Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 46


"Delysha sayang..."

"Hmm?" jawab aku lembut sambil mata mengerling Darren sekilas.

Darren tersenyum. "Jom kita balik?" pinta Darren lembut. Ini entah yang ke berapa kali sudah soalan yang sama dia soalkan kepada aku.

Aku menggeleng laju. Aku masih dengan jawapan yang sama, masih tidak mahu balik.

"Ala, tak naklah balik. Nanti tak dapat dah nak jalan-jalan dengan awak. Awak busy nanti." Sejak bila aku jadi menggedik macam ni? Biarlah, bakal suami kita. Hiks!

Darren senyum kecil. "Of course la aku busy. Ada benda sikit aku nak uruskan dengan uncle Wong sebelum kita balik Malaysia," jawab Darren cuba memujuk.

Aku mencebik bibir. Masih tidak setuju untuk balik sekarang. "Tak naklah! Dahlah Zara tak ada. Lainlah kalau dia ada dengan saya, tak perlu bawa awak pun tak apa. Saya boleh jalan-jalan dengan Zara," kata aku selamba. Darren menarik muka.

"Amboi! Kalau dah dapat kawan, kau lupakan aku la macam tu?" Muncung sahaja wajah lelaki itu. Dah macam budak-budak inginkan gula-gula.

Aku tersengih kecil. Eee, mengada!

"Taklah awak. Bukan macam tu maksud saya. Yelah, kalau saya jalan-jalan seorang diri, awak nak ke saya masuk hospital lagi sekali?" Aku menduganya.

Semalam aku baru saja keluar dari hospital, tiba-tiba pagi ini aku ajak Darren jalan-jalan di sekitar bandar besar Amsterdam. Darren kan dah lama menetap di sini, sudah semestinya dia tahu serba sedikit tempat yang menarik yang boleh ditunjukkan kepada aku.

Dan disebabkan Darren ada sama, tak perlulah aku risau jikalau aku sesat lagi kerana lelaki itu tahu selok-belok jalan bandar ini. Tapi bila aku ajak tadi, bukan main dia melarang kerana masih risaukan kesihatan aku yang baru sahaja keluar dari hospital. Tapi aku tetap aku, degil juga nak keluar. Manalah muka dia macam cuka sahaja. Masam!

Tapi dia masih layan aku baik-baik, walaupun aku tidak mahu mendengar arahannya supaya kekal berehat hari ini. Kalau aku pergi seorang pun, tentu dia tak izinkan juga sebab takut aku pengsan lagi atau perkara tidak diingini berlaku. Memandangkan Zara baru saja pulang ke Malaysia semalam disebabkan dia ada emergency di tempat kerjanya, jadi aku pun ajaklah Darren menggantikan tempat Zara untuk teman aku. Hehe bukan selalu Darren dapat teman aku. Dia busy memanjang.

Darren menggeleng laju mendengar soalan itu. Dia nak biarkan gadis itu seorang diri lagi? Huh, mahu putus nyawa dia nanti sekiranya ada apa-apa perkara berlaku pada Delysha! No means never! Dia lebih rela tak hadir meeting dengan klien daripada tengok Delysha masuk hospital lagi sekali hanya disebabkannya. Semakin serba salah dia nanti.

"Memang taklah aku nak izinkan kau sendirian! Siapa yang tak sayang buah hati kan?" usik Darren. Aku tersengih malu.

"Nanti saya bukan lagi buah hati awaklah," kata  aku memperbetulkan ayatnya.

Dahi Darren berkerut.

"Habis tu?"

Aku tersengih besar. "Saya tak naklah jadi buah, saya nanti nak jadi isteri awak je. Hehehe gurau."  Aku tergelak kekok dengan lawak jenakaku sendiri.

Pap! Darren menjetik dahi aku.

"Auch sakitlah!" Dahi aku yang dijentik tadi digosok dengan telapak tangan. Eee, jahatnya.

"Main-main lagi. Dah semestinya nanti kau isteri aku, sayang." Darren pula yang terkekek-kekek ketawa. Aku menjelingnya.

"Awak, saya nak tanya awak ni," kata aku setelah kami berdua diam tidak bersuara agak lama. Masing-masing buat kerja sendiri. Aku sedang sibuk menangkap gambar di tempat cantik ini manakala Darren sedang sibuk dengan kerja yang dia dapat melalui email tadi. Daripada client lah tu. Namun di hadapan kami sekarang menjadi tujuan mataku. Terdapat bunga-bunga yang sangat lawa di hadapan mata. Aku suka.

Darren mengangkat kening. Dia kembali menyimpan telefon dan fokusnya hanya padaku.

"Tanya apa sayang?"

"Setelah pelbagai ujian dan cabaran yang kita lalui selama ni, awak masih yakin yang kita ni dah ditakdirkan bersama ke? Awak yakin saya ni jodoh awak?" soal aku ingin tahu. Entah kenapa aku tergerak hati ingin menyoalnya begitu. Aku nak sangat tahu jawapan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu. Apa yang dia fikir tentang hubungan kami sebenarnya.

Darren merenungku dengan senyuman nipis.

"Sayang, kau tak percaya jodoh kita dah tertulis ya? Okay aku bagi kau contoh, kan aku beria cari kau masa kau larikan diri ketika majlis akad nikah kita tu kan, berbulan-bulan lamanya aku upah spy untuk cari kau, tapi tak jumpa juga. Aku betul-betul dah give up dah masa tu sebab aku masih tak jumpa kau walaupun aku siap upah orang lagi untuk cari di mana kau berada. Tapi entah macam mana aku boleh ada urusan dekat Penang, dan masa tu jugak aku terjumpa kau tanpa sengaja setelah aku hampir berputus asa."

Terdiam. Aku hanya tekun mendengar.

"Kau tak nampak ke yang Allah tu bagi jalan untuk kita berdua bertemu kembali setelah apa yang dah jadi? Dia bagi aku peluang lagi untuk jumpa kau, walaupun aku hampir give up. Dan masa aku hanya serahkan semuanya pada takdir, Tuhan mempertemukan kita semula." Mata aku ditatap lembut.

Aku terdiam. Betul apa yang Darren cakap... semua yang dah jadi ini Allah yang bagi kami jalan.

"Dan masa saya tipu awak yang saya dah tak suka awak masa tu, awak pula yang hilangkan diri sebab merajuk kan? Kononnya lah. Haha. Awak kata juga yang saya baru dua tahun saya nak cari awak? Eh, kalau boleh memang saya nak cari awak awal lagi, tapi tak boleh. Macam awak cakap tadi juga. Semuanya Allah dah rancang untuk kita."

Aku tarik nafas kemudian hembus. Sekarang, aku dah faham semuanya. Semua yang terjadi. Allahu, cantik sungguh perancangan Tuhan yang maha Esa. Mengaturkan perjalanan kami.

"Allah yang gerakkan hati saya untuk tebus segala kesalahan saya dekat awak. Dan saya sedar perasaan saya masih sama. Disebabkan itu, saya paksa papa awak untuk beritahu saya di mana awak berada masa tu. Then, papa awak berkeras tak nak bagitahu. Mungkin masa papa awak beritahu saya tu sebab dah kasihan dengan saya ni. Lepas tu baru saya cari awak, dan saya dah dapat balik pun Iyan Shah Darren saya." Entah macam mana lengan Darren pula aku cubit.

"Auch!" Darren pandang aku tajam. Aku hanya tersengih-sengih. Hehe bukan sakit sangat pun, mengada sahaja lebih.

"Semua yang dah jadi... Allah dah aturkan betul-betul untuk kita." Darren mengangguk setuju dengan kata-kata aku.

"Saya sebenarnya kan awak, saya nak mintak maaf dekat awak." Darren menatap mataku tidak lepas. Dahinya bergerak, berkerut.

"Untuk?"

"Yelah, saya kan banyak buat salah dekat awak, saya tak percayakan awak dulu masa kita hampir kahwin, saya ego dengan awak sampai saya buat-buat tak kenal awak, saya degil nak awak pergi dari hidup saya walaupun saya tahu yang saya sayang awak sangat... senang cerita, saya banyak salah dengan awak. Saya lukakan hati awak banyak kali. Tapi awak masih nak dekat saya, perempuan yang tak ada apa-apa. Maafkan saya tau sayang?"

Mataku mulai berkaca-kaca apabila sedar akan kesilapan aku padanya. Banyak, terlampau banyak sehinggakan aku berasa tidak layak menjadi sebahagian dari hidupnya. Aku tidak berkesempatan lagi untuk memohon maaf secara depan-depan begini dengannya.

Bibir Darren hanya senyum. "No need apologize baby. Aku tak pernah sekali pun salahkan kau diatas apa yang dah jadi pada kita berdua. Malah aku bersyukur sebab kau adakah wanita kiriman Allah untuk dijadikan sebahagian dari hidup aku. Kau tak lukakan aku pun, malah aku yang banyak kecewakan kau. Maafkan aku. Aku janji, aku tak akan kecewakan kau lagi, aku nak tebus segala salah silap aku. Kau penawar luka aku, Delysha."

Ikhlas. Ya, apa yang aku nampak dari matanya semuanya ikhlas. Dia ikhlas mengungapkan semua itu dan aku percaya dengan kata-katanya. Malah aku lebih terharu sehingga tidak sedar air mata sudah menitis di pipi.

"Sayang, don't cry. Aku ada salah cakap ke?" Cuak Darren jadinya melihat air mataku. Baru sahaja dia ingin mengelap air mataku, aku lebih pantas menahan tangannya dan menghapuskannya sendiri. Sekarang, aku lebih menjaga batas dengan Darren. Aku tak nak dia banyak sentuh aku. Cukulah dulu banyak aku memberi peluang. Tunggu halal nanti baru boleh sentuh aku.

"Awaklah ni buat ayat touching. Saya sebak tau! Ni yang saya sayang awak ketat-ketat ni!"

Aku dan Darren sama-sama ketawa. Ketawa bahagia.

"Saya ada satu lagi soalan!" Darren dah jeling aku. Hehe, banyak sangat tanya aku ni.

"Awak betul ke cintakan saya?" soal aku sambil tersengih. Aku sudah tahu jawapan Darren, tetapi aku suka dengar ucapan 'cinta' darinya. Darren tersenyum melihat aku senyum.

"Bersaksikan bunga-bunga yang ada di sini, aku Iyan Shah Darren cintakan Nur Insyirah Delysha.  Only you in my heart," ucap Darren penuh romantik. Mata kami bersabung.

Aku tersenyum bahagia. Bunga-bunga di hadapan kami yang cantik dan mekar itu disentuh dan dihidu. Sungguh indah dan sangat wangi!

Sama seperti hatiku, terasa indah sahaja dalam hati ini. Alhamdulilah semuanya hampir selesai. Aku sudah dapat semula permata yang aku cari.

***

Tuk tuk tuk!

"Come in." 

Arahan di dalam bilik itu membuatkan aku tersenyum kecil. Jadi benarlah ini office Darren? Entah apalah riaksi lelaki itu bila dia tengok aku ada depan mata dia nanti.

Pintu ditolak perlahan-lahan. Kepala ditinggikan sedikit supaya dapat melihat gerangan yang berada di dalam. Kepala aku tergeleng sedikit. Darren dengan kerja, berpisah tiada. Workaholic betul dia ni!

"Busy ke?"

Soalan yang kurang cerdik dari aku. Cerdik tak cerdik perlu tanya juga. Tak naklah mengganggu dia buat kerja. Sudahlah semalam dia batalkan mesyuarat bersama klien hanya kerana mahu menemani aku. Eh tapi, aku mengganggu apanya kalau dia yang suruh aku datang?

Mendengar suara yang dikenali itu membuatkan Darren pantas mengangkat kepalanya memandang si empunya suara. Dia tersenyum lebar melihat gadis kesayangannya berada di depan mata sekarang. Hilang stress menghadap kerja dan digantikan pula dengan rasa gembira.

"Pandai kau cari bilik office aku kan?" Soalan Darren mengundang tawa dari mulutku.

"Just instinct," jawab aku selamba. Kini, jawapan aku pula yang mengundang tawa lelaki itu. Aku mencebik kecil.

"Instinct? Haha lawak. Office ni punyalah besar kau boleh cakap instinct je? Aku risau kau sesat tau tadi." Dia masih lagi dengan sisa tawanya. Aku mencebik meluat.

Memang betul... besar gila! Dah macam sekolah menengah office dia ini. Tapi hairan juga aku. Sebesar-besar syarikat di Amsterdam ini, boleh suruh orang luar sahaja yang ambil alih? Semudah itu Tengku Malik percayakan orang?

Hish, apa aku ni. Tak baik buruk sangka dengan orang. Mungkin memang uncle Wong itu boleh dipercayai dan cekap dalam kerja. Kalau dapat mendatangkan keuntungan dan hasil, kiranya uncle Wong memang hebat dan orang kepercayaan Tengku Malik.

"Yelah saya tipu je. Saya tanya PA awak dekat luar tu hah tadi. Kalau tidak tak adanya saya dapat masuk. Saya ni pun bukannya sesiapa. Bukan boleh masuk sebarangan," ujarku mengalah. Memang taklah aku tahu office lelaki ini. Dahlah pertama kali datang. Jauh juga dari hotel aku pula tu. 

Darren berdiri lalu mendekati aku. Dia berpeluk tubuh dan tersenyum nipis. Kerjanya hanya dibiarkan, dan fokusnya hanya pada aku.

"Merajuk? Sikit-sikit nak merajuk. Susahlah aku nanti bila dah kahwin dengan kau," usik Darren cuba menduga.

Bibirku sudah berdecit geram. Boleh dia cakap macam tu? Eeei, melebih pula.

"Awak juga yang nak kahwin dengan saya, jadi awak tanggunglah akibat selepas kahwin nanti ya?" Aku membalas kembali. Eh, dia fikir tak susah ke kahwin dengan dia? Sudahlah sibuk dengan kerja sahaja. Nanti kalau aku dah kahwin dengan dia, mahunya kerja nombor satu, isteri nombor dua. Sedihlah macam ni.

Darren ketawa geli hati. "Tanggung akibat lepas kahwin? Hmm... macam mana tu? Cuba kau jelaskan sikit?" Darren tersenyum sinis.

Dia dah mula dah! Aih, dasar mamat miang. Gatal! Daun keladi!

Aku kenakan dia, dia kenakan aku semula. Kalau bercakap dengan mamat ni, memang aku tak akan menang. Kalah yang aku dapat selalu!

"Lama lagi ke awak nak settle kan kerja awak?" soal aku sudah penat menunggunya. Aku menongkat dagu apabila sudah penat menunggu di sofa itu. Majalah-majalah habis berselerak di atas meja itu. Bosannya!

Darren memandang aku seketika. Dia cuba menyiapkan kerjanya dengan cepat.

"Sekejap je lagi. Aku nak siapkan beberapa laporan sebelum esok kita balik ke Malaysia.  Kalau kau bosan, kau pergilah jalan-jalan sekitar sini dulu. Tapi jangan jauh-jauh. Susah aku nak cari kau nanti," ujar Darren memberikan kebenaran. Dia langsung tidak memandang aku. Sibuk sangat menghadap fail-fail dia itu.

Aku tersenyum lebar. Mata sudah bersinar. Peluang keemasan ini jangan ditolak! Darren dah bagi greenlight tu.

So, jom kita! Apa lagi? Merayaplah. Office besar-besar macam ni apa sahaja yang ada? Mari kita siasat. Hehehe, bestnya!

****

TJD dapat ranking  number 1 #sayang and #sweettalker  guys!  Okay, walaupun masih tak dapat romance, dapat dua tu pun bersyukur ok! 😂 Thank you korang!


Nak tanya sikit, siapa pernah terjatuh tangga? Siapa pernah tu, erm share la pengalaman kalau sudi. Sebab sis... baru jatuh tangga!  Dekat sekolah punya tangga pula tu! HAHAHAHA! Taguna!  Memalukan betul!😂

Tapi serius, sakit gila!
Argh, nak menyorok muka dekat mana ni nanti? Memalukan!😂

Okay tu je. Saya memang suka tiberr! Muah.
( ˘ ³˘)♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro