Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 55

Sudah masuk dua hari Delysha dan Darren melancarkan perang dingin. Mereka berdua akan berlakon seperti pasangan bahagia apabila berdepan dengan mama dan papa sahaja. Bercakap pun bila depan mereka sahaja.

Tidur pula memang sebilik, tetapi Delysha akan lebih pantas berbaring di bawah. Sengaja membiarkan suaminya tidur di atas katil manakala dia pula tidur di bawah lantai hanya berlapikkan tilam nipis sahaja.

Darren pula akan mengambil alih mengangkat tubuh isterinya ke atas katil apabila gadis itu sudah tidur dengan nyenyak. Dan dia pula yang akan berbaring di bawah. Tak sanggup untuk dia  membiarkan isterinya tidur di bawah seperti itu. Dan seperti itulah pada hari-hari yang seterusnya. Entahlah, baru sahaja kahwin dah gaduh macam ni. Nasib badanlah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruklah padahnya. Hah sesuai sangatlah peribahasa itu dengannya. Kerana mulut, peperangan ini terjadi.

Puas juga dia memujuk isterinya, namun tidak jalan. Delysha hanya buat tidak tahu sahaja. Seolah-olah dia tidak wujud di hadapan gadis itu.

"Kita nak pergi mana ni?"

Dia berpaling memandang isteri di sebelah. Darren tersenyum. Rasa macam dah lama tak dengar suara isteri sendiri.

"Honeymoon."

Jawapan Darren itu membuatkan Delysha melepaskan keluhan. Honeymoon apanya? Patutlah tadi beria-ria ajak dia keluar. Siap suruh bawa banyak pakaian lagi. Rupanya nak berbulan madu.

Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang taklah Delysha nak ikut. Tapi disebabkan mama dan papa ada sekali masa tu, terpaksalah dia setuju. Ewah Darren ni. Dia main mama papa eh sekarang? Tahu saja kelemahannya. Tak akanlah dia nak menolak permintaan Darren di hadapan kedua orang tua lelaki itu. Tak sopan dan tidak manis pula dia buat begitu. 

Delysha memilih untuk berdiam diri. Dia berpaling keluar tingkap lalu cuba melelapkan mata. Apabila kereta berhenti kerana lampu isyarat, terasa pula dahinya dikucup lembut. Siapa lagi kalau bukan Darren?

Perkataan yang dibisikkan oleh Darren semasa dilabuhkan ciuman tadi hanyalah 'maaf.'

Maaf, maaf dan terus maaf. Itu sahajalah ayat yang dia selalu dengar semasa mereka berperang dingin. Dia bukan nak dengar ayat itu, dia cuma mahu Darren memujuknya sahaja. Susah sangat ke Darren nak faham?

Akhirnya dia terlelap. Biarlah suaminya itu memandu sendirian. Malas dia mahu fikir. Baru kahwin, dah gaduh macam ni. Pengalaman betul!

***

"Sayang, bangunlah. Kita dah sampai ni." Pipi Delysha diulus lembut. Darren merenung wajah si isteri. Haih, tidur pun cantik.

Dia tersenyum kelat bila teringatkan hubungan mereka yang semakin renggang hanya kerana percakapannya yang sudah mengguriskan hati si isteri.

Kerana mulut, badan binasa. Ego dan cemburu punya pasal la ni.

"Sayang," panggil Darren lembut. Delysha terpisat-pisat. Matanya terbuka sedikit lalu dia menguap kecil. Pandangan dihalakan ke arah sang suami yang terlalu dekat dengannya. Delysha merenung Darren tajam.

"Awak buat apa ni hah?" Lekas-lekas dia menjarakkan ruang antara mereka. Darren tersenyum sinis. Apa punya soalan ini?

"Kejut kau bangunlah."

"Boleh percaya ke?"

"Apasal? Kau tak percayakan suami sendiri?" Keningnya terangkat.

Delysha tersenyum kelat. "Dah suami sendiri pun tak percayakan isteri, macam manalah si isteri nak percayakan suami dia. Fair kan?" Darren tersentap. Delysha perli di ke apa?

"Err, dahlah. Kita dah sampai. Kau tu kalau dah tidur, letak bom dekat sebelah pun belum tentu kau sedar kan?" perli Darren. Delysha mencebik. Ceit...dia perli akulah tu!

"Diamlah awak. Bising je."

Darren tersenyum. Rasa macam dah lama tak menyakat Delysha macam ni. Rasa menyesal sebab tuduh gadis itu melulu tanpa usul periksa.  Haish, cemburu punya pasal la ini. Kasihan isterinya.

"Kita dekat mana ni?" Delysha memandang sekeliling.

Hotel? Buat apa dekat hotel ni?

"Pulau Tioman. Dah jom keluar." 

Delysha terkebil-kebil. Pulau Tioman saja? Eee, ingatkan nak pergi manalah tadi. Beria betul ajak aku!

"Awak! Tunggu la saya!"

Dasar tak gentelman langsung! Nasib beg dia Darren pandai tolong angkatkan. Eee, suami siapalah tu. Beg-beg tu lagi penting dari isteri dia rupanya. 

***

Terbeliak besar mata gadis itu. Wah! Cantiknya. Bilik hotel ni untuk pasangan honeymoon ke? Cantiknya! Ada sepasang katil yang sudah dihiasi dengan bunga mawar merah. Dan terdapat juga belon-belon berbentuk merah jambu yang menghiasi ruang kamar.

Delysha membuka gebar langsir untuk melihat pemandangan luar. Sekali lagi dia tergamam. Indahnya! Pandainya Darren pilih tempat... nice view!

"Suka?" soal Darren.

"Bolehlah," jawab Delysha malas-malas. Delysha mengetap bibirnya. Gila tak suka?

Darren tersenyum lagi. "Marah lagi ke pasal tadi?" Delysha sudah mencebik. Pasal tadi? Heh, dah tahu lagi nak tanya.

"Aku tak nak tidur berasingan dengan isteri aku. Kalau tak nak tidur sekatil pun tak apa, asalkan kau ada dengan aku."

Darren cuba berlembut kali ini. Mana tahu isterinya dapat memaafkan dia kalau dia berlembut sahaja. Dia memang betul tak puas hati tadi bila Delysha sibuk nak bilik lain dan tak nak tidur dengannya. Ah! Memang taklah dia benarkan. Makin rengganglah hubungan mereka nanti kalau tidak sebilik. Buat apa dia merancang bulan madu ini jika Delysha mahu seorang diri tanpanya disisi.

"Ada je alasan awak tu."

Walaupun apa yang Darren cakap buat dia rasa serba salah, tapi dia tetap tidak mahu cepat termakan dengan kata-kata dan pujuk rayu Darren.

Orang perempuan, kenalah merajuk lebih sikit. Biar kita ajar kaum Adam ini sikit. Jangan nak cakap main lepas saja. Cakap ikut perasaan memang macam tu. Tak pernah nak fikir panjang dan main tembak saja. Yang terlukanya siapa? Kaum Hawa juga. Eee, sabar jelah dapat suami macam ni. Nasib handsome, kalau tidak tak akan dijadikan suami. Kalau bukan suami sendiri, dah lama dah dia lenyek-lenyek Darren ni. Biar jadi lempeng saja senang. Humph!

Eh? Tak adalah sampai macam tu. Dia sayang Darren sangat-sangat hehe.

"Kita buat apa dekat sini sebenarnya?"

Tak logiklah kalau honeymoon. Dia tahu kan aku tengah marah lagi dekat dia. Lagi pun dia tak kerja ke? Haih, peliklah. Nak tanya banyak-banyak, tapi dia tengah dalam mood  'merajuk' lagi. So, tak boleh tanya lebih-lebih.

Darren cuba mengukir senyuman.
"Kan aku dah cakap kita honeymoon. Kenapa? Tak percaya ke?" Delysha mencebik. Heh, honeymoon apanya? Geli tekak dengar.

"Lagi awak cakap pasal percaya. Saya dah cakap banyak kali yang saya masih lagi percayakan awak. Tapi lainlah awak, entah percayakan saya ke tidak."

Darren terdiam. Tak habis lagi ke soal percaya tak percaya ni?

Darren memegang tangan Delysha lalu ditarik dan dibawa ke arah katil. Dia menyuruh isterinya duduk di sebelahnya, dan Delysha hanya akur. Wajah suaminya dipandang.

"Delysha, look. Okay, aku mintak maaf sangat atas apa yang aku dah cakap dekat kau. Aku tak patut tuduh kau melulu. Kau tahu tak, aku cemburu bila kau boleh tersenyum-senyum dengan kawan aku. Tambah pulak kawan aku asyik puji-puji kau je. Lagilah aku panas hati. Tapi sumpah, aku percayakan kau. Aku percayakan isteri aku. Tapi disebabkan marah aku, ego aku, aku ketepikan perasaan kau. Maafkan aku." Darren memandang anak mata isterinya.

"Pasal kau suruh aku fikir betul-betul sama ada aku nak terus hidup dengan kau sampai aku tua, nak habiskan sisa-sisa hidup aku dengan kau tu, aku betul-betul yakin sangat. Aku nak hidup dengan kau sampai akhir nafas aku. Kau buat aku tak wujud tiga hari yang lalu dah buat aku rasa yang aku kehilangan kau. Kau buat aku sesak nafas, sayang. Ya, aku mengaku yang aku tak boleh hidup tanpa kau."

Delysha hanya senyap. Ingin mendengar lebih lanjut tanpa niat ingin menyampuk.

"Padahal kau ada je depan mata aku. Tapi hati kau, fikiran kau, perasaan kau, semua tak ada pada aku. Tak ada! Aku betul-betul mintak maaf sebab tak pandai jaga hati kau, jaga perasaan kau. Aku janji lepas ni aku akan lebih pandai jaga hati kau. Kau maafkan aku tak, sayang?"

Darren merenung wajah Delysha. Sungguh dia menyesal, dia harap sangat hubungan dia dan Delysha kembali seperti dulu. Tak sanggup untuk dia terus jalani hidup tanpa isterinya.

Bila pandang wajah ikhlas Darren, perasaan yang marah, merajuk dan cukup terasa sudah hapus serta-merta. Tersentuh hatinya bila mendengar ucapan ikhlas si suami.

Darren betul-betul menyesal, dia betul-betul takut kehilangan dirinya, dan dia betul-betul mintak maaf dengan hati yang terbuka. Sungguh dia tersentuh.

Perlahan-lahan Delysha tersenyum manis. Sampai bila dia nak marahkan suaminya? Sampai bila dia mahu bermasam muka dengan suaminya? Dia juga yang berdosa. Buruk mana pun suaminya itu, Darren tetap suaminya. Dia juga tidak sanggup terus menerus begini bersama Darren. Mereka baru sahaja berkahwin. Dan salah seorang perlu bertolak-ansur. 

"Saya maafkan awak kali ni. But..." Darren menanti dengan sabar.

"Janji dengan saya yang awak akan percayakan saya sampai bila-bila? Janji dengan saya yang awak tak akan buat lagi perkara yang sama?" Mata mereka bertentangan.

"I'm promise my wifey. Forgive me, huh?"   Delysha mengangguk dan tersenyum kecil.

Darren sudah tersenyum lega. Dia tahu isterinya seorang hati yang lembut dan seorang yang memang mudah memaafkan orang.

Kedua-dua belah telapak tangan isterinya dibawa ke bibir dan dikucup syahdu.

"Thank you sebab faham aku. Kau selalu faham aku. Memang aku tak salah pilih isteri. Buruk macam mana pun perangai aku, kau tetap maafkan aku. Aku sayang kau dunia akhirat, my wife." Dikucup pula dahi isterinya. Mata Delysha sudah terpejam. Rindu belaian sang suami.

"Saya akan sentiasa faham awak. Saya merajuk pun bukan sebab awak ego, awak marahkan saya. Cuma saya nak awak pujuk saya je. Alih-alih asyik perkataan maaf je awak sebut. Tak romantiklah suami saya ni!" Pipi tembam Darren diusap. Orang nak dia pujuk saja. Eeei tak memahamilah suaminya itu. Lambat bertindak.

Darren sudah tersengih sampai ke telinga. Okay, dia sudah faham sekarang.

"Oh, kiranya kau merajuk lama-lama ni nak aku pujuklah? Faham... faham. Lepas ni kalau kau merajuk dengan aku, mesti kau nak aku pujuk kau kan? It's okay sayang, aku ada surprise untuk kau. Banyak surprise aku untuk kau dekat sini. Are you excited, baby?"

"Surprise apa pulak ni?"

Jangan macam-macam! Huwaa, menakutkan tau tak!

Darren senyum penuh makna. "Kata nak aku pujuk kan tadi? So just wait and see. Tak lama lagi kita akan dapat baby. Honeymoon pakej sekali dengan babymoon. Kan sweet tu?"

Delysha sudah cuak. W-what? Babymoon?

"Awak jangan macam-macam!"

Darren hanya tergelak. Tahu takut! Rindu nak usik Delysha. Mesti comel kalau isterinya malu. Pipi dahlah tembam. Tak boleh bayangkan macam mana wajah anaknya nanti. Mesti comel macam isterinya.  Tak sabar!

***

TBC!

New chapter untuk korang. Disebabkan sis nak habiskan cerita ni cepat, so sis update cepatlah jawabnya.

Korang, jangan lupa baca cerita sis yang terbaru. Doaku Untukmu Sayang. Sis dah update part prolog. Hm pergilah baca, vote dan comments kalau sudi. 👉👈

Press ⭐and leave your comments!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro