♡ special chapter 3 ♡
Flashback.
"Okay hubby, take care. I love you." Delysha tersenyum manis. Terserlah giginya yang tersusun cantik.
"I love you more, take care too sayang. Sorry tau sebab hubby dah tak boleh call sayang selalu dah lepas ni. I'm so busy with a new project. Kalau sayang rindukan twins, call je Mak Nab atau mama okay? Love you sayang."
Entah kenapa dia berasa sedih mendengar ucapan Darren itu. Darren dah tak akan call dia macam selalu? Hatinya tiba-tiba rasa berdebar semacam. Delysha mengetap bibir.
"Okay hubby. Sayang faham. Jangan buat kerja je sampai tak ingat nak makan. Sayang warning dah ni tau. Jangan sampai jatuh sakit. Sayang risaukan hubby dekat sini."
Terdengar tawa Darren di hujung talian. Ketawa Darren itu, membuatkan Delysha melepaskan keluhan perlahan. Dia terpaksalah dia faham. Darren banyak kerja kan? Dia nak buat macam mana lagi. Sebagai isteri yang baik, dia haruslah terima segala keputusan suaminya dan memahami lelaki itu.
End flashback.
Okay, memang dulu aku boleh terima disebabkan dia terlampau busy dengan kerja, tapi apabila aku call dia, langsung dia tak jawab. Ini memang dah melampau. Kenapa sampai dua hari tak call aku langsung? Aku call dia, dia tidak jawab pula. Apa masalah Darren ni?
Dia tahu kan isteri dia dekat sini, bukan dekat sana tu. Langsung tak fikir tentang aku ke hmm.
Ke dia tak ingat yang dia dah kahwin? Haih, sabar sahajalah. Faham tak perasaan isteri berjauhan dengan suami ni macam mana? Ingat senang ke percintaan jarak jauh? Aku rindukan Darren. Sangat-sangat rindu.
Tak, perasaan rindu ini bukanlah rindu biasa. Rindu yang luar biasa. Rasa macam dah lama tak jumpa, dan dengar suara. Sudahlah kami berjauhan. Okay sabar Delysha, sabar.
Walaupun Darren kerja, dia tetap tak pernah lupakan kau, Delysha. Jangan nak menggelabah tak tentu pasal. Mungkin petang-petang nanti dia call aku kan? Darren tak pernah tak call aku langsung dalam sehari! Mesej pun cukuplah.
Dia busy macam mana sekali pun mesti dia akan chat aku and say something. Tapi kali ni, Darren diam saja. Telefon pun tidak, apatah lagi mesej aku.
Nasib aku dapat bercakap dengan twins melalui mama. Aku tanya mama pun, mama cakap Darren sibuk. Walaupun aku agak hairan dengan sikap mama yang seperti cuba sorokkan sesuatu apabila aku bertanyakan tentang Darren, anaknya.
Nasib mama jawab call aku. Kalau si kembar pun tak nak bercakap dengan aku, sudah tentu aku akan buat keputusan untuk terbang ke Malaysia sekarang juga! Peduli apa aku dengan pelajaran aku yang masih tertangguh dekat sini lagi. Suami dan anak-anak aku lagi penting dari segala-galanya!
Tapi Darren tak pernah buat perangai macam ni! Itu yang buatkan hati aku tak tenteram. Tak apa, aku bawa banyak bersabar. Think positive. Mungkin Darren betul-betul busy? Dia memang betul-betul banyak kerja? Fine, relaks Delysha. Aku percayakan Darren. Gelabah betul aku ni. Ingat Allah, InsyaAllah semua okay.
Eh, sekejap mana Lia dengan Erra?
Oh my Gosh! Macam mana aku boleh termenung dekat sini sedangkan kawan-kawan aku dah tunggu aku dekat cafe dari tadi? Haih, kau ni kan Delysha. Sibuk sangat dengan telefon. Aku tunggu call dari Darren sebenarnya dari tadi. Dahlah, jangan fikir sangat. Buat macam biasa saja. Everything will be fine! Trust yourself and trust your husband. Aku angguk perlahan kerana mula yakin dengan diri sendiri dan suami aku semula. Aku cuba untuk tenang sebelum aku mengemas barang dan berangkat pergi.
Setapak aku melangkah, aku kembali berhenti. Oh tidak! Aku nak patah semula dan pergi dari sini cepat-cepat. Tapi aku tahu aku sememangnya dah tak sempat. Hesy, time-time macam inilah aku nak terserempak dengan manusia bajet bagus tu!
"Hello baby. Eh, nak lari mana tu? Tak rindu ke dekat aku ke?"
Okay seram. Kenapa dia macam... menyeramkan ya sekarang ni? Cara dia pandang aku, dan cara dia bercakap... buat aku rasa sedikit gerun.
Sedaya upaya aku cuba menenangkan diri. Fuh, bertenang Delysha.Jangan nampak yang aku sedang takut dengan dia. Lagilah dia suka kacau aku nanti. Bibirku mengulum senyuman kelat.
"Eh Qalish, buat apa dekat sini? Hahaha tak akanlah intip saya kut kan?"
Aku tergelak. Gelak yang sememangnya dibuat-dibuat. Sengaja ingin mendatangkan mood gembira dengan mamat psycho ini. Tak adalah tegang sangat suasana antara kami berdua sekarang.
Qalish tersenyum sinis. "Yes, memang dari tadi lagi aku dah intip kau sebenarnya."
Krik... krik.
Aku tergamam. What! Dia follow aku dari tadi ke? Oh, ini rasa nak marah ni. Meyesal pula aku buat lawak begitu tadi. Tak sangka dia memang intip aku dari tadi. Dia jangan nak berani cabar aku eh! Ini memang dah melampau! Sampai follow aku ke mana aku pergi dah kenapa? Ini serius dah melebih!
"Hey, awak follow saya? Tak malu ke? Tak reti faham bahasa yang saya tak nak diganggu? Awak nak apa sebenarnya ni, hah? Jangan sampai saya hilang sabar!" Marah aku. Bibir diketap rapat. Apasal mamat ni, huh? Aku penat tahu tak nak melayan perangai dia.
"Aku nak apa kau tanya? Ermm... aku nak kau!"
Selepas mengungkapkan ayat itu, Qalish semakin menghampiriku. Belum sempat aku ingin mengundur ke belakang, ingin meninggalkan dia, Qalish terlebih dahulu mengepung jalan aku untuk terus melangkah menjauhinya.
Dan aku rasa mahu menangis sahaja saat ini. Huwaa, someone please help me. Mamat psycho ni dah gila!
"Kau... jangan datang... dekat!"
Amaran aku dalam keadaan ketakutan itu langsung Qalish tidak peduli. Malah Qalish berjaya menangkap tangan kanan aku seraya menarik aku mendekatinya.
"Te... pi jangan dekat dengan aku!"
Air mataku mengalir saat tubuh aku ditarik kuaf dan dia menariku hingga ke belakang bangunan universiti yang tidak jauh dari tempat kami tadi. Mulut aku sudah ditutup dengan tangan Qalish. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.
Aku takut!
Kenapa masa seperti sekarang ini semua orang tak ada! Kenapa! Selalunya ramai saja yang lepak dekat belakang bangunan n! Kenapa hari ini seorang pun tiada! Ugh, useless. Aku dapat rasakan ini semua memang dah dirancang oleh Qalish! Sebab tu, semua orang tak ada dekat sini. Mamat ni memang licik!
"Apasal kau menangis? Takut? Huh, tolonglah. Dekat sini tak ada siapa-siapa pun. Jangan haraplah ada orang yang nak tolong kau! Kau tu jual mahal sangat dengan aku kan selama ni? So, aku akan kerjakan kau puas-puas hari ni juga!"
Qalish mendekati tubuh badanku. Dia semakin dekat dan dekat. Aku menangis dalam diam.
Allah, apa yang nak jadi ni?
Serta-merta aku menolak dadanya menjauh dariku. Nafas ditarik perlahan. Fuh, penat.
"Awak, please jangan buat saya macam ni. Tolong, saya isteri orang. Saya bukan perempuan murah dan saya bukannya type awak pun. Tolong, jangan apa-apakan saya! Ingat Allah, ingat keluarga awak... awak nak kena buang U ke? Tolong fikir dengan waras Qalish!"
Pujuk aku dengan lembut. Tarik nafas, hembus. Huh, relaks. Aku tengah cuba slow talk dengan dia baik-baik. Manalah tahu dia tiba-tiba ubah fikiran ke?
'Ya, Allah kau bantulah aku!'
Qalish terdiam sebentar. Dia mendengus marah sebelum menolak aku ke dinding kembali. Auch, sakit yang aku rasakan.
"Kau dah kahwin? Tipu! Aku tak percaya. Jangan nak bagi banyak alasan. Kau memang bukan perempuan seperti yang aku nak, tapi kau perempuan yang lain dari yang lain, Delysha. Aku tak kisah status kau sebab tu bukan masalah aku!"
Kini, pergelangan tangan aku pula dicengkam. Kuat sangat sehingga meninggalkan bekas-bekas merah.
Ya Allah, selama ini aku tidak pernah melihat Qalish semarah ini, sebengang ini, dan sebodoh ini! Dia tak pernah ambil kesempatan pun dekat aku. Saat ini, aku terfikirkan sesuatu. Apakah salah aku padanya? Aku tak kacau dia! Someone please help me!
Aku dah semakin lemah untuk melawan kudrat yang dia ada. Darren... mana awak? Saya perlukan awak sekarang, hubby.
"Aku nak kau, Delysha. Aku dah penat nak bersabar dengan kau. Kenapa kau jual mahal sangat dengan aku? Aku nak kau!"
Saat itu, Qalish semakin menolak aku ke dinding dan leher aku yang berlapik tudung shawl itu dihidu sedalam-dalamnya seperti orang gila.
"Wanginya kau. Like a baby."
Qalish tersenyum miang. Pinggang aku dirangkul agar kedudukan aku semakin dekat dengannya. Mataku terpejam rapat. Bibir tidak henti-henti beristigfar. Allah, Allah.
Selamatkan aku, ya Allah!
Dan di saat ini, aku kembali mengingati peristiwa yang lepas di mana Adrian pernah melakukan perkara yang sama seperti Qalish lakukan sekarang ini. Dan semasa itu, Allah menggerakkan hati Darren untuk menyelamatkan aku.
Dan kini, aku juga perlukan Darren, dan aku berharap agar suami aku datang untuk menyelamatkan aku sekali lagi.
Hubby mana awak? Saya perlukan awak sekarang, sayang.
"Qalish, please!"
Aku menahan tangannya dari terus membuat perkara yang tidak sepatutnya. Dia seperti sedang melayan nafsu sendiri.
Persoalan sekarang ni, mana perginya semua orang? Universiti ini sudah tiada students ke apa? Kenapa aku jerit pun, tiada siapa yang dengar?
Adakah ini sememangnya takdir aku?
Seketika barulah aku teringat. Kedudukan aku di kerusi batu tadi sememangnya agak jauh dari bangunan yang lain. Dan hari ini aku tiada class. Aku datang universiti pun kerana mahu menyiapkan tugasan terakhir aku bersama Erra dan Lia di perpustakaan sebelum kami graduation tidak lama lagi. Mungkin pelajar yang lain juga tiada class seperti aku memandangkan hari ini merupakan hari Sabtu.
"Kau jangan risau. Aku tak akan sakiti kau. Trust me." Pipi aku dicium sekilas dan aku pantas menahan mukakan dengan tangan. Allahu!
Saat ini, aku hanya teringatkan Darren dan anak-anak kami sahaja. Maafkan saya Darren... saya tak mampu mempertahankan hak awak sebagai suami saya yang sah. Aku rasa jijik dengan diri aku sekarang kerana aku lemah di hadapan lelaki durjana ini. Aku serba salah pada suami aku, pada Allah.
Tangan aku betul-betul dikunci dan aku semakin lemah untuk melawan kudrat seorang lelaki. Sebab aku tahu, aku akan kalah. Aku penat.
Darren... tolong saya!
Ya Allah, bantulah aku. Tolonglah aku. Ampunkan dosa-dosa aku.
Mataku terpejam saat bibir Qalish mula merayap di tubuh badanku yang masih ditutupi pakaian. Aku... tiada daya untuk melawan lagi.
"Fuck! Jantan tak guna! Berani kau sentuh isteri aku?!"
Darren yang entah dari mana munculnya mula menarik kasar Qalish agar menghadapnya dan dengan perasaan marah dia mula melepaskan tumbukan.
Buk! Buk! Buk!
Tiga tumbukan sekali gus tepat mengena pada Qalish. Darren kembali mencengkam kolar baju Qalish dan wajah itu ditumbuk berkali-kali.
Aku yang sudah jatuh tersungkur akibat tarikan dari Darren tadi, mula mengangkat wajah dan aku nampak wajah Darren sangat-sangat tegang, sangat-sangat marah sekarang ini. Darren sekarang nampak lagi marah dari semasa dia membelasah Adrian dahulu. Aku agak gerun melihat wajah Darren yang seperti sudah dirasuk hantu itu. Mungkin sebab sekarang aku isteri dia yang sah. Dah tentu-tentulah seorang suami akan marah jika lelaki lain berani sentuh dan ada niat untuk melakukan perkara yang tidak senonoh pada isterinya sendiri.
Namun, saat ini aku berasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah hadirkan seseorang untuk menyelamatkan aku. Dan orang itu adalah suami aku sendiri. Alhamdulilah, syukur kepada-Mu. Dia masih sayangkan aku. Bersyukur tak terhingga aku pada-Mu kerana sekali lagi hadirkan seseorang untuk selamatkan aku dari perkara yang terkutuk itu.
Air mata dilap perlahan sebelum berdiri dan menghampiri Darren untuk menariknya agar lelaki itu berhenti dari terus membelasah Qalish. Dah nak pengsan mamat itu Darren kerjakan.
"Hubby, dah la tu."
Aku menahan tangannya dari terus memukul dan menumbuk lelaki itu. Darren pula menepis tangan aku seraya menendang kaki Qalish pula. Dia masih belum puas!
"Kau memang binatang!"
Buk!
"Ini sebab kau ganggu isteri aku selama ni!" Tumbukan tepat pada perut Qalish.
Buk!
"Ini sebab kau berani nak sentuh isteri aku, dan ada niat jahat pada isteri aku!" Tumbukan tepat pada pipi kanannya pula.
Buk!
"Dan ini sebab kau berani sentuh hak aku sebagai seorang suami!" Tumbukan itu berakhir pada rahang Qalish sehingga mengeluarkan cecair darah pekat.
Qalish sudah terbaring lemah. Mukanya habis teruk dibelasah oleh Darren.
Baru sahaja Darren ingin menumbuk Qalish lagi, aku dengan pantas menahan Darren dengan cara memeluknya erat. Tangan Darren aku genggam rapi.
No! Tak nak! Aku tak suka dia tumbuk orang! Ini bukan Darren yang aku kenal. Wajahnya nampak sangat dingin seperti dirasuk syaitan. Aku tahu dia nak mempertahankan aku, tapi tak perlulah sampai nak membunuh orang. Aku tak pernah tengok Darren begitu marah seperti ini. Darren betul-betul lain!
"Awak... jangan! Saya tak nak awak bunuh orang." Sayup-sayup sahaja aku berkata dalam pelukannya. Darren memandang aku yang menangis dalam pelukannya, lalu dia melepaskan keluhan berat.
"Nasib baik bini aku ada! kalau tak, mati kau aku kerjakan! Jangan kacau bini aku lagi dan aku akan buang kau dari universiti ni. Bodoh!" Darren menyepak peha Qalish buat kali yang terakhir.
Setelah itu, Darren menarik tangan aku dan membawa aku ke suatu tempat yang lebih selamat. Aku hanya diam dan akur.
Setelah sampai di bawah pohon, dagu aku tiba-tiba dipegang dan diangkat agar aku merenung anak matanya. Takut-takut aku membalas pandangan dingin Darren.
"Suka ke buat aku risau? Suka jadi macam tadi? Dah rasa diri tu hebat sangat sampai kau langsung tak beritahu aku pasal jantan bodoh tu kan selama ni?"
Soalan Darren yang bertubi-tubi itu membuatkan aku tersentap. Sehabis baik dia cuba untuk tidak meninggikan suaranya pada aku. Tapi apabila Darren mula menukar panggilan kepada 'aku, kau' itu, aku dah tahu yang dia sememangnya tengah marahkan aku. Kepala aku hanya menunduk. Tahu salah aku. Semua ni memang salah aku pun. Aku tak pernah beritahu dia dan aku buat dia risau.
"Sorry, hubby."
Aku menggumam perlahan. Sama ada dengar tak dengar sahaja. Darren mengeluh berat melihat aku yang seperti hendak mahu menangis lagi. Dengan tiba-tiba, Darren memeluk tubuhku. Aku membalas pelukannya itu kerana aku berasa lebih selamat apabila begini.
Sekali lagi aku bersyukur kerana Darren menjadi penyelamat aku lagi. Dia memang ditakdirkan untuk selamatkan aku rupanya.
"Tolonglah jangan buat hubby putus nyawa macam tadi. Kalau hubby tak ada tadi macam mana? Mungkin dia dah buat benda yang tak elok pada sayang, atau mungkin dia gunakan kekerasan dan hubby tak akan dapat tengok wajah sayang lagi macam mana? I'm still need you in my life, and our twins still need you too, sayang. Please, oh God you scared me like a hell." Darren mengetatkan lagi pelukan. Spontan, aku menangis di dadanya. Melepaskan perasaan di dakapan hangat sang suami.
"I'm so sorry. Saya tak tahu benda ni akan jadi. Thank you for always saving my life, Mr husband."
Sumpah, aku bersyukur gila apabila Darren datang tepat pada waktunya. Serius, aku bersyukur sangat.
"I'm your husband, and of course I always be your angel right? Dah, jangan nangis. Hubby ada dengan sayang. Hubby tak akan tinggalkan sayang lagi. Jangan buat hubby takut macam tadi lagi. Hubby tak nak hilang sayang." Aku mengangguk kecil. Darren sudah mula terkawal. Dia tidak lagi seperti tadi, hilang kawalan. Mengamuk teruk Darren.
Darren tiba-tiba merenung wajahku. Lama. Dan aku juga membalas renungannya itu. Jantung mula berdebar semacam. Memang jantung ni akan sentiasa buat hal kalau bertentangan mata macam ni dengan Darren.
Pergelangan tangan aku yang merah-merah akibat cengkaman Qalish tadi dibelek-belek sebelum Darren menciumnya dengan bertalu-talu.
"Jantan tu memang binatang buat tangan sayang merah-merah macam ni!" Suara Darren agak tegang. Aku nampak halkumnya bergerak-gerak menahan amarah.
Selepas itu...
Darren mengucup pipi kiri dan kanan aku pula. Bukan sekali, dua kali, tapi banyak kali sampaikan aku tidak terkira bilangannya. Lembut sahaja sentuhan Darren pada wajahku.
"Pipi ni hak aku. Jangan bagi orang lain buat macam mana aku buat. Aku tak suka."
Sempat lagi Darren ni kan. Ish.
Seketika, bibir aku pula diragut lama. Bibir kami bercantum lama sehinggakan aku menolak-nolak dadanya kerana kekurangan oksigen. Aku merenungnya geram. Darren hanya beriak tidak kisah kerana Delysha sememangnya hak miliknya sampai mati. Siapa berani sentuh hak dia, memang habislah.
"And yup, bibir kau ni aku punya juga. Jangan bagi sesiapa rampas dan curi dari aku. Hanya aku je boleh nikmati perisa strawberry bibir merah kau. Kau milik aku atas bawah sepenuhnya. Aku tak suka berkongsi. Faham tak?"
Kenapa bunyi macam... gatal dan menyeramkan?
Dan kepala aku tetap terangguk-angguk dari tadi. Layankan sahajalah. Aku tahu Darren cemburu. Aku kenal suami aku macam mana. Darren kalau dah cemburu, dia tak akan cakap. Tapi dia akan tunjuk dengan perbuatan atau riaksi wajahnya sahaja. Tahap cemburunya sudah sampai ke tahap maksimum.
"You're mine, Insyirah Delysha."
Dahi aku dikucup lama. Spontan, mataku terpejam rapat. Rindunya belaian sang suami.
"I'm always yours, Iyan Shah Darren." Pipi Darren aku kucup dengan pantas. Aku senyum untuk dia.
"Thank you sebab selalu ada bila saya perlukan awak. You are my hero, always. Just you. I love you, hubby."
Aku tersenyum manis. Darren merapatkan dahi aku pada dahinya. Dahi bertemu dahi. Mata bertentang mata.
"And you are my heroin. My angel from heaven. I will always protect what's mine, don't worry. I love you forever, sayang."
Darren mengukir senyuman manis. Ya, Allah. Kacaknya dia!
"Hubby tak rindu sayang?" soal aku tiba-tiba. Cuba untuk mengalih topik agar Darren berhenti dari terus merenungku. Dia tak sedar ke yang dia tengah goda aku dengan kekacakan dia sekarang.
"Gila tak rindu isteri hubby yang bambam ni!" Pipi aku dicubit perlahan. Automatik, aku mendengus tidak suka.
"Eeeee, hubby ni kan!"
Dia panggil aku bambam! Darren ni memang menempah maut! Kali ni biar aku pula tumbuk dia macam mana dia tumbuk Qalish tadi!
Wajah cemberut aku berjaya membuatkan Darren tergelak kecil. Pipiku yang menjadi mangsa cubitannya tadi diusap perlahan olehnya.
"Dah jangan buat muka macam tu, nak jumpa twins tak?" Darren memancing minat aku. Dia mengangkat kening memandang aku yang sudah terkesima.
"Jumpa twins? Nak! Nak! Nak!" Mendengar sahaja soalan dari Darren itu, membuatkan aku melompat gembira. Aku nak jumpa anak aku!
"Ya jom, jangan lompat-lompat sayang." Aku dan Darren mula berpimpin tangan dan berjalan.
****
Kita tinggalkan dengan sedikit adegan sweet ya? Jangan nak bersemut pulak.
Hmm, hambar tahap kuasa tiga ke tidak? Ya? Ugh, maaf.
"Maaf~ anda kau terluka..maaf ku tak sengaja tanpa sedar, sakiti mu~ sesalku~ "
Ececehceh! Dah la bye!
Wait, masih ada satu lagi special chapter tau. So, stay tuned! Tapi sebelum tu, vote banyak2 tau sebab tinggal satu lagi chapter sebelum TJD tamat!! 💛💛
Vote and support okay? Thanks.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro