Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♡ special chapter 2 ♡

Masuk sahaja dalam rumah, mata Darren sudah terbeliak besar. Mulutnya terlopong. Apa dah jadi ni? Pelipis diurut perlahan. Apa lagilah masalah yang dia kena hadap kali ni! Redha sahajalah. Hmm, nasib anak sendiri. Kalau monyet, sudah lama Darren humban dalam hutan sana tu. 

"Tengku Dayyan Faliq Tengku Darren! Tengku Dhiya Aurora Tengku Darren!"

Jeritan bergema di ruang tamu itu membantutkan perbuatan sepasang kembar yang sedang berseronok bermain di ruangan tamu itu. Ops, bukan main, seronok sepahkan rumah!

Bila terlihat wajah si ayah yang terjerit-jerit tadi, pantas Dayyan Faliq dan Dhiya Aurora berlari-lari mengejar si ayah. Terus kaki Darren dipeluk erat. Dua beradik itu tersenyum gembira apabila Darren sudah pulang dari tempat kerja.

"Papa! Indu la dekat papa. Kenapa papa alik ambat? Rora osyan la main dengan abang je!" Budak berusia tiga tahun itu berkata dengan mimik wajah monyok. Sedihnya!

"Haah, betul tu pa. Osyan la main ngan adik. Dia lembik, tak kuat cam abang." Si abang pula mula mengadu pada Darren. Sempat dia menjeling adiknya seketika.

Darren tersenyum nipis. Badannya ditundukkan sedikit supaya sama paras dengan kedua anaknya itu.

"Kenapa abang dengan adik tak nak main sama-sama? Janganlah bergaduh, hah tu kenapa rumah bersepah? Papa pesan apa selalu? Kenapa tak nak dengar cakap papa ni, hm?" Suara Darren kini sedikit meninggi. Dia stress.

Stress dengan kerja yang berlambak di office,  balik rumah stress dengan sikap anak-anaknya yang degil tak nak mendengar kata. Banyak kali dah dia pesan, jangan sepahkan rumah, jangan nakal-nakal bila dia tak ada. But still, budak tetap budak. Tak nak dengar cakap.

Dayyan dan Dhiya sudah mencebik-cebik. Tunggu masa saja ingin menangis apabila mereka sedar yang papanya sedang mengamuk pada mereka... alahai!

"Corry, papa. Jangan la marah. Kami janji tak nakal-nakal lagi. Papa... nak mama!"

Dayyan sudah menitiskan air matanya. Sungguh, dia sangat rindukan mamanya. Kerana mereka berdua lebih rapat dengan Delysha berbanding Darren sebenarnya walaupun Delysha duduk jauh dari mereka. Kasih sayang seorang anak dan ibu sememangnya tiada ganti walau beribu batu jarak antara mereka.

"Rora pun nak mama... windu mama. Nak peluk mama, nak main dengan mama..."

Dan Dhiya pula yang menangis sekarang. Okay, bagus! Anak kembar ni kalau seorang buat hal, seorang lagi akan ikut sama. Yeah, great! Just great.

Darren mengeluh berat. Ya, dia pun rindukan Delysha. Tipulah kalau dia cakap yang dia tak pernah rindukan isteri sendiri. Setiap hari, setiap detik dan setiap saat dia sentiasa memikirkan isterinya. Lagi-lagi muka Dhiya Aurora saling tidak tumpah seperti Delysha. Lagilah buat dia rindu akan wanita itu.

Kadang terbit perasaan menyesal dalam hatinya kerana mengizinkan isterinya pergi. Kalau mahu pergi sambung belajar pun, dalam Malaysia sahajalah. Tapi ini ke luar negara pula. Ah, dia patut sedar akan hal itu.

Sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Delysha. Lagi-lagi anak kembarnya yang nakal itu perlu dijaga dan diberi kasih sayang sepenuhnya dari kecil lagi. Dia cakap betul, yang dia tak boleh menjaga kembar ini seorang diri. Nasib mama, Tengku Sheila akan selalu menjaga mereka berdua sekiranya dia bekerja. Haih, tak apalah. Demi kehendak isterinya, cita-cita isterinya.

Dia sanggup lakukan apa sahaja. Kalau tiga tahun dia mampu bertahan, apalah sangat beberapa bulan lagi sampai Delysha dapat ijazah Sabar, Darren. Tenangkan fikirkan. Jangan kau pernah menyesal gembirakan hati isteri kau dengan tunaikan permintaan dan hajat dia. Jangan buat keputusan yang akan mengecewakan isteri kau sendiri. Buat Delysha dan anak kau happy ianya juga merupakan satu kebahagiaan aku. Desis Darren dalam hati.

Dia mula tersedar akan hal itu dan mula beristigfar. Kepala kedua anak kembarnya itu diusap sayang. Senyuman terbit di bibir juga memandang wajah basah dek air mata anak-anaknya yang menitis.

"Sayang, papa pun rindukan mama juga. Mama pun rindukan kita tau. Tapi nanti mama akan balik sebab dia rindu sangat dekat Rora dan Aliq yang comel ni. Jangan risau, nanti malam kita video call dengan mama eh? Dah, lepas ni dengar cakap papa. Jangan sepahkan rumah. Tak kesian ke dekat papa, dekat Tokma dengan Nek Nab? Pening tau nak jaga kamu berdua ni. Please, janji dengan papa, jangan nakal-nakal bila papa tak ada okay? Boleh kesayangan papa?" pujuk Darren lembut.

Dayyan dan Dhiya mengangguk pantas. Tubuh lelaki yang bergelar papa itu dipeluk erat. Eh, dapat peluk lutut sahajalah ya. Papa diorang ni tinggi sangat. Hohoho!

" Kami janji tak nakal-nakal. Papa janji kan nak video call dengan mama? Nak sekarang!" Dayyan menjerit teruja. Dhiya mengangguk mengiakan kata-kata abang kembarnya itu.

"Nak sekarang, papa!" Kaki Darren digoyangkan. Wajah comel sengaja dibuat supaya papanya setuju dengan permintaan mereka.

Darren tersenyum nipis. Hatinya tersentuh. "Siapa ajar pujuk orang macam ni hmm? Nasib comel! Sekejap, papa call mama, okay? Jangan nakal-nakal depan mama. Janji dengan papa tau?" Sempat lagi Darren memesan.

"Okay papa!"

Dayyan dan Dhiya bersorak gembira. Darren menggeleng melihat telatah anaknya itu. Haih, rapat sangat dengan mama diorang ni. Susah nak pisahkan mereka. Dulu pun mula-mula Delysha pergi sambung belajar, Dhiya dan Dayyan beria menangis teruk. Sampaikan demam sepasang kembar itu kerana merindui mama mereka. Tapi makin lama, makin okay. Dhiya dan Dayyan makin faham dan boleh terima. Alhamdulilah!

Bukan senang nak jaga twins tanpa Delysha. Delysha pergi sambung belajar pun bila twins sudah masuk beberapa tahun usianya. Tak adalah tinggal semasa kecil lagi. Delysha juga selalu telefon atau video call dengan anak-anaknya. Hampir setiap hari. Kadang isterinya itu tidurkan mereka melalui panggilan tersebut sambil melakukan assignment.

Dia kasihankan isterinya kerana dia tahu isterinya pasti penat kerana banyak komitmen yang harus dilaksanakan. Akan tetapi, melihat kecekalan dan kesungguhan Delysha dalam menyelesaikan segala masalah dengan mudah dan sendirinya, membuatkan dia sebagai suami berasa kagum dan bertuah memiliki Delysha, yang tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan anak walaupun mereka berjauhan.

"Papa call mama kejap ya."

Tablet diambil dan nombor Delysha di dail.  Pandangan teruja anak-anak mereka itu membuatkan Darren tersenyum kelat. Risaunya dia kalau Delysha tidak mengangkat panggilan itu. Dhiya dan Dayyan sudah sangat-sangat berharap.

'Sayang, please. Jawab call hubby ni. Kesian anak-anak kita...'  bisik hati kecil Darren.

****

Delysha POV

"Lia, lapar. Nak makan!" Adu aku sambil menggosok perut. Laparnya!

Finally, tamat juga class dengan Madam Sally itu. Tiga jam menghadap muka dia. Penat.

Dah la perut dari tadi berbunyi-bunyi minta diisi. Tambah pula aku kelam-kabut ke sini sampaikan tak sempat nak sarapan. Eh, kalau sarapan pun macamlah Erra dan Lia masak dekat rumah. Haram, pemalas kuasa dua betul! Nak juga harapkan aku semuanya. Alasan mereka selalunya begini...

'Alaa, kau tu kan isteri orang. Mestilah kau rajin dari kami. Lagi pun isteri orang tak boleh malas. Lainla kami ni anak dara lagi. Tolonglah please.'

Fuh, macam tu mereka balas. Dia sampai boleh hafal tau dialog mereka yang hari-hari sama sahaja. Jahat kan? Nak memasak pun kena ada title isteri orang atau anak dara ke? Kalau dah pemalas tu tetap pemalas! Haih, nasib sayang.

"Laa, lapar pulak kau? Kalau macam tu, jomlah nak makan ke? Jom pergi cafe. Aku pun lapar jugak ni," ujar Lia. Aku mencebik bibir.

"Tahu pun kau lapar, tu la aku suruh masak tak nak! Nak juga harapkan aku ni kan? Eeee!" Aku mendengus geram. Lia tersengih-sengih tidak bersalah.

"Alaaa, kau ni! Itu pun nak berkira ke? Dah jangan nak membebel, jom makan." Lia menarik tangan aku supaya mengikuti langkahnya ke arah cafe.  Baru sahaja aku ingin melangkah, aku kembali duduk di tempat tadi.

"Apasal kau ni?" soal Lia marah. Oh, sebab aku melengah-lengahkan waktu makan dia. Sebab tulah dia marah.

"Wait, kalau dua ekor malaun tadi ada dekat cafe macam mana? Aku tak nak tengok muka diorang. Malas nak menghadap diorang tu! Buat sakit hati je tau."

Tiba-tiba aku teringatkan Qalish dan perempuan tadi. Ah, tak nak aku menghadap diorang macam tadi. Seorang tu tak reti faham bahasa, seorang lagi bajet bagus. Hah, elok sangat kalau together. Serasi sangat!

Lia terdiam. Sedang berfikir seketika. "Haah, kan. Aku pun tak nak diorang ada. Kacau mood makan aku je nanti. Eh, tapi kan aku rasa diorang tak adalah. Mestilah si Qalish tu tak lepak dekat cafe lepas habis class. Selalunya mesti dia melepak dengan kawan-kawan dia. Tapi yang minah tak cukup kain tu aku tak tahulah pula.  Ala, kalau dia ada sekali pun tak apa. Kau lawan jelah balik kan?" Aku mengangguk mengiyakan. Haah, buat apa nak takut dengan mereka? Tak bagi faedah langsung!

"Okay weh cun, jom."

Sekali lagi baru sahaja aku ingin melangkah, handphone aku pula berdering. Lia berdecit geram. Kacau lagi mood nak makan dia tu.

Aku cepat melihat gerangan. Oh, Darren lagi? Tapi kenapa video call? Nak tengok muka aku yang cantik inilah tu. Sksksksks, perasan sekejap. Tersengih-sengih aku memandang Lia.

"Err, kau pergilah cafe dulu eh? Order dulu. Nanti aku datang. Okay?" pintaku. Lia merenung aku tajam seraya tersenyum-senyum. Dah kenapa?

"Oh ni mesti kes husband call tapi tak nak aku mengacau kan? Nak privasi la katakan. Oh, okay aku faham. Eleh, kedekut sangatlah dengan muka handsome suami kau tu. Nak tengok sikit pun tak bagi. Kedekut eh kau?"

Lia tengah sakat aku ke atau nak bagi aku naik angin? Hmm, kedekut sikit saja. Nanti kalau diorang dah nampak wajah Darren, mulalah asyik nak jadikan Darren itu isu berbualan. Atau pun asyik nak sakat aku. Tak naklah macam tu!

"Hish, diam la kau. Nanti aku datang? Okay?" Lia mengangguk faham.

"Yelah, aku tak kacau korang nak dating. Puas? Dah chau! Semoga bahagia la kau ek?"

Aku buat pekak sahaja. Lepas sahaja kelibat Lia tidak kelihatan, pantas facetime itu di angkat. Aku tersenyum hambar. Apa kata kita merajuk pasal semalam, nak? Hmm, rindu nak tengok suami sendiri pujuk kita.  

"Mama!!!! We miss you!" 

Okay, aku ingatkan Darren, rupanya Rora dan Aliq yang menjamah mataku terlebih dahulu di skrin telefon itu. Bibirku pantas aku mengukir senyuman gembira.

"Ya Allah, anak-anak mama. Rindunya! Rora dengan Aliq macam mana? Sihat? Mama dah selalu pesan jangan nakal-nakal kan? Rindu mama eh? Mama pun rindu Rora dengan Aliq!" Aku tersenyum lagi.

Ya Allah, makin comel muka anak-anak aku. Haih, makin nakal, makin tembam. Dah pandai bercakap pulak tu. Ini yang buat aku rasa nak terbang ke Malaysia jumpa mereka. Rindu gila pada mereka semua. Kalau mereka depan mata aku sekarang ni, dah lama dah aku tarik dan peluk mereka erat-erat. Pipi diorang yang tembam tu aku akan gomol dan cium berkali-kali. Geram! Entah apalah Darren bagi diorang ni makan, makin gemuklah. Tapi comel.  Sangat comel! Eeee, geramnya!

"Rindu sangat. Sorry la kalau kami nakal. Rora baik, tapi abang Aliq yang jahat, ma. Dia suka buli Rora!" Adu Dhiya Aurora dengan mimik wajah sedih.

Aku rasa nak tergelak sekarang ni. Sejak bila anak-anak aku ni pandai mengadu pada aku? Selalunya dekat Darren sahaja. Comel gila! Eeeee, sumpah geram!

"Apa pula abang Aliq! Rora yang nakal. Lembik tak pandai main perang-perang!"

Dayyan Faliq menidakkan tuduhan dari Dhiya itu. Semakin melebarlah senyuman di bibirku. Laaa, Aliq ajar adik dia main perang-perang? Haih, mananya adik tu nak suka. Dia perempuan lah. Heh, kalau aku pun aku kalah. Apalah Dayyan Faliq ni!

"Dah jangan gaduh. Mama sayang semua anak mama tau. Lain kali, main elok-elok. Oh ya, papa mana?" soal aku apabila mendapat anggukan dari si kembar. Sekarang baru aku teringat Darren. Tak nampak pun kelibat Darren.

"Sini sayang. Oh, baru nak ingat suami? Rindu anak-anak je ke? Papa dia tak rindu pun!"

Seketika, suara Darren mula kedengaran. Tablet itu diambil dan kini muka Darren pula yang terpapar pada skrin handphone aku. Aku simpan senyum apabila muka Darren sudah cemberut seperti jeruk masam itu. Elelele, dengan anak sendiri pun nak mengada. Itu pun nak jealous! Apalah Darren ni.

"Buat apa nak rindu hubby, ingat hubby. Hubby pun tak ingat sayang dekat sini." Aku menggumam perlahan. Tapi aku yakin yang Darren dapat mendengarnya dengan jelas.

"Mama! Rora dengan Aliq nak main dengan Nek Nab sekejap! I love you, mama. Bye!" Suara Dayyan dan Dhiya mula kedengaran kembali.

Aku tersenyum kecil. Macam-macamlah anak-anak aku ini."I love you too sayang!"

Darren merenung wajahku lama setelah lama kami agak berdiam. Ya Allah, rindunya dia dengan wajah isterinya ini.

"Sayang merajuk dengan hubby ke? Pasal hubby tak jawab call sayang semalam? Okay, kalau sebab itu, I'm so sorry sayang. Hubby minta maaf sangat sebab tak sempat jawab call sayang semalam. Malam semalam Rora dengan Aliq buat hal. Diorang rindukan sayang sangat tapi hubby tak sampai hati nak kacau sayang. Hubby tahu sayang penat, banyak assignment lagi kan. Puas hubby paksa kembar tidur malam tadi, sampaikan hubby tertidur sekali dengan diorang. Sorry, sebab phone hubby dalam bilik kita. So, tak dengar sayang call. Pagi-pagi tadi pula hubby dah ke office. Ada meeting penting. Sayang marahkan hubby ke?"

Keterangan Darren membuatkan aku rasa sangat-sangat serba salah.

What! Kembar buat hal kerana rindukan aku sampaikan tak nak tidur? Dan sebab itu juga Darren tak sempat jawab call aku semalam? Ya Allah, aku berialah marah dengan Darren. Sampai fikir yang bukan-bukan lagi. Rupanya disebabkan anak-anak dia tak sempat angkat call aku semalam. Allahu!

"Hubby, maafkan sayang. Sorry sangat tau.   Sayang tak tahu. Sepatutnya sayang yang jaga anak-anak semua..."

"Hey, taklah. Hubby tak pernah salahkan sayang. Hubby faham. Dah jangan cakap pasal tu lagi. Sayang, hubby rindu sayang sangat-sangat. Kalau boleh hubby nak sangat peluk sayang, cium sayang puas-puas sampaikan sayang tak dapat bernafas! Hanya Allah je tahu betapa rindunya hubby pada sayang," ujar Darren sebak. Aku nampak dengan jelas yang Darren seperti hendak menangis. Dan Darren ikhlas ungkapan semua itu tadi. 

Allah, makin serba salah aku dibuatnya. Adakah aku seorang ibu dan isteri yang pentingkan diri sendiri? Lebih pentingkan cita-cita berbanding suami dan anak-anak?

Sebab itulah aku berfikir banyak kali untuk pergi ke sini. Tetapi disebabkan pujukan dari semua orang, terutama Darren yang membuatkan aku terpaksa akur dan sekarang...  I'm here. Hampir graduate. Tetapi sebenarnya sejak aku menetap di sini, aku banyak belajar pelbagai perkara terutama tentang tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan ibu.

Aku jujur yang aku banyak komitmen sekarang, tetapi aku akan lebih bijak menyelesaikan semuanya sendiri. Itulah disebabkan kuasa long distance relationship. Aku banyak belajar tentang mengawal emosi, menjaga hati dan menjaga diri. Yang paling penting dalam perhubungan kami ialah saling percaya antara satu sama lain. Jujur dan sering komunikasi ialah perkara kedua yang penting bagi hubungan kami yang aku belajar.

Nasib aku tinggalkan kembar semasa mereka sudah setahun lebih. Kalau bayi lagi, lagilah aku rasa aku ibu dan isteri yang tidak berguna. Tengok anak membesar di depan mata dan di dalam telefon adalah perkara yang berbeza untuk aku.

Mungkin untuk semua para ibu di luar sana sekali. Memang tidak sama, tetapi alhamdulilah aku masih dapat melihat anak-anakku membesar dengan sangat baik. Ini kerana aku dan Darren saling percaya dan mempercayai antara satu sama lain. Tengok, Darren mampu menjaga anak-anak kami dengan sangat baik.

Memang serious aku pernah nak tolak semua ini, tapi Darren sendiri yang paksa dan pujuk aku untuk aku mengejar cita-cita aku. Dia tahu aku nak sangat sambung belajar sejak aku kecik lagi.  Disebabkan aku pernah berjanji dengan arwah ibu yang aku akan kejar cita-cita sampai ketahap  menara gading, jadi aku tiada pilihan lain.

Ah, Delysha. Lagi beberapa bulan saja kau akan habis belajar dan kau akan dapat ijazah. Sabar, dan sabar!

"I wish you are here, husband. Tapi sayang tahu hubby tak akan datang sini sebab hubby banyak kerja kan? Hmm sayang faham." Aku menggumam perlahan. Kalau boleh, aku nak sangat Darren ada depan mata aku sekarang ni. Tapi aku faham, kami memang ditakdirkan berjauhan seketika.

Darren merenung wajah isterinya yang berubah sedih itu sebelum dia mengeluh. Sungguh, dia pun nak sangat Delysha ada di hadapannya sekarang. Nak sangat peluk, cium Delysha.

"Okaylah sayang. Hubby dah nak letak ni. Sayang jaga diri baik-baik okay? Remember I always love you, anak-anak pun sayangkan sayang juga. Bye sayang. Take care, apa-apa hal bagitahu hubby terus. Belajar elok-elok, jangan stress sangat. Kalau rasa dah tak larat, rehat. Ingat pesan hubby okay, hubby akan ada untuk sayang,"npesan  Darren. Aku tersenyum nipis dan mengangguk faham. Masih lagi pesanan yang sama, dari Darren. Dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Aku tahu lelaki itu risaukan aku.

" Okay hubby, jangan risaulah. Isteri awak ni kuat tau. Hehe I love both of you guys too!"

Apabila panggilan itu sudah tamat, Darren terdiam lama. Dia berfikir sejenak. Apa kata kalau dia... datang sana? Surprise Delysha? Seperti yang isterinya mahukan? Hm macam menarik. Lagi pun dah lama dia tak melawat Delysha di sana. Seketika, bibirnya menguntum senyuman penuh makna.

" I will do what all you want, wifey. Everything, sayang. Aku akan pastikan apa yang kau nak, akan tercapai. Selagi ada aku di dunia ni, aku akan bahagiakan isteri aku. Tunggu hubby datang." Darren tersenyum bahagia.

Tak sabarnya nak jumpa isteri sendiri!

****

Hola-hola!!💃 Korang, hambar kuasa dua ke? Ala, sorry la. Tinggal dua lagi special chapters okay? Sabar, sabar.

Vote and support sis okay? Thank you!❤️

By the way, korang nak tengok tak muka Dhiya Aurora dan Dayyan Faliq?

Here we go!

Comel tak? 😂❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro