part 60
Sudah lima hari Darren masih terlantar tidak sedarkan diri. Dan lima hari ini juga dia setia menunggu dan menanti suaminya di sisi. Setiap hari dia akan menjaga dan merawat suaminya. Tidak pedulilah berapa lama masa yang diambil pun, dia tetap akan setia di samping suaminya. Dia tak akan tinggalkan Darren keseorangan. Dan dia nak bila Darren sedarkan diri nanti, orang yang pertama yang suaminya lihat adalah dia.
Hatinya diruntun pilu. Apatah lagi hari-hari melihat keadaan Darren yang masih tidak sedarkan diri. Dia terlalu berharap agar suaminya akan sedar secepat yang mungkin.
Hatinya menjadi sebak pula mengenangkan keadaan si suami yang masih lagi sama seperti lima hari yang lepas. Doktor kata, suaminya masih lagi tidak sedarkan diri dan masih lagi lemah. Bukan kerana Darren koma atau sebagainya. Semakin risaulah dia. Buatnya Darren tak akan sedarkan diri? Allahu, minta dijauhkan.
Tak sanggup dia untuk menanggung rindu ini. Kandungannya juga telah mencecah empat minggu. Anaknya ini masih lagi perlukan ayah, dan dia sebagai isteri masih lagi perlukan suami.
Cakap pasal anak, semalam semua orang sudah tahu yang dia mengandung. Berat hatinya untuk beritahu tentang berita gembira ini, tetapi dia tak nak sorokkan apa-apa pun lagi dari semua orang. Dia takut satu hari nanti perkara itu akan diketahui juga. Lagi pula, suaminya masih lagi tidak sedarkan diri. Risau. Siapa yang akan melindunginya buat sementara waktu ini kalau bukan mereka semua. Mereka juga berhak tahu.
Alhamdulilah, semua orang happy bila mendengar berita kehamilan ini. Dia juga turut sama gembira, dan dia berharap suaminya turut sama akan gembira bila mendengar berita baik ini.
Tangan Darren dilap dengan kain basah. Beginilah tugasnya setiap hari. Temankan Darren, mandikan Darren, jaga Darren, tetap ada di sisi Darren, dan selalu akan bercakap dengan suaminya walaupun dia tahu Darren bukannya boleh membalas. Tapi kata doktor, besar kemungkinan lelaki itu boleh mendengar apa yang dia kata. Dan dia lebih suka meluangkan masa yang ada ini dengan sentiasa berada di samping suaminya. Sekurang-kurangnya hilang rasa rindu.
"Hubby, saya sayang awak. Awak bangun cepat eh? Saya rindu semua pasal awak. Saya rindu suara awak, senyuman awak, celoteh awak yang lucu, yang manis. Saya rindu semua pasal awak. Cepat sihat ya, hubby? I really miss you. Hubby jangan risau, berapa lama sekali pun, saya akan tetap tunggu hubby dekat sini. Saya tak akan pergi mana-mana."
Dikucup sekilas tangan Darren lalu dia bersandar lemah di atas dada suaminya. Akhirnya dia juga terlelap di dalam dakapan Darren.
****
"So macam mana abang, dah tahu dah siapa punya angkara semua ni?" Soalan dari Tengku Sheila itu membuatkan Tengku Malik mengeluh dan mengangguk lemah.
Tengku Sheila berdebar-debar menanti jawapan.
"Siapa dalang dalam hal ni?" Pantas wanita itu menyoal dengan tidak sabar.
"Dato' Shahir."
Tengku Malik mengeluh lagi. Badanya disandarkan dibahu kerusi. Selesa sikit.
Mendengar sebaris nama itu membuatkan Tengku Sheila tergamam. Membulat matanya.
"What? Abang pasti?"
Dia terjerit akibat terkejut. Mendapat anggukan dari suaminya, membuatkan Tengku Sheila bertambah terkilan. Tak sangka, semua yang berlaku angkara Dato' Shahir.
Dato' Shahir?
Siapa sahaja yang tidak kenal. Merupakan seorang business man yang berjaya, kaya dan berpangkat tetapi sayangnya...
Beberapa bulan yang lepas, syarikat lelaki itu mempunyai masalah yang besar kerana tidak mempunyai sebarang tender projek, dan disebabkan perkara tersebut, lelaki itu berdendam kerana syarikat Tengku Malik yang membolot segala projek-projek yang ada. Dulu pernah sekali, dia berjaya mencuri satu tender besar dari Tengku Malik. Tetapi perbuatannya itu dapat dihidu pihak lain.
Dan Dato' Shahir juga merupakan ayah kepada Arissa Aisha. Rakan baik Tengku Sheila dan Tengku Malik dulu.
Ya, memang tak perlu di sangkalkan lagi, Dato' Shahir buat semua ni kerana dendam.
"Tak sangka kan? Abang pun sama. Tapi no wonder la beberapa bulan ni dia senyap je. Rupanya ada plan nak jatuhkan anak kita pulak? Tak berakal ke apa manusia macam tu. Huh!" Tengku Malik mengeluh kecil. Dulu dianggap kawan baik, sekarang dianggap musuh hanya kerana sikap Dato' Shahir yang tersangatlah tak rasional itu.
Tengku Sheila sudah memicit pelipis. Pening kepala dibuatnya. "Tapi apa motif Shahir tu pulak kali ni? Sampai libatkan anak kita," rungut Tengku Sheila.
"Motif? Shahir tu tahu yang uruskan projek-projek berjuta syarikat kita semestinya Iyan. So dia target anak kita dan dalam masa yang masa dia ada sebab lain."
Dahi Tengku Sheila berkerut.
"Sebab lain?"
"Ya, Shahir masih lagi tak puas hati yang anak dia Arissa tu dibuang macam tu je. Mungkin nak balas dendam dekat Iyan atas apa yang dia dah lakukan dekat anak dia. Jadi Iyan pula yang jadi mangsa dendam dia. Haih Shahir tu, padahal Arissa okay je. Bahagia je dengan suami dia. Dia je lebih. Pening kepala saya ni," terang Tengku Malik.
Dari apa yang dia dengar dari mulut penyiasat upahannya, Dato' Shahir berdendam disebabkan dua perkara. Satu pasal projek, dan satu lagi pasal anaknya Arissa. Jadi, Darren pula yang terlibat dalam ingin melaksanakan dendam Dato'Shahir. Haih, macam-macam!
"Saya tak sangka betul. Dia sanggup buat macam ni, dia dah banyak berubah abang sejak isteri dia meninggal. Habis tu macam mana dengan Shahir tu abang? Abang biarkan dia je ke? Tak boleh abang, sebab dia Iyan masih tak sedarkan diri lagi. Saya bukan apa, saya kasihankan menantu kita Delysha. Dia tetap nak tunggu Iyan sampai sedar. Saya juga risaukan kandungan dia tu. Takut terjejas nanti." Dipicit pelipisnya. Haih, satu-satu masalah yang hadir.
"Memang taklah saya nak biarkan Shahir macam tu je. Dia dah meringkup dalam penjara dah. Kalau ikutkan hati saya, nak je saya suruh siapa-siapa bunuh si Shahir tu. Tapi saya cuma kasihankan Arissa je. Seteruk mana pun, itu tetap ayah dia. Haih, pasal Delysha tu... saya pun risau juga. Degil betul menantu kita tu. Risau saya dengan kandungan dia nanti." Tengku Malik melepaskan keluhan.
***
Apabila terasa seperti kepalanya yang berlapik itu diusap, pantas tangan itu ditepis. Haish, orang nak tidur pun tak senanglah.
"Sayang."
Terasa pipi kirinya pula diusap lembut. Delysha sempat mengeluh lalu tangan itu ditepis. Hish! Kacau sajalah nyamuk ni. Orang nak tidur ni. Eh! Nyamuk ada tangan ke? Ah, lantaklah.
"Sayang, wake up."
Matanya yang dari tadi tertutup, kini terbuka sedikit. Apa yang mama nak ni? Eee, panggil sayang-sayang bagai.
Eh! Sayang?
Seketika kemudian, matanya memandang pada gerangan sang pemilik suara itu. Macam kenal. Matanya membulat besar. Betul ke ni?
"Awak?"
Digosok-gosok matanya yang masih lagi dalam keadaan mamai itu. Darren yang bersandar lemah di kepala katil, tersenyum nipis. Bila lihat senyuman suaminya, pantas kepalanya diangkat tinggi. Sekali lagi, dia terlopong.
Wait, Darren dah sedar?
"Yes, sweetheart. I'm here."
Diusap kepala Delysha perlahan. Delysha mengukir senyuman sebak. Entah kenapa air matanya mengalir perlahan. Darren membetulkan kedudukannya di kepala katil. Tangan isterinya ditarik supaya wanita itu dekat dengannya. Delysha hanya akur. Dia teresak-esak perlahan.
"Sayang, kenapa nangis pulak ni? Janganlah nangis, aku okay."
Semakin lebat tangisan Delysha. Ya benar, itu suara suaminya. Benar, Darren dah sedar. Alhamdulilah. Diucap syukur dalam hati.
Delysha menggeleng seraya tersenyum nipis. "Awak nak saya panggilkan doktor ke?"
Delysha berura-ura ingin berdiri tetapi lengannya ditarik pantas oleh Darren. Dia kembali duduk semula.
"No! Tak perlulah. Hubby okay. Sayang, temankan hubby dekat sini boleh? Sumpah, rindu sangat dekat isteri hubby yang comel lagikan manja ni. Boleh?" Darren tersenyum manis sambil membuat puppy eyes.
Delysha menggigit bibir. Sumpah, dia cair. Comelnya Darren.
"Of course boleh. Kenapa? Hubby nak minum ke?" soal Delysha lembut. Darren menggeleng laju.
"No, I'm just really miss you, sayang. Hubby tak sedarkan diri berapa lama?" Soalan itu membuatkan Delysha ingin menangis semula. Syukurlah, Darren dah sedar. Tuhan makbulkan doa dia. Dia dapat Darren semula dalam hidupnya.
"Lima hari awak. Sampai hati awak buat kami macam ni... apa sebenarnya yang dah berlaku? Macam mana awak boleh kemalangan? Patutlah masa awak nak pergi, saya betul-betul tak sedap hati. Rupanya akan jadi macam ni. Saya bersyukur sangat sebab awak dah sedar."
Darren mengeluh seraya menggenggam tangan Delysha. Tidak mahu isterinya terus menangis.
"I'm so sorry sayang... sebab buat sayang risau. Hubby pun tak tahu akan jadi macam ni. Entah macam mana masa hubby nak seberang jalan masa nak ke parking kereta, ada sebuah kereta yang macam nak langgar hubby dan dia terus blah macam tu je. Mujur kena sipi je sebab hubby pantas ke tepi. Tapi rasanya kepala hubby terhantuk jugalah dekat jalan tar. Tapi haish, tak guna betul kereta tu tahu tak? Dia dah buat orang yang hubby sayang risau macam ni. Memang hubby dapat dia, hubby ajar cukup-cukup. Berani dia buat sayang menangis kan? Dia tu siapa?"
Delysha tersenyum segaris melihat wajah kemerah-merahan Darren apabila lelaki itu marah. Comel!
Wait, menurut apa yang Darren cerita, betul la apa yang papa beritahu dua hari yang lepas. Kemalangan Darren merupakan kes langgar lari... hmm siapalah yang jahat sangat ni? Dato' Shahir kan yang upah? Haih, semoga diberi hidayah.
"Memang pun, awak yang buat saya risau. Saya tunggu awak lama tahu tak? Nasib lima hari je, kalau saya terpaksa tunggu sampai lima tahun macam mana? Apa yang saya nak cakap dekat anak kita nanti bila dia tanya mana papa dia. Sanggup awak tak nak tengok anak kita membesar kan? Kan awak dah janji nak besarkan anak kita sama-sama nanti." Delysha mendengus. Dan tanpa sedar dia sudah terlepas cakap.
Dahi Darren berkerut seribu. Anak?
"Wait, tadi sayang cakap pasal 'kita' dan sekarang pasal anak kita pulak? So, what's going on? Apa yang sayang sorokkan dari hubby ni?" Wajah Darren sudah berubah serius. Dia memandang isterinya meminta penjelasan yang sebenar.
Delysha terkebil-kebil. Alamak! Kantoi! Tak apalah, mungkin dah tiba masanya untuk Darren tahu. Delysha tersenyum lebar.
"Yelah, anak kita. Ada dalam perut saya ni. Hubby, say hi to our little junior. Dia teman saya tunggu hubbu tau." Delysha ambil tangan kanan suaminya lalu dibawa ke perutnya. Seolah-olah ingin memberikan suaminya rasa pergerakan di situ. Padahal usia kandungan masih kecil.
Darren tergamam. Matanya membulat. Tangannya bergerak menyentuh permukaan perut Deysha yang masih tidak berapa besar.
"Seriously, sayang? Bila sayang tahu?"
Delysha tersenyum gembira. Akhirnya suami dia tahu. Tengok wajah suaminya pun sudah buat dia tahu yang Darren sangat-sangat happy sekarang.
"Yes, baru masuk empat minggu. Saya tahu masa saya pergi jumpa doktor dengan Faiq hari tu." Delysha tersenyum lagi. Senyumannya mati apabila melihat tangisan suaminya yang tiba-tiba sahaja mengalir.
"Eh, kenapa awak? Awak tak suka ke?" Delysha sudah resah. Kenapa Darren menangis?
Darren menggeleng laju seraya senyum. Tangan Deysha digenggam kuat.
"No, hubby suka sangat. Cuma terharu je. Gembira sangat yang tak lama lagi hubby akan jadi papa. Sayang tak tipu kan?"
Delysha menyeka air mata suaminya lantas mengangguk laju. Jarang betul lelaki menangis sebab terharu. Comel betul suaminya ini.
"Saya tak tipu. Semua dah tahu kecuali hubby. Sebenarnya nak bagitahu hubby dulu, tapi masa tak mengizinkan. Hubby marah ke?" soal Delysha takut-takut.
Sekali lagi Darren menggeleng.
"Hubby happy sangat-sangat! Thank you so much, my wife. Terima kasih sebab sudi ada zuriat dengan abang. Thank you, for everything. I love you."
Dahi isterinya dikucup lama. Dia sayang sangat dekat Delysha, perempuan yang kandungkan anaknya sekarang.
Dan ciuman Darren beralih kepada perut Delysha, yang terdapat anak mereka di situ. Darren melabuhkan ciuman dengan penuh kasih di atas permukaan perut isterinya.
"Assalamualaikum sayang papa. Thank you to you too sebab teman mama jaga papa dan hadir dalam kehidupan kami. Papa love you so much, my little junior. Can't wait to see you. Jangan nakal-nakal dalam perut mama tau!" Baju Delysha diselak sedikit dan perut isterinya diusap penuh kasih sayang.
Delysha tersenyum bahagia. Tak sangka, ini reaksi suaminya bila dia beritahu tentang berita gembira ini. Siap menangis lagi. Syukur, alhamdulilah. Tangan Darren di atas permukaan perutnya disentuh juga.
"Fuuuuyooo! Aku bakal jadi ayah!"
Jeritan nyaring Darren secara tiba-tiba membuatkan dia tergamam. Gila ke jerit kuat-kuat dekat hospital ni?
"Awak, jangan bisinglah!"
"I love you, I love you sayang. I love you my Darren junior. Hubby sayangkan kedua-dua nyawa hubby ni sampai akhir hayat." Pipi Delysha diusap lembut. Dan perut Delysha juga diusap lagi dengan sayang.
Anak dia, ada satu nyawa dalam ini. MasyaAllah, Allahuakbar. Tiada kata yang lebih indah lagi selain aku bersyukur kepadaMu. Terima kasih.
*Tamat*
Eh, eh, belum tamat lagi la. Hahaha. 😂
Korang vote banyak2 okay. Nak habis dah ni. Korang nak lagi sweet ke? Kalau nak tunggu epilog nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro