part 63
Delysha tersenyum sahaja dari tadi. Walaupun dia sedikit marah dengan sikap Darren yang langsung tidak benarkan dia buat apa-apa kerja, tetapi dia tetap gembira bila dapat berkumpul begini dengan orang yang tersayang.
Malam ini kami sekeluarga buat barbeque di rumah agam Tengku Malik. Nasib juga mereka semua setuju dengan idea ini. Yelah, dia bukan apa, dia cuma rindu saja pada mereka semua.
Pfft, rindu apanya kalau mereka baru saja jumpa tak sampai sebulan pun lagi? Alaa, tapi apa salahnya nak luangkan masa bersama-sama. Lagi pun kali ni special sikit sebab ada Dani adiknya sekali.
Disebabkan hari malam, jadi lagi seronok kalau buat di taman mini di luar rumah sahaja. Terasa kedinginan angin malam yang menyapa tubuhnya yang berjubah mengandung.
Delysha meletakkan tangan di atas perutnya yang memboyot itu. Perlahan-lahan diusap dengan penuh rasa sayang.
The tummy... my baby bump!
"Sayang mama, tengok semua busy kan? Kita duduk berdua sajalah dekat sini. Tak ada siapa pun yang peduli. Tak apalah, asalkan sayang ada mama." Seolah-olah mengerti apa yang dia cakap, baby mula menendang perlahan dari dalam perut. Delysha mengukir senyuman kecil. Comel betul anak mama ni!
"Dan sayang ada papa."
Terasa pinggangnya dipeluk dari belakang seraya itu Delysha mengangkat wajah lantas tersenyum nipis apabila melihat wajah suaminya.
"Hubby nak apa ni? Bukan tadi tengah bakar ayam ke?" soal Delysha lantas kepala disandarkan di dada Darren semasa lelaki itu memeluk pinggangnya dengan erat. Selesa.
Darren hanya membiarkan sekaligus menggenggam tangan kanan isterinya dan dikucup sekilas.
"Saja nak teman isteri hubby yang comel ni!" Dieratkan lagi lingkaran pada pinggang isterinya. Ubun-ubun Delysha dikucup lembut.
"Lagi pun ramai dah yang tolong bakarkan ayam tu. Apa salahnya hubby teman sayang ni. Kenapa macam sedih je ni? Sayang tak happy ke dapat berkumpul ramai-ramai macam ni?" soal Darren lembut. Delysha tersenyum segaris.
"Mestilah saya happy. Tapi saya sedih sebab awak tak bagi saya buat apa-apa. Saya bosan tahu tak? Bagilah saya tolong Zara yang tengah potong kek tu." Sempat dia pandang Zara yang sedang bergelak tawa bersama Kak Ema sambil memotong kek. Macam seronok saja mereka tu... hmm, sendu macam ni.
Mendengar suara isterinya yang berubah sedih, membuatkan Darren mengeluh kecil.
"Sayang, bukan sengaja hubby tak bagi sayang buat kerja. Sayang tu bukan seorang tahu tak? Sayang bawa satu lagi nyawa. Dan itu anak kita. Hubby tak nak sayang penat. Sayang selalu mengadu sakit pinggang kan? Jadi, sayang kena rehat je. Tak boleh buat kerja. Sayang fahamkan apa yang hubby cakap ni?" Dagu Delysha diangkat supaya dia dapat merenung anak mata isterinya.
Seketika, Darren terkaku. Delysha menangis? Alahai, ibu mengandung seorang ni. Sensitif sangatlah.
"Allah, sayang kenapa menangis pula ni?"
Pantas jarinya menyeka air mata yang telah pun menitis di pipi isterinya. Delysha sendiri pun tak sedar bila air matanya menitis. Tapi mood dia tiba-tiba jadi swing bila dengar kata-kata Darren itu. Darren pentingkan baby saja, Darren macam tak kisah pun dekat dia.
Haih, benci betul lah mood yang ni! Benci betul perasaan macam ni. Terlampau mengada sebenarnya. Lebih kepada cepat terasa hati.
"Hubby, saya ni menyusahkan awak ke?" Entah kenapa soalan itu terpacul keluar dari mulut Delysha.
Darren sedikit tersentak sebelum menarik Delysha dalam pelukan hangatnya.
"Tak sayang, tak pernah pun sayang menyusahkan hubby. Memanglah sayang ni manja, tapi sikap sayang tulah yang buat hubby makin cintakan sayang. Dah, jangan tanya macam tu lagi. Hubby cuma risaukan sayang saja. Kalau sayang buat kerja berat lepas tu penat nanti, siapa yang susah? Sayang dan hubby juga yang susah. Hubby tak nak apa-apa jadi dekat sayang. Hubby tak nak sayang penat. Nanti mulalah mengadu sakit belakang dekat hubby. Hubby tak suka sayang sakit." Delysha tersenyum dalam pelukan sang suami.
Dia manja? Memang pun sejak dua-menjak ni! Sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak terasa. Perangai baru ini memang pelik sikit. Nasib Darren seorang yang memahami. Faham dan tak kisah dengan perangai isteri dia yang berubah-rubah dan tak menentu selalu.
"Hubby sayangkan saya?"
"Of course I do. Gila tak sayang bini?" Delysha dan Darren sama-sama tergelak kecil.
"Kalau betul hubby sayangkan saya, boleh izinkan saya tolong diorang dekat dapur? Saya janji, saya buat kerja ringan-ringan saja. Tak jalan sangat pun. Tak best la kalau saya tak tolong. Inikan idea saya? Lagi pun diorang kan ada sekali, tak akanlah nak jadi apa-apa pula. Diorang tengok-tengok kan saya okay? Boleh tak hubby?" pinta Delysha selembut yang boleh.
Darren mengeluh kecil. Selagi tak izinkan, selagi itulah muncung isterinya panjang. Nanti kang kalau tak izinkan, mulalah nak merajuk. Tapi kalau izinkan, dia pula risaukan keselamatan dan kesihatan Delysha. Isteri dia dahlah lasak. Tak pandai nak jaga diri pula tu.
Akhirnya, Darren setuju sajalah. Tak apalah, dia tak sanggup nak tengok wajah sedih isterinya lagi.
"Okay... hubby izinkan. Tapi ingat, kalau rasa letih ke nak apa-apa ke, panggil hubby terus dekat luar ni tau. Ataupun mintak tolong sesiapa dengan sayang masa tu. Janji yang sayang jaga diri okay?"
Delysha tersenyum gembira. Yes, Darren izinkan! Tersentuh juga hatinya melihat keprihatinan Darren padanya. Macam manalah nak merajuk lama-lama kalau dah macam ni perangai si suami? Hesy, buat orang melting betul!
Suami siapalah terlampau overprotective sangat ni? Hiks, sayang hubby.
"Okay saya janji! Thank you my husband! I love you." Sempat pipi kanan Darren dikucup sekilas lalu Delysha berlari terkedek-kedek masuk ke dalam rumah.
Darren memandang langkah isterinya yang semakin menjauh. Haih, kenapalah nakal sangat ni? Dahlah comel, makin manja pula tu. Siapa saja yang tak akan sayang kalau dapat bini macam tu?
Walaupun perangai Delysha sejak mengandung ni agak memeningkan, tapi Darren tak pernah rasa terbeban langsung untuk melayan perangai isterinya. Baginya, masa-masa mengandung ni lah dia dapat membalas jasa isterinya yang penat dan bersusah-payah membawa anak mereka ke hulur dan ke hilir. Belum campur sakit semasa bersalin lagi nanti. Tak terbalas jasa seorang isteri melahirkan anak mereka bersama pada suami.
Melihat Delysha gembira dan bahagia, itulah juga kebahagiaannya. Kebahagiaan suami terletak pada si isteri. Jika isteri merasakan bahagia, suami juga turut merasakan itu.
****
"Ughh, alhamdulilah!"
Delysha tersengih-sengih tidak bersalah lantas menyandarkan badannya di kerusi. Alhamdulilah kenyang sangat.
Pandangan orang sekeliling diabaikan. Apa? Nak cakap dia ni tak senonoh ke sendawa kuat-kuat macam tu? Tak sengaja okay! Bukan sengaja! Lagi pun semua kenal perangai dia macam mana kan. Hehehe maaf.
"Sayang okay?"
Darren di sebelahnya dipadang sekilas sebelum Delysha mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman kecil.
"Don't worry, I'm okay."
Risau sangatlah Darren ni! Padahal baru saja enam bulan usia kandungannya. Over betul kadang-kadang.
"Kalau nak apa-apa, panggil hubby." Delysha mengangguk dengan pasrah. Dia cakap dia okay, dia okaylah. Ya Allah suami dia ni.
Darren tersenyum nipis pada isterinya lalu dia kembali bersembang bersama kaum Adam di sofa. Dan kaum Hawa pula membawang di bawah, di lantai bersama Delysha.
"Eh, Lysha macam mana sekarang? Kandungan semua okay kan? Maaflah, dah lama ummi tak lawat Lysha sejak Lysha berhenti kerja dengan Faiq." Tengku Dina tersenyum serba salah.
Delysha tersenyum kecil lantas kepalanya di angguk sekilas. Sejak dia berhenti kerja dengan Faiq sebagai PA lelaki itu, Delysha dah jarang sangat jumpa Tengku Dina. Last jumpa pun masa majlis kahwin Faiq sebulan lepas. Lepas tu tak jumpa sangat. Selalu contact melalui telefon sahaja.
"Alhamdulilah semua sihat, ummi. Eh, Kak Ema macam mana? Dah ada isi ke?" Delysha menyakat. Sehabis baik dia cuba untuk tidak mengguriskan hati Kak Ema atau hati sesiapa apabila dia menyoal begitu.
Tetapi riaksi semua orang membuatkan dia terpaku. Semua tersenyum-senyum. Kak Ema juga tersenyum malu. Dahi Delysha berkerut tidak mengerti.
Eh? Dah kenapa semua orang ni? Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?
"Ada apa-apa yang Lysha tak tahu ke?" soal Delysha pada mereka semua. Satu persatu wajah kaum Hawa dipandang. Tetapi hampir semua membuat riaksi wajah yang sama. Tersenyum-senyum macam orang kurang siuman. Dah kenapa?
"Kenapa ummi?" Delysha masih lagi tidak berpuas hati apabila semua hanya berdiam diri.
Tak jawab pun soalan dia!
"Ema dah mengandung dua minggu," terang Tengku Dina sambil tersenyum. Dia mengusap perut menantunya dengan sayang.
Delysha jatuh rahang. Agak terkejut.
Apa? Dah mengandung? Amboi, cepat betul abang angkat dia tu buat kerja ya? Cis, jadi semua orang dah tahu ke apa? Dia sajalah yang masih tidak tahu lagi? Jahat betul lah! Dia orang terakhir tahu?
Apa-apa pun, Delysha tetap gembira bagi pihak mereka. Cepatnya dah ada anak. Nanti bolehlah anak mereka berkawan kalau dah besar nanti. Sebab umur pun tak jauh beza sangat.
"Wah! Tahniah akak! Cepat betul ya awak buat kerja Faiq?" Delysha menyakat lagi. Dan kali ni Faiq turut mendengarnya. Malah semua orang mendengar. Dan semua hampir memberi riaksi yang sama. Apa lagi? Mengusiklah ikut dia. Sama-sama kaki mengusik ni!
"Biasalah, lelaki memang hebat dalam bidang tu! Lepas ni, aku akan pastikan yang itu anak kembar lima." Faiq tersenyum sinis.
Walaupun malu diusik begitu tetapi Faiq tetap bajet cool dan mantain poyo. Hah, samalah dia dengan Darren tu. Tak nak kalah langsung!
"Hish, abang ni!" Kak Ema bersuara menegur suaminya. Kak Ema tertunduk-tunduk malu dah bila semua orang duk usik diorang ni.
"Gatal betul awak ni kan! Macam hubby tau perangai tu!" Delysha tergelak kecil. Darren di sebelahnya hanya tersenyum sinis. Dia memandang Faiq dengan senyuman yang lain macam.
"Well, biasalah sayang. Lelaki benda macam ni memang pro. Kami memang power bab-bab buat anak ni. Kan Faiq?" Dan para hadirin sekalian mula ketawa sakan mendengar ayat Darren yang tidak senonoh itu.
Eeeeee! Dasar! Lelaki memang tak boleh eh kalau tak belagak bagus? Memang suka cakap main lepas sahaja ke? Otak tu kuning saja memanjang! Nasib tiada budak bawah umur di sini. Kalau tidak, memang memalukan betul!
"Nanti ajarlah Dani, tau bang?" pinta Dani tiba-tiba lalu dia tergelak. Darren tersenyum sinis melihat adik iparnya itu.
Dia sudah pun berkenalan dengan Dani sejak lelaki itu muncul semula dalam hidup isterinya. Lagi pun dari dulu lagi, sejak kecil dia sudah mengenali keluarga isterinya. Cuma dia tidak sangka, perempuan yang pernah jadi kawan sekampungnya, akhirnya menjadi isterinya yang sah.
"Boleh! Pastikan ada calon isteri yang body..."
"Dani! Hubby! Jangan nak mengarut!" Pantas Delysha menyampuk. Semakin sakanlah mereka semua ketawa. Lagi-lagi Darren dan Dani.
Ya Allah dua orang ni... jangan macam-macam. Terberanak jugalah dia dekat sini karang. Nasib belum cukup masa lagi.
***
Sorry, walaupun hambar tapi sis nak juga lengah-lengahkan bagi tak habis ke epilog lagi! Hoho jahat betul aku ni. 😂
Sis 'ter' bagi fake hope ke tu? Sorry again! 😜
Yang silent readies tu, boleh say 'hi' dekat komen tak? Kalau boleh vote sekali ya.
Makaseh semua. ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro