part 51
Disebabkan persiapan kahwin belum siap sepenuhnya lagi, Delysha terpaksa mengikut arahan Darren dan Tengku Sheila yang menyuruh dia tinggal sekali di dalam rumah Tengku Malik. Haih, nak tak nak terpaksalah dia ikut sahaja arahan itu. Lagi pun senang sikit dia dapat bantu apa yang patut.
Tak lama pun, dalam seminggu saja. Seminggu lagi dia akan bergelar isteri orang. Perasaannya sukar untuk digambarkan. Sedara-mara keluarga Darren juga turut berkumpul di sini. Bertambah malulah dia. Tambah pula Darren jarang ada di rumah. Seperti yang dijanjikan dulu, lelaki itu tidak akan selalu ada dengannya kerana terpaksa menguruskan projek besar. Sungguh dia berharap lelaki itu ada sekali dengannya sewaktu begini.
Tetapi dia faham. Kerja kan? Yang penting masa akad nikah nanti, Darren datang. Itu pun dia sudah bersyukur.
"Kak Sha, aunty Sheila panggil tu dekat dapur," ujar Mawar adik sepupu Darren. Ahli keluarga lelaki itu sudah mula mengenalinya dan hubungan mereka juga semakin rapat. Tiga hari menetap di rumah Darren, dia sudah mengenali semua ahli keluarga belah Tengku Malik mahu pun Tengku Sheila. Semuanya baik-baik belaka.
"Okay. Terima kasih Mawar."
Kakinya terus melangkah ke dapur. Ramai juga saudara-mara Darren di dapur ini. Terpaksa dia tebalkan wajahnya seketika.
"Ya, aunty? Kenapa panggil Lysha?" soal Delysha perlahan. Tidak mahu orang lain turut mendengarnya sekali.
Tengku Sheila tersenyum kecil memandang wajah bakal menantunya.
"Sekejap lagi Iyan balik, dia kata papa dah bagi dia cuti. Lagi seminggu je kan majlisnya? Papa suruh orang lain tolong handle projek tu. Iyan pun dah tak sabar-sabar nak balik tu."
Tengku Sheila tersengih mengusik. Itu pun apa yang suaminya beritahu semalam. Gembira tak terkata anak lelakinya itu. Nak kahwinlah katakan. Tambah pula bakal isteri sudah ada di rumah ini. Semakin tak sabarlah anak sulungnya itu mahu pulang ke rumah. Rindu bakal isterilah katakan.
Delysha tersenyum lebar. Darren nak balik sekejap lagi? Dia tersenyum lagi. Sudah tiga hari dia tidak berjumpa lelaki itu. Disebabkan projek itu di Kelantan, jadi terpaksalah lelaki itu menetap di sana. Call atau mesej pun tiada sepanjang lelaki itu tinggal di sana. Kalau dia tidak menetap di sini, sudah lama dia sangsi dan risaukan Darren. Buatnya Darren tak datang atau tak pulang ke rumah nanti? Hah, naya!
"Baiklah aunty. Sha nak sambung gubah hantaran dengan saudara-mara yang lain sekejap."
Tengku Sheila hanya mengangguk. Dia mengukir senyuman. Jelas sekali bakal menantunya itu gembira semasa dia memberitahu berita itu tadi. Tahulah dia yang mereka memang benar saling mencintai.
Delysha duduk di sebuah kerusi seketika apabila gubahan hantaran sudah siap dikemaskan lagi. Bila bercakap dengan Tengku Shiela tadi, dia rasa gembira. Gembira yang bakal mertuanya itu sudah mula menerimanya sebagai menantu. Teringat kembali apa yang dikatakan semasa dia dan Darren ke sini dulu. Gementar tak terkata dia sewaktu itu apabila merisaukan Tengku Sheila yang masih tidak dapat menerimanya. Tetapi dia tidak sangka, tamparan yang disangka bakal diterima, ternyata pelukan yang dia dapat dari wanita itu. Dia semestinya terkejut ketika itu.
Pelbagai perkara yang difikirkan sekarang ini. Antara salah satunya, adakah Tengku Sheila akan menerimanya atau akan menghinanya sama seperti dulu?
Atau tamparan yang bakal diterima di pipi putih bersihnya nanti?
"Err... assalamualaikum aunty."
Lambat-lambat Delysha bangun lalu tangan Tengku Sheila disalam. Senyuman kekok terbit dibibirnya. Dia gementar.
Tengku Sheila memandang Delysha lama. Gadis itu sudah terkebil-kebil sendiri. Sempat dia menjeling ke arah Darren. Lelaki itu juga turut sama memandang Delysha dan mamanya silih berganti. Takut benda lain pula yang jadi nanti.
Delysha mengetap bibir apabila secara tiba-tiba Tengku Sheila menariknya masuk ke dalam pelukan. Semua yang melihat menjadi terkejut. Delysha lagi terkejut. Apakah?Dia sudah selamat berada dalam pelukan Tengku Sheila.
"Maafkan aunty sayang. Aunty banyak buat salah dengan Delysha. Aunty minta maaf sangat di atas segala perkara yang aunty pernah buat dekat kamu. Aunty punca segalanya. Maafkan aunty ya?"
Tengku Sheila mula teresak atas perbuatannya dulu. Kalau tak disebabkan janji dan terlampau ikutkan perasaan, Darren anaknya tidak akan terluka teruk dengan perbuatannya dulu. Jelas sekali Darren berubah seratus-peratus bila Delysha menghilangkan diri dahulu. Sampaikan bawa diri ke negara orang.
Tak pasal-pasal anak sulungnya dan gadis itu menjadi mangsa kebodohannya. Disebabkan terlampau percayakan Arissa, dia jadi begini.
Apa yang dia boleh harap sekarang, hanyalah kemaafan semua orang. Dia tahu dia banyak buat salah. Dia malu sebenarnya nak berharap dengan Delysha dan yang lain. Tetapi dia tetap bersyukur kerana dapat bertemu dengan Delysha semula dan dia nak tebus semuanya yang hancur kerana perbuatannya dahulu.
Perlahan-lahan pelukan Tengku Sheila dibalas. Delysha serba salah melihat Tengku Sheila yang tidak henti menangis di dalam pelukannya.
"Aunty janganlah macam ni, aunty tak salah pun. Saya memang tak layak jadi menantu aunty. Tambah pula saya bukanlah dari golongan orang berada. Saya yang patut sedar diri. Saya minta maaf. Kalau aunty tak suka saya bersama Iyan, tak apa. Saya boleh undur diri."
Semua terkejut mendengar pengakuan Delysha itu. Darren sudah ternganga mulutnya.
Apa benda semua ni? Delysha sudah give up ke? Sekali lagi, dia buat macam ini?
Tengku Sheila menggeleng laju. Dia melepaskan pelukan dan matanya bertentang dengan Delysha.
"Tak! Delysha memang layak jadi menantu aunty, jangan pergi lagi please. Aunty yang sepatutnya minta maaf atas perbuatan aunty, kamu dan Iyan terpaksa berpisah. Aunty terlampau ikutkan emosi. Maafkan aunty atas perbuatan aunty dulu ya Delysha, Iyan?"
Mata wanita itu kembali berkaca. Wajah anaknya pula dipandang meminta simpati.
Darren menggelengkan kepalanya. Dia mula menapak ke arah Tengku Sheila lalu dia memeluk bahu wanita itu dari tepi.
"It's okay ma. Mama tak salah pun. Iyan faham mama cuba buat yang terbaik. Malah mama banyak berubah, dan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk kami. Terima kasih sebab mama restu hubungan kami. Love you ma." Kekura Tengiu Sheila dikucup ikhlas. Delysha juga mengangguk tanda dia turut sama setuju dengan kata-kata lelaki itu. Dia tersenyum senang.
Tengku Sheila mengangguk terharu mendengar kata-kata anaknya dan dia tersenyum lantas memeluk Delysha sekali lagi.
"Bakal menantu mama ni!"
Semua yang mendengar sudah tersenyum bahagia. Alhamdulilah finally! Semuanya telah pun selesai.
Delysha tersenyum lagi. Alhamdulilah begitulah yang terjadi saat itu. Dia bersyukur, akhirnya kebahagiaan datang buat dia dan Darren untuk kekal bersama. Cuma ada satu sahaja yang sering bermain dalam fikirannya. Dimanakah Arissa sekarang? Apa yang sudah terjadi sebenarnya pada gadis itu?
"Sayang!"
Dapat Delysha rasakan Darren duduk di sebelahnya. Suara Darren sudah dapat dikenali. Dia turut memandang Darren. Senyuman sentiasa tidak lekang dari bibirnya.
"Awak sihat?"
Soalan pertama yang disoal oleh Delysha. Darren mengangguk seraya tersenyum lebar.
"Aku sihat. Kau okay kan dekat sini? Macam mana kau dekat sini? Semuanya baik-baik je kan masa aku tak ada?" Soalan dari Darren itu pula dibalas dengan anggukan kecil.
Semuanya baik-baik sahaja. Malah terlebih baik. Tak sangka saudara-mara Darren sebaik itu. Dia pula langsung tidak mempunyai saudara-mara. Yang ada pun Pak Su yang duduk di Sabah sana. Tak adalah rapat sangat. Tapi saudara-mara yang lain dia tidak kenal. Mungkin sudah lama ibu ayahnya tiada. Pak Su pun dia sudah lama tidak berjumpa. Jarang-jarang kalau jumpa pun.
"Termenung je dari tadi... kau terfikirkan aku eh? Ke rindu aku ni hmm?" usik Darren tersengih-sengih. Delysha membuat rolling eyes. Mula dah dia ni nak menyakat orang!
"Tak ada maknanya nak rindu-rindu bagai."
Ceh, konon saja lebih. Padahal dia memang rindukan Darren pun. Haih, susah betul nak mengaku. Mana taknya, Darren suka sangat menyakat. Nanti kalau dia mengaku, habis mukanya merah selepas ini apabila lelaki itu tidak henti-henti mengusiknya.
Darren tersenyum kecil. Eleh, dia tahu Delysha rindukan dia. Tapi malu nak mengaku.
"But I miss you so much, my future wife. Sampai hati kau tak rindu aku juga!"
Suara sedih macam tu... hm confirm Darren sengaja. Suka menyakat. Heh dia tak akan termakanlah dengan tektik lelaki itu.
"Yelah, saya pun rindu awak juga, encik bakal suami."
Kepalanya sudah menunduk. Haih, malulah! Pipi Delysha mula panas apabila sedar renungan mata Darren tidak berganjak dari memandangnya.
Darren tersenyum lebar. Nak cakap rindu pun malu-malu lagi. Pipi tu pun dah merah. Comel! Desis hatinya.
"Dah tahu dah. Mama cakap kau selalu tanya bila aku nak balik. Tu maknanya kau rindukan akulah kan?" soal Darren sengaja ingin mengusik gadis itu lagi. Merah dah muka tu.
Mata Delysha terus membulat. Alamak! Kantoi. Kenapa aunty bagitahu dia? Eeei mulalah dia nak perasan.
"Eee diamlah awak. Suka sangat perasan!"
"Suka hatilah kau nak cakap apa pun. Tak nak mengaku konon. Nanti aku ni jadi suami kau juga. Tak perlu nak malu-malu dengan aku. Nanti aku jadi hak milik kau dan kau akan jadi hak milik aku. Luar dan dalam. You're mine sayang. Lagi beberapa hari je, tak sabar aku nak milikki kau." Darren tersenyum nakal.
Terus lengan Darren dipukul oleh Delysha. Eee gatal sungguh! Mulut tu tak pernah nak cakap benda elok. Otak tu kuning selalu!
"Gatal eh awak ni, haisy!"
Gelak tawa Darren terhambur juga. Seketika Delysha terdiam memikirkan perkara tadi.
Bila melihat mood Darren yang nampak okay sahaja sekarang, rasa macam tak sesuai pula untuk dia tanya pasal Arissa kepada Darren. Nanti-nanti sahajalah. Rosak pula mood baik lelaki itu.
"Lebih-lebih eh awak ni. Ni dah hafal ke belum bacaan akad nikah? Dah bersedia ke nak jadi suami saya? Awak jangan salah sebut ya nama saya nanti. Kalau saya tahu awak tersebut nama perempuan lain, siap awak. Saya koyakkan mulut awak tu!" Tajam renungan mata Delysha memberi amaran pada Darren.
Darren ketawa geli hati. Haih kesayangan dia ni. Nak salah sebut nama apanya, dia dah hafal nama Delysha lama dah. Dari waktu pertama kali mereka hampir disatukan lagi, dia sudah hafal semuanya. Tiada perempuan lain dalam fikirannya selain Nurul Insyirah Delysha sahaja.
" Dah sayang, aku dah hafal semuanya. Aku dah ready nak jadi suami kau. Waktu yang paling aku nanti-nantikan akhirnya bakal tiba. Kau jangan risau, aku akan cuba jadi suami yang terbaik untuk kau."
Mata mereka bertentangan.
"Saya pun. Saya pun akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak walaupun saya tak sempurna untuk awak. Tapi kekurangan saya akan melengkapi kehidupan awak. Saya harap kita boleh hidup bahagia macam orang lain."
Delysha dan Darren sama-sama mengukir senyuman.
"Yes baby, I hope so. I will loving you for the rest of my life." Darren mengenyikan sebelah matanya membuatkan Delysha terpukau.
"Eleh, jangan menyesal kahwin dengan saya sudah. Saya ni tidur lasak tau!"
"Tak apa, tak akan menyesal punya. Aku akan peluk kau kuat-kuat masa kita tidur nanti supaya kau tak dapat tidur lasak dah."
"Macam-macamlah awak ni eei!" Malas dia melayan Darren, terus Delysha berdiri ingin pergi ke ruang tamu. Nanti apa pulak saudara-mara Darren fikir bila mereka berdua lama berdua-duaan di sini. Lebih banyak dia selesaikan apa yang patut di dalam.
****
Hambar tahap babun kan gais. ;)
Okay lepas ni sis akan update yang suwit-muwit jer. Harap korang tak bosan pula. Sebab konflik tak banyak sangat pun ahaks.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro