part 62
Wait... baru teringat adik Delysha, Dani macam mana kan? Kalau korang tak ingat, pergi baca balik bab prolog ada watak Dani. So here this chapter.
Kiranya belum epilog lagi tau. Ceit tak menyabar eh siapa yang nak cite ni habis tu! Lepuk nanti kang! Lol.😂
****
Happy reading!❤️
Delysha tersandar lemah di kerusi buaian itu. Fikirannya sudah melayang entah ke mana. Bila teringatkan hal beberapa hari yang lepas, dia tersenyum bahagia. Beberapa hari lepas, Delysha, Darren, keluarga Darren dan juga Tengku Dina sekeluarga pergi bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu.
Semua orang yang Delysha sayang turut hadir semasa percutian itu. Pada mulanya memanglah Darren tak izinkan dia ikut mereka sama ke sana. Yelah sebab perut dia dah semakin membesar. Risau apa-apa bakal terjadi pula. Siapa sangka usia kandungan Delysha sudah mencecah lima bulan. Sekejap sahaja masa berlalu.
Dan akhirnya, Darren izinkan juga isterinya ikut kerana Delysha beria-ria menangis semasa itu. Huh, emosi ibu mengandung ni memang pelik. Tengok, dia dah menangis hanya kerana tidak dapat pergi. Merajuk dengan Darren masa tu.
Nasib Darren juga terpaksa ikut. Takut sangat agaknya jadi apa-apa pada dia dan baby. Alahai, dia bercuti pun bukan dengan orang asing, semua kenalan mereka juga.
Oh, Zara pun ikut. Alhamdulilah sekarang ni Zara dah banyak berubah. Tak kerja sebagai pelacur lagi. Delysha adalah orang yang pertama gembira bila dapat tahu tentang perkara itu. Akhirnya... Zara juga ikut jejak langkah Delysha keluar dari tempat terkutuk itu.
Tapi Zara dah ada buah hati pengarang jantung sekarang. Nak tahu siapa? Mestilah Tengku Faiz Idham. Adik Tengku Faiq Idlan.
Seriously dia pun tak sangka mereka yang selalu gaduh dan tak pernah sebulu, rupanya jatuh hati sesama sendiri. Mungkin dulu tu hanya gaduh manja saja kan? Nasib juga Tengku Dina tak kisah siapa Zara yang dulu. Dia terima seadanya sama seperti Faiz. Kerana Faiz jugalah yang banyak membantu kawannya itu berubah sedikit demi sedikit. Sungguh bertuah hidup seorang gadis bernama Zara Safira. Dia ditemukan dengan orang yang baik-baik yang dapat menerima kekurangan dirinya. Keluarga kandung Zara juga sudah mula menerima Zara dalam keluarga semula. Syukur alhamdulilah. Dia tumpang gembira buat kawannya itu. Kadang dia rasa agak cemburu kerana Zara dapat yang terbaik Setelah apa yang sudah terjadi dalam hidupnya.
Haih, dia pun apa kurangnya. Dia bertuah sangat mempunyai keluarga Darren yang sangat menyayanginya dan dapat suami seperti Darren. Memahami sungguh! Dahlah sayangkan dirinya sepenuh hati. Cintakan dia sangat-sangat dan ketat-ketat sampaikan Delysha tak cukup nafas pulak tu. Ok hiperbola.
Handphone bergetar menyentak Delysha dari lamunan yang sangat menggembirakan hati. Pantas chat dari suami tercinta dibaca. Haih, baru saja teringatkan dia... dah muncul.
Hubby.
Sayangg, miss you.
Damn, I really miss you baby.
Delysha tersengih membaca mesej itu. Hah itulah, gatal nak tinggalkan dia lagi. Tengok dah rindu bagai.
Darren outstation ke luar negara sebenarnya. Tiga hari dah dia tinggalkan isteri dia ni seorang diri dekat rumah. Okay hiperbola betul!
Tinggalkan dia dekat rumah mama dan papa sebenarnya. Darren sibuk sangat dengan kerja, sekarang baru nak rindu-rindu dia. Semalam tak nak pun telefon. Eh, boleh jalanlah. Bila rindu... baru pandai nak cari isteri ke? Kita tengok sejauh mana permainan dia.
Me: You miss me?√√
Amboi! Cepat betul dia baca. Dah tak busy la tu. Semalam Delysha rindu gila dekat Darren tapi lelaki itu tak jawab call pun. Kejam betul! Bukan dia seorang saja yang rindukan Darren, baby dalam perut ni pun rindukan papa dia juga. Sekarang baru papa nak rindu kita kan baby?
Spontan tangannya mengusap perut yang semakin memboyot. Peneman setia dia, ada di dalam perut ini.
Ting!
Hubby.
Yes, I miss you so much!
I miss your voice, I miss your laugh,
I miss your 'manja' and 'gedik'.
I miss your smile. I miss everything about you
and our baby. I wanna kiss you!
Wait for me okay, sayang. Malam ni kita video call. Sorry semalam hubby busy. Sekarang pun hubby dalam meeting tapi tak boleh nak fokus sebab teringatkan sayang hmm. I love you!
Argh, Darren buat dia cair... pipi sudah panas. Apa ni? Chat bagi ayat sweet pula. Lepuk kang!
Darren bikin dia rindu sajalah. Hubby! Hatinya merintih pilu.
I miss you too hubby!
Balik cepat eh? Saya dan baby tunggu awak!
We love you more.
Ahaks! Gedik pula rasanya. Delysha tersengih memikirkan Darren dan tiba-tiba handphone bergetar lagi. Tapi kali ini bukan mesej dari Darren tetapi dari Pak Su. Jarang Pak Su nak mesej dia. Ni mesti ada perkara penting.
Pak Su:
Syira, ada orang nak jumpa kamu di Cafe Manis berhampiran tapak rumah Tengku Malik. Jangan risau, 'orang' tu baik, dia nak jumpa kamu. Kalau boleh sekarang. Syira pergi tau.
Terus berkerut-kerut dahi Delysha membacanya. Ada orang nak jumpa? Siapa? Macam serius saja. Jangan buat dia takut.
Sekejap, perlu ke dia pergi? Mana tahu orang jahat? Eh, tak akanlah Pak Su nak tipu dia pula. Delysha kenal Pak Su dia macam mana. Lagi pun orang tersebut nak jumpa dekat dengan rumah agam Tengku Malik, ayah mertuanya. Mungkin tiada apa yang perlu ditakutkan.
Persoalannya... siapa orang itu?
Dan Pak Su memang memanggilnya Syira kerana itu nama panggilan keluarga padanya dulu. Delysha nama yang orang panggil sekarang. Bukan Syira lagi.
Delysha berkira-kira sama ada ingin pergi atau tidak. Namun hatinya tergerak untuk pergi sahaja kerana dia ingin tahu siapa 'orang' itu. Satu pesanan ringkas dihantar pada Darren sebelum dia bersiap-siap untuk pergi.
****
Delysha mengetap bibir sambil menunggu di hadapan pintu cafe. Hatinya semakin berdebar-debar hebat sekarang ni.
Siapa yang nak jumpa aku ni? Kawan Pak Su ke?
Kawan Pak Su mana pula yang kenal aku ni? Desis hati Delysha.
Delysha cuba bertenang sebelum pintu cafe itu ditolak perlahan. Dia cuba mencari sesiapa yang dia kenal di dalam ini. Tetapi hampa. Tidak ada sesiapa pun yang Delysha kenal. Semuanya hanyalah pelanggan yang tidak dikenali.
Tak akanlah Pak Su tipu pula?
"Assalamualaikum, you are Insyirah Delysha Binti Tashriq right?"
Teguran dari arah belakang itu membuatkan Delysha laju menoleh ke arah empunya suara. Delysha sedikit kaget. Macam kenal. Tak akanlah...
Wait, apa soalan dia tadi? Macam mana lelaki ini tahu nama penuh dia?
Delysha hanya mengangguk perlahan lalu wajah seorang lelaki di hadapannya yang dirasakan kenal itu dipandang lama. Melihat senyuman lelaki itu membuatkan Delysha tertanya-tanya.
Siapa dia ni? Tak... yang penting lelaki ni nampak muda dari dia. Macam kenal... tapi siapa? Macam pernah nampak tau muka dia ni. Familiar dengan sesiapa yang dia kenal ke macam mana?
"Waalaikumsalam, Yes, that's my name. And who are you? Awak ke yang nak jumpa saya?"
Lelaki itu tersenyum lebar dan tiba-tiba dia menarik Delysha masuk ke dalam pelukan. Delysha jadi kaku sambil mengetap bibirnya menahan marah. Hey, aku ni isteri oranglah! Tak nampak ke yang aku mengandung ni huh?
Entah lelaki mana tiba-tiba peluk orang pula ni!
Gila ke apa?
Pantas Delysha meronta-ronta minta dilepaskan.
"Hey, apa masalah encik ni hah? Sesuka hati saja peluk orang! Saya ni isteri orang tahu tak? Kalau tak tahu sekali pun, tolong tahu batas sikit. Haram tahu tak lelaki bukan mahram peluk perempuan?" bebel Delysha marah.
Harap muka saja handsome tapi kurang ajar. Pakai smart-smart macam ni, tapi sayang peluk orang sesuka hati! Tak tahu hukum agama ke apa? Halal haram takkan tak tahu? Budak tadika pun tahulah. Heh menyakitkan hati.
Lelaki itu mengukir senyuman sinis sebelum pipi kanan Delysha pula berani dicium sekilas. Selamba dan tindakan yang pantas.
Okay... ni dah melampau!
Delysha mula ingin mengamuk. Dah lama orang tak sentuh dia sesuka hati seperti ini sejak dia tinggalkan tempat yang terkutuk itu. Dan sejak dia dah kahwin, tiada siapa lelaki yang berani sentuh dia sesuka hati. Tak guna punya jantan! Tak tahu malu ke? Kalau Darren nampak ni habislah.
"Kau ni memang tak faham bahasa kan? Gila!"
Pang!
Satu tamparan hebat melayang tepat dipipi kanan lelaki itu. Dan lelaki itu sudah terjatuh terduduk di atas lantai akibat tindakan refleksinya yang mendadak. Yeah, good! Dasar gatal! Padan muka!
Pandangan orang sekeliling langsung tidak dipedulikan. Eh, kisah apa dia. Maruah dia lagi penting!
"Aduh, apa kau ni kak? Aku Dani lah. Adik sendiri pun tak kenal ke hah?" soal lelaki itu dengan marah. Dia menjeling Delysha.
Tak guna punya kakak! Dia boleh tampar aku!
Mata Delysha membulat. Weh, what? Seriously? Ni adik dia, Dani Fahran bin Tashriq? Oh my Allah! Dia dah tertampar Dani!
****
Delysha tersengih-sengih seperti kerang busuk. Pandangan tajam adiknya itu membuatkan dia geli hati.
"Alaaaa, sorry la dik. Bukan akak sengaja pun. Kau tulah yang gatal sangat tadi. Kan dah makan penampar akak!" Delysha tersengih-sengih melihat muka tidak berpuas hati Dani.
"Diam la akak! Muka adik sendiri pun tak kenal ke? Aku cam kau lagi tau tak walaupun kau gemuk gedempol macam ni! Sakit tahu tak?"
Amboi! Cantiknya bahasa dia!
Membulat mata Delysha. Ewah, ewah! Gemuk gedempol dia kutuk? Hah, memang patut pun makan penampar. Biadab mulut tu!
"Dah tu macam mana aku nak kenal kau. Dulu kau selekeh, tak handsome, nakal. Sekarang ni dah berubah pulak aku tengok."
"So, kau nak kata sekarang ni aku handsome la kiranya? Lagi handsome dari suami kau?" Dani tersenyum bangga. Riak betul! Takbur!
Delysha berdecit. Kuat perasan betul! Dari dulu tak pernah nak berubah.
"Dah tentulah laki akak lagi handsome dari kau. Eh kejap, kau kenal lah suami akak siapa?"
Dani mengangguk. Tangannya dari tadi asyik menggosok pipi yang pedih kena tampar tadi. Sakit sangat agaknya.
"Aku kenal la pula. Dah aku pun ada sekali waktu kau akad nikah dulu. Tak ingat ke? Aku belakang Pak Su masa tu. Tapi aku terpaksa balik US lepas kau dah selamat akad nikah. Sebab tu la sekarang ni baru dapat jumpa kau kak. Maaflah tapi aku sibuk sikit. Sekarang alhamdulilah aku dah ada peluang nak jumpa kakak kandung aku ni."
Delysha mengangguk faham walaupun jelas dia masih lagi terkejut. Seriuslah, Dani ada masa dia kahwin dulu? Tak perasan gila masa tu!
Heh, sekarang pun dia tak kenal adik sendiri apatah lagi masa akad nikah hari itu. Tapi kenapa Pak Su tak berterus-terang saja yang nak jumpa dia adalah Dani? Haish, buat suspen sahaja. Dia ingat siapalah tadi. Sudahlah tiba-tiba peluk dan cium dia sesuka hati. Nasib dia tak report polis saja tau. Kalau tidak lagi teruk adiknya kena.
"So, kau kerja apa sekarang? Dah ada isteri ke?" soal Delysha ingin tahu. Teringin juga dia nak tahu hal adiknya. Serius dia rindu gila dekat Dani. Tapi tak naklah ngaku. Malu!
Apa? Adik beradik pun mesti ada rasa malu sesama sendiri. Sudahlah mereka lama tak berjumpa. Bertahun-tahun sudah masa berlalu.
"Aku kerja dekat US. Dekat satu syarikat tangki minyak. Isteri belum ada lagi. Maybe soon, akan ada. Dapatlah kau adik ipar nanti." Delysha menjeling meluat melihat wajah gatal adiknya itu. Heh!
"Anak kau tu berapa bulan pulak?" Perut memboyot kakaknya dipandang penuh minat.
Delysha senyum. Perutnya diusap.
"Ni? Dah lima bulan."
"Wow... tak lama lagi aku bakal jadi pak su. Tak sabarnya!"
Darren tergelak. Heleh, macam dia pula yang dapat anak. Beria!
Seketika, Delysha teringat kembali apa yang terjadi antara keluarganya dulu sampaikan dia terpaksa berpisah dengan Dani dan ibu. Dan bagaimana dia terpaksa bekerja di tempat jijik itu.
Delysha terpisah dengan mereka pun disebabkan Black dan geng dia. Diorang cuba hapuskan ibu dan Dani masa Delysha kerja dengan mereka. Tapi sayangnya, ibu meninggal sebab sakit barah otak yang semakin teruk, dan Dani menghilangkan diri entah ke mana.
Mungkin selamatkan diri rasanya. Dan ayah pula mati ditembak disebabkan tidak bayar hutang. Hebat sungguh jalan cerita kehidupan Delysha dulu. Tapi alhamdulilah sekarang semua dah berakhir. Delysha bahagia hidup dengan Darren. Soon, kebahagiaan mereka akan bertambah dengan adanya anak yang akan lahir tidak lama lagi.
Kita lupakan kisah lama, dan buka buku baru. Kisah yang lama dijadikan pengajaran buat masa akan datang.
"So, kau cerita la dekat aku macam mana selepas kau larikan diri dari tangan Black tu," pinta Delysha ingin tahu. Dani mengangguk seraya mula ceritakan apa yang terjadi selama ini.
Lama juga mereka membuka cerita sehingga sudah hampie berjam-jam mereka lepak di kafe itu. Delysha dan Dani bertukar cerita. Ingin melepaskan rindu masing-masing.
Rupa-rupanya Dani dah lama membesar di US. Ada sepasang suami isteri yang membawa Dani tinggal di sana bersama mereka. Haih, nasib dia ingat dekat kakak dia ni. Ingatkan dah lupa. Alhamdulilah keluarga Delysha dah lengkap semula dengan kehadiran Dani dan anak yang bakal lahir tidak lama lagi ini. Syukur alhamdulilah.
'Ibu, Syira bahagia sangat sekarang. Syira dah jumpa Dani, ibu. Syira rindu ibu sangat.' Delysha tersenyum. Alhamdulilah.
'Ibu, Syira dah satukan keluarga kita semula. Alhamdulilah, Syira bahagia dengan kehidupan Syira sekarang. Syira rindu ibu sangat-sangat. Semoga ibu tenang di sana,' desis Delysha. Dia mengukir senyuman manis.
Percaturan Allah adalah yang lebih baik dan terbaik. Percaya dan yakin pada-Nya. Allah tak akan menguji hamba-hamba Nya dengan sesuka hati kerana Dia tahu yang kita mampu harungi dan tempuhi segala ujian yang mendatang dengan sebaiknya. Ujian yang sentiasa hadir mengikut kemampuan kita dan yang pasti ada hikmah disebaliknya.
Percayalah, Allah ialah sebaik-baik perancang.
***
Okay sekarang ni baru tanya adakah anda sedia untuk next epilog? Ahaks.
Sayang dengan novel ni... sayang korang juga~
*lap air mata*
Dah nak habis ni, yang silent readers tu tak nak tolong vote dan comments ke? Janganlah senyap macam tu je. Ehek.
Keluarkanlah pendapat anda ya~ 🌟
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro