part 61
Dua bulan kemudian.
Dress labuh pada badannya ditenung lama. Dia berdecit halus lalu mata merenung kulit wajahnya yang baru sahaja selesai di make up tadi pula. Entahlah, tak tahulah nak senyum ke nak marah atau nak rasa apa sekarang ni.
Tengoklah badan dia dah berisi sedikit. Perutnya yang membesar itu baru sahaja tiga bulan usianya tetapi besar dah macam lima bulan!
Mungkin dia banyak makan?
Banyak makan apanya kalau dah memang setiap hari dia akan mengidam bukan-bukan. Tambah pula setiap kali makan nasi berlauk pasti dia akan tambah dua tiga kali nasi. Haih tengoklah. Sekarang dah gemuk! Pipi pun dah naik sikit. Dah kembang! Tiba-tiba rasa malu pulak nak pergi majlis ini.
Huwaa! Dia dah kembang.
"Sayang dah siap ke?"
Laungan yang semakin dekat itu membuatkan Delysha menoleh ke arah pintu bilik. Penampilan suaminya ditilik. Suaminya hanya berkemeja biasa berlengan panjang, seluar jeans, dan rambut disikat kemas.
Auchh... so handsome. Melting weh!
"Sayang tengok apa tu? Tak habis lagi ke usya hubby ni?" Lengan isterinya ditarik lalu pinggang isterinya dipeluk erat. Wajah Delysha terasa panas. Erk... kantoi skodeng suami sendiri. Biarlah, siapa suruh kacak sangat. Mata ni sudah tergoda dengan suami sendiri.
"Hubby, saya okay ke macam ni?" soal Delysha sayu. Matanya dikedip berkali-kali. Dia ingin Darren komen penampilannya sekarang.
Darren yang faham, terus merenung isterinya dari atas sehingga ke bawah. Bibirnya automatik senyum. Okay sangat! Semakin comel dan tembam kesayangan beta ini!
"Kenapa tanya macam tu? Hubby tengok cantik dan comel macam selalu je. Kenapa? Takut gemuk eh?" Digomol-gomol pipi kanan isterinya yang semakin membulat. Eee, dah macam kuih pau. Lembut dan bulat. Putih pula tu. Geram!
Delysha mencebik manja. Muka dah masam. Marah betul bila orang kata dia gemuk. Tambah pula yang cakap tu suami sendiri.
"Apa ni? Mana ada orang gemuk lah. Cuma cubby sikit je pun! Kenapa? Dah tak sayang eh kalau saya gemuk sekali pun? Nak cari perempuan lain?"
Renungan tajam isterinya membuatkan Darren sudah ternganga mulut. Jatuh rahangnya.
What? Macam tu pula? Dia dah mula sensitif. Suka sangat overthinking yang bukan-bukan!
" Apa sayang merepek ni? Tak sayang, nak cari lain? Aih, merepek sungguh. Tak akan hubby nak cari lain pula sedangkan hubby dah dikurniakan isteri sempurna macam ni. Tengah mengandungkan anak hubby pulak tu. Sayang tak gemuklah, sayang comel. Walau gemuk pun, tetap comel. Lagi pun anak kita yang buat sayang macam ni kan? So, jangan salahkan diri dan jangan malu pula. Trust me, sayang cubby pun dah nampak comel sangat. Macam anak beruang. Geramm!" Dipicit-picit kedua-dua belah pipi kembung isterinya. Sikit-sikit sensitif sahaja isterinya.
Delysha tersengih-sengih. Eeei, mestilah dia suka kena puji macam tu. Dengan suami sendiri pula tu... tak jadi nak overthinking yang bukan-bukan!
Darren cakap kita comel. Dia sayang kita!
"Betul ni... saya nampak comel? Kalau tak, saya tak naklah pergi majlis kahwin Faiq ni. Nanti orang ejek pulak." Delysha buat muka masam.
Darren tersenyum-senyum. "Comel sangat sayang. Jangan risau, tak akan ada yang berani ejek isteri aku selagi aku bernafas. Orang ejek pun sebab sayang nampak cute je. Yelah, baru tiga bulan dah minta macam-macam makanan pelik."
"Yang kasihannya hubby tahu tak? Malam-malam mintak sushi lah, daging salai lah. Ingat senang ke nak cari waktu kedai tutup dan tengah malam macam tu? Nasib sayang je tau."
Darren menceritakan apa yang terjadi semasa Delysha mengandung. Baru nak masuk empat bulan, dah mintak macam-macam. Haih, layankan sajalah.
Delysha tersenyum-senyum. Ya, memang betul pun dia selalu mintak macam-macam. Kalau suaminya keluar, ada sahaja pelbagai jenis makanan yang ditapau. Kalau suaminya tak ada, dia suruhlah orang lain yang tolong belikan. Zara dan Faiq juga merupakan antara mangsa suruhan dia. Nak buat macam mana dah mengidam kan?
Dia yang tak suka makan malam pun sekarang dah kerap makan tengah malam. Haih, kesian Darren yang terpaksa turutkan segala permintaan dia. Kalau tak nak dengar, memang merajuklah dia. Ada satu hari tu, sampai tiga hari Delysha merajuk hanya disebabkan Darren tak sempat belikan donut perisa lobak merah untuknya kerana lelaki itu sibuk dengan klien. Tapi bila Darren keluar juga untuk pergi cari walaupun lelaki itu kelihatan sangat letih, yang ada cuma donut perisa lain, bukannya lobak merah yang dia inginkan.
Tapi dia rasa bertuah sangat bila dikuriakan suami yang prihatin dan baik seperti Darren. Apa yang dia minta semua akan ditunaikan. Darren melayannya dengan baik.
Dahlah segala sakit pening, muntah dia semua Darren yang ambil alih. Dia pula selalu buat perangai. Kasihan suaminya. Nasib Darren telah pun sembuh sepenuhnya selepas keluar sahaja dari hospital dua bulan yang lepas. Dia bersyukur sangat.
"Kata sayang isteri kan? Hehehe."
Darren buat muka pasrah.
"Ya. Sayang gilaaaa!" Suara sengaja dileretkan sekali dengan mukanya yang pasrah habis. Sebab sayanglah dia buat. Kalau tak sayang, mahunya dia biarkan tak makan sebulan. Setahun pun tak apa. Mengada saja lebih!
Eh? Eh? Terkutuk bini sendiri la... ahaks.
****
Delysha terkebil-kebil merenung persekitaran majlis resepsi Faiq dan Kak Ema yang diadakan di dewan hotel milik Tengku Dina. Wow, serius tak tipu. Meriah betul majlis perkahwinan Faiq dan Kak Ema ini. Well, dah anak sulung Tengku Dina punya majlis kahwin kut. Dah tentu-tentulah meriah dan grande macam ni.
Seketika, dia teringat kembali majlis dia dan Darren dahulu. Meriah macam ni juga. Dah anak sulung Tengku Malik yang kahwin... tentulah meriah dan mewah. Sama seperti situasi Faiq.
Tapi pengantin perempuan serius malu-malu masa tu. Yelah, ramai golongan berada yang turut sama hadir pada majlis mereka dulu. Tak akanlah dia tak segan langsung. Dan sekarang ni, semuanya hanya tinggal kenangan.
Kini, giliran Faiq dan Kak Ema pula. Dah berapa bulan tunang baru hari ini melangsungkan perkahwinan. Dah hampir setahun kot. Dia yang belum kahwin, sekarang sudah mengandung. Mereka baru sahaja ingin mendirikan rumah tangga. Mengadalah tu nak lambat-lambat.
Eh! Tak. Mesti Faiq gatal nak cepat tapi Kak Ema yang nak lambatkan majlis. Mereka berdua masing-masing ada komitmen sendiri. Heh! Fikir dia tak tahu ke bagaimana abang angkatnya itu? Gatal bukan main sekarang!
"Sayang, yang tenung lama sangat pasangan bahagia tu kenapa? Teringin nak sanding semula eh?" Teguran dari Darren itu membuatkan Delysha tersentak kecil. Wanita itu hanya menggeleng seraya tersenyum.
Gila ke apa nak kahwin lagi? Dah jadi tak best la kalau macam tu. Tak sweet orang kata kalau buat berkali-kali. Ahaks!
"Tak adalah sampai macam tu sekali. Saya cuma teringat masa kita duduk dekat tempat diorang tu. Saya malu-malu, awak pula beku je. Tak ada perasaan betul!" Kutuk Delysha seraya ketawa terbahak-bahak. Yelah, Darren macam tak kisah saja orang ramai pandang dia.
Eh, dia ni memang tak pernah nak kisah hal orang! Bagi Darren, biar lah orang nak pandang ke nak tergedik-gedik ke apa. Diorang tengok tu pun... sebab perasan yang dia tu handsome. Dia tak kisah, janji Darren nak dia percaya yang hanya dia yang ada dalam hati lelaki Itu. Itu apa yang Darren pernah kata pada dia dululah. Tapi Darren memang handsome pun!
Darren tayang muka toya. "Yang beku ni jugak la suami yang kau sayang." Darren membalas selamba. Delysha tersengih. Gila tak sayang suami sendiri?
"Yelah, suami saya yang beku, manja, sweet ni memang asyik nak menang je. Tak boleh kalah kalau dengan isteri sendiri!" Delysha mencuit hidung Darren sekilas.
Darren tersenyum bangga. "Of course lah. Isteri kenalah dengar cakap suami. Baru bau syurga, sayang." Pucuk hidung Delysha dicuit manja. Delysha hanya menjeling lelaki itu.
Hah, baguslah tu. Sekali-sekala suami pun kenalah dengar cakap isteri kan? Tak adil la kalau suami salah pun kena betulkan juga apa yang dia cakap. Hish, malaslah nak panjangkan isu ni.
Serta-merta matanya tertacap pada sebuah meja dessert yang berhampiran. Tak, yang menarik minat dia adalah kek coklat moise dekat situ! Aaaaa, craving la pulak tiba-tiba. Macam sedap saja. Terliurlah pula. Huhuhu sedapnya!
Delysha pandang Darren lama. Apabila terasa diri diperhatikan, Darren mengalihkan pandangannya ke arah sang isteri. Delysha tersenyum-tersenyum. Masa untuk bodek Darren!
"Hubbyyy!"
Mendayu-dayu Delysha memanggil. Dia memang tengah dalam mood gedik sekarang ni. Hesy, tak kisahlah apa pun, asalkan dia dapat kek tu!
Darren memandang Delysha seraya keningnya diangkat tinggi. Dah tahu agaknya isterinya nak apa. Halah, macamlah dia tak kenal.
"Nak apa pulak kali ni?"
Delysha tersengih nampak gigi. Eeei, macam tahu-tahu saja suaminya. Ni yang sayang ni!
"Nak tuuuuu..."
Matanya kembali tertacap pada cake chocolate moise itu. Dan serentak itu mata Darren juga memandang ke arah yang sama. Pantas Darren menggeleng laju.
"No and never! Sayang, sayang tak boleh makan benda tu. Manislah. Ingat tak apa doktor cakap? Jangan banyak makan benda yang manis. Sayang baru je makan tiga bar coklat Cadbury semalam. Tak elok untuk kandungan dan kesihatan sayang kalau asyik makan manis."
Bila dengar saja jawapan Darren, terus Delysha tarik muncung panjang. Kalah itik pulang petang.
Ah, dia tak kira! Dia nak juga!
"Awak, please. Bukan untuk saya, untuk baby ni. Dia yang craving kek tu. Please, hubby!" Delysha merayu sambil buat muka comel. Nak tarik perhatian Darren. Namun hampa, Darren tetap dengan penderiannya yang tak benarkan dia makan. Jahat betul lah. Anak dia juga yang nak makan. Isteri dia juga yang mintak. Craving ibu mengandung ni bukan boleh dibuat main tau!
"I said no right? Jangan degil!"
"Hubby memang dah tak sayangkan saya dengan anak kita kan?" Delysha tayang muka sedih. Automatik tangannya mengusap perut sendiri. Yelah, sampai hati. Selama ni dia minta okay saja... bagi juga. Itu pun ada jugalah tak bagi macam situasi sekarang ni. Ah, dia nak juga!
Lagi dia tengok kek tu, lagi itulah dia rasa nak nangis sebab Darren tak bagi makan.
Darren mengeluh kasar. Hah, mulalah tu nak fikir bukan-bukan. Haih, mood ibu mengandung ni memang tau! Macam-macam betul. Selagi tak bagi, selagi itulah dia akan minta sampai dapat.
"Suka la tu fikir bukan-bukan. Cakap bukan-bukan. Bila masa hubby tak sayang? Hubby sayang sangat. Betul nak cake tu?" Soalan itu membuatkan Delysha angguk pantas seraya tersenyum teruja.
Darren mengeluh kecil. Amboi, laju saja angguk! "Okay, hubby ambilkan. Tapi sepotong je!" Mendengar saja Darren kata begitu, terus Delysha rasa teruja nak mampus. Sepotong pun sepotonglah. Asalkan hilang craving dia ni!
Yeay, dapat kek.
Layan sajalah Darren dengan perangai isteri kau yang berubah-rubah ni. Kata sayang isteri kan? Hehehehe. Desis Delysha.
"Happy bukan main eh? Haih sayang ni, dapat kek je pun. Hubby nak pergi ambil ni, tak nak say something ke?" Kening Darren terangkat.
Delysha tersengih kecil. "Thank you hubby! I love you so much!" Kekura Darren dikucup berkali-kali. Seronok bukan main!
Darren tersenyum melihat gelagat Delysha yang sangat comel di matanya. "I love you too. And I love our little baby too!" Perut memboyot isterinya diusap lembut.
"Bila anak papa nak keluar ni? Nakal sangat bila dengan mama dia tau. Suka minta benda bukan-bukan. Tak kesian ke dekat papa ni?" Darren berbisik perlahan pada anaknya yang berada dalam perut.
Delysha tersengih kecil. Apa ni papa dia bercakap dengan ambrio pula. Comel betul!
"Tak apalah, biarlah baby dalam perut mama lama-lama. Masa macam ni lah mama dengan baby boleh tengok sama ada papa sayangkan kami atau tidak," balas Delysha seronok. Darren mencebik. Meluatnya!
"Mama dengan baby buli papa ya? Tak apa, tunggulah nanti kalau anak kita lelaki, hubby nak dia geng dengan hubby. Kalau dapat anak lelaki, boleh main bola dengan hubby. Lepas tu kami sepahkan rumah sama-sama. Nanti sayang pula yang pening sebab kami buli sayang."
Amboi! Dah berniat macam tu nampak. Nak balas dendam ke apa?
"Habis tu kalau dapat anak perempuan? Hubby tak kisah kalau dia geng dengan saya pula?"
Darren tersenyum nipis. Kepalanya digeleng. "Itu pun hubby tak kisah. Sebab kalau dapat anak perempuan, nanti mesti dia comel macam mama dia. Mesti manja macam mama dia. Nanti hubby ada dua princess yang perlu dimanjakan." Darren dan Delysha berbalas senyuman.
"Tak apalah kalau macam tu, lagi best kalau dapat anak kembar kan? Hubby dengan saya sama-sama ada geng! Tak adalah nak berebut dengan anak sendiri nanti." Darren tergelak dan mengangguk setuju.
"Tak kisahlah lelaki atau perempuan, papa akan sayang anak papa sampai bila-bila." Perut Delysha dikucup sekilas.
Delysha tersengih kecil. Rambut Darren dibelai lembut. Moga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.
Jantina sememangnya tidak penting, yang penting adalah dikurniakan anak yang baik dan soleh. Serta taat perintahNya dan sentiasa berbakti pada orang tua. Itu yang lebih mereka dahulukan.
***
Sis nak habiskan TJD sebelum masuk bulan January. Tapi huwaa, macam tak sempat je? So, terpaksa update awal untuk korang. ♥️
Haih, rasa sayang pulak nak habiskan TJD ni. Tapi nak buat macam mana? Kang buat sampai 100 chapter, korang pulak yang muak + menyampah. Kan? Hoho!
So... terpaksa jugak la kita tamatkan ya? Sksksks.
So guys ready nak tengok epilog selepas ni?*comment tak nak* 😥
Happy reading semua! ♥️ Jangan lupa vote, comments!♥️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro