Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 50

Bibir Delysha tidak lekang dengan senyuman.  Sekejap tersenyum, sekejap dia mengeluh dan akhirnya tersenyum lagi. Pelik pula bila tengok perangai dia sekarang ini. Entah apa-apa sahaja.

"Kau ni dah kenapa? Okay tak ni?"

Soalan dari Darren itu membuatkan Delysha tersentak dari terus melayan perasaan. Dia mengangguk lantas menoleh ingin memandang lelaki itu.

"Awak, kita nak pergi butik pengantin kan?"

Baru gadis itu terfikir akan hal itu. Dari rumah lagi dia asyik terfikir pasal kejadian dua hari yang lepas. Entahlah. Sukar untuk dia gambarkan apa yang dia rasa saat ini. Pelbagai rasa bercampur menjadi satu.

Darren hanya mendiamkan diri. Malas dia nak menjawab soalan gadis itu. Dah tahu, lagi tanya tu dah kenapa?

Delysha berdecit kegeraman. Pekak ke apa lelaki ni? Dah sah-sah dia bercakap dengan lelaki itu. Lainlah kalau ada orang lain sekali dalam kereta ini. Tetapi masalahnya mereka memang berdua sahaja. BERDUA!

"Awak dengar tak ni?" Delysha menyoal dengan nada marah. Ish, mamat ni buat tak tahu sahaja? Dia bukannya bercakap dengan cermin tingkap.

Darren menjeling gadis di sebelahnya sekejap.
"Dah tahu kan? Perlu ke tanya lagi?"

Ha tengok la tu! Orang tanya baik-baik kut, kenapa nak marah-marah orang pula? Pelik-pelik saja perangai Darren sejak nak kahwin ni. Lagi nak kahwin, lagi itulah perangai sebenar lelaki itu  muncul. Darren jangan macam-macam. Majlis dah nak dekat.

"Orang tanya je tadi..." Suara Delysha mula kendur. Sedih betul la hmm.

Darren mengeluh kecil. Silapnya kerana terlampau memikirkan apa yang papanya suruh semalam sehingga mengabaikan Delysha. Tengok, tak pasal-pasal Delysha pula jadi mangsa amarahnya.

"Ya sayang, kita nak ke butik pengantinlah ni. Kenapa? Excited ke? Samalah, aku pun tak sabar nak kahwin dengan kau." Suara Darren mula kembali lembut. Matanya masih lagi fokus pada pemanduan cuma mulutnya sahaja yang berkata-kata.

Delysha simpan senyum. Sayang? Tiap-tiap kali Darren memanggilnya dengan panggilan itu, tiap kali itu jugalah dia akan malu. Entahlah. Mungkin suara lelaki ini yang lembut buat dia rasa begitu? Tambah pula pipinya juga akan memerah selalu apabila bersama dengan Darren, berdua. Bagus sangatlah tu perangai dia macam ni.

"Awak okay ke?"

Delysha dapat rasakan yang Darren ada masalah. Dan sebab itulah lelaki itu nampak tertekan dan tidak memberikan tumpuan kepadanya seperti selalu. Darren nampak agak kusut. Masa lelaki itu mengambilnya di rumah tadi pun, lelaki itu tidak ceria seperti selalu. Padahal mereka nak fitting baju kahwin kot, takkan Darren tak gembira sepertinya. Nampak sangat lelaki itu menyorokkan sesuatu darinya.

Darren mengeluh lagi. Dengan Delysha dia akan ceritakan semuanya. Tiada rahsia antara mereka. Itu janji mereka berdua.

"Papa tulah, dia tak bagi aku cuti kahwin awal. Katanya ada projek besar baru masuk. Aku dah nak kahwin dah ni, papa boleh pula suruh aku handle syarikat untuk projek besar tu. Lepas tengok baju kahwin ni pun aku terpaksa datang office sekejap. Ada meeting penting."

Darren mula meluahkan perkara yang sebenar. Terkejut juga dia bila Tengku Malik menyuruh dia uruskan projek itu. Bukan masalah dia tidak biasa uruskan projek yang besar seperti ini, akan tetapi masa dia sibuk uruskan hal perkahwinan merekalah papanya pula mengacau. Projek itu lebih penting dari anak dia nak kahwin agaknya.

Delysha mengangguk faham. Oh, sebab itu ke? Patutlah muka Darren macam tak puas hati tentang sesuatu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Rupanya pasal papa!

"Jadi, apa masalahnya sekarang ni? Awak bukannya tak biasa kan uruskan projek berjuta-juta ni?"

"Masalahnya sekarang ni... bukannya aku tak biasa. Tapi aku tak boleh nak tolong kau uruskan majlis kahwin kita. Benda tu yang aku terkilan sangat. Lepas tengok baju nikah, kita beli sikit hantaran kahwin dan lepas tu aku kena uruskan meeting tu. Kesimpulannya di sini, aku tak dapat nak luangkan masa dengan kau untuk bantu majlis kita. Aku mintak maaf sayang."

Darren mula rasa serba salah. Bukannya Delysha kahwin seorang diri, tadi dengan dia sekali. Seperti tidak adil pula kalau semua benda gadis itu akan buat sendiri tanpa pengantin lelaki. Macam itulah apa yang dia tengah fikirkan.

Delysha tersenyum segaris. Lah, pasal itu ke? Darren ni, comellah. Dia okay sahaja, dia tidak kisah pun akan perkara itu. Dah papa minta tolong kan, tak apalah. Kenapalah Darren pulak yang fikir lebih-lebih ni?

"Awak, tak apalah. Saya fahamlah. Bukan awak sengaja pun kan? Lagi pun papa awak berharap dengan awak tu. Awak kenalah tolong papa awak dalam masalah macam ni. Ala, setakat persiapan kahwin apalah sangat. Bukannya saya yang buat semua tu, saya cuma minta apa yang saya nak, dan diorang yang akan uruskan semuanya. Awak janganlah risau, saya okay. Saya tak kisahlah. Bukan sampai awak tak datang pun kan majlis akad nikah kita nanti? Awak datang pun saya dah bersyukur sangat tau."

Delysha cuba berlembut dengan lelaki itu. Tidak mahu Darren terus rasa serba salah padanya. Dah nama pun kerja bukan? Tanggungjawab itu penting dan harus dilaksanakan.

Darren tersenyum nipis. "Gila kau aku tak datang masa akad nikah tu nanti? Dua tahun aku tunggu saat tu tahu tak? Sekali lagi aku minta maaf. Dan terima kasih sangat sebab faham aku. Ini yang buat aku bertambah tambah tambah sayang dekat kau. Thank you sayang." Darren tersenyum lebar. Dia bersyukur kerana mendapat seorang gadis yang sangat memahami dirinya dalam apa jua keadaan.

Delysha sudah malu-malu kucing di situ. Alamak! Dia panggil sayang lagi. Matilah kalau hari-hari macam ini. Dulu okay saja, tapi sekarang ini lain macam pula dia punya tone suara tu. Eeei seram!

"Tak apalah awak. Saya faham. Kerja kan? So, daripada kita buang masa dekat sini, lebih baik kita masuk dalam cepat," ajak Delysha.

Darren tersentak. Oh, dah sampai butik rupanya. Apalah. Dia yang bawak, dia pula yang tak tahu. Leka sangat. Gara-gara Delyshalah ni.

"Okay sayang. Jom!" Lengan Delysha yang berlapik itu di sentuh. Delysha hanya menurut.

***

"Like seriously awak? Baju yang mana satu awak suka ni? Saya dah penatlah try banyak-banyak baju. Hish, cerewet betul la awak ni," rungut Delysha. Dia mendengus geram.

Ini dah baju kali ke enam dia cuba, tapi Darren tetap tidak berkenan. Eh, siapa yang nak kena pakai baju ini sebenarnya? Dia ke mamat itu?

Hish, geram betul!

"Sayang, dengar cakap aku. Baju yang kau cuba tu semua tak sesuai dengan kau. Ketat sangat. Nampak bentuk badan kau. Aku tak suka lelaki lain tengok bentuk badan bakal isteri aku ni," pujuk Darren berlembut.

Urat-uratnya timbul apabila teringat baju yang Delysha pakai tadi. Seksi habis. Dia saja yang tengok tak apalah juga, ini nanti ada pulak mata yang memandang bakal isterinya. Memang tak boleh jadi!

Dia tahu dia agak cerewet, tapi untuk kepentingan Delysha juga. Dia tak suka semua baju yang Delysha cuba tadi. Tak sesuai langsung.

Huh, lepas ini kalau nak kahwin, tempah baju siap-siap. Atau design baju sendiri kan lagi memudahkan kerja. Pesanan ringkas dari saya... author  yang cantik. Eh tiber.

Namun wajah Delysha tetap cemberut tak puas hati. Dia sebenarnya dah lapar. Tapi pilih baju kahwin pun dah nak dekat dua jam. Macam manalah perut ni tak henti-henti berbunyi mintak diisi?

Kalaulah dia tahu Darren cerewet seperti ini,  lebih baik dia pergi pilih baju sanding ini dengan perempuan dan bukan dengan lelaki. Ajak Zara ke sesiapa tolong temankan. Menyusahkan betul! Ada saja yang nak dia komen. Semua tak memuaskan hati.

"Kita makan lepas ni okay sayang? Aku janji. Tapi please, pilih baju dulu. Nanti aku malas datang sini lagi. Please, my baby. Faham aku kan?"

Delysha mengeluh berat. Fine, dia memang kalah kalau Darren pujuk lembut-lembut macam tu. Dia akan cair. Eh, perempuan mana je yang tak cair? Lelaki kacak berkacukan pujuk kita dengan suara lembut macam itu. Mananya dia tak cair. Bakal suami sendiri pulak tu.

Hish, Darren memang tau! Nakal.

Tapi kalau mood perempuan tengah lapar, jangan dibuat main. Nasib dia boleh bersabar lagi.

"Fine. Tapi kali ni awak pula yang pilih untuk saya. Saya pakai je apa yang awak pilih." Delysha mengalah. Dia memang tak akan menang kalau dengan Darren ni. Kali ini biarlah lelaki itu pulak yang pilihkan baju yang sesuai untuknya. Lagi cepat dia buat keputusan, lagi cepat dia keluar dari butik ini dan dia akan dapat makan. Horey!

Darren tersenyum senang melihat Delysha yang sudah mengalah dengannya. "Macam itulah my babygirl. Kejap... kak Rita, baju yang paling sesuai dengan bentuk tubuh bakal isteri saya ada tak? Kalau boleh saya nak baju yang betul-betul menutup aurat."

Kak Rita selaku pemilik butik atau lebih dikenali sebagai anak saudara Tengku Sheila hanya tersenyum kecil. Dia mengangguk mengerti. Penat juga dia layan kerenah bakal pengantin ini. Nasib perangai comel saja.

"Sekejap ya."

Sepasang busana pengantin yang sangat cantik dan limited edition di ambil dalam almari dan diserahkan pada Darren.

"Yang ni sesuai dengan Delysha."

Dress labuh itu bertukar tangan. Darren menilik dress itu lama. Cantik, tidak terlalu mewah tetapi tetap nampak elegant dan menutup aurat. Dia tersenyum nipis.

"Okay sayang. I like this one. Sesuai dengan kau." Wajah kesayangannya itu dipandang ceria.

Delysha angkat kening.

"Are you sure?"

"Yeah, of course I'm sure babygirl. Kenapa? Tak percayakan taste aku? Percayalah. Baju ni memang cantik dan padan dengan kau sayang," jawab Darren dengan yakin. Dia sudah boleh bayangkan Delysha memakai dress labuh berwarna putih bersulam itu. Mesti lawa.

Delysha tersenyum kecil. Ada-ada sahajalah Darren.

"Fine. Saya cuba. Dan awak jangan risau, I'm always trust you, my future husband."

Delysha sengaja mengenyitkan sebelah matanya dan bibirnya digigit lembut.

Darren memejamkan matanya lalu mengetap bibir. Sumpah dia tergugat dan agak tergoda. Haih, parah sudah dia ini. Dah angau dengan cinta.

"Kau pergi tukar baju sekarang sayang. Jangan nak goda aku dekat sini. Kita tak halal lagi. Aku tak nak kau menyesal kalau aku buat something yang kau tak suka," arah Darren menahan rasa gentar dan nafsu dalam diri.

Delysha pula sudah tersenyum-tersenyum melihat wajah cuak Darren. Dirty mind. Orang baru usik sikit, dia dah nak tumbang.

"Gatal eh awak ni. Hish, dahlah. Saya tukar sekejap. Awak jangan tak berkelip mata pula tengok saya nanti," usik Delysha lagi.

Darren tersenyum miang. Dia gatal dengan Delysha sahaja.

"Kesayangan aku ni memang cantik. Pakai apa pun tetap cantik bidadari aku ni. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan kau? Tiap-tiap hari cinta aku pada kau semakin mekar babygirl." Kini Darren pula membalas wink Delysha tadi. Sengaja. Dia memang tak boleh kalah dengan Delysha. Tetapi dia ikhlas memuji bakal isterinya itu, memang cantik selalu.

Delysha tergamam. Jantung dia berdegup kencang. Nasib Kak Rita dah lama pergi. Kalau tidak, malu dua abad dia. 

"Mengadalah awak ni!"

"Dengan sayang je. Faster baby, I'm waiting you here."

Darren tersenyum lebar. Delysha terus melangkah pergi ke bilik persalinan pakaian. Malas nak layan Darren. Nanti ada sahaja ayat bergula lain nak tumpah.

****

Tentang Delysha dekat rumah Darren tu nanti sis buat flashback bab tu selepas ni. Tunggu eh.

Ni dah pilih baju kahwin bagai ni, maksud dia apa eh? 🤔❤️

VOTE, COMMENTS, SHARE❗

Makaseh ya?❣️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro