Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♡ special chapter 1 ♡

Tergopoh-gapah aku berlari anak ingin menurun tangga. Aku mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum memandang kawasan di ruangan dapur. Pantas kakiku bergerak menuju ke arah sana. Apabila aku melihat Erra yang sedap melantak maggie goreng sambil melayan drama Korea di laptopnya itu berjaya membuatkan hati aku bertambah panas.

"Hoi kau!"

Bahunya aku tepuk kuat. Geram!

Sejurus itu, Erra merintih sakit lalu memandang aku tajam. Tak habis-habis drama Korea dia tu. Siapa lagi kalau bukan si Erra Naura Binti Samad!

Tengok drama Korea semata-mata ingin melihat hero pujaan hatinya berlakon. Siapa lagi kalau bukan Lee Min-ho. Minat sangat dengan lelaki itu. Aku tengok tak adalah handsome sangat!

Bagi aku, Iyan Shah Darren tetap lelaki paling handsome. Selama-lamanya dia adalah yang pertama. Ahaks suami aku tu!

"Hish! Kau apahal ni hah? Pukul-pukul orang pulak. Sakit tahu tak?"

Erra menjeling aku. Aku hanya tersengih tidak bersalah. Tak nak tahu pun dia sakit ke tidak. Kalau sakit, lagi aku suka. Padan muka!

"Kau tu, apasal kau tak kejutkan aku? Aku ada lima belas minit je lagi masa untuk sampai ke class tahu tak? Aku dah suruh kau kejutkan aku kan? Eeeee! Panas je aku tengok kau sekarang ni tau. Kalau boleh, dah lama aku hantukkan kepala kau tu dekat dinding! Biar sedar sikit apa yang berlaku pada sekeliling kau! Ini tidak, layan k-drama sampaikan semua benda jadi pun dah tak sedar! Kalau rumah ni terbakar pun belum tentu kau sedar kan?"

Kini, aku pula yang menjeling Erra. Gadis itu hanya tersengih-sengih menampakkan giginya yang tak berapa nak putih sangat itu.

"Sorry lah. Aku tengah khusyuk tengok pujaan hati aku ni. Kau apa tahu. Tengok dah tiga jam aku duduk sini sambil tengok muka hero aku yang handsome lagikan gentleman ni tau! So, sebab tulah aku lupa nak kejutkan kau. Fokus pada hero pujaan aku ni lagi baik dari kejutkan kaulah," ujar Erra sambil matanya masih lagi tidak lepas memandang kaca skrin laptopnya itu.

Aku sudah menepuk dahi. Lupa! Kawan aku sorang ni kalau dah tengok drama Korea, memang semua benda boleh lupa. Kalau rumah kena boom pun belum tentu dia sedar. Khusyuk nak mampus. Macam manalah aku boleh suruh dia kejutkan aku?

Ciskut betul!

"Habis tu, Lia mana?" soal aku merujuk kepada kawan aku seorang lagi. Kiranya housemate kedua aku.

Tapi serius aku bersyukur sangat bila aku dapat housemate semua orang melayu, beragama Islam dan orang Malaysia. Fuh, gembira tak terkata aku masa itu. Syukur alhamdulilah!

"Lia? Oh, aku rasa dia dah pergi Uni dah tadi. Entahlah, aku tak perasan pulak dia. Tapi aku rasa dia keluar. Dia kata ada class dengan Madam Sally. Dah pergi lama kut aku rasa." Kata-kata Erra itu membuatkan aku jatuh rahang.

What! Lia dah pergi dulu tapi tak kejutkan aku? Dahlah dia pun ada class dengan Madam Sally juga!

Wait, aduh! Manalah Lia tahu aku ada class dengan Madam Sally juga hari ini. Kalau dia tahu pun, dia tak tahu lagi rasanya yang aku terlelap semasa menyiapkan assignment tadi. Yang tahu hanyalah Erra. Aduh, masak aku macam ni. Aku dah lambat!

"Kau punya pasal la ni tak kejutkan aku! Eeee, jaga kau nanti. Kau suruh aku masak ke buat kerja rumah ke, aku tak nak dan tak akan buat dah!"

Kasut sneakers pantas disarung pada kaki. Beg galas dipakai di belakang badan dengan keadaan yang tergesa-gesa.

Erra mencebik bibir. "Kau yang tak pandai uruskan masa, lepas tu salahkan aku pula. Aku tengok kau ni macam bukan isteri orang tahu tak? Kesian betul la suami kau yang kononnya handsome sangat tu... sebab dapat isteri macam kau ni eeei!" Erra dah mula membebel.

Dalam membebel tu pun sempat lagi dia kutuk aku. Tapi betul juga, aku ni isteri orang tapi macam anak dara saja. Bangun lambat!

Eh, tapi aku bukan sengaja. Aku buat assignment banyak okay malam tadi sampaikan lambat tidur. Pagi tadi pun aku sambung siapkan assignment. Dengan mongok lagi dengan Darren sebab dia langsung tak call aku, jawab call aku pun tak! Huh, pagi-pagi aku dah start macam ni. Tak ceria. Macam manalah rezeki nak masuk?

"Diamlah kau, dasar mak nenek betul! Membebel je kau tahu kan?" Aku menggumam perlahan.

****

Aku menghela nafas lega. Fuh, nasib Madam Sally tak masuk class lagi. Selamat aku! Berialah aku kelam-kabut sampai ke universiti, padahal Prof tak masuk class pun lagi. Selamat aku. Risau juga aku lambat datang... lepas tu kena marah pula dengan Madam Sally. Hah, mulalah satu dewan kuliah ni gelakkan aku nanti.

Ish, jauh betul aku fikir ni. Walaupun Madam Sally memang garang, tapi dia tak akan malukan students dia tanpa sebab. Melainkan kalau pelajar yang memang bermasalah. Memang makan kaki lah jawabnya dengan Madam Sally nanti!

Kelibat Lia tercari-cari. Mana la kawan aku ni? Oh yes... There you are. Terus kakiku berjalan ke arah itu. Tempat Lia yang sememangnya kosong itu aku duduk untuk melepaskan lelah buat seketika. Beg galas dan buku-buku diletakkan di atas meja. Ambil nafas sekejap... Fuh, penat.

"Eh, Lysha. Kau ada class ke hari ni? Apasal aku tak tahu?" Lia menyoal apabila dia baru perasan kehadiran aku yang aku duduk di sebelahnya.

"Kau tahu ke, tak tahu ke... sama jelah. Aku tetap datang lambat hari ni. Ni semua salah Erra lah! Aku suruh dia kejutkan aku tahu tak? Tapi dia sibuk sangat fokus dengan drama Korea dia tu. Eee, nasib Madam Sally masuk lambat!"

Aku mendengus geram. Bukan marah dengan Erra saja sekarang ni, tapi marah dengan Darren sekali. Dia ni sampai sekarang tak reti-reti nak call balik ke? Tahu tak aku tengah rindukan dia!

Hubby... sayang rindu hubby!

Kalau ikutkan hati aku, nak saja aku terbang ke Malaysia jumpa dia sendiri sekarang ini. Baru puas hati ni dapat tengok Darren dengan mata aku sendiri. Dan rindu sememangnya akan hilang.

Tapi aku sedar yang aku masih lagi perlu habiskan pelajaran di Perth ini.

So for now, sabarkan hati, tenangkan diri, kosongkan minda, jangan banyak fikir. Fokus dalam pelajaran dan habiskan pelajaran di sini untuk gembirakan semua orang especially Darren, suami aku.

Okay, Insyirah Delysha... you can do it!

"Erra tu memang macam tu! Sabar jelah dapat kawan tingtong macam tu. Kan? Hahahaha."

Amboi, mengutuk kawan sendiri nampak?

Namun, aku turut sama tergelak. Tingtong? Ni kalau Erra dengar, mahu merajuk sampai berkurung dalam bilik tau. Macamlah tak kenal si Erra itu. Tapi tingtong-tingtong dia pun, Erra masih kawan yang baik dan seorang yang pandai. Senang berkawan dengan Puteri Errana Naura Binti Samad itu sebenarnya. Rumah tak akan ceria kalau tak ada dia. Sunyi sahaja.

"Haah kan, kau tahu tak dia tu tingtong macam mana? Dia tu dah lah..."

Percakapan aku terhenti apabila seorang lelaki yang aku kenali berdiri di hadapan aku lalu merenung aku semacam. Ya, sekali dengan senyuman gatal dibibir. Euww, ugh!

Bala dah datang!

"Hi beautiful."

Okay, memang 'dia' seorang lelaki yang kacak, bermulut manis dengan perempuan. Sweet talker!

Tapi dia juga seorang playboy dan aku memang bencikan dia. Jenis yang suka mengacau hidup orang, suka ganggu orang, tak hormat orang.

Eh, bukan orang... tapi aku!

Dan ya, nama diberi ialah Qalish Adam Bin Dato' Sahar. Ya, aku ingat nama dia dan nama dia akan sentiasa tersemat dalam ingatan kerana dialah satu-satunya lelaki yang selalu kacau ketenteraman aku... Qalish Adam.

Dia sahajalah lelaki yang suka mengganggu aku. Tak faham bahasa melayu agaknya yang aku tak nak dia kacau aku. Hey, mat salleh dekat sini pun masih pandai hormat oranglah. Berbanding mamat tu, yang tak faham-faham apa yang aku pernah cakap dekat dia. Berkali-kali aku cakap, jangan kacau aku, aku tak suka dia. Tak masih dia tak faham.

Entah kenapalah ramai sangat orang Malaysia dekat universiti ni, tapi itulah hakikatnya. Dan aku terpaksa hadap muka mamat playboy ni hampir setiap jam. Eh, tak adalah. Setiap kali aku satu class dengan dia saja. Atau pun dia yang selalu datang dan kacau aku. Aku pun tak pernah beritahu Darren pasal mamat ini.

Malas nak beritahu dia sebab aku tahu Darren akan risaukan aku, dan Darren pasti akan cemburu tak tentu pasal dengan Qalish ini nanti. Dia banyak kali cakap dengan aku, jangan berkawan dengan lelaki dan jangan rapat dengan mana-mana lelaki sekali pun bila aku di Perth ini.

Lebih baik aku diamkan diri saja. Selama aku belajar di sini, tak pernah lagi dia berani nak sentuh-sentuh aku. Ada tu memang lah ada, tapi aku dah tepis awal-awal lagi. Jangan harap dapat sentuh kulit aku!

Qalish pun sebenarnya tak tahu yang aku sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Kalau dia tahu, mahunya dia terkejut. Aku hanya cerita pada Erra dan Lia sahaja tentang status diriku. Masa mula-mula dulu pun mereka tidak percaya juga.

Hmm, nampak yang aku ini muda dan cantik kut untuk bergelar seorang isteri dan seorang ibu. Heh, perasan betul Insyirah Delysha ni. Suka angkut bakul sendiri.

"What do you want from me huh? Apa lagi yang awak nak dari saya ni! Saya tak suka la awak asyik kacau saya saja. Tak pernah faham ke yang saya cakap saya tak suka awak. Awak memang tak pernah faham dan rasa apa itu maksud penat? Tak penat ke?"

Aku menjeling Qalish seraya acah menulis sesuatu di atas kertas A4 yang memang telah sedia di atas meja. Buat-buat busy lagi bagus!

Tengoklah, aku tak pernah layan dia dengan baik pun selama ni. Tapi dia tetap tak berputus asa. Asyik nak kacau aku! Tahulah playboy, tapi kenapa tak kacau perempuan yang berstatus single-mingle? Aku isteri orang lah! Apa yang dia nampak dekat aku pun tak tahulah. Aku sudahlah bertudung, tidak seksi seperti perempuan-perempuan di sini. Heh, nak saja aku bagi tahu dia perkara yang sebenar bahawa aku sudah berkahwin. Tapi aku takut kecoh satu universiti pula nanti. Panas, panas.

Qalish tersenyum senget. "Kau ni memang degil kan? Lagi kau tak nak aku, lagi tu la aku akan kejar kau, sweetie."

Hujung tudung shawl aku dimain-main dengan jari sebelum aku tepis tangannya itu. Eleh, kejar aku la sangat. Boleh jalanlah kau!

"Awak tolong la faham, saya tak berminat dengan lelaki macam awak ni. Lelaki yang playboy. Banyak lagi la perempuan lain yang awak boleh ganggu, tapi bukannya saya! Tu perempuan kacukan pun banyak yang minat awak kan? Pergilah pada diorang sana. Jangan kacau saya!"

Huh, susah bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Nak aku cakap bahasa apa lagi? Melayu dah, english pun dah. Nak aku cakap bahasa arab ke apa, baru dia nak faham?

Such a annoying man!

Qalish mengepal penumbuknya. Dia memandang aku tajam. "Eh, kau jangan ingat kau boleh..."

Terhenti percakapan Qalish apabila lengannya dipaut mesra oleh seorang wanita sexy lagikan seksa. Ugh!

"Baby!"

Malaun mana pula yang datang ni? Ini perempuan yang ke berapa pula? Ugh, malas betul nak hadap. Rimasnya! Sibuk sahajalah.

Kacau ketenangan orang betul dua ekor malaun ni!

"Baby, why are you here? With... this hijab girl? Seriously baby? Are you blind? She's not a beautiful girl, and she looks like a 'village' girl." Perempuan itu membuat muka jegil dan sempat dia menjeling aku sekilas.

Aku rasa aku dah nak meletop ni!

Ewah- ewah. Apa kaitan dengan aku sekarang ni? Sedap betul minah rambut karat ni nak mengutuk aku! Eeee, dasar.

"Hey kau ingat aku nak sangat ke dengan boyfriend kau ni hah? Tak hadap, dan tak hingin pun. Kau tu, siapa kau nak hina aku macam tu? Fikir kau tu cantik sangat ke? Dasar perempuan fake! Minah rambut karat. Nak beli baju yang cukup kain pun tak boleh ke? Okay lagi aku yang bertutup ni daripada kau yang tak reti jaga aurat tu. Seolah-olah kau tu tak ada maruah diri tahu tak? Memang tak tahu malu betul! Ugh, bercakap dengan kau, bukannya faham pun!" Aku mendengus geram.

Ya, aku berani nak marah semula pun sebab dia tak akan faham apa yang aku cakap. Dia tu orang sini, Australia. Tengok muka pun dah tahu. Hah, tengok kan aku dah cakap dia tak faham. Muka dah berkerut-kerut semacam dah tu.

Kalau aku berbahas dengannya dalam bahasa english, mahunya kecoh pula satu kuliah ini nanti. Silap hari bulan, satu universiti heboh dengan isu pergaduhan kami. Aku selaku pelajar terpandai dan menjaga imej diri, memang taklah aku nak rosakkan maruah diri aku hanya semata-mata minah rambut karat macam dia ni!

Seketika, aku nampak muka Qalish pun berubah sama. Mungkin terasa dengan apa yang aku cakap tadi memandangkan dia orang melayu, sudah tentulah dia faham apa yang aku cakap tadi. Tapi peduli apa aku.

Aku memandang wanita itu lama. Aku tahulah sini memang dunia barat yang tak mengenali agama Islam, tapi pakaian tu... ish, tak boleh ke pakai elok sikit? Nak tunjuk dekat siapa aurat tu? Bukan perempuan ini seorang saja yang pakai pakaian yang tak cukup kain, malah memang ramai lagi. Aku pula yang sakit mata.

"What are you saying? I don't understand..."

" Class, please have a sit!"

Fuh, aku lega. Madam Sally datang pun akhirnya. Tak perlulah aku nak hadap dua ekor babun itu lagi. Merimaskan betul!

Qalish dan perempuan itu pun mula pergi dari sini dan mula mengambil tempat duduk mereka semula. Sekali lagi aku lega. Tapi bila difikirkan semula, buat penat aku saja kelam-kabut ke sini tadi semata-mata takut datang lambat ke class Madam Sally. Alih-alih dia pula yang masuk lambat. Tengok, tak pasal-pasal aku terpaksa menghadap muka dua malaun tadi. Fuh, bikin panas hati betul!

"Cayaaalah kau, babe. Terdiam terus diorang tu tadi." Lia menyondol lengan aku dan dia ketawa kecil apabila dia hanya menyaksikan situasi tadi dengan diam. Aku juga turut sama ketawa.

Haih, kan bagus aku cakap english untuk ejek dia tadi. Barulah minah rambut karat itu faham yang aku kutuk dia sebenarnya. Hehe baru puas hati aku.

Semasa aku sibuk fokus pada Madam Sally yang sedang mengajar di hadapan, tiba-tiba kedengaran handphone aku berdering perlahan. Pantas aku mengecilkan volume sebelum melihat gerangan si pemanggil.

Hubby ❤️

Oh, sekarang baru dia pandai nak call aku semula? Hmm, aku punyalah beria semalam call dia berkali-kali, alih-alih dia pula yang tak angkat. Aku sampai dah fikir yang bukan-bukan. Tapi disebabkan aku percayakan Darren, terus tak jadi nak tuduh lelaki itu yang bukan-bukan. Tapi aku tetap sedih. Sampai hati awak, Darren!

Call aku pun dia tak angkat apatah lagi nak balas mesej aku. Hm sendu pula rasa. Aku rindukan suami dan anak-anak aku.

Aku ingin mengangkat call itu, tetapi memandangkan Madam Sally masih mengajar di hadapan, terus punah harapan aku untuk mendengar suara Darren. Banyak kali juga Darren call aku. Aku mula menyimpan handphone ke dalam beg dan mula fokus semula.

I'm sorry husband...

To be continued...















Hii!!! Rindu la dekat korang. Korang rindu sis ke rindu dekat Darren×Delysha? Of course la dekat pasangan bahagia tu. Hehe.

Hambar sikit untuk permulaan. Sorry. Ayat sis pun memang banyak menggunakan ayat pasar sahaja. Yelah, sebab POV Delysha kan? So, sememangnya ayat pasar saja yang akan digunakan. Harap korang faham dan tak kisah. ☺️❤️

Dan buat sesiapa yang sangka, Delysha mati tu... HAHAHA sorry sangat. Sis tipu je. Bluek!

Apa-apa pun korang jangan lupa vote okay? Stay tuned untuk sambungan...❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro