama yang lain. Sudahlah masih pakai baju raya. Apalah nak jadi anak-beranak ni. Sama saja perangai.
"Hubby, ikut sayang masuk bilik sekejap," bisik Delysha lembut. Dia kembali menegakkan wajahnya dan menghadiahkan senyuman pada yang memerhati.
Wajah hairan Darren diabaikan sebelum Delysha melangkah masuk ke dalam bilik terlebih dahulu. Kotak kecil ditangan digenggam erat. Sedikit berdebar juga untuk dia serahkan hadiah ini kepada suaminya. Agak-agaknya, apakah riaksi Darren nanti ya? Gembirakah lelaki itu?
Dalam tidak lama selepas itu, pintu bilik dibuka. Kelibat Darren yang masih lengkap berbaju melayu menjamah mata.
"Kenapa sayang?"
Delysha tidak menjawab, tetapi katil di sebelahnya ditepuk. Menyuruh lelaki itu duduk di situ bersamanya. Darren hanya akur tanpa sebarang bicara.
Tangan Darren dicapai dan mata mereka mula bertentangan.
"Hubby, selamat hari raya. Maafkan salah silap saya sepanjang menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak hubby selama ni. Maafkan saya kalau saya tak menjadi isteri yang terbaik untuk hubby. Terima kasih untuk segalanya hubby. Saya sayang hubby tau," ucap Delysha sedikit sebak. Tangan suaminya itu dikucup lembut. Dia belum sempat nak bermaaf-maafan bersama suaminya. Malu pula nak buat depan orang ramai tadi. Jadi buat di bilik sajalah.
Darren tersenyum nipis memandang wajah cantik isterinya yang masih lengkap bertudung bawal. "Hubby dah lama maafkan sayang." Dahi isterinya dicium lama. Sayang betul dia dengan wanita seorang ni.
Delysha sengih kecil. "Duit raya sayang tak ada?" usiknya bersahaja. Hidung Delysha dicuit oleh Darren. Nakal tau isterinya ini.
"Ada sayang. Nak sekarang ke? Hubby pergi ambil dalam laci tu ya?" Laci di dalam bilik itu ditunjuk. Delysha hanya menggeleng perlahan. Dia tidak kisah akan duit raya tersebut. Niatnya hanya ingin bergurau.
"Tak apa hubby, sayang ada hadiah untuk hubby." Dahi Darren berkerut.
"Hadiah apa yang sayang nak beri masa hari raya macam ni sayang oi? Birthday abang bukan masa raya ya. Apatah lagi hari anniversary kita," kata Darren naif. Terselit juga hairan dalam dirinya.
Delysha tergelak. "Hadiah hari raya? Hehe, tak salah kan nak bagi walaupun bukan hari lahir hubby?"
Darren angguk sahaja. Macam-macamlah isterinya yang seorang ini. Kotak yang dihulurkan oleh Delysha diambil.
"Kotak apa ni sayang?"
Dengan wajah yang tersenyum-senyum Delysha menjawab. "Bukalah. Hadiah ni istimewa tau."
Perlahan-lahan kotak kecil berbentuk hati itu dibuka. Dahi Darren berkerut dan sedikit berpeluh apabila melihat isi dalam kotak itu.
Gambar... bayi?
"Anak... siapa ni sayang?" Tergamam. Lelaki itu masih lagi blur dan keliru.
Melihat mata isterinya sudah berair membuatkan Darren dapat mengagak sekarang.
"Anak kita."
Darren terkelu lidah. Gambar bayi yang baru scan itu dipandang lama sebelum wajah isterinya menyapa mata. Benarkah ini anaknya?
"Sayang mengandung?"
Delysha tergelak dalam tangisan. Ya Allah, riaksi Darren sama seperti dulu semasa dia melahirkan kembar itu. Blur dan lambat tangkap sungguh. Lawak dan comel sahaja Darren yang innocent seperti ini.
Namun Delysha tetap mengangguk perlahan. Dan tanpa dipinta, tubuh Delysha ditarik masuk dalam pelukan. Setitis air mata Darren juga keluar. Alhamdulilah sebak sangat. Penantian mereka selama ini tidak sia-sia.
Dayyan Faliq dan Dhiya Aurora bakal dapat adik baru. Syukur alhamdulilah ke hadrat Ilahi di atas anugerah yang sangat bernilai ini.
"Alhamdulilah. Terima kasih sayang." Dahi Delysha dikucup lama. Menyalurkan rasa cintanya pada wanita yang mengandungkan anaknya ini.
Seketika, Darren teringat sesuatu. "Sekejap, bila sayang tahu sayang mengandung ni? No, bila sayang pergi check up? Kenapa hubby tak tahu?" Wajahnya sengaja digarangkan. Gambar yang Delysha beri ini adalah bukti yang isterinya telah pergi berjumpa doktor dan melihat kandungan mereka tanpa memberitahunya apa-apa.
Delysha sengih tak bersalah. "Hehe, sorry hubby. Sayang nak buat kejutan. Dan sayang tak nak bagi sebarang harapan lagi dekat hubby macam sebelum ni. Sebab tu sayang nak confirmkan betul-betul dulu, then... baru bagitahu semua orang," jawab Delysha. Sedikit gugup.
Darren tergelak melihat wajah cuak isterinya. Tahu takut. Keluar lagi tanpa izin suami. Ish, isteri dia seorang ini. Nakal sungguh!
"Tak apalah, hubby tak marah sayang. Hubby cuma risau sayang keluar tanpa izin hubby dan tanpa pengetuan hubby. Dah sekarang ni hubby nak pergi bagitahu semua orang dekat luar tu yang sayang mengandungkan anak hubby." Baru sahaja Darren ingin berdiri, namun tangan Delysha lebih pantas mencapai tangannya.
"Eh hubby, tak perlulah. Segan la sayang," halang Delysha malu-malu. Darren tergelak.
"Nak malu apa sayang? Biarlah hubby bagitahu. Benda baik ni... elok dikongsi. Hehe lagi pun tu anak hubby, biarlah." Terus Darren keluar dari bilik tanpa pedulikan Delysha yang menghalang.
Delysha di dalam bilik memejamkan matanya. Kerana dia tahu yang Darren akan...
"KORANG YANG DALAM RUMAH NI! DENGAR SINI, AKU BAKAL JADI AYAH! ANAK YANG KETIGA IS COMING IN OUR FAMILY!"
"WHAT?"
Jeritan terkejut semua orang menyapa telinganya pula. Delysha tergelak mendengarnya. Ada yang terkejut, gembira dan ada juga yang mengucap syukur apabila mendengar berita tersebut. Terutama sekali ibu dan ayah mertuanya.
Namun dalam masa yang sama, dia sangat bersyukur di atas pemberian Tuhan untukNya.
Dengan kehadiran anak yang bakal lahir ini, akan menyerikan lagi keluarga kecil Tengku Iyan Shah Darren dan Insyirah Delysha.
*****
Alhamdulilah tamat. :^)
Sorry hambar dan lambat update. Terima kasih pembaca TJD. ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro