Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

prolog

Iyan Shah Darren.

Pang! Pang!

Bunyi libasan itu bergema di segenap pelosok rumah. Badannya yang terasa sakit-sakit hanya dibiarkan sahaja. Hati yang pedih dan terluka juga dibiarkan tanpa ada niat untuk merawatinya. Malah air mata yang sering merembes keluar dari tubir mata juga dibiarkan mengalir tanpa ada niat untuk menghapuskan. Dia hanya mampu diam. Senyap! Apa juga kesalahannya kali ini, dia patut terima.

"Aku tak pernah ajar kau mencuri! Kenapa? Hah kenapa? Apa masalah kau sampai nak mencuri? Siapa yang ajar kau? Siapa?" soal ayah bersama jerkahan yang sangat lantang. Shah hanya mampu diam dan menangis. Badannya yang terasa sakit-sakit itu cuba ditahan sekuat hati seorang lelaki.

Jika dibenarkan, sudah lama dia melawan dan membalas semula perbuatan ayahnya. Tapi dia harus bersabar. Sebagai anak, apa yang mereka perlukan adalah kesabaran yang tinggi. Mungkin ayahnya itu terlampau marah sehinggakan hati dan perasaan anaknya sendiri tidak dipedulikan lagi.

Tetapi Shah faham. Dia tahu dia juga salah. Dia cuma mengikut sahaja kawan-kawannya.  Bukannya dia sekali yang mencuri! Satu penyesalan terbit di hatinya. Bodoh! Ya, betapa bodohnya dia saat membuatkan keputusan untuk mengikuti rakan-rakannya mencuri di kedai runcit di seberang jalan itu. Namun, nasib juga dia tidak di tangkap oleh pihak polis. Kalaulah dia juga ditangkap, memang tidur lokaplah malam ini!

"Aya... ayah, dengar dulu apa yang Shah nak jelaskan. Ayah sa... sakit ayah. Argh!" Kakinya yang timbul bengkak-bengkak merah itu dibelek. Sakit yang tidak terhingga!

"Apa kau cakap? Sakit? Huh? Habis kenapa kau malukan aku? Kau memang suka kan buat masalah? Kenapa? Hah? Kau sama dengan ibu kau. Bodoh! Aku menyesal ada anak macam kau ni!"

Encik Hadi berhenti dari terus melibas anak kandungnya itu. Dia membetulkan bajunya yang sudah tersisip hingga ke atas. Buat seketika, Encik Hadi melepaskan keluhan berat.

"Aku nak kau berambus dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau! Mak kau tu bodoh! Tak layak jadi isteri aku. Kau pun sama bodoh! Pelajaran entah ke mana. Suka menconteng arang di muka aku! Tak reti hormat mak tiri kau! Kalau boleh aku nak kau mampus sekarang! Ikut mak kau yang bodoh tu! Berambus kau dari sini!"

Encik Hadi berdiri tegak lalu disumbat segala pakaian anaknya dan dimasukkan ke dalam beg. Lalu dia baling beg tersebut ke arah anaknya yang masih tersungkur di lantai. Puan Nina yang berdiri di tepi suaminya sudah tersenyum suka. Akhirnya!

Shah semakin dilanda perasaan 'benci' terhadap ayah kandungnya sendiri. Ayah yang dia kenal sudah banyak berubah. Semenjak mengenali Puan Nina mak tirinya itu, ayah memang berubah 100%. Seorang yang kaki pukul, kaki arak, tak hormat perasaan ibu kandungnya semasa hidup dahulu. Ayah juga semakin membenci dia yang merupakan anak darah dagingnya sendiri! Apa salahnya? Kenapa ayah berubah sebegitu rupa? Kenapa?

Ya Allah!

"Kau boleh berambus sekarang! Aku tak ada anak macam kau! Memalukan! Pergi ikut mak kau tu! Aku benci kau! Dasar anak haram! Pergi kau dari sini! Ingat, jangan pernah munculkan diri kau lagi lepas ini!"

Halau Encik Hadi dengan wajah yang merah menahan marah yang menyesakkan jiwa. Shah akhirnya menitiskan juga air matanya.

Dia berjalan perlahan-lahan menjauhi kawasan perumahannya dulu. Dan sekarang, dia tiada hala tujuan. Ke manakah yang harus dia pergi sekarang?

Apabila teringatkan apa yang telah terjadi, Shah mengetap bibir. Tangan digenggam erat. Timbul urat-urat hijau.

"Aku benci kau ayah! Kau bukan ayah aku lagi! Aku benci kau!"

Tekadnya di dalam hati. Shah akhirnya memejamkan matanya buat seketika di bawah sebuah pohon. Dia berharap, semoga esok semuanya akan lebih baik dari hari ini.

****

Nur Insyirah Delysha.

Encik Tashriq berlari-lari memasuki kawasan rumah. Pintu dikuak dan ditendang dengan kuat. Lalu dia masuk ke dalam dengan keadaan tergesa-gesa dan berpeluh-peluh. Pintu ditolak dengan kasar lalu dikuncinya semula. Tingkap-tingkap pantas ditutup rapat. Keluhan lega terhembus dibibir tanpa sedar.

Delysha, Dani dan Puan Salma memandang Encim Tashriq dengan hairan. Dahi mereka berkerut seribu. Kenapa ni?

"Kenapa ayah?" soal Delysha memberanikan diri. Takut-takut dia ingin memandang wajah bengis ayahnya itu.

"Korang semua diam! Aku serabut tahu tak? Jangan sampai aku naik tangan dekat korang semua! Kau... Salma!  Dah tak reti nak buat air untuk aku? Isteri jenis apa kau ni?" Amukan lantang Encik Tashriq membuatkan semua menjadi gerun. Kecut perut semua orang yang mendengar.

Tergesa-gesa Puan Salma berdiri lalu berjalan ke dapur. Air kopi yang telah siap di atas meja diambil lalu dihulurkan pada suaminya yang termengah-mengah akibat kepenatan itu.

Puan Salma menghulurkan cawan tersebut. Huluran diterima dengan baik oleh Encik Tashriq. Dia mencicip sedikit dan menghembus nafas lega. Penat seharian. Kena kejar dengan orang suruhan ahlong lagi!

"Err, muka ayah kenapa? Erm, ayah kena tumbuk ke?"

Dengan berani Delysha menyoal apabila melihat wajah ayahnya yang lebam-lebam itu. Dialah yang paling berani pun berbanding dengan adiknya.

"Kau peduli apa? Kau dengan mak kau sama je. Menyusahkan! Ahlong dah cari aku dekat tempat kerja! Aku perlu bayar dengan segera hutang-hutang dia. Kalau tak, habis kita sekeluarga! Kau boleh ke tolong aku?"

Delysha terpaku. Terdiam dia buat seketika. "Err ayah nak Syira tolong apa?" soal Delysha lembut.  Dia mendengus kasar dalam diam. Ayahnya yang berhutang judi, dia sekeluarga pula yang kena tolong. Bukan sekali, dah berkali-kali. Sumber pendapatan yang stabil pun hasil dari ibunya Puan Salma yang meniaga nasi lemak sahaja. Itu pun belum tentu cukup untuk mereka semua.

Kalau mahu harapkan ayahnya... heh, baru dapat duit sikit dah berjoli sakan. Mananya duit tu nak disimpan? Yang membuatkan dia kasihan adalah ibu dan adiknya yang sering dipukul oleh ayah. Dia tidak terlalu kerap dipukul kerana dia tidaklah senakal adiknya, Dani.

"Aku nak kau berhenti sekolah. Kerja! Baru dapat duit. Nak harapkan mak kau yang tua ni... huh! Sampai bila pun nak bayar hutang tak pernah nak cukup! Dengan sakit mak kau ni lagi, kau rasa mampu ke dia tolong bayar hutang hah? Kau kena kerja, Syira! Boleh kau buat macam tu?" pinta ayah agak sinis.  Delysha terpaku dan terdiam.

Dia berhenti sekolah? Tidak! Dia mahu menjadi orang yang pandai dalam pelajaran dan dia nak berjaya suatu hari nanti. Dia dah berjanji dengan Puan Salma yang dia akan ke menari gading suatu hari nanti. Tetapi demi rawatan ibunya, yuran sekolah adiknya dan hutang ayahnya, mungkin dia sanggup ke tepikan pelajaran demi orang yang dia sayang.

Puan Salma menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Puan Salma menggenggam tangan anak perempuannya dan dia menggeleng lagi.

Delysha terdiam. Dia tahu ibunya mahu dia belajar dan mempunyai pelajaran yang tinggi. Walaupun keluarga mereka semestinya tidak mampu. Delysha mengelap air mata yang entah bila mengalir. Ya, dia tekad. Demi kesenangan keluarganya juga. Kalau dia tak tolong, sampai bila-bila pun mereka sekeluarga akan diburu begini! Keselamatan mereka tidak selamat, bukan sahaja ayah yang sering diganggu, malah mereka sekeluarga juga!

"Baiklah. Syira setuju. Tapi dengan satu syarat." Ya, Delysha perlu berfikir dengan bijak sebelum membuat apa-apa keputusan. Dia tahu ayahnya hanya mahukan kesenangan sekelip mata jatuh di tangan. Encik Tashriq mengeluh kasar.

"Syarat apa?"

"Bagi Syira habis belajar dulu sampai SPM. Lepas tu Syira ikut cakap ayah. Buat masa sekarang ni, Syira nak ayah jangan main judi lagi. Cukup lah hutang yang bertimbun tu. Boleh ayah?" Delysha harus menggunakan akal fikirannya sekarang.

Dan dia perlukan sijil SPM. Umurnya baru sahaja 15 tahun. Ada dalam masa 2 tahun lagi sebelum dia start bekerja demi sara keluarganya. Biarlah dia berkorban kali ini. Sampai bila semua ini akan berakhir? Nyawa ayahnya juga akan terancam jikalau mereka lambat bertindak.  Ibunya yang bisu dan sakit barah otak tahap tiga itu juga memerlukan wang untuk jalani pembedahan dengan segera. Bagilah dia masa  dalam dua tahun sahaja lagi.

Encik Tashriq berfikir sejenak. Dua tahun agak lama. Tapi tidak mengapa, demi segala hutangnya, dia sanggup!

"Baiklah. Aku setuju. Tapi aku pun ada syarat juga. Aku nak kau bekerja dengan Black di kelab malam. Sebagai pelayan di sana. Jangan risau, bukan seorang pelacur. Kalau kau kerja dengan dia... hutang aku akan berkurangan. Duit pun banyak kau akan dapat dengan cepat. Kau setuju dengan syarat aku? Atau kau nak ibu dan adik kau mampus di tangan Black? Si ahlong bodoh tu?" Sengaja Encik Tashriq mengumpan pemikiran anak perempuannya itu.

Sekali lagi Delysha tergamam. Kelab malam... sebagai pelayan? Bukan pelacur? MasyaAllah! Dia akan jauh dari agama. Tapi bagaimana? Nyawa keluarganya akan teracam jika dia tidak lakukan ini.

Wajah ibunya di pandang sayu. Puan Salma dari tadi menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan semua cadangan gila ini. Dia tidak mahu anaknya jadi begitu. Tapi disebabkan dia tidak boleh bercakap untuk menghalang, hanya gerakan tangan dan matanya sahaja menjadi saksi untuk dia halang anak perempuannya. Dani juga terdiam lama. Dia memandang kakaknya agar kakaknya tidak melakukan semua itu.

Buat seketika, Delysha merasakan sangat serabut. Dia memejamkan matanya. Kerana ini soal masa depannya, masa depan keluarganya dan kerana dia akan jauh dari Allah.

" Okay, Syira setuju."

Satu keluhan berat terkeluar di bibirnya. Benarkah keputusan yang dia lakukan ini? Walaupun hanya pelayan, berdosa tetap berdosa. Hukum tetap hukum. Walaupun keadaan yang memaksa, dia tetap berdosa melakukan perkara larangan Allah SWT ini.

Tapi sesungguhnya, dia tiada pilihan lain. Ya Allah, kau ampunkanlah aku.

"Okay, aku akan tunggu dua tahun lagi," tekad Encik Tashriq lalu tersenyum gembira.

Air mata Delysha gugur lagi.

"Maafkan aku, ya Allah. Sejujurnya aku tiada pilihan lain. Berikanlah aku petunjuk untuk keluar dari semua ini nanti. Dan maafkan Syira juga, ibu. Syira tiada pilihan..."

***


Assalamualaikum guys. How are you? Hehehe. Okay tak prolog sis? Ini hanyalah cerita tentang Delysha×Darren semasa kecil dahulu. Hm, agak hambar bukan? Sorry eh. 😣❤️

Teruskan membaca ya?

*Vote.
*Comment
*Support

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro