part 6
Delysha termenung seorang diri. Sekejap dia tersenyum sekejap dia tersengih. Seperti orang kurang siuman pula dia sekarang.
Mujur juga customers tiada. Kalau tidak, malu sahaja jika ada orang melihat keadaan dia sekarang yang tidak ubah seperti orang kemaruk bercinta. Bercinta dengan siapa pun dia tidak tahulah. Yang penting, hatinya sedang berbunga-bunga. Bolehlah dia membayangkan wajah jejaka tampan yang berjaya mencuri hatinya.
"Rumah kau dekat mana ni?"
Delysha tersenyum. Eleh, tadi tak nak tanya. Sekarang barulah nak terhegeh-hegeh tanya dia. Annoying tapi comel.
Eh?
"Rumah saya dekat Cheras. Bahagian rumah sewa Bukit Mawar. Awak tak kan tak tahu tempat tu?" jawab Delysha sambil terkedip-kedip matanya memandang Darren yang sedang khusyuk memandu.
"Tahu."
Itu sahaja dibalasnya. Eh, sombong. Tapi nasib dia cepat tangkap apa yang dia katakan tadi.
"Okay," jawab Delysha bersahaja. Setelah hampir dua minit masing-masing mendiamkan diri semula setelah pulang dari restoran, Darren memulakan bicara.
"Aku belum kenal kau lagi. Nama kau apa?"
Darren menyoal ingin tahu. Dia sudah cakap, dia ingin tahu luar dalam dan semua tentang gadis ini. Hatinya tertarik ingin tahu. Entahlah, dia pun tidak tahu kenapa dengan hatinya sekarang.
Delysha diam mendengar soalan itu. Baru sekarang dia nak tanya? Baru sekarang dia nak tahu? Untuk apa? Heh, dari tadi dia asyik panggil-panggil dia Delysha itu apa? Dah tahu dah kan namanya?
"Delysha." Ringkas dan pendek, Delysha tetap membalas. Darren mengetap bibir menahan geram.
"I know. Nama penuh kau?"
Ya Allah. Banyak pula soalan mamat ni!
"Untuk apa awak nak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan. Delysha mengangkat kening. Tiba-tiba sahaja nak tahu nama dia pula.
"Saja. Senang nak lafaz akas nikah nanti." Darren mengukir senyuman. Bukan senyuman sinis, malah senyuman nipis yang berjaya membuatkan Delysha yang memandang, menjadi terpaku.
Dia pantas mengawal riak wajah dan berdehem kecil. Tiba-tiba rasa menyesal pulak tanya soalan macam tu dekat Darren. Tengok, dia berjaya buat dirinya blushing seketika.
" Nama saya Nurul Insyirah Delysha Binti Tashriq."
Nah, ambil. Siap nama bapak lagi dia bagi. Pakej. Nak sangat tahu kan?
Darren senyum kecil. "Nice name, future wife. Tak nak tahu nama aku?" soalnya lalu tersenyum sinis.
"Tengku Iyan Shah Darren. I know already." Malas-malas Delysha menjawab. Namun hatinya berdebar sakan mendengar perkataan 'future wife' dari mulut seksi lelaki itu.
Darren sudah tersenyum sinis lagi. Dia memandang Delysha sekilas lalu.
"Wow! Kau ingat nama aku?Dah hampir sebulan kita tak jumpa, tapi kau ingat lagi? Mesti kau selalu tenung number card yang aku kasi sampai kau boleh hafal kan?" Darren senyum mengusik. Dia mula menghidu sesuatu.
Oh my Allah!
Delysha mengetap bibir. Dia ni memang nak cari pasal ke apa? Dah tentulah dia ingat. Lelaki ini siap bagi number card lagi kot. Heh, ingat dia jenis seorang yang pelupa ke apa? Cakap baik-baik sikit ya brother, dia cuba ingat, bukannya setiap hari setiap malam dia pandang kad tersebut. Tolong jangan perasan!
"Hello, awak jangan nak perasan sangat boleh? Awak yang bagi saya number card hari tu kan? Lupa? For your information, saya tak kuasa nak tenung benda tu! Hish malas nak layan awak ni!" Keluhan menyampah dilepaskan. Geram!
Darren tergelak kecil. Lucu melihat wajah marah gadis itu. Marah-marah pun tetap comel. Hidung kembang kempis. Pipi merah-merah. Why you're so cute, baby girl?
" Umur kau berapa?"
Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau berikanlah aku kesabaran dalam diriku.
Dia tanya lagi!
" 21 tahun."
"Ouh. Muda lagi. Aku 27 tahun. Tapi aku tak adalah nampak tua sangat. Aku nampak lebih smart dan bergaya dari kau," sindir Darren sengaja ingin membuat Delysha marah sambil dia tersenyum sinis.
Delysha mengepal penumbuknya. Smart dan bergaya? Puih perasan! Muntah kuning dia dibuatnya! Sesuka hati dia saja nak mengejek orang! Cili mulut tu nanti baru puas hatinya.
"Shut up, awak."
Delysha senyum segaris. Mamat tu memang suka cakap main ikut sedap dia saja. Tak jaga hati perasaan orang langsung. Ada adab ke tidak tu? Cubalah beradab sikit dengan dia. Ini tidak, asyik menyakitkan hati. Tak pun, tiba-tiba sahaja buat dia blushing dengan ayat manis lelaki itu.
Pelik kan lelaki itu?
Dia tergelak sendiri. Apa kenalah dengan dia ni sampai boleh teringatkan mamat itu pula. MasyaAllah, dah gila ke dia ni?
"Hey, beautiful!"
Sapaan seseorang membuatkan Delysha kembali sedar ke alam realiti. Delysha mengangkat muka untuk memandang gerangan suara itu. Dia terlopong melihat wajah tersebut. Mulut ternganga sedikit.
Bala apakah ini? Baru sekejap tadi dia berangan tentang lelaki ini, sekarang dah ada depan mata?
"Darren! Awak buat apa dekat sini?"
Delysha masih lagi tergamam. Apakah? Lelaki itu tahu ke dia tengah terfikirkan dia? Sebab itu lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul di depan matanya sebaik sahaja dia teringatkan lelaki itu? Macam itu ke?
"Aik, terkejut sangat kau ni. Kenapa? Salah ke aku datang?"
Delysha menggeleng laju. Tak, tak salah. Dia sahaja yang fikir bukan-bukan. Tak akanlah lelaki itu ada guna ilmu ghaib pula. Nauzubillah min zalik, mintak dijauhkan.
"Tak salah. Tapi awak nak apa dari saya?"
Delysha masih lagi tidak sangka. Tadi baru dia teringatkan mamat ini, dan tiba-tiba lelaki ini ada di hadapan matanya? Manalah dia tak terkejut.
"Nak ajak kau lunch. Jom lunch dengan aku."
Darren senyum sinis. Memang itu tujuannya datang sini memandangkan dia tiada flight ke mana-mana buat masa sekarang. Dia masih lagi diberi cuti.
Delysha terkelu lidah. Err, dia ajak aku lunch? Mimpi apa mamat ni? Baru semalam mereka jumpa. Pelik betul.
Demam ke?
"Err, saya banyak kerjalah kena buat. Sorry." Delysha mencari alasan. Padahal sekarang dia langsung tiada kerja kerana pelanggan tiada. Lagi pun sekarang sudah masuk waktu makan tengahari.
Darren tersenyum senget. Dia pandang Delysha tajam. "Kau memang tak pandai nak menipu. Sekarang waktu lunch. Nak ikut aku atau nak aku dukung kau?"
Again! Apa ni?
Dia malukan aku. Dia kenakan aku. Argh! Nak saja dia jerit melalak dekat sini. Darren nak dukung dia di sini?Oh tidak! Lagilah tak nak! No and never okay! Jangan harap dapat buat macam tu.
"Hmm, tapi nanti kak Reena marah say..."
"Aku dah beritahu dia awal-awal lagi. Dia tak akan marah, sebab kau keluar dengan aku. Lagi pun waktu lunch kan sekarang? So, nak aku dukung ke macam mana baru kau nak setuju?" potong Darren dengan sengihan nakal. Cermin mata hitam yang dia pakai ditanggalkan.
Delysha mendengus. Cis, baru saja dia nak cari alasan. Darren dah selesaikan semuanya. Siap minta izin Kak Reena lagi. Nanti bagaimana dia nak menjawab kalau Kak Reena tanya apa hubungan mereka? Aduh, macam mana ni?
"Hish yelah. Saya ikut awak. Suka sangat paksa orang! Bencinya!"
Akhirnya Delysha mengalah. Dia tersenyum menyampah. Dia mana ada pilihan selagi dia tak ikut lelaki ini. Nanti macam-macamlah idea lelaki itu mahu kenakan dia. Macamlah dia tidak tahu.
Darren hanya memerhati. Namun, bibirnya mengukir senyuman nipis. "Jangan benci sangat, nanti kau sayang dekat aku, susah tau."
Delysha hanya menjeling. Malas nak melayan. Dia ternampak Afiq yang berdiri di dalam stor. "Err, Afiq aku keluar lunch kejap tau. Kau jaga kedai. Boleh kan?" pinta Delysha kepada Afiq yang merupakan pekerja di sini juga. Pekerja Kak Reena yang melakukan kerja mengangkat stok barang yang berat-berat atau menghantar bunga yang sudah ditempat kepada pelanggan.
"Oh kau nak lunch? Okay boleh je. Untuk kau semua boleh. Pergilah makan. Makan banyak-banyak. Tapi hati-hati tau," jawab Afiq sambil tersenyum manis. Dia sedang sibuk menyusun kotak-kotak bunga yang baru sampai ke dalam peti ais khas di dalam stor.
Delysha juga senyum. Afiq memang suka mengusik dan seorang yang baik. Selalu risaukan tentang dia.
"Thanks weh. Nanti aku bungkus makanan untuk kau." Delysha tersenyum. Afiq hanya mengangguk kepalanya sahaja.
Darren yang menjadi pemerhati dari jauh, mula menjulingkan bebola matanya. Mukanya berubah masam sahaja. Menyampah. Boleh pula mereka nak sweet-sweet depannya? Huh, you will regret it, Delysha. Sebab buat hati dia sakit.
"Dah, jomlah cepat. Nak aku dukung ke?"
Sindir Darren kerana sakit hati. Entah apa yang hatinya sakit sangat pun dia tidak tahu. Tapi dia rasa sakit melihat Delysha yang selamba bermesra dengan lelaki lain di hadapan mata. Ah, apa-apa sahajalah.
"Tak nak! Jangan nak ambil kesempatan eh? Saya jerit nanti," ugut Delysha dan dia menjeling maut pada Darren.
Darren tergelak kecil melihat kelakuan Delysha yang menggelabah. Tidak jadi dah nak marah. Dengan Delysha, mampu membuatkan dia terhibur setiap masa. Kerenah lucu gadis itu mampu membuatkan hatinya yang ego dan beku berubah cair.
"Aku tak janji. Tapi aku cuba untuk tak ambik kesempatan dekat perempuan macam kau," jawab Darren selamba. Delysha buat tidak dengar. Makin dilayan makin pening kepalanya.
******
"Nak makan apa?"
"Kejap saya nak tanya awak ni. Saya nak makan banyak. Awak mampu ke bayarkan makanan untuk saya?"
Delysha menduga drastik. Dia tersenyum sedikit. Kali ini lelaki itu sendiri yang cakap nak belanja dia. Bukan seperti semalam yang lelaki itu suruh dia bayar semula. Lagi pun Darren sendiri yang beria ajak dia keluar makan, bukan dia yang nak. Siap paksa dan ugut dia pula tu tadi. Jadi memang patut pun dia mintak makanan yang banyak.
Darren terus memandang tepat wajah gadis itu. Nak menipu ke apa? Delysha makan banyak? Heh, memang tak pandai gadis itu nak kenakan dia. Makan lasagna malam semalam pun tidak habis. Hari ini ada hati nak makan banyak? Okay boleh saja, dia tidak kisah. Dia bukan jenis berkira dalam bab makanan. Tapi tak apa, kita teruskan permainan.
"Kau nak kata aku tak mampu lah ni?"
Sinis.
Delysha tersenyum meluat. Belagak betul. Cili mulut tu baru ada akal.
"Fine saya tak cakap pun macam tu! Err, kalau macam tu, saya nak nasi ayam satu, pudding caramel satu, cheese cake 2 and apple juice satu. Boleh?" soal Delysha menduga. Dia main sebut sahaja semua menu-menu tadi. Kalau ikutkan hati, nak sahaja dia tambah lagi. Tapi dia tahu, dia tak akan mampu habiskan sebab dia bukanlah seorang yang makan banyak.
Darren masih tersenyum sinis. Itu yang dia kata banyak? Simple! Perempuan ni... senang jugak sebenarnya. Tidaklah complicated seperti yang dibayangkan. Okay, kita tengok dia boleh habis ke tidak. Jangan tak habis sudah. Silap-silap nasi ayam pun tak habis nanti. Nak tunjuk belang sangat kan perempuan ni?
"Suka hati kaulah. Pastikan habis semua. Jangan suruh aku habiskan!"
Jawapan selamba seperti tidak kisah dari Darren itu membuatkan Delysha mengetap bibir. Geramnya!
Tektiknya tidak menjadi. Dia perlu habiskan? Heh, confirm tak mampu punya. Dia bukannya gadis yang kuat makan. Disebabkan itu jugalah dapur di rumahnya jarang berasap. Dia tidak makan banyak, Zara pula jenis malas masak dan suka makan di luar. Hah baguslah. Jimat barang dapur.
"Okay."
Wajahnya berubah sedih. Haih, terpaksalah dia makan semua makanan itu. Nasib kaulah Delysha. Tak apalah, kalau dia tak habis, dia bungkus sahaja dan bagi dekat Afiq atau Zara di rumah. Tak adalah berlakunya pembaziran.
Darren senyum melihat wajah Delysha yang sudah berubah riaksi.
"Give me one spaghetti cabonara and orange juice. Sekali dengan apa yang budak ni cakap tadi. Okay?" Tutur Darren kepada pelayan yang sudah lama menunggu mereka untuk mengambil menu itu. Pelayan lelaki itu mengangguk dan terus beredar dari situ.
Manakala Delysha sudah ketap rahang.
Budak dia panggil aku? Tak guna! Dia tu apa? Orang tua tak sedar diri! Orang tua gatal!
"Tu dah kenapa buat duck face pulak tu? Nak aku cium kau ke apa?"
Dia main ugut-ugut pula. Haihlah mamat ni. Ugut atau nak sakat? Jahat! Kejam! Dia memang selalu ada niat kan nak buat macam tu?
"By the way, thank you awak sebab belanja saya. Baik jugak rupanya awak ni kan?" balas Delysha sambil tersenyum mengusik. Dia guna tektik lain pula kali ini.
Darren tersenyum sinis. Tangannya mengetuk-ngetuk meja makan.
"Ada aku cakap aku nak tolong bayarkan ke? Hari ini kau belanja sebab semalam kau dah janji nak bayar makanan kau tu. No excuse, titik!" Darren senyum sinis sambil berpeluk tubuh.
Try again, sayang. Macamlah dia tak tahu apa yang berada dalam fikiran Delysha.
Delysha tergamam. Dia terlopong besar. Dia perlu belanja semua ni? Tadi bukan ke Darren yang cakap nak belanja? Ya Allah. MasyaAllah. Darren! Jahatnya! Kenapa tak cakap awal-awal? Tiba-tiba ubah fikiran kenapa? Ini mesti nak kenakan dia! Cis tak guna!
"Tengku Iyan Shah Darren, awak ni kan! Hah ada yang saya campak dalam laut! Eeeiii menyakitkan hati sungguh!"
Maka bermulalah bebelan panjang dari Delysha. Hatinya menjadi sakit. Berani Darren kenakan dia? Kalau dia tahu permainan lelaki ini, memang taklah dia akan ikut tadi.
Manakala Darren sudah tergelak besar. Sukalah tu Darren sebab dapat kenakan dia semula. Eeee, menyampah betul! Mamat ini memang licik!
****
Done.
Jangan lupa:
*Vote
*Comment
*Share bye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro