Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 58

Sebulan kemudian.

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejati yang tulus dan suci menjamin kebahagiaan buat mereka berdua. Delysha sudah pun menjadi isteri sekarang. Dua bulan lebih mereka berkahwin dan hidup sekali bersama Darren suaminya, membuatkan dia rasa sungguh bahagia.

Hari-hari dia akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan selalu melayan Darren dengan baik. Makan, pakaian semua usah dirisaukan. Semuanya sudah menjadi tugasnya sebagai seorang isteri yang harus melaksanakan semua tanggungjawab itu.

Hidup bersama lelaki yang bergelar suami, banyak mengajar dia dan Darren dalam pelbagai aspek. Setiap hari, pasti Darren akan menjadi imam solat mereka bersama. Kecuali zohor dan asar sahaja yang tidak dapat berjemaah bersama kerana Darren masih belum pulang dari tempat kerja. Sibuk macam mana sekali pun mereka, mereka tidak akan pernah tinggal rutin harian tersebut. Kerana solat jemaah merupakan salah satu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga sebuah hubungan.

Delysha tersenyum memandang wajah sang suami. Pagi-pagi macam ni elok pandang wajah suami, dapat pahala free. Hehehe dahlah suaminya itu semakin hari semakin kacak. Tetapi wajah suaminya kali ini sedikit pucat.

Mungkin kerana lelaki itu asyik ulang-alik ke tandas memuntahkan sesuatu sahaja sehingga membuatkan dia rasa kasihan pada suaminya. Pagi ini pun Darren gagahkan juga diri untuk masuk pejabat. Sudah dua hari lelaki itu cuti, tidak masuk kerja kerana tidak berasa sihat. Dia pun sama, tidak sihat juga. Tetapi dia tidaklah sering muntah-muntah seperti Darren.

"Kenapa sayang?"

Delysha menggeleng perlahan. Dibetulkan tali leher suaminya terlebih dahulu sebelum tangan dihulurkan untuk bersalaman. Huluran tangan Delysha disambut baik oleh Darren. Dan suaminya itu akan mengucup dahinya buat seketika sebelum pergi ke tempat kerja. Rutin harian mereka setiap kali lelaki itu ingin ke pejabat.

Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati pula hari ini. Dia risaukan Darren. Selalunya dia tidak pernah rasa begini, tetapi hari ini... entahlah. Perasaan yang aneh menyelubungi diri.

Kenapa dia rasakan sesuatu hari ini? Dia rasa berat hati mahu lepaskan Darren pergi. Mungkin kerana dia risau lelaki itu. Yelah, Darren belum sihat sepenuhnya lagi. Tetapi alhamdulilah dia semakin okay dari sebelum ini.

"Hubby, boleh tak kalau awak tak pergi kerja hari ni? Erm, hubby teman saya pergi klinik boleh? Saya rasa macam tak sedap hatilah. Hubby tak payah pergi boleh?"

Delysha menahan lengan suaminya yang sudah mara ke pintu utama. Darren memandang wajah sang isteri yang sudah bertukar risau semacam. Dia tersenyum kecil. Kepala isterinya diusap lembut.

"Sayang, kenapa ni? Tadi cakap nak pergi klinik sebab tak berapa sihat kan? Kata nak pergi dengan Faiq, kenapa ajak hubby pula ni? Kenapa  sayang tak sedap hati? Selalunya okay je biarkan hubby pergi kerja."

Delysha mengeluh. Haih, dia pun susah nak terangkan. Nampak macam Darren bersungguh-sungguh tak nak ikut permintaannya buat kali ini.

"Err, kan hubby selalu mengadu sakit kepala, muntah-muntah teruk semua sejak beberapa hari ni. Jadi jomlah kita ke klinik sekali. Mana tahu ada penyakit serius ke apa kan? Hubby tak payahlah pergi kerja okay? Please, teman saya?" Delysha sudah mula mendesak. Dia memang betul-betul terpaksa halang Darren dari pergi.

Sejak akhir-akhir ni Darren selalu mengadu pening kepala. Tiap-tiap malam mesti suaminya akan memuntahkan segala isi perut yang dimakan pada waktu siang. Ajak makan pun selalu saja tiada selera. Dia pula yang risau. Tapi biasalah Darren, dia akan selalu cakap yang dia baik-baik sahaja. Okay dan terus okay, tak perlu risaukan dirinya. Okay apanya kalau selalu sangat muntah-muntah? Padahal muntah air sahaja selalunya. Risau pula dia.

"Sayang, hubby dah lambat ni ada meeting. Diorang dah tunggu hubby dah tu. Tak baiklah pula nak cancel last minute macam tu je. Lagi pun hubby okay jelah, kan dah dua hari hubby tak pergi kerja. Hari ni hubby kenalah masuk pejabat jugak. Sayang janganlah risau." Tepi kepala isterinya diusap perlahan.

Wajah Delysha terus berubah masam. Darren masih degil nak pergi pejabat juga!

"Okaylah, hubby janji lepas habis je meeting, terus hubby balik okay? Dah, jangan risau. Sayang pergi je okay? Jangan lupa jaga diri. Suruh Faiq tolong tengok-tengokkan sayang sekali. Lepas pergi klinik jangan lupa balik terus. Jangan nak melencong mana-mana pula dengan Faiq tu. Hubby jealous nanti!" Pipi tembam si isteri dicubit perlahan. Delysha yang dilanda kerisauan itu mula tergelak kecil.

"Eeei yelah. Dengan Faiq pun nak cemburu. Orang tu dah nak kahwin dahlah."

"Manalah tahu dia masih ada hati dengan isteri hubby yang comel ni kan? Dah hubby pergi dulu, jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Hubby sayang sangat dekat sayang. I love you, isteriku." Dahi isterinya dikucup lagi. Kali ini lebih lama.

Delysha hanya senyum nipis. Walaupun hatinya masih lagi risau dan tidak sedap hati, tetapi dia harus usir perasaan tidak elok itu dengan secepat yang mungkin. Doa yang baik-baik sahaja buat suaminya. InsyaAllah semuanya akan okay.

"I love you more, suamiku. Bye hubby... jaga diri okay?" Darren mengangguk sebelum menghidupkan enjin kereta.

"Hubby, kejap!"

Delysha berlari ke arah Darren. Darren membuka cermin tingkap sedikit. Wajah penuh kerisauan isterinya dipandang lama.

"Kenapa ni sayang hmm?" Tangan Delysha digenggam. Delysha memejamkan matanya. Sungguh, dia berat hati mahu lepaskan Darren pergi. Dia sendiri pun tidak faham dengan perasaannya sekarang.

Kenapa dengan dia ni? Sebelum ini okay saja. Kenapa dia rasa... akan jadi sesuatu pada suaminya? Ya Allah, minta dijauhkan.

"Hubby, you must take care of yourself okay. I'll be worrying about you."  Darren mengangguk berkali-kali. Ingin meyakinkan isterinya bahawa dia baik-baik saja. Tidak ada apa yang perlu di risaukan.

"Okay, my dear. Don't think to much. I'm okay. Trust me, please." Kata-kata Darren itu sedikit sebanyak dapat meyakinkan dia sedikit. Delysha tersenyum lega.

Perlahan-lahan tangan Delysha di dalam genggamannya dilepaskan.

"Take care, hubby. I will miss you!"

Darren tergelak lepas. Comel saja isterinya. Dia belum pergi lagi dah terjerit-jerit macam tu.

"Me too, sayang. I love you,"  balas Darren lalu dia memandu keretanya membelah jalan.

Delysha hanya melihat Darren yang sudah pergi jauh itu dengan hati yang sebal. Sempat dia mengeluh kecil. Kenapalah dia rasa tak sedap hati semacam ini? Delysha memejamkan matanya. Cuba menenangkan diri sendiri. Dia tak nak terlampau ikutkan perasaan. Dia percaya Darren. InsyaAllah suaminya tidak apa-apa.

'Tolong jagakan dia untukku, ya Allah.'

****

Keluar sahaja dari klinik itu, Delysha sudah tersenyum gembira. Faiq yang memandang langsung tidak dipedulikan. Dia rasa sangat gembira apabila mendengar berita yang baru di sampaikan oleh doktor tadi.

"So, macam mana? Semua okay kan?" Delysha tersentak apabila Faiq menyoal.

"Semua okay je. Dah, jom kita balik," ajak Delysha. Faiq hanya menurut. Semasa dalam perjalanan pun dia banyak termenung dan tersenyum-senyum seorang diri. Pandangan hairan Faiq langsung tidak dihiraukan.

Bila teringatkan kembali berita yang doktor beritahu tadi, terbit senyuman gembira dibibirnya. Tangannya jatuh mengusap perutnya yang masih lagi kempis itu.

"Macam mana doktor?Saya okay je kan?" Doktor yang bernama Suria itu sudah tersenyum-senyum. Delysha mula hairan.

"Tahniah Puan Delysha, awak hamil tiga minggu."

Delysha tergamam. Apa? Dia tak salah dengar kan? Baru sahaja dua bulan lebih dia berkahwin, dia sudah ada isi? Anak dia dan Darren? Syukur alhamdulilah. Tidak lama lagi, dia bakal jadi ibu.

Delysha tersenyum gembira. "Betul ke doktor? Kenapa saya tak rasa apa-apa pun?" Soalnya bercampur baur. Dia tak nak terlampau berharap perkara yang belum pasti. Pasti sakit apabila dikecewakan.

Doktor Suria itu mengukir senyuman.

"Suami puan pula macam mana? Ada muntah-muntah atau pening ke?"

Semakin hairanlah Delysha dibuatnya. Apa kaitan suami dia dengan masalah dia sekarang ni?

"Haah ada, sejak dua tiga hari ni suami saya selalu mengadu pening kepala, tiap-tiap malam mesti dia muntah. Selera makan pun hilang. Kenapa ya, doktor?" Doktor Suria hanya tersenyum.

"Menurut apa yang puan cakap ni, memang tak lain tak bukan suami puan yang terkena alasan semasa puan mengandung. Kiranya suami puan yang akan ambil alih sakit-sakit puan masa mengandung nanti. Alahan semua tu suami puan yang kena. Tapi puan jangan risau, perkara macam tu tak akan lama, dalam beberapa minggu sahaja."

Delysha mengangguk faham. Jadi maknanya suami dialah yang kena morning sickness semasa dia mengandung?

Patutlah Darren selalu muntah-muntah, pening kepala dan sebagainya. Darren yang kena? Allah, kasihan Darren.

"Tapi kenapa suami saya pula yang kena alahan ya doktor?"

" Perkara macam ni biasa dalam sebuah hubungan suami isteri. Selalunya kalau kes macam ni, kadang tu suami puan sendiri yang minta sakit-sakit semasa puan mengandung digantikan kepada dia. Mungkin doa dia dah termakbul kot. Maknanya suami puan sayang sangat dekat puan sampai dia sanggup untuk alami alahan ini demi puan." Delysha tersenyum lagi. How sweet you are Mr Husband.

"Saya faham. Terima kasih ya, doktor."

"Sama-sama. Jaga kandungan tu baik-baik. Kandungan puan masih baru, jadi macam-macam boleh berlaku." Delysha angguk faham dan dia mula beredar.

Dia rasa gembira sangat sekarang. Tak sangka pula selepas dia pulang dari honeymoon, dia akan mengandung. Serius dia tak sedar pun yang dalam rahimnya sudah ada satu nyawa baru.

Rasa tak sabar sangat nak beritahu berita gembira ini pada suaminya Darren bila lelaki itu pulang dari meeting nanti. Dia nak orang yang pertama tahu berita kehamilan ini adalah suaminya. Dan disebabkan itulah dia tidak mahu beritahu apa-apa pada Faiq. Biarlah jadi kejutan buat suaminya dulu. Mesti Darren gembira kalau dapat tahu berita ini. Tak sabar nak tengok reaksi suaminya nanti.

Nak chat Darren sekejaplah. Hiks, rindunya kian menggunung.

Hubby
Awak, nanti balik makan tengahari okay? Saya masak. √

Darren tidak online pun. Masih di meeting kah? Mungkin juga. Biarlah lelaki itu sibuk mungkin. Dipandang wajah Faiq di sebelah yang khusyuk memandu itu pula.

"Kita pergi mall sekejap boleh? Ada barang yang saya nak beli."

Cadangnya dia nak buat surprise untuk Darren sebelum Faiq menghantarkan pulang ke rumah. Dia nak buat kejutan pasal berita kehamilan ini. Mesti Darren pun excited macam dia juga. 

"Barang apa pula kau ni? Kata tadi nak pergi klinik je. Aku ada kerja lainlah nak buat." Faiq membangkang tidak setuju.

Delysha sudah mencebik. Eeei mintak tolong sikit pun tak boleh!

"Awak ni! Tak membantu langsunglah. Sampai hati buat adik sendiri macam ni..."

"Adik angkat je okay?"

"Sampai hati!"

Delysha mencebik sedih.

"Haish, yelah-yelah adikku sayang. Macam-macamlah kau ni!" Delysha tersenyum-senyum. Yes!

"Alaa, saya dah agak dah yang awak sayangkan saya. Lagi pun awak kan..."

Nyanyian lagu Surrender by Natalie Taylor itu membuatkan percakapannya terhenti. Sempat dia melihat gerangan yang menelefon sebelum panggilan itu dijawab. Faiq juga turut memandang ke arahnya.

Number dari pihak hospital? Entah kenapa hatinya berdebar-debar untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello? Ya, saya isteri kepada Tengku Iyan Shah Darren? Kenapa ya?" Berdebar-debar pula rasanya. Harap suaminya baik-baik saja. Aamiin!

"Suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Saya harap puan boleh datang ke hospital dengan segera ya?"

"What?"

Serta merta air matanya gugur. Darren suaminya terlihat dalam kemalangan?

Allahuakbar!

Selamatkanlah suami aku, ya Allah!

***

Hola-hola. Sis saja buat Darren kemalangan. Perasan tak cerita TJD ni tak banyak konflik? Tambah pula konflik selepas berkahwin? So, kita pun buatlah bab ni. Surprise sikit. Hehehe. Peace!✌️

Kalau Darren... mati okay ke? Sebab sis boleh tambah hero baru. 😈

Jangan marah okay? Hehehe. Larii!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro